OOO

Memaparkan catatan dengan label kurma ayam sedap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kurma ayam sedap. Papar semua catatan

Jumaat, Julai 31, 2015

Resepi Kurma Ayam Kampung

Assalammualaikum
Sekali sekali teringin nak makan kurma ayam, kali ni akak guna ayam kampung.  Ayam kampung  jual kat pasar tak banyak isi tapi pejal, taklah liat cam ayam kampung betul.  Kalau ayam kampung betul memang kena rebus lama.
Resepi asal ayam kurma merah, akak ambil dari blog ibuno, tapi akak tak buh cili kisar ataupun pes tomato.  

Bahan-bahan
1 ekor ayam-potong 12
santan daripada sebiji kelapa-2 cawan
6 sudu besar rempah kurma
2 sudu besar cili kering giling
5 ulas bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
1 cm halia-tumbuk
rempah 4 sekawan
3 sudu besar yogurt
3 biji ubi kentang dibelah dua
1 biji tomato dibelah empat
2 biji cili merah dibelah
2 biji cili hijau dibelah
Sedikit air

Cara-caranya
-Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah 4 sekawan dan tumis sehingga berbau wangi'
-Masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan sedikit air.  Goreng sehingga masak.
-Masukkan ayam dan yogurt. Masak sehingga berubah warna dan airnya kering.
-Masukkan santan dan garam.
-Apabila mendidih seketika, masukkan kentang.
-Biar kentang empuk dan kuah pekat masukkan  cili dan tomato.

Rabu, Januari 21, 2009

Ayam Masak Kurma

Kali ni masak ayam kurma pulak...dah lama dah tak masuk ayam kurma ni.....yang tak best pasal makan masak cara ni dia tak pedas...budak-budak sukalah...akak ni pecinta cili..kalau tak ada cili tak best...jadi masukkan cili api dan cili merah...barulah berasap telinga...

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam - di potong 12 dan di bersihkan
  • 1 biji bawang besar
  • 6 biji bawang kecil
  • 5 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 300ml santan pekat
  • 450ml air
  • 6 sudu makan rempah kurma
  • 2 biji ubi kentang-kupas dan belah 4
  • 1 biji tomato-belah 4
  • 2 biji cili merah/hijau-potong 2
  • 5-6 biji cili api
  • sedikit jus limau
  • minyak dan garam secukupnya
Bahan untuk menumis
  • 1 biji bawang besar-hiris tipis
  • 2 biji bawang kecil-hiris tipis
  • 1 batang kayu manis
  • 3 biji bunga cengkih
  • 3 biji bunga lawang
Cara-cara

1. Tumbuk bawang besar, bawang kecil, bawang putih dan halia.
2. Panaskan minyak dan tumis semua bahan tumisan hingga naik bau.
3. Masukkan pula semua bawang yang telah ditumbuk hingga layu.
4. Masukkan pula rempah kurma dan masukkan sedikit air. Gaul sebati dan perlahankan api. Biarkan rempah masak atau naik minyak. Masukkan garam.
5. Masukkan ayam dan biarkan seketika.
6. Masukkan santan pekat, air dan ubi kentang.
7. Biarkan kentang empuk dan kuah pekat...baru masukkan tomato, cili merah dan cili api. Perasakan garam barulah di padam api.
6. Masukkan santan bersama ubi kentang.
 

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...