OOO

Memaparkan catatan dengan label gambar pelamin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gambar pelamin. Papar semua catatan

Jumaat, Januari 30, 2015

Majlis Perkawinan Dr Liyana dan Dr Azizan

Assalammualaikum
Alhamdulliah majlis berjalan dengan lancar walaupun akak berada jauh di Miri, bila balik masa cuti sekolah akak uruskan hal ni semua.  

Memang terasa banyak yang nak di fikirkan sebab kalau majlis belah perempuan kena fikir majlis bertunang, akad nikah dan hari langsung.

Dengan bantuan anak-anak dan adik beradik alhamdulliah semua urusan di permudahkan.
kambing panggang juga yang mendapat sambutan, puas hati dengan service dari
makan nasi lauk stail kampung..tak ada nasi minyak..pilihan suami akak
kueh mueh dan manisan
Yana tak nak ambil juru mekap, di solekkan dan di gayakan oleh kawan kawan yang sama belajar. Cantik gak rasanya, ramai teman sekolah dan saudara mara kata muka Yana sama masa akak muda dulu.
berpeluh pengantin dan pengapit bila kena tol dengan adik beradik dan ipar duai.  Tol ni selalunya acara suka suka terutama di belah Johor, kalau yang tak biasa memang naik darah di buatnya terutama rombongan pihak lelaki.
abang dan family
salah seorang geng tali barut yang datang, 
rajin betul Mat Joe ni, tahun lepas pun dia datang juga
nak juga
bersama anak Mat Joe
 anak Mat Joe bersama mempelai
 Kak Cik dari Terengganu dan Ummi Adia
 ummi bersama adik dan anak anak
rakan dari sekolah menengah Jalan Temerloh
Kuala Lumpur sama sama memeriahkan majlis kali ini..seronoknya dapat berjumpa kembali setelah puluhan tahun..memang happy sesangat. 

Doorgift dan bunga pahar buat tetamu yang hadir.
tulis jangan tak tulis
tema kali ni ungu,makin bertambah keluarga kami, 
syukur alhamdulliah
Terima kasih buat rakan-rakan facebook Kak Intan, Eyriqazz, Mat Joe,  Hamsiah, Atuk Baik,  Malarang sekeluàrga, Dr Hannie dan blogger yang sudi hadir.  

Kami sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga buat adik beradik baik di sebelah suami dan akak serta saudara mara, rakan taulan yang telah sudi menghadirkan diri dan menjayakan majlis perkawinan anak perempuan kami  Nurliyana dan pasangannya Azizan pada 29hb. November 2014.  Muga-muga budi baik tuan/puan, semuga Allah SWT yang akan membalasnya.


KAPAL API DARI SEBERANG
SARAT DENGAN BARANG-BARANGAN
JIKA ADA TERLEBIH TERKURANG
KAMI MOHON ~ DIUMPAT JANGAN, DICACIPUN JANGAN.

Isnin, Mac 28, 2011

Serba Biru

Pengantin lelaki 2 dari kanan sepupu akak belah abah. Buat majlis kat Dewan Masjid Wilayah Jalan Duta, Kuala Lumpur. Buat sekali 2 pasangan dengan sepupu punya sepupu belah ibu dia..faham tak? Kongsi buat majlis sebab majlis belah lelaki. Jimat kan kalau macam ni.
Best gak buat kat sini..sejuk..pastu bila azan zohor dah berkumandang, ramai yang pergi solat. Akak dan adik ipar yang duk kat Shah Alam..dia kecik..akak besar
Pengantin perempuan duk dekat area rumah akak masa bujang bersama adik beradik..sekarang ni duk kat kajang.
Serba biru..memang akak suka warna macam ni. Sejuk mata memandang. Buat kat sini kena ambil catering merekalah pulak. Tak boleh ambil yang luar.
Semuga berbahagia sehingga ke anak cucu.

Selasa, November 23, 2010

Trends Orang Kawin Sekarang

Sekarang ni trends orang kawin guna kerusi besar. Kalau rumah apartments/pangsapuri/flat/kondo..memang tak leh ikut trend ni.
Mana nak muat letak kat hall. Dahlah besar gedabak pelamin ni. Kalau buat kat dewan ataupun duk umah banglo best ni. Masa ni pelamin dibuat kat halaman rumah sebab halaman umah luas.

Nasib baik tak hujan lebat. Kalau idak tak tau nak kata apa..takkan nak nyanyi pelamin ku musnah..lagu lama tu.

Kalau untuk majlis potong kek..banyak yang guna cupcakes ajer..senang kan..tak yah nak potong-potong. Buat sememeh kat meja tu ajer bila kena potong kek.
Imran pun suka tenguk hiasan yang di letak di meja-meja tetamu
bunga pahar ni sebiji macam akak kawin dulu..guna dip ...berpusing balik fesyen lama ni ek
bunga fresh
suka dengan benda yang bergantungan ni
Pelamin untuk 2 pasangan
Sesuailah zaman sekarang ni buat majlis kawin kat dewan. Kat Kuala Lumpur ni ramai yang duk kat rumah tinggi..tak ada tempat nak buat majlis kawin. Kalau duit banyak boleh buat kat hotel. Lagi grand.

Hari Sabtu lepas jiran kat umah akak buat gak majlis perkawinan anak perempuan yang pertama. Yang tak best sebab akak tak ambil walau sekeping gambar pun. Ishhh rugi tul lah.

Bila tanya berapa RM habis?

Dalam RM30,000.00. Sebab ambil katering dan pakej perkawinan. Tu belum masuk 3 ekor kambing panggang . Harga RM800.00 seekor.

U mak aiiiiiiii banyaknya kena habis duit nak buat majlis kawin anak ni. Aduhai time anak akak pulak berapalah pulak kena keluar RM ek? Garu kepala gak ni..

Suami akak kata pulak..

Ina...kalau nak jimat buat ajer kat masjid...jamu 5-6 dulang. Habis cerita.

Ada ker patut dia kata macam tu?

Isnin, April 12, 2010

Walaupun rupermu tidak ku kenal..tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku......Cuba teka saper?

Kan Datuk Aziz Satar yang ucap dialog tu dalam filem Seniman Bujan Lapuk...seronoknya dapat berbual sebentar dengan beliau.  Imran pun suka...dia hairan ..dalam filem tu Datuk Aziz masih muda..bila dia tenguk dah tua..dia kata nak panggil sape?  Panggil Datuklah..akak suruh ambil gambar pun dia tak nak..dia jadi cameramanlah pulak.


Akak jumpa Datuk Aizi pada  hari Sabtu lepas kat  Dewan di Setiawangsa...menghadiri perkawinan kawan suami akak..dah kawin pun anak perempuan dia..pada hal dulu masa anak-anak kami kecik nilah kawan baik mereka semua.

Seorang anak dia sama nama dengan Yana...tapi dia muda setahun.
 Amboi lawanya pelamin....mahalkan hiasan kayu jati kat belakang tu.berapalah harga package perkawinan ni kan...grand sungguh pelamin ..
jumpa member yang sama-sama tinggal di Jakarta dulu..
pot pet..pot petlah kami berdua

seronok jumpa Datuk Aziz Satar dan isteri..
lawalah isteri dia...putih melepak..

Khamis, November 06, 2008

Kawin..kawin..


Tenguklah muka akak ni....orang selalu complain ....muka tu macam nak marah aje....rasanya dah senyum lebar tu....
Anak saudara yang kecil-kecil pun nak ambil gambar jugak.....
semua ni mak saudara pengantin..............tema hijau be..........
Mak-mak saudara mengisi berkat untuk di bawa pulang...biasalahkan....lebih-lebih lagi masyarakat jawa......mak dan ayah pengantin orang jawa.....
Majlis Kawin di Dewan Felda

bilalah nak bukak penutup ni...perut dah berkeroncong....

Anak teruna pasal dah kelaparan...minum air dulu banyak-banyak..............

Anak dara akak pun ambil gambar jugak.......
Si imran dah boring tahap gabanlah tu.............
Sebelum balik jumpa adik pengantin perempuan dulu............selepas tu keluarga dia.....
Lawakan pengantin...mana ada pengantin tak lawa..betul tak?
Tenguklah pelamin.........lawa giler...........


Ni dah lama dah simpan gambar ni....saje nak show kat sini..masa tu tak ada blog lagi....majlis perkawinan ni di adakan kat Dewan Perdana Felda.....anak Dato' kawin..mestilah grand...tapi semuanya ikut acara..................hb malas nak gi majlis kawin cara macam ni.......lambat dapat makan katanya................tapi akak cuba juga ajak lagi................


jomlah bang gi sini...ina masak cincai hari ni....bila lagi nak merasa makan tpt orang kaya ....
malaslah...dah tentu makan ikut time...abang tak berapa suka mcm tu....
okeylah macam tu...abang tinggal seorg aje tau...anak-anak semua ina bawak....

anak-anak dah excited...first timelah nak makan kenduri mcm ni..kita ni kan org biasa aje...manalah pernah gi majlis mcm ni....
bertolak lepas maghrib....sampai kat sana orang pun belum ramai lagi...jadi senanglah nak parking....jadi satu masalahlah pulak nak cari meja nak duduk...kang main duduk aje..nanti kena halau.....tiap-tiap meja ada tanda....dari mana..dan sape....
lama-lama tanya kat waiter kat situ....

dik...boleh duduk mana-mana.....
tak boleh kak....semua dah ada nama..

pastu dia bagi tau ada meja untuk tetamu dari kenalan rapat ibu pengantin....akak dan anak-anak pun duduk kat situ......si imran tenguk makanan dah ada kat meja...mula dia membebel............

apa pasal tak boleh makan lagi mak? Im dah lapar ni.....
eh..mana boleh...sini nak makan ikut time......tulah tadi kat rumah suruh makan dulu tak nak..kan sekarang ni dah lapar...........

yelah....budak-budak ni...bila dengar nak pergi rumah orang kawin...terus tak makan kat rumah.
kan selalu gi majlis kenduri kawin..terus beratur ambil makanan dan terus ngap...akak suruh dia makan kacang dan air yang disediakan.........tenguk jam dah pukul 8.30 malam...tak datang lagi pengantin ni.............pengantin sampai dalam pukul 8.45 malam..lepas tu ada upacara renjis merenjis oleh ibubapa pengantin dan tetamu jemputan, kemudian acara ambil gambar lepas tu barulah ........pengantin turun dari pelamin ..gi kat meja untuk makan berdamai...........barulah pelayan datang bukak bekas makanan tu.....dan bolehlah mula makan..perut dah lapar....tempat pulak sejuk.....memanglah laju aje makan..dah tak toleh kanan dan kiri........si imran makan berselera betul.......siap tambah lagi.........nasib baiklah boleh tambah..kalau idak..........balik kena cari kedai makanlah jawabnya.............

dengar cerita dekat rm70,000.00 beb...belanja majlis kawin ni...aduh boleh beli honda jazz...

akak tanya mak pengantin....

kak idah ..nak tanya jangan marah...mahal tak belanja nak buat majlis kawin ni....
hem....sate....menantu akak sponsor.....khemah abang mansur punya duit...belanja makan pun
duit abang mansur...gedebak gedebuk.....semuanya tak sampai pun rm6,000.....

amboi bezanya majlis perkawinan dua pasangan ni....tapi terpulanglahkan....kalau banyak duit lebih...... bolehlah buat secara besar-besaran....nak buat kat hotel ke ....kat taman ke....macam artis kawin ke......kat tepi laut ke .......semua boleh........kalau kewangan tu maintain aje....buatlah macam orang biasa buat....sederhana.........kalau duit pulak terhad.....nak jugak buat secara besar-besaran.....macamana pulak...............lu fikirlah sendiri..(pinjam kata nabil)

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...