OOO

Memaparkan catatan dengan label resepi ayam sedap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi ayam sedap. Papar semua catatan

Khamis, Jun 16, 2016

Ayam Goreng Cili Padi/Api

Assalammualaikum
Sekali sekali pekena ayam sambal cili padi memang berdesing teling di buatnya. Resepi akak ambil dari blog  Nor@SecubitGaram tapi ada bahan yang akak tak letak.

Bahan2:
1/2 ekor ayam ~ dipotong
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit

~ Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit, kemudian digoreng hingga masak (jgn terlalu garing).
Angkat dan ketepikan.

Bahan utk sambal:
5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
20 biji cili padi   *
1 biji cili merah *
1 labu bawang besar ~ dihiris
1 batang serai di titik.
garam dan gula
minyak secukupnya

Cara:
Kisar kasar/tumbuk bahan bertanda *.
Tinggalkan lebih kurang 4 - 5 sudu besar minyak lebihan goreng ayam dlm kuali dan panaskan.
Tumiskan bahan2 yg dikisar tadi hingga wangi.
Masukkan bawang besar dan kacau.
Masak seketika dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan ayam dan kacau rata.
Masak hingga kuah pekat dan pecah minyak.
Bolehlah diangkat dah dihidangkan bersama nasi putih.


Selasa, Jun 14, 2016

Resepi Ayam Kung Pao/Kung Pao Chicken

Assalammualaikum dan selamat berpuasa semua umat muslim dan muslimat

Nilah yang akak selalu buat kalau beli ayam, bahagian isi memang anak anak kurang layan.  Buat lauk macamni barulah mereka layan.

Bahan-bahan  A
  • 600gm isi ayam-dipotong kecil
  • tepung jagung secukupnya
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit sos tiram
  • sedikit kicap pekat
  • sedikit kicap cair
  • sedikit garam
Cara-caranya
  • Perap ayam dengan sos tiram, kicap pekat, kicap cair, garam  dan serbuk lada hitam. Biarkan 1/2 jam atau 1 jam.
  • Lumurkan dengan tepung jagung. 
  • Panaskan minyak dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
  • Toskan selepas di angkat.

Bahan-bahan B
  •  100gm  kacang gajus -
  •  5-6 - pilih yang lebar dan potong 1-1.5 inci panjang
  • 1 biji bawang besar holland - potong dadu 
  • 4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
  • 2 inci halia - di tumbuk halus
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 3 sudu makan cili sos
  •  minyak untuk menumis
  •  garam jika perlu
  • sedikit gula (optional)
Cara-caranya
  1. Panaskan minyak dan goreng badam...angkat dan toskan.  Goreng pula  cili kering hingga garing dan angkat..toskan.
  2. Tumis halia dan bawang putih hingga naik bau dan masukkan pula bawang besar yang telah di dadu.
  3. Masukkan sos cili, sos tiram dan sedikit air.
  4. Biarkan kering sedikit dan masukkan pula ayam, cili kering bersama  kacang gajus  yang telah digoreng.  
  5. Perisakan dengan garam jika perlu.
  6. Kacau sebentar dan terus padamkan api.
  7. Angkat dan hidangkan bersama nasi..

Jumaat, Julai 31, 2015

Resepi Kurma Ayam Kampung

Assalammualaikum
Sekali sekali teringin nak makan kurma ayam, kali ni akak guna ayam kampung.  Ayam kampung  jual kat pasar tak banyak isi tapi pejal, taklah liat cam ayam kampung betul.  Kalau ayam kampung betul memang kena rebus lama.
Resepi asal ayam kurma merah, akak ambil dari blog ibuno, tapi akak tak buh cili kisar ataupun pes tomato.  

Bahan-bahan
1 ekor ayam-potong 12
santan daripada sebiji kelapa-2 cawan
6 sudu besar rempah kurma
2 sudu besar cili kering giling
5 ulas bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
1 cm halia-tumbuk
rempah 4 sekawan
3 sudu besar yogurt
3 biji ubi kentang dibelah dua
1 biji tomato dibelah empat
2 biji cili merah dibelah
2 biji cili hijau dibelah
Sedikit air

Cara-caranya
-Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah 4 sekawan dan tumis sehingga berbau wangi'
-Masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan sedikit air.  Goreng sehingga masak.
-Masukkan ayam dan yogurt. Masak sehingga berubah warna dan airnya kering.
-Masukkan santan dan garam.
-Apabila mendidih seketika, masukkan kentang.
-Biar kentang empuk dan kuah pekat masukkan  cili dan tomato.

Isnin, Mac 17, 2014

Resepi Ayam Pedas

As'salammualaikum

Selain dari buat kung pao chicken, isi ayam akak suka gak buat ayam berlada ni, campuran cili merah dan cili api.

Bahan-bahan
3 keping isi ayam-potong kecil
4 biji cili merah
10-15 biji cili api (kalau nak pedas tambah lagi)
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 inci halia
sedikit garam
sedikit gula
1 biji limau kasturi-ambil jus

Cara-caranya

  1. Kisar/tumbuk cili hidup bersama cili api
  2. Tumbuk bawang besar, bawang putih, bawang merah dan halia
  3. Bubuh serbuk kunyit dan garam kat isi ayam dan goreng garing.
  4. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit kemudian tumis cili kisar dan bawang sehingga terbit minyak.
  5. Masukkan garam dan sedikit gula dan masukkan ayam dan gaul sebati.
  6. Tutup api masukkan pula jus limau
  7. Rasa dulu, kalau ok bolehlah di angkat

Khamis, Mac 13, 2014

Resepi Kung Pao Chicken

As'salammualaikum


Nak buat kung pao chicken ni memang ambil masa yang lama sikit..tapi hasilnya memang memuaskan.


Bahan-bahan  A
  • 600gm isi ayam-dipotong kecil
  • tepung jagung secukupnya
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit sos tiram
  • sedikit kicap pekat
  • sedikit kicap cair
  • sedikit garam
Cara-caranya
  • Perap ayam dengan sos tiram, kicap pekat, kicap cair, garam  dan serbuk lada hitam. Biarkan 1/2 jam atau 1 jam.
  • Lumurkan dengan tepung jagung. 
  • Panaskan minyak dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
  • Toskan selepas di angkat.

Bahan-bahan B
  •  100gm  kacang gajus -
  •  5-6 - pilih yang lebar dan potong 1-1.5 inci panjang
  • 1 biji bawang besar holland - potong dadu 
  • 4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
  • 2 inci halia - di tumbuk halus
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 3 sudu makan cili sos
  •  minyak untuk menumis
  •  garam jika perlu
  • sedikit gula (optional)
Cara-caranya
  1. Panaskan minyak dan goreng badam...angkat dan toskan.  Goreng pula  cili kering hingga garing dan angkat..toskan.
  2. Tumis halia dan bawang putih hingga naik bau dan masukkan pula bawang besar yang telah di dadu.
  3. Masukkan sos cili, sos tiram dan sedikit air.
  4. Biarkan kering sedikit dan masukkan pula ayam, cili kering bersama  kacang gajus  yang telah digoreng.  
  5. Perisakan dengan garam jika perlu.
  6. Kacau sebentar dan terus padamkan api.
  7. Angkat dan hidangkan bersama nasi..

Ahad, Februari 23, 2014

Resepi Ayam Burma

Assalammualaikum


Naik buntu kadang-kadang nak masak hari kat umah ni..nasib baik sekarang ni google ajer leh jumpa resepi yang sedap sedap.

Akak ambil resepi ni dari Mat Gebu sepatutnya guna daun pudina tapi tak ada stok pulak jadi akak guna daun kari.

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram ayam, potong pada saiz sederhana, cuci bersih dan toskan*
3 camca besar sos tiram*
1/2 camca teh serbuk kunyit*(*disatukan, gaul rata dan perap 20 minit)
1 camca besar rempah kari daging (mat guna rempah Baba's)
1 cawan air
1 kiub pati ayam
1 biji tomato, belah 4 (guna tomato ceri)
15 helai daun pudina (guna daun kari)
Secubit gula

BAHAN KISAR HALUS :-)

3 biji cili merah, buang bijinya
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 cm halia
1 batang serai, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan kisar halus dengan serbuk kari. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar + serbuk kari tadi hingga harum, masukkan ayam, gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut. Tuang air, kacau dan masak dengan api sederhana hingga mendidih.
  2. Masukkan pati ayam (hancurkan) dan secubit gula. Kacau dan masak hingga pekat. Akhir sekali masukkan tomato dan daun pudina, kacau rata, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat.


Rabu, Jun 26, 2013

Resepi Ayam Kurkar

Assalammualaikum
Tension akak dibuatnya..malam tadi ambik Ira di asrama..katanya dapat cuti sebab jerebu teruk..tup tup bila sampai rumah pihak asrama kata sekolah lah pulak.  Sabar ajerlah..
Nama masakan ni cam kelakar kan..tak taulah bahasa apa..tapi inilah resepi dari blog "IBUNDO", membuatkan akak rasa nak try ajer buat masakan ni.  Campuran berbagai rempah membuatkan rasanya sangat unik.  

Sebaiknya gunakan ayam kampung tapi kat rumah akak cuma ada ayam bandar..malas nak keluar gi beli.  Sedap di makan bersama nasi sedap ataupun nasi putih..akak goreng papadum juga.


Bahan-bahannya
2 ekor ayam kampung (ayam kampung kecik sebab tu masak 2 ekor)-akak guna ayam bandar 1 ekor
santan dari 1 biji kelapa
3 biji kentang dipotong 4 setiap satu
5 sudu besar rempah kurma
2 sudu besar rempah kari
3 sudu besar pes tomato puri
2 sudu besar pes cili giling (cili kering)
4 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih
1 inci  halia dihiris mancis
2 batang serai dititik
 

Cara-caranya
Masukkan rempah kurma, kari, pes tomato dan cili ke dalam mangkuk.  
Tambah sedikit air dan jadikan pes.
Panaskan minyak.  

Tumis bawang merah, putih dan halia sehingga wanngi.  Masukkan pes rempah dan serai titik.  
Tumis sehingga masak dan berbau wangi.
Masukkan ayam dan masak sehingga air ayam kering.
Tambah santan.  Apabila ayam setengah masak, masukkan kentang.
Masaklah sehingga ayam empuk dan kuah pekat.  

Jangan lupakan garam. 
Tak payah bubuh asam sebab tomato puri memang dah ada rasa masam.

Khamis, Ogos 02, 2012

Resepi Ungkep Ayam Stail Jawa

Dulu pernah buat ayam ungkep masakan orang Jawa ni.  Yang bestnya masakan ni tak guna santan.  Arwah mil pun rajin buat ayam ungkep masa hari raya tapi arwah tak suka jintan/ketumbar di blender.  Arwah lebih suka di tumbuk baru ada kaw katanya. Al fatihah buat arwah.  Arwah guna cili kisar tapi resepi dari Mat Gebu ni guna cili api.

Oleh sebab perut di bulan puasa ni tak boleh makan pedas terutama hb dan akak, akak tukar ke cili hidup.  Akak tak suka buat kering..suka berkuah sebab nak cicah dengan murtabak yang di beli di PARAM...kuah yang di beri bersama murtabak tak kaw lah.

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram ayam, potong saiz sederhana
2 batang serai, dititik-akak tambah 3 batang
1 keping asam gelugor
2 helai daun salam @ 3 helai bay leaf
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras-akak letak 1 ajer
1 biji cili hijau
10 - 15 biji cili padi merah-tukar ke 4 biji cili merah
1 camca besar ketumbar
1/2 camca teh jintan kasar-akak letak 1 sudu besar
1/2 camca teh jintan halus
3/4 inci kunyit hidup
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan serai dan daun salam @ bay leaf, kacau rata dan masukkan ayam. Gaul rata dan biar ayam kecut sedikit.
  2. Tuang air secukupnya (anggaran tenggelam ayam). Biar mendidih. Masukkan asam gelugor dan juga gula merah serta garam. Masak dengan api sederhana hingga kering. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam. Masak sekejap, dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..

Ahad, April 05, 2009

Ayam Masak Merah Ala Kenduri


Bila masuk kat rumah ummi di kuantan http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com macam-macam resepi yang dia dah cuba...resepi ni asal dari mrs.shieza@MYR . Anak yang suruh cuba masak ayam ni...akak makan dengan nasi biasa aje..tak buat pun nasi minyak..akak c & p aje dari rumah ummi...terima kasih ye ummi..

Bahan:
  • 1 ekor ayam (dipotong dan dibersihkan.
  • Gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan goreng separuh masak dan ketepikan)
  • 2 atau 3 senduk cili kisar yang telah dicampur dengan bawang merah dan bawang putih.
  • 1/2 botol sos tomato Aminah Hasan (akak guna sos kimball)
Bahan untuk tumis:-
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 2 ulas bawang merah (ditumbuk kasar)
  • 1 inci halia (diketuk)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1 kulit kayu manis
  • 1 sudu kecil buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • sedikit gula dan garam
  • 1 cawan air (untuk kuah)
  • 1 labu bawang besar (dihiris bulat)
  • buah tomato/nenas (ikut suka)-akak letak buat tomato
  • sedikit daun bawang untuk hiasan
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara Memasak:-
  1. Panaskan kuali dengan lebihan minyak menggoreng ayam tadi, tumis bawang putih, bawang merah dan halia.
  2. Bila dah wangi, masukkan cili mesin tadi dan kacau. Masukkan serai, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Kacau dan biarkan cili naik minyak dan garing.
  3. Masukkan air dan kacau. Kalau suka kuah lebih oleh ditambah lagi air. Kacau sebentar.
  4. Masukkan sos tomato tadi dan kacau hingga pekat.
  5. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  6. Bila dah pekat masukkan bawang besar yang dihiris dan ayam goreng tadi.
  7. Masukkan tomato atau nenas (ikut suka).
  8. Kacau hingga ayam sebati dengan kuah.
  9. Biarkan sedikit pekat dan bolehlah dihidang dan ditabur dengan daun bawang di atasnya.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...