OOO

Memaparkan catatan dengan label harga restoran seoul garden kuala lumpur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label harga restoran seoul garden kuala lumpur. Papar semua catatan

Sabtu, Januari 21, 2012

MaKAn KaT SEOul TaPi BUkAN KaT KorReA

Dah pernah dengar dan baca kat blog-blog, ramai puas hati  makan kat sini sebab banyak pilihan tapi hati tak terbuka nak gi.  Bila hb tanya nak makan kat mana, anak-anak nak gi makan kat Restoran Seoul Garden dan kami gi kat KL Festival City ajer sebab dekat dengan rumah.  
Makan-makan luar ni sebab nak meraikan kepulangan Russhdi  dan Yana.  Yana balik bercuti seminggu sahaja.  Daging yang ada tulang..tak ada tulang dan ayam ada macam-macam bahan perapan.  
Kononnya nak cuba masakan korea sebab akak dan anak pempuan semua peminat drama, movie dan lagu korea.  Seronok makan kat sini sebab boleh makan dan minum macam-macam sebab banyak pilihan.  Seoul Garden ni best sebab kita boleh makan style buffet dan boleh masak cara steambot dan grill

Pastu dorang rajin tambah kalau dah habis tak macam akak pergi satu tempat makan tu..kalau udang dan ketam habis dorang lambat tambah.  Bila tambah ajer semua pakat serbu..menyampah kalau camtu.
Minuman pun ada macam-macam jenis..nak sejuk ataupun panas pun ada.
Kalau kaki makan memang tak rugi datang kat sini, tapi kalau perut kecik memang rugilah sebab makan sikit dah kenyang.
Yang tak best sebab kena duk pisah-pisah sebab meja family penuh.  Tak happenning aaa duk pisah-pisah.
 
 Russhdi ashiklah makan ikan sebab kata dia kat sana payah nak jumpa ikan..jemu makan daging dan ayam (sebab ikan kat sana mahal sungguh) 
 
Akak ashik makan udang yang di rebus dalam sup tomyam dan daging grill. 
Udang dan ketam fresh tapi bila makan pepahat, kerang, kepah..rasa macam tak fresh..tak sedaplah. Nasib baik ambil sikit ajer..bila dah rasa tak sedap alamatnya buang ajerlah.

 
 Pastu pekena air batu campur buatan sendiri..buh jagung, kacang merah, cincau, sagu banyak-banyak...pastu letak susu cair dan kacang tumbukbanyak-banyak...last sekali ambil lagi sekali akak letak ais krim 2 scoop..ha kauuuuu sendat perut dibuatnya

ada gak minum ais lemon tea dan mango jus...ada lagi tak ingatlah pulak
Suka pula makan bulgogi a sebab sedaplah pulak makan daging yang telah dimasak dan di gulung dalam helaian salad.  Sebelum tu ada gak akak buat N3 pasal makan Bulgogi ni

Ada gak nasi goreng, bihun goreng..tapi aiseyman..bayar mahal takkan nak makan makanan yang selalu akak buat kat rumah.  Baik layan benda-benda yang payah nak buat kat rumah.
 Nak makan sayur dan macam-macam mee pun ada
Rasa happy sebab kali semua anak-anak dapat makan sama-sama..
 Gendang gendut tali kecapi
Kenyang Perut Senang Hati
Anak-anak akak kalau dah berkumpul semua ashiklah bergurau senda..macam kanak-manak ribena. Kami lepak agak lama..sampai dekat pukul 8.00 (lepas maghrib) sampai restoran nak tutup, rugi balik awal kannn..
Terima kasih kepada suami sebab sudi belanja...cam biasa sebut reramai...te...ri..ma..ka..sih..a..yah

FESTIVAL MALL
Lot G38, Ground Floor
KL Festival City
67, Jalan Taman IbuKota
Taman Danau Kota, Setapak
53300 Kuala Lumpur

Korang leh tgk info kat SINI


p/s  Total semuanya RM348.00 termasuk cukai...(untuk bawah berapa meter tah dpt separuh harga..sebab imran dah melepasi ketinggian itu..dia kena bayar penuh cam orang dewasa gak).  

Wah boleh muflis kalau gi makan selalu.
Bagi akak agak mahal  gak bila makan 7 orang sebab baik makan steak/western kot.  Tapi suami dan anak-anak kata berbaloi sebab banyak pilihan..entahlah..

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...