OOO

Memaparkan catatan dengan label kedai keropok lekor terengganu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kedai keropok lekor terengganu. Papar semua catatan

Isnin, Mei 02, 2016

Keropok Lekor Bukit Tok Beng BTB 2209 Sedap Katanya

Assalammualaikum semua

Dah lama tak pergi ke Pantai Timur sejak kami dah duk kat Miri, rindu nak tenguk suasana kat sana. Memang tak sempat nak pergi jalan jalan kalau balik bercuti ke Semenanjung masa tu, sebab selalunya waktu cuti sekolah akak balik dengan Imran ajer.
Dari Kelantan, kami ikut jalan pantai, tak banyak kereta sampai dah petang.  Oleh kerena kami tak book bilik, kami call Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu dan tanya ada bilik kosong ker tidak. Nasib baiklah ada, walaupun kami tak puas hati dengan keadaan bilik yang agak lama sedangkan harga dekat RM200 semalam.

Malas nak keluar makan kat luar, kami order ajer seafood ni, harga pun munasabah.  Akak googlelah kat mana nak cari keropok lekor yang sedap.  Ramai yang buat N3 kat blog kata keropok lekor kat BTB 2209 Bukit Tok Beng.
Tak puas hati betul bila sarapan kat Hotel ni, makanan terhad, pastu cepat habis.  Nak menambah punyalah lama, pastu bawa tak banyak.  Bila sampai ajer tiap tiap makanan, ramai yang ambil sekejapan dah habis.  
Ramai termasuk pelancung terpaksa makan roti bakar sebab tak tak sanggup nak tunggu.  Nasib baiklah pemandangan kat tempat makan cantik.
Sempatlah tenguk Kampung Cina, snap pun dalam kereta ajer.

Nasib baiklah zaman sekarang dah ada google map ataupun waze, lepas sarapan angkat beg terus checkout sebab kami stay satu malam ajer kat satu satu tempat.  Nak bawa balik buat buah tangan kenalah beli cam keropok lekor dan keropok kering untuk family.
Senang ajer nak jumpa kedai ni, alhamdulliah masa kami sampai orang tak ramai, tak payahlah ambil no giliran pun walaupun cuti sekolah. Yang leceh sebab kuanter lain lain, nak beli vaccum/rebus kat tempat lain, nak beli yang kering kena bayar tempat lain.

Kalau orang ramai, kena ambil nombor giliran tau macam kat bank tu, pastu satu nombor giliran cuma boleh beli keropok lekor maksimum RM100 sahaja, kalau nak beli lebih dari RM100 kenalah ambil 2 nombor..kalau nak beli RM500 kenalah ambil no sampai lima. :)
kat sini bayar untuk yang kering, nasib baiklah orang tak ramai
Masih lagi mengekalkan cara tradisional, menggunakan kayu api untuk merebut keropok lekor.
Tapi sekarang ni dah senang, tak payah pergi pun boleh beli on9 ajer kat http://www.btblekor.com.my/
Kami rasa keropok jejari biasa dan keju (cheese). Rasa ikut tekak masing masing sebab ada yang kata ada tempat lain yang lagi sedap, itu kata kawan akak lah yang berniaga kat Kuala Terengganu.  
Nasib akak baik sebab dapat beli keropok lekor vacuum, taklah senang rosak.   Sebab dah beli kat sini, malaslah nak beli lagi kat tempat yang dia syorkan.  Insya Allah lain kali pergi ke sini, kami akan cuba beli kat situ pulak.

Dulu masa akak jejalan tahun 2013 kami beli kat Keropok Lekor Bayu kat Setiu

Isnin, April 15, 2013

Keropok Lekor Bayu

Assalammualaikum semua


Balik dari Kota Bharu nak balik ke rumah, kami ikut jalan pantai..akak tak pernah ikut jalan ni tau..  Seronok pula ikut jalan ni..tenguk pemandangan tepi pantai..jalan lurus..yang penting lengang..driver aka anak akak pun merempitlah.
Memang plan nak beli keropok lekor untuk di bawa pulang...tak sah kan kalau gi Pantai Timur tak beli ole-ole ni.  Plan asal  nak beli kat Seberang Takir tempat jualan kerepok lekor yang paling popular terletak di Bukit Tok Beng iaitu di selekoh berhampiran SMK Ibrahim Fikri menghala ke Jambatan Sultan Mahmud.  

Tapi malas nak buang masa nak sebab nak balik ke Kuala Lumpur bukan dekat sebab nak terus ajer masuk highway k.terengganu-jabor.

Pakai singgah ajer kat sini..tawakal ajer.  Mula-mula kami beli kepok lekor yang dah goreng sambil merehatkan diri.
Bila rasa...erhmm sedap gaklah..terus beli keropok kering 

dan keropok lekor ..
Macam-macam jenama sos pencicah ada kat sini..
pilih ajer mana yang suka
 Yang penting kebersihan kat sini terjamin..selain dari sedap akak pentingkan gak tempat yang bersih

Keropok Lekor Bayu
Lot 318 Kampung Baru Merang
Setiu, 21010 Terengganu (dekat Petronas) 


Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...