OOO

Isnin, Mei 02, 2016

Keropok Lekor Bukit Tok Beng BTB 2209 Sedap Katanya

Assalammualaikum semua

Dah lama tak pergi ke Pantai Timur sejak kami dah duk kat Miri, rindu nak tenguk suasana kat sana. Memang tak sempat nak pergi jalan jalan kalau balik bercuti ke Semenanjung masa tu, sebab selalunya waktu cuti sekolah akak balik dengan Imran ajer.
Dari Kelantan, kami ikut jalan pantai, tak banyak kereta sampai dah petang.  Oleh kerena kami tak book bilik, kami call Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu dan tanya ada bilik kosong ker tidak. Nasib baiklah ada, walaupun kami tak puas hati dengan keadaan bilik yang agak lama sedangkan harga dekat RM200 semalam.

Malas nak keluar makan kat luar, kami order ajer seafood ni, harga pun munasabah.  Akak googlelah kat mana nak cari keropok lekor yang sedap.  Ramai yang buat N3 kat blog kata keropok lekor kat BTB 2209 Bukit Tok Beng.
Tak puas hati betul bila sarapan kat Hotel ni, makanan terhad, pastu cepat habis.  Nak menambah punyalah lama, pastu bawa tak banyak.  Bila sampai ajer tiap tiap makanan, ramai yang ambil sekejapan dah habis.  
Ramai termasuk pelancung terpaksa makan roti bakar sebab tak tak sanggup nak tunggu.  Nasib baiklah pemandangan kat tempat makan cantik.
Sempatlah tenguk Kampung Cina, snap pun dalam kereta ajer.

Nasib baiklah zaman sekarang dah ada google map ataupun waze, lepas sarapan angkat beg terus checkout sebab kami stay satu malam ajer kat satu satu tempat.  Nak bawa balik buat buah tangan kenalah beli cam keropok lekor dan keropok kering untuk family.
Senang ajer nak jumpa kedai ni, alhamdulliah masa kami sampai orang tak ramai, tak payahlah ambil no giliran pun walaupun cuti sekolah. Yang leceh sebab kuanter lain lain, nak beli vaccum/rebus kat tempat lain, nak beli yang kering kena bayar tempat lain.

Kalau orang ramai, kena ambil nombor giliran tau macam kat bank tu, pastu satu nombor giliran cuma boleh beli keropok lekor maksimum RM100 sahaja, kalau nak beli lebih dari RM100 kenalah ambil 2 nombor..kalau nak beli RM500 kenalah ambil no sampai lima. :)
kat sini bayar untuk yang kering, nasib baiklah orang tak ramai
Masih lagi mengekalkan cara tradisional, menggunakan kayu api untuk merebut keropok lekor.
Tapi sekarang ni dah senang, tak payah pergi pun boleh beli on9 ajer kat http://www.btblekor.com.my/
Kami rasa keropok jejari biasa dan keju (cheese). Rasa ikut tekak masing masing sebab ada yang kata ada tempat lain yang lagi sedap, itu kata kawan akak lah yang berniaga kat Kuala Terengganu.  
Nasib akak baik sebab dapat beli keropok lekor vacuum, taklah senang rosak.   Sebab dah beli kat sini, malaslah nak beli lagi kat tempat yang dia syorkan.  Insya Allah lain kali pergi ke sini, kami akan cuba beli kat situ pulak.

Dulu masa akak jejalan tahun 2013 kami beli kat Keropok Lekor Bayu kat Setiu

6 ulasan:

  1. Saya paling suka sos keropok dia yg mmg sedap. Siap dah vacuum keropok tu boleh tahan sebulan dlm peti sejuk pun masih sedap lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah pasal beli yang vacumm, leh tahan lama kan

      Padam
  2. Puas hati makan sebab lebih rasa ikan berbanding di Kuala Lumpur lebih tepung dan masam. :(

    BalasPadam
  3. Lama dah tak ke Kuala Terengganu. Terasa pulak dekat tekak kesedapan keropok lekor ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang kena gi sana kalau nak rasa kepok lekor sedap

      Padam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...