OOO

Memaparkan catatan dengan label kek pisang coklat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kek pisang coklat. Papar semua catatan

Selasa, September 25, 2012

Kek Pisang Coklat Chip

Assalammualaikum semua pembaca blog akak..

Akak update blog ikut kelapangan minggu ni sebab walaupun dalam mood sedih tapi rezeki advertorial bertalu-talu pula mampir minggu ini.  Alhamdulliah...

Oleh sebab masa yang diberikan suntuk, terpaksalah tumpukan dulu pada advertorial, baru nak buat N3 kat blog walaupun banyak BE menari-menari di blog akak ..rezeki jangan di tolak kan.
Alahai merepek pulak akak ni....
Kek ni akak buat sempena kenduri tahlil arwah abah hari Sabtu lepas.  Tak sempat nak snap dan potong cantik-cantik sebab sibuk buat kerja lain sebab tak ambik katering..kami masak beramai-ramai ajer.

Kek  pisang coklat ni dah banyak kali akak buat...suka makan time panas..

Bahan-bahan ( saiz loyang 9" x 9" )

  • 250gm mentega/marjerin(akak guna butter anchor)
  • 3/4 cawan gula caster
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 5 biji telur gred A
  • 1 cawan pisang yg dilecek
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 150gm coklat masakan - diparut menggunakan pengupas kulit ubi kentang atau boleh juga dicincang-(akak tukar ke coklat chip)

 

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180C. Griskan loyang dengan mentega/marjerin dan taburkan tepung.
  2. Ayak tepung. Sekiranya tiada tepung naik sendiri boleh juga diguna tepung gandum biasa dan tambahkan 1 sudu teh baking powder.
  3. Masukkan soda bikarbonat ke dalam pisang yg telah dilecek dan gaul sebati. Saya hanya menggunakan 1/2 sudu teh soda bikarbonat supaya kek tidak terasa pahit.
  4. Pukul mentega hingga putih dan masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang dan gula hancur.
  5. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga habis dan sehingga adunan betul-betul kembang. Masukkan esen vanila dan pisang lecek. Pukul hingga sebati.
  6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dgn kaedah kaup balik.
  7. Masukkan coklat chip dan gaul  sebati.
  8. Masukkan ke dalam loyang dan tabur lagi coklat chip dan kepingan badam  dan bakarlah hingga masak, lebih kurang 45 minit.
  9. Kek pisang ini lebih sedap dimakan ketika masih suam2 panas kerana masa tu coklatnya masih lagi  cair dan bahagian tepi/atas kek agak rangup
  10. Selamat mencuba..

Jumaat, Januari 20, 2012

Tak Berapa Jadilah Lah

Dengan berkobar-kobarnya akak buat kek pisang sebab fil ada bekalkan pisang ole-ole dari kampung. Kononnya tak nak ikut resepi yang pernah akak pernah buat.  Akak google kat internet ternampaklah resepi yang nampak gambar kek pisang yang tersangatlah sedap.
Bila tenguk kek ni macam elok ajer jadinya...tak bantat..tapi bila dah potong..alamak ..bagi tekak akak tak berapa sedaplah.  Anak-anak lelaki pun kata camtu.
Oleh sebab kek ni satu loyang rasa rugi kalau tak habis di makan, al maklumlah barang bakeri pun dah mahal sungguh.  Nasib baiklah ada whipped cream dalam peti sejuk. 

Akak pukul dan masukkan coklat masakan yang telah di cairkan dan di biar sejuk.  Akak potong-potong kek dan sapu whipped cream coklat dan atasnya di tabur dengan badam cincang yang di sangai.

Alhamdulliah laku pulak bila buat camni.  Taklah membazir.

p/s resepi tak yahlah..takut akak yang tersilap bancuh

Khamis, Disember 31, 2009

Kek Pisang Coklat Chip aka Kek Pisang Bercoklat

 Penat .. baru habis belanja barang sekolah ira dan imran...tak habis-habis lagi benda  yang nak di beli...tak sedar RM keluar macam air...bila balik kira balik RM yang tinggal..hemmmm baru tau berapa ratus RM yang dah habis...nak buat camner kan...dah jadi tanggung jawab ibubapa menyediakan keperluan persekolahan anak-anak....ni belum di kira segala bayaran yuran dan buku...tapi tak aper...janji anak-anak nak rajin belajar udahlah...

Alahai merepek pulak akak ni....buat kek pisang coklat chip berbadam ni masa balik kampung minggu lepas...buat makan-makan dengan kaum keluarga di sana...wah kembang hati akak bila tenguk sekejap ajer 1 loyang habis macam pisang panas.....anak-anak akak tak dapat merasa...tak apalah nanti mak buat lagi yer...

Resepi asal dari Puan Nor di Kay T....nama dia kek pisang bercoklat tapi akak letak coklat chip dan tabur badam kat atas dan dalam kek...akak tukarlah nama...jangan marah yer Nor...cubalah buat.akak dah buat yang resepi asal...tapi dah lama..jadi akak tepeklah lagi resepi ni.....

Bahan-bahan ( saiz loyang 9" x 9" )

  • 250gm mentega/marjerin(akak guna butter anchor)
  • 3/4 cawan gula caster
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 5 biji telur gred A
  • 1 cawan pisang yg dilecek
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 150gm coklat masakan - diparut menggunakan pengupas kulit ubi kentang atau boleh juga dicincang-akak tukar ke coklat chip dan kepingan badam yang telah di bakar dulu.

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180C. Griskan loyang dengan mentega/marjerin dan taburkan tepung.
  2. Ayak tepung. Sekiranya tiada tepung naik sendiri boleh juga diguna tepung gandum biasa dan tambahkan 1 sudu teh baking powder.
  3. Masukkan soda bikarbonat ke dalam pisang yg telah dilecek dan gaul sebati. Saya hanya menggunakan 1/2 sudu teh soda bikarbonat supaya kek tidak terasa pahit.
  4. Pukul mentega hingga putih dan masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang dan gula hancur.
  5. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga habis dan sehingga adunan betul-betul kembang. Masukkan esen vanila dan pisang lecek. Pukul hingga sebati.
  6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dgn kaedah kaup balik.
  7. Masukkan coklat chip dan gaul  sebati.
  8. Masukkan ke dalam loyang dan tabur lagi coklat chip dan kepingan badam  dan bakarlah hingga masak, lebih kurang 45 minit.
  9. Kek pisang ini lebih sedap dimakan ketika masih suam2 panas kerana masa tu coklatnya masih lagi  cair dan bahagian tepi/atas kek agak rangup
  10. Selamat mencuba.. 

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...