OOO

Memaparkan catatan dengan label Kek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kek. Papar semua catatan

Jumaat, Jun 05, 2015

Kek Pisang Lembut, Lembab Dan Sedap

Assalammualaikum semua

Teringinlah pulak nak makan kek pisang, kebetulan Russhdi sekeluarga datang kerumah.  Kalau orang tak ramai memang malas nak buat sebab lambat habis.

Akak suruh Ira godak sambil akak pantau, sebab akak tengah masak rendang itik.


Bahan-bahan ( saiz loyang 9" x 9" )

  • 250gm mentega/marjerin
  • 3/4 cawan gula caster
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 5 biji telur gred A
  • 1 cawan pisang yg dilecek
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180C. Griskan loyang dengan mentega/marjerin dan taburkan tepung.
  2. Ayak tepung. Sekiranya tiada tepung naik sendiri boleh juga diguna tepung gandum biasa dan tambahkan 1 sudu teh baking powder.
  3. Masukkan soda bikarbonat ke dalam pisang yg telah dilecek dan gaul sebati. Saya hanya menggunakan 1/2 sudu teh soda bikarbonat supaya kek tidak terasa pahit.
  4. Pukul mentega hingga putih dan masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang dan gula hancur.
  5. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga habis dan sehingga adunan betul2 kembang. Masukkan esen vanila dan pisang lecek. Pukul hingga sebati.
  6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dgn kaedah kaup balik.
  7. Masukkan ke dalam loyang dan bakarlah hingga masak, lebih kurang 45 minit.
  8. Selamat mencuba..

Ahad, September 29, 2013

Resepi Kek Coklat Kukus Sedap

Assalammualaikum
Dah lama tak buat kek coklat kukus ni..tiba tiba teringin.  Akak ada tepek bermacam resepi kek kukus sedap, kek coklat enak, kek coklat kukus lazat.  Kek coklat ni nak buat kena masa anak-anak ada kat umah barulah habis...kalau akak 2 orang memang tak terhabis.


  • 250gm mentega
  • 1 cawan gula castor
  • 1 cawan gula perang
  • 4 biji telur gred A
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 cawan susu segar suam
  • 3/4 serbuk koko
  • 1 1/4 tepung gandum
Hiasan : badam cincang yang telah sangai/bakar
Cara-cara

  1. Gris loyang dengan butter dan tepung.
  2. Panaskan kukusan. Ayak tepung gandum dan serbuk koko.
  3. Pukul mentega bersama gula castor dan gula perang hingga kembang.
  4. Masukkan esen vanila dan kacau sebati.
  5. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga kembang dan gebu.
  6. Masuk tepung yang telah di ayak dengan serbuk koko di selang seli dengan susu.  Kaup balikkan biar sebati.
  7. Masukkan dalam loyang, tutup dengan alumanium foil dan kukus sehingga 1 1/2 jam.
  8. Biarkan sejuk dahulu sebelum di hiaskan.
Coklat Ganache
  • 150gm coklat masakan
  • 1 sudu besar mentega
Untuk membuat choc ganache
  • Dadukan coklat masakan kecil-kecil.
  • Masukkan juga air panas dan susu pekat.
  • Masak secara double boiled sehingga coklat cair.
  • Padamkan api dan masukkan mentega sehingga cair dan kacau sebati.
  • Tuangkan keatas kek yang telah disejukkan.
  • Hiaskan ikut selera sendiri.

Selasa, September 25, 2012

Kek Pisang Coklat Chip

Assalammualaikum semua pembaca blog akak..

Akak update blog ikut kelapangan minggu ni sebab walaupun dalam mood sedih tapi rezeki advertorial bertalu-talu pula mampir minggu ini.  Alhamdulliah...

Oleh sebab masa yang diberikan suntuk, terpaksalah tumpukan dulu pada advertorial, baru nak buat N3 kat blog walaupun banyak BE menari-menari di blog akak ..rezeki jangan di tolak kan.
Alahai merepek pulak akak ni....
Kek ni akak buat sempena kenduri tahlil arwah abah hari Sabtu lepas.  Tak sempat nak snap dan potong cantik-cantik sebab sibuk buat kerja lain sebab tak ambik katering..kami masak beramai-ramai ajer.

Kek  pisang coklat ni dah banyak kali akak buat...suka makan time panas..

Bahan-bahan ( saiz loyang 9" x 9" )

  • 250gm mentega/marjerin(akak guna butter anchor)
  • 3/4 cawan gula caster
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 5 biji telur gred A
  • 1 cawan pisang yg dilecek
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 150gm coklat masakan - diparut menggunakan pengupas kulit ubi kentang atau boleh juga dicincang-(akak tukar ke coklat chip)

 

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180C. Griskan loyang dengan mentega/marjerin dan taburkan tepung.
  2. Ayak tepung. Sekiranya tiada tepung naik sendiri boleh juga diguna tepung gandum biasa dan tambahkan 1 sudu teh baking powder.
  3. Masukkan soda bikarbonat ke dalam pisang yg telah dilecek dan gaul sebati. Saya hanya menggunakan 1/2 sudu teh soda bikarbonat supaya kek tidak terasa pahit.
  4. Pukul mentega hingga putih dan masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang dan gula hancur.
  5. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga habis dan sehingga adunan betul-betul kembang. Masukkan esen vanila dan pisang lecek. Pukul hingga sebati.
  6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dgn kaedah kaup balik.
  7. Masukkan coklat chip dan gaul  sebati.
  8. Masukkan ke dalam loyang dan tabur lagi coklat chip dan kepingan badam  dan bakarlah hingga masak, lebih kurang 45 minit.
  9. Kek pisang ini lebih sedap dimakan ketika masih suam2 panas kerana masa tu coklatnya masih lagi  cair dan bahagian tepi/atas kek agak rangup
  10. Selamat mencuba..

Ahad, Mac 18, 2012

Moist Chocolate Cake

Ira pula dah buat blog..alahai anak-anak akak ni semua nak berbloglah kononnya tapi semuanya hangat-hangat tahi ayam.

Mereka ingat nak berblog senang agaknya.  Tapi tak apalah..dorang nak mencuba biarkanlah.  Kalau nak tenguk bolehlah jenguk http://trexisira.blogspot.com.
Tak faham bahasa orang muda ni..semua nak di short form kan.

 Cuti sekolah ni kalau buat apa-apa kudapan kat umah, insyallah laku.  Tenguk semua stok ada kat umah, akak pun buatlah moist chocolate cake pulak.

Bahan-Bahannya
  • 1 cawan tepung kek/tepung gandum*
  • 1 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan diayak 3 kali)
  • 1 cawan gula halus (castor sugar)
  • 2 biji telur gred A
  • 125 g mentega
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1/2 cawan serbuk koko*
  • 1/2 camca teh nescafe*
  • 1/4 cawan gula halus*
  • 1/2 cawan air panas*
  • 1/4 cawan susu cair*(*disatukan hingga menjadi pes coklat)
Untuk Chocolate Ganache:-
  • 100 g coklat masakkan
  • 50 ml UHT Whipping Cream
  • 1 camca teh mentega
  • badam cincang-pilihan
Cara membuatnya:-
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin berukuran ( 5 x 8 x 3 ) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula halus hingga putih. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung berelang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati.
  4. Tuang adunan tadi dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 - 50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache jika suka...

UNTUK GANACHE:-

  1. Satukan coklat dan UHT Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara double-boiler, bila semua larut, matikan api dan masukkan mentega dan gaul rata.  
  2. Masukkan badam cincang yang telah di sangai.  Biarkan suam dan boleh tuang atas kek coklat tadi.
 
Lebihan coklat akak masukkan cornflakes pastu masuk dalam bekas dan biar sejuk..sekejapannnn hilanggg dari pandangan 

Isnin, Februari 27, 2012

Ramai Yang Terpesona Dengan Kek Lapis Cheese Pesona

Geng masak memasak dah terkena virus kek lapis cheese pesona tahun lepas tapi akak tak terkena masa tu sebab virus M lebih banyak dari virus R.  Bila anak lelaki dah ada baru buat sebab bila buat dorang habiskan, taklah membazir.


Akak cuma guna 1 peket ajer biskut marie dan susu tu tak habis guna pun.

Resepi Asal: Ryo Azhar.seorang lagi blogger chef lelaki yang pandai ke dapur dan hasil tangan beliau tidak mengecewakan.

Bahan A: (Loyang kek saiz 9x9)
  • 2 bungkus biskut marie perisa coklat (lebih kurang 600 gram- Ryo guna jenama LEE)- akak guna 1 peket ajer
  • 500 ml susu segar,dipanaskan (akak guna 500ml)
Bahan B:
  • 500 gram cheese cream (Philadelpia/Tartura)
  • 10 ml susu segar
  • 1/2 cawan gula halus (akak kurangkan sikit)
Caranya :
  1. Satukan cheese dan gula halus, pukul sebati.
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit, jangan sampai adunan terlalu cair. Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan.
  3. Sediakan bekas yang dialaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
  4. Panaskan susu segar, padamkan api.
  5. Ambil sekeping-keping biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas), terus susun dalam bekas. (Celup 1 saat je taw..)..akak pakai berus ajr
  6. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya, ratakan. Ulang proses melapis biskut, kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi hingga habis berselang-seli. Biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  7. Kemudian kisar baki biskut yang ada, taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
  8. Tekan-tekan sikit permukaan tu, masuklan ke dalam peti sejuk, biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.

Sabtu, Februari 25, 2012

Wow Mengancam Aaaa Warna Kek Batik Arora Ni

Kenalah puji hasil tangan sendiri kan..kalau tak sape lagi..memang teruja tenguk kek warna warni camni.

Mengikut cerita empunya resepi Cida ..resepi ni asalnya kek marble tapi bila di corakkan dengan warna langsung jadi cam batik..akhirnya dinamakan kek batik arora .  Resepi ni akak ambil dari blog Yati.

Oleh sebab geng masak memasak dah terkena demam kek arora..akak pun terjangkit sama pasal geram tenguk warna kek ini.  Kek ni baru keluar dari oven masih panas lagi. Lum sempat  potong lagi lah

KEK BATIK ARORA
By : Cida
Bahan-bahan
250 g mentega - akak guna butter mahal sebab bau dia lagi sedap
100 gram gula castor
1/2 cawan susu pekat manis
250 g tepung gandum
6 biji telur
2 sudu teh baking powder
5 jenis pewarna dan perisa
1 sudu teh ovelate ~ ita tambah

Cara-caranya
  • Panaskan oven pada suhu 160 ~ 180 C
  • Sediakan loyang ukuran 8 inc (akak guna loyang bulat berlubang)
  • Griskan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper
  • Satukan tepung gandum dan baking powder
  • Kemudian di ayak ~ ketepikan.  Dalam bekas mixer pukul mentega, ovelate dan gula sehingga kembang dan memutih.
  • Tambahkan susu pekat manis dan terus pukul hingga adunan sebati
  • Masukkan telur sebijik demi sebijik ( pastikan telur tu dah rata baru masukkan satu bijik lagi) hingga habis
  • Tutup mixer. Masukkan campuran tepung dan baking powder tadi dan kaup balik hingga rata

Bahagikan adunan kepada 5 bahagian ikut pilihan masing-masing. Akak pilih oren, biru, coklat emulco, pandan paste dan merah.
Letakkan setiap bahagian dengan pilihan perisa dan warna yang disukai
 

Gaul adunan rata .Tompok-tompokkan  setiap warna dalam loyang hingga habis. Setiap tompokan 1 senduk (akak guna satu sudu)
Masukkan dalam oven, dan bakar dengan menggunakan api bawah selama 45minit ~ 1 jam. Atau sehingga kek telah di masak dengan sempurna

 Anak tenguk tak sabar nak potong...

 Taraaaa...setelah di potong..hati akak pun merasa ceria  
bila tenguk kek warna warni macam ni 

Jumaat, Januari 20, 2012

Tak Berapa Jadilah Lah

Dengan berkobar-kobarnya akak buat kek pisang sebab fil ada bekalkan pisang ole-ole dari kampung. Kononnya tak nak ikut resepi yang pernah akak pernah buat.  Akak google kat internet ternampaklah resepi yang nampak gambar kek pisang yang tersangatlah sedap.
Bila tenguk kek ni macam elok ajer jadinya...tak bantat..tapi bila dah potong..alamak ..bagi tekak akak tak berapa sedaplah.  Anak-anak lelaki pun kata camtu.
Oleh sebab kek ni satu loyang rasa rugi kalau tak habis di makan, al maklumlah barang bakeri pun dah mahal sungguh.  Nasib baiklah ada whipped cream dalam peti sejuk. 

Akak pukul dan masukkan coklat masakan yang telah di cairkan dan di biar sejuk.  Akak potong-potong kek dan sapu whipped cream coklat dan atasnya di tabur dengan badam cincang yang di sangai.

Alhamdulliah laku pulak bila buat camni.  Taklah membazir.

p/s resepi tak yahlah..takut akak yang tersilap bancuh

Sabtu, Januari 07, 2012

Kek Span Coklat Untuk Ulang Tahun Perkawinan

 
Dah lama tak ada virus R nak buat kek.  Tapi mengenangkan 5hb. Januari yang lepas ialah ulangtahun perkawinan kami yang ke 26 tahun akak buat ajerlah kek buat makan anak beranak.  
Kek ni pernah akak buat untuk harijadi Athirah yang ke 13 tahun.  Akak deko dengan pertolongan Yana dan guna buttercream.  Nasib baik Ira suka walaupun hasilnya comot.  Tak kisahlah kann..Kalau korang nak baca N3 tu korang boleh ke SINI

Terima kasih buat member geng masak memasak yang sudi bagi resepi.  Resepi asal di  SINI

Bahan-bahan:
  • 5 biji telur gred B
  • 170gm gula kaster
  • 1 camt ovalette
  • 100gm tepung gandum
  • 1 tsp baking powder
  • 40gm serbuk koko-akak guna jenama serbuk koko van houten
  • 70gm minyak jagung atau minyak masak atau butter yg di cairkan

Cara membuatnya:

 
 mixer yang masih elok tetamu bagi hadiah perkawinan akak- dah 
26 tahun gak  umurnya cuma bekas dan pemegangnya dah rosak
Dalam satu adunan, telur, gula dan ovalette di putar hingga jadi seperti ini.. putar menggunakan kelajuan maksimum.. mesti kembang, pekat dan berwarna putih seperti ini, bila di angkat adunan tak jatuh ke bawah..

2.  Ayak tepung gandum, serbuk koko dan serbuk penaik. Masukkan dalam adunan. Putar rata guna speed perlahan.
3.  Kemudian masuk minyak dan putar perlahan hingga adunan bergaul rata dan sebati.
4.  Tuang dalam loyang berukuran 8"
5.  Bakar pada suhu 170'c  selama lebih kurang 30 minit api atas bawah
 
6.  Bila kek yang dah siap.. masak je, terus hentak loyang tu, hentak perlahan je.. pas tu terus keluarkan kek dari loyang.. kalau biar dlm loyang nanti keknya kecut mecut... sejukkan atas redai
  • **utk ganache**
  • 2 cwn non dairy whipping cream
  • 500g cooking chocolate-akak guna milk chocolate jenama Selbourne
  • 1 sudu besar mentega/marjerin
  • badam cincang yang telah di sangai-pilihan 
  • whipping cream untuk hiasan-pilihan
 
**utk ganache**
  1. Dlm mangkuk kecil, didihkan whipping cream
  2. Bila dah didih,padam api...dan masukkan cooking choc dan butter/marjerin dan  kacau sebati.
  3.  Tuangkan atas kek dan hiaslah ikut suka.  
  4. Akak hiaskan dengan badam dan whipping cream yang telah dipukul sebentar.

Selasa, Julai 12, 2011

Oh Red Velvet Cake @ Kek Baldu Merah Ku Tak Cantik

Berkobar-kobar kau nak buat kek yang memerlukan kos yang agak tinggi untuk membuatnya. Mula-mula malu nak tunjuk kat blog sebab rupernya yang teruk tapi biarlah orang nak kata..aka..ada aku kisah
Jangan salahkah resepi jika apa yang kita ingini tidak menjadi. Salah akak juga sebab pandai-pandai ajer nak deko pakai warna pink, padahal cukup ajer di salut dengan krim cheese warna putih tu. Krim ni agak lembek tak macam buttercream, memang susah nak deko.

Haru biru di buatnya, meleleh kebawahlah pulak warna pink tu masa deko. Tak di nafikan rasa krimnya memang sedap, bila akak bancuh krim keju tu dengan krim putar akak try rasa. Tak cukup sekali, berulang-ulang kali.

Kalau campur dengan mascarpone cheese (250gm-RM19.90) lagi pengsan rasa krimnya. Besar sungguh kek ni bila dah siap. Ambil masa gak nak menghabiskan kek segadang ini. Kalau keluarga kecik buat ajerlah setengah adunan. Resepi ambil dari blog member masakan. Kalau duk berdua baik beli 2 biji kek cawah sebab agak remeh nak membuatnya.

Sumber 1: Nina Suria@Mon
Sumber 2: Kzai@Teratakimpian


Bahan-bahan
  • 5 biji telur gred B
  • 250 gram mentega beku tanpa garam
  • *3 cawan tepung naik sendiri
  • *3 sudu makan koko Vochelle
  • 2 cawan gula kastor
  • 4 sudu makan pewarna Red Bright - akak guna 1 1/2 sudu makan je
  • 1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
  • 1 sudu teh garam- x letak
  • 1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok) - akak guna baking powder
  • 1 sudu makan cuka makan

CARA-CARA:

1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda/baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.

NOTA: Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 8". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan.- akak buat dua lapisan je

FILLING:

500gram blueberry filling - akak x letak

KRIM:

500 gram krim keju Phillidephia
1 cawan krim putar- akak letak 1 1/2 cawan
akak tambah sedikit gula icing
Cara-Cara
Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
*Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk

NOTA:
Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.
Tunggu Ira balik asrama baru buat kek dan nyanyi untuk suami

Akak buat sempena hari jadi suami akak bulan lepas. Tak cantik tak per, janji hasil tangan sendiri.(pujuk diri sendiri)

Nak tenguk yang kek yang cantik bolehlah gi kat link bawah tu.

Rabu, April 20, 2011

Baulu Gulung Jadi Baulu Kapit

Buat kek gulung memang mencabar, kalau tebal sebab guna loyang yang salah camnilah jadinya. Dahlah di design dengan lapisan warna ungu..kononnya nak samakan dengan jem blueberry masa nak bako. Dah nampak cam cantik tapi  bila nak gulung terpecahlah pulak, jadi terpaksalah akak kapitkan dan jadi camni.


Sorry gambar tak clear..kononnya nak cubalah guna menu kat kamera..tapi tak apalah janji nampak gak ruper baulu tu kan.  Nasihat akak...Jangan salahkan resepi tapi tukang buat yang salah.  Janji di makan habis udahlah. Resepi ni akak ambik dari blog Mat Gebu ..Mat Gebu ambil dari Ayin Yin.


 BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 5 biji telur gred A
  • 100 g gula pasir
  • 100 g mentega, cair dan sejukkan
  • 1/4 camca teh vanilin@1/2 camca teh esen vanilla
  • 75 g tepung gandum*
  • 25 g tepung jagung*
  • 1/2 camca teh baking powder*(*disatukan diayak)
  • Jem kegemaran secukupnya (akak guna ajer jem blueberry)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser tin 12 inci x 12 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas minyak. Panaskan oven pada suhu 180C.
  2. Putar telur, gula dan serbuk vanilin hingga kembang dan pekat, gunakan kelajuan tinggi. Pada kelajuaan perlahan, masukkan tepung yang telah diayak tadi. Putar rata.
  3. Tuang mentega cair dan gaul hingga sebati. Tuang dalam tin dan bakar 25 - 30 minit atau hingga kuning keemasan.
  4. Biarkan sejuk sebentar dan terbalikkan di atas sehelai kertas minyak. Sapu jem kegemaran dan gulung kemas. Potong sebelum dihidangkan.  
  5. (akak potong 2..pastu bubuh jem dan ratakan..tangkup dan potong kecik-kecik)

Rabu, Februari 09, 2011

Resepi Kek Lapis Strawberry Cheese




Buat kek lapis ni masa Yana balik bercuti minggu lepas sebab dia terliur tenguk kat blog akak.  Demi menunaikan hasrat dihati akak pun buat.  Akak bancuh dan suruh dia bergilir dengan akak bakar kek lapis yang makan masa yang agak lama nak membakarnya.

Bila tenguk kat resepi lalu gambar dah hilang dah. Sayang betullah. Ambil resepi ni kat blog http://mawarmerah7.blogspot.com/.  Ima ambil dari tuan punya resepi http://rozzan.blogspot.com/

Bahan-Bahan
450 gm mentega-akak guna  jenama anchor
250 gm Philadelphia cream cheese (jenama Kraft)
1 sudu makan ovalette
150 gm gula halus
10 biji telur
1 tin (kira-kira 400 gm) susu pekat manis
300 gm tepung Hong Kong-ayak dulu
100 gm Horlick
180 gm jem strawberry (reduced sugar- kurang manis)saya guna pie filling
1 sudu teh esen strawberry
sedikit pewarna merah/merah jambu (lebih baik jenis yg pekat atau serbuk)
 Cara-cara

1. Pukul mentega, cream cheese dan ovalette sehingga sebati.
2. Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kembang.
3. Masukkan pula telur sebiji-sebiji dan terus pukul hingga kembang dan rata.
4. Seterusnya, perlahankan speed mixer anda dan masukkan susu manis. Pukul sebentar.
5. Kemudian, perlahankan lagi speed mixer anda dan bubuh tepung Hong Kong dan horlicks. Gaul rata.
6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu dibiarkan plain dan yg satu lagi dibubuh jem strawberry, esen strawberry dan pewarna merah.
7. Bakarlah menggunakan loyang 10”x7” atau 8”x8” yg telah di alas kertas dan digris pada dasar loyang dan sekelilingnya. Suhu kira-kira 180 – 200 darjah Celsius.
8. Ambil 2 senduk adunan plain (akak gunakan 5 sudu makan setiap lapisan) dan ratakan dalam loyang kek. Bakar dengan api atas bawah sehingga masak. Utk lapisan kedua hingga akhir, tukarkan suhu oven kepada api atas jer (grill). Ambil 2 senduk adunan plain lagi dan ratakan dia atas lapisan pertama tadi.
9. Utk lapisan ketiga, ambil 2 senduk adunan strawberry dan ratakan atas lapisan kedua tadi. Buat begini sehingga habis semua adunan.
Nota:
Mengenai corak lapisan samada 2 plain, 2 merah atau 1 plain 1 merah, terserah pada kreativiti dan citarasa anda.
Akak buat 2 lapisan merah (5 sudu makan setiap lapisan) dan 2 lapisan asal

Jumaat, Oktober 22, 2010

Sicilian Orange Cake Recipe

 Oleh sebab tak tahan tenguk kek ni kat blog cik manggis akak pun buatlah kek ini.  Bila baru habis bakar memang sedap  memakannya.  Resepi ni ada kat blog Rima dan Ellie.

Akak sajer ajer taburkan parutan cheddar cheese kat atas kek sebab lebihan masa buat bangkit cheese tempuh hari.  Membazir pulak kalau rosak nanti.  Dahlah bahan tu mahal.

Bahan-bahan
250 gm butter
250 gm tepung naik sendiri
4 biji telur saiz sederhana
1 1/2 tsp parutan kulit oren
85 ml jus oren
250 gm gula halus
akak tambah-parutan cheddar cheese (nak habiskan stok)
Icing:
125 gm gula ising
5 tsp jus oren.
Cara-caranya:
  • Panaskan oven 170 darjah celcius.
  • Sapukan butter pada 2 loyang bulat  berukuran 6cm x 14 cm.Alaskan dengan kertas minyak.
  • Pukul butter dan gula hingga kembang .Masukkan telur satu demi satu hingga habis.Pukul lagi,
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan terus pukul hingga sebati.Masukkan parutan kulit oren.
  • Last sekali tuangkan jus oren sedikit demi sedikit dan pukul hingga rata.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar hingga masak.
  • Bila kek telah masak sejukkan atas wire rack.
p/s akak tak buat  icing tu sebab dah cukup rasa manis dah kat kek tu.  Dah tua-tua ni tak beranilah nak makan manis..lagi pun hb dah ada penyakit kencing manis.

Jumaat, Julai 09, 2010

Kek Pisang Lembab Lagi

Bila sebut lembab ajer..boleh jadi maksud lain ek...lembab buat kerja...lembab bangun tidur...resepi ni dah try dulu dah...buat lagi tapi akak tabur pulak dengan hirisan badam yang telah di bakar sebentar...
Resepi kek ni akak ambil dari dapur Ah Mat Gebu...jangan lembab-lembab yer nak masak...nanti perut laparlah pulak..

Bahan-bahan
  • 250 g tepung gandum*
  • 1 camca teh soda bicarbonate*
  • 1/2 camca teh garam halus*(*digaul rata dan diayak)
  • 15 g ovallate
  • 150 g gula halus
  • 5 biji telur gred A
  • 125 g mentega, dicairkan dan biar sejuk
  • 100 g minyak jagung
  • 225 g pisang emas + 1 camca teh vanilla, dilecek halus
  • sedikit hirisan badam yang telah di bakar -tambah sendiri
Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung rata dan ketuk keluar lebihan tepung. Ketepikan. (kalau guna tin kek warna hitam, turun kan suhu jadi 160C..sebab tin hitam kadar penyerapan haba dia lebih tinggi).
  2. Putar gula dengan ovallate hingga sebati, masukkan telur (kesemuanya) dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat (seperti adunan baulu). Perlahankan speed dan masukkan pisang lecek, gaul rata.
  3. Masukkan tepung berselang seli dengan metega cair + minyak jagung tadi. Buat hingga siap dan gaul rata. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Bakar 55 – 60 minit atau hingga masak, mengikut oven masing2. Taburkan kepingan badam tu yer
  4. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek dah masak. Biar kan kek sejuk sedikit, longgar2kan dari tin dan terbalikkan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidang….

Ahad, Jun 20, 2010

Resepi Kek Kukus Coklat Sempena Hari Bapa

Abah.....dulu masa muda..abah bersusah payah mencari rezeki
Dengan kudratmu, kau membesarkan angah, along, alan dan ayoi..
Apa yang kami pinta ..dengan segala upaya akan kau akan berikan
Aku sentiasa mengingati segala pengorbananmu
Abah .......
sekarang...kudratmu telah tiada...
tubuhmu telah dihinggapi pelbagai penyakit..
Walaupun begitu kamu masih mengingati anak-anakmu
Abah..walaupun begitu aku sayang padamu
Bapa mertuaku...
Terima kasih membesarkan suamiku..
Memberi didikan yang sempurna
Membesarkan dia dengan titik peluhmu
Dan sudi menerima aku sebagai menantumu
Suamiku..
Tanpa kamu ...sapelah aku...terima kasih kerna
sudi menerima aku seadanya...dulu , kini dan selamanya
aku bersyukur ..sebab bersuamikan kamu..
semuga kita bersama sehingga ke akhir hayat
dan terimalah ucapan

Selamat Hari Bapa ...
angah(panggilan abah pada akak), lina (fil) dan ina (suami) sayang kamu semua
Pagi tadi buat kek coklat kukus...kononnya kek untuk Hari Bapa..tapi tak sempat deco...lepas tu suruh Ira bawak balik ke asrama ...jamu member-member dia.

Bahan A
  • 220 gm tepung gandum
  • 1 s/k baking powder
  • 1/2 s/k soda bikarbonat
  • 50 gm serbuk koko
  • 180 gm gula perang
Bahan B
  • 2 biji telur
  • 1 s/k esen vanila
Bahan C
  • 200 ml susu cair atau susu segar
  • 200 ml minyak mazola atau minyak sayuran biasa
  • 200 mi air panas
Cara-cara
1. Gaulkan semua bahan A dalam mangkuk supaya rata.
2. Pukul Bahan B dalam mangkuk berasingan. Masukkan dalam mangkuk bahan A. Kacau rata.
3. Masukkan Bahan C dalam adunan bahan A. Kacau rata.
4. Panaskan kukusan dan lapikkan kertas minyak dalam loyang 8 x 8 inci.
5. Masukkan adunan dalam loyang dan kukuskan selama 1 jam dgn api sederhana. Lapkan tudung kukusan sebelum tutup semula.
6. Bila telah masak buka tudung kukusan perlahan supaya air tidak menitik keatas kek.
7. Hiaskan dengan cream coklat.

Cream Coklat
Bahan-bahan
  • 300 gm coklat masakan [potong kecil]
  • 50 gm fresh cream
Cara-cara
1. Panaskan coklat didalam periuk secara double boiling.  
2. Bila nampak coklat hampir cair tutup api.  
3. Masukkan fresh cream dan mentega...lepas tu kacau sebati sehingga agak sejuk.  
4. Bila dah hampir sejuk tuangkan atas kek dan hiaskan mengikut kesukaan sendiri.

Isnin, Mei 03, 2010

Kek Mentega Pelangi Again

Eyriqazz suka  mandi di kali
Bean Moreno tak mandi pagi
 Kek pelangi marble sedap sekali
Sekali cuba mesti nak lagi

Resepi dari Puan Noraini taukeh kek kat Batu Caves...kali kurang cunlah warna..sebab pewarna hijau dan merah dah habis..ashik luper beli ajerlah..akak tambah pes coffee...lagi wangi bau dia..kalau nak buat jangan marblekan guna sudu tau..guna senduk..baru cun rasanya macam akak buat hari tu.

Buat untuk Ira bawak balik ke asrama..dia pun tak pernah rasa lagi kek ni..
Bahan-bahan :
  • 250 gm mentega
  • 220 gm gula kastor (akak buat 200gm lain kali)
  • 220 gm tepung kek
  • 4 biji telur A
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 50 ml susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila
  • sedikit pewarna biru, oren dan perisa coffee
Cara Membuatnya :
1. Griskan tin pembakar bulat berukuran inci dan lapik kertas serap minyak.
2. Satukan mentega dan gula lalu dipukul hingga gebu dan putih.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga sebati.
4. Ayak tepung dan serbuk penaik. Masukkan dalam adunan mentega berselang-seli dengan susu cair.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan biru, oren dan pes coffee.
6. Mula-mula masukkan 1 senduk warna biru ditengah-tengah tin. Kemudian tuangkan 1 senduk warna oren  diatas biru tadi dan kemudian pes coffee.  
7.  Ulangi proses hingga habis adunan digunakan. Ratakan adunan agar memenuhi tin.
8. Masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan ke suhu 180 darjah celcius selama 15 minit.
9. Bakar kek selama sejam hingga masak. (akak bakar 45 minit ajer)

Khamis, April 15, 2010

Kek Lapis Alwani


Kek kukus ni akak buat petang sebelum nak pergi ke Project Alpha kat Damansara pada 7hb. lepas...kononnya nak jamu se orang member cyber yang nak tumpang naik kereta akak.  Bila dah siap masak akak bersiaplah .  Yang tak best ..last minute dia batalkan pulak janji kami.

Akak rasa akak dah sama bahagikan sukatan sebelum di letak pewarna..tapi bila kena kat lapisan biru...terkuranglah pulak ketebalan dia.  Tak apalah...sekali sekala mestilah melakukan kesilapan.

Maka rugilah dia sebab tak merasa kek akak ni..sape dia??? Biarlah rahsia.  Kek ni dah pernah buat dulu dah.  Akak ambil dari rumah Dayangjack.

Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/3 cawan horlicks (original)
  • 5 biji telur A
  • 1/2 cawan gula halus
  • 200 gm marjerin
  • 1/3 cawan susu pekat manis
  • 1/3 cawan kismis hitam-tak bubuh pun anak-anak tak suka
  • 1 sdt esen vanilla
  • pewarna oren, hijau dan biru
Cara-cara
  1. Sediakan pengukus. Panaskan airnya. Sediakan loyang berukuran 6 inci. Lengserkan dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Gaulkan kismis bersama sedikit tepung (1 sudu makan). Ketepikan.
  3. Ayak tepung bersama horlicks di dlm satu bekas yang agak besar. Ketepikan seketika.
  4. Pukul marjerin dgn gula sehingga kembang dan putih.
  5. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar.
  6. Masukkan susu pekat dan putar lagi
  7. Masukkan tepung dan putar hingga sebati.
  8. Masukkan esen vanilla. Ratakan.
  9. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Warnakan biru, hijau dan oren.
  10. Tuangkan adunan merah ke dlm loyang terlebih dahulu, dan taburkan kismis di atasnya. Kemudian, tutuplah loyang dgn kertas foil atau plastik. Kukus selama 7 minit.
  11. Ulangi langkah 10 utk lapisan hijau. Kukus selama 15 minit.
  12. Akhir sekali tuangkan lapisan oren dan taburkan kismis. Kukus lama sikit (kira2 1 jam) atau sehingga ia masak.
***kek ni saiz kecil, gandakan bahan2nya jika nak buat yang saiz besar.


Suka sangat anak-anak anak dengan dadih segera ni.  Senang ajer nak membuatnya.  Resepi ada kat belakang paket.  Memang tak rugi membuatnya.  
Nilah jenama yang akak suka  buat
arahan cara nak memasak ada kat sini.

p/s  N3 pasal Slurpee tu kan orang Nuffnang yang sibuk suruh buat..2 kali orang dia orang call..tulah hasil bila buat dengan tak sepenuh hati.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...