OOO

Memaparkan catatan dengan label mee sedap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mee sedap. Papar semua catatan

Isnin, November 08, 2010

Resepi Mee Kungfu

Sedap gak mee kung fu ni. Senang nak membuatnya. Tapi kena pastikan telur ada kat umah yer. Resepi asal dari blog Kak Hanieliza. Dah pernah buat dulu dah. Akak tepek lagi resepi yer. Tak yah nak selak-selak N3 yang lama.
Bahan A
  • 500 gm mee kuning
  • 5 biji telur [ dipukul]
Bahan B
  • 100 gm udang basah -buangkan kulit pun boleh.tak buang pun boleh
  • 2 kepingan dada ayam -hiris kecil
  • 1 biji panjang fish cake potong nipis
  • 6 biji fish ball-potong nipis-akak tambah
  • 5 ulas bawang putih -dicincang-akak tumbuk
  • 100 gm sawi cina-potong kecil
  • 100 gm bunga kobis -dipotong kecil
  • 100 gm carrot -potong kecil dan memanjang
  • 5 tangkai jagung kecil-hiris serong
  • 2 sudu besar minyak masak-akak guna minyak jagung
  • 2 sudu makan tepung jagung-bancuh dengan sedikit air
  • 3 cawan air
  • 1 kiub ayam
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar lada sulah
  • 1 sudu besar kicap cair-akak tambah
  • garam
  • minyak
  • tambah bawang goreng dan daun sup/bawang di hiris
Cara-cara
1. Ambil sedikit mee dan masukkan ke dalam sebiji telur yang telah di pukul.Goreng dengan sedikit minyak cam buat telur dadar.
2. Rebus 3 cawan air dengan 2 keping dada ayam. Campurkan dengan 1 kiub ayam. Biarkan mendidih. Tutup api.
3. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan udang, fish cake dan fishball.
4. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan carrot.
5. Biarkan mendidih dan masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
5. Campurkan sawi cina dan bunga kobis. Tutup api dan kacau. Perasakan dengan garam.
6. Tuang kuah ke atas mee yang telah di goreng dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas.

8. Taburkan bawang goreng dan daun sup/daun bawang.
Lepas tu ramai-ramai sebut waaaaaaaaa caaaaaaaa 

Khamis, Julai 01, 2010

Kruppp Krappp Makan Mee Siput Batu Pahat

Sejak kawin dengan orang Johor..macam-macam makanan tradisional dari Johor yang akak tau..macam mee siput ni...dulu masa anak dara mana ada jumpa..yang jumpa selalunya cencaluk, belacan dan dodol ajer..dulu susah nak berjalan sebab abah tak ada kereta.
Mula-mula belajar makan mee siput ni pun dari adik ipar yang memang ibubapa orang Muar, Johor..pelik tenguk dia beli mee siput ni tiap kali baru balik beraya kat Muar..dia pun bagi akak satu peket buat rasa.

kena minyak betul-betul panas baru masukkan mee siput ni...
kalau idak berminyak dan tak berapa sedap nak krukkkk krakkkkk

Kalau nak lagi sedap makanlah dengan sambal tumis..tak kira sambal tumis udang ker ataupun sambal tumis ikan bilis...waduh enak bangat dong...
beli kat segamat...dulu akak pernah beli kat taman yayasan di segamat..tapi tak sedap..keras sampai nak tercabut gigi akak dibuatnya..sekarang ni dah tau yang mana mee siput yang sedap..akak rekomen yang ni..

Yesss orang Batu Pahat..nanti habis stok tolong belikan...tak kan nak gi jejauh semata-mata nak beli mee siput ni...rugi minyak dan tol...tak pun suruh ajer anak akak cari orang Batu Pahat..balik kampung boleh tolong beli kan..(ishhhhh melalutlah pulak akak ni..mana boleh paksa-paksa anak-anak kannnn)


p/s ingatkan hero Winter Sonata yang mati tu...rupernya second hero..

Jumaat, Jun 18, 2010

Szziling Yee Mee

Kelakar betullah bila baca kat blog-blog yang buat cerita isu hangat tu...macam-macam komen dan spekulasi yang di timbulkan.  Padahal tuan punya diri tak cerita apa-apa.  pun.  Macam nak gaduh pun ada..ishhh takut jugak kalau komen lebih-lebih ...takut kena saman nanti pulak kan.
Bila pergi ajer Jaya Jusco kat Wangsa Maju budak 2 orang ashik ajer nak makan mee bangla aka szziling mee ni..Dari kecil lagi kami suker makan mee bangla aka szziling mee ni..masa anak-anak kecik akak selalu gi beli barang kat Giant di Taman Pertama..kat situ lagi sedap rasanya..tu dulu..skrg dah byk dah org jual..tapi rasa dah kurang kick..

Baik akak buat ajer lagi sonang..puas hati...

Bahan-bahan ( 2-3 org makan )
  • 2-3 sanggul (gulung) yee mee
  • 5 ulas bawang putih-dihiris nipis
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)-akak guna cendawan tiram ajer
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
  • 3 biji cili kering- potong serong-kalau nak pedas tambahlah lagi
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 in halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • sawi-akak tambah-potong kecil
  • garam- secukup rasa
  • Beberapa titik minyak bijan
  • 1 sudu besar tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis
Cara-cara
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air.
  4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan cendawan serta sayur-sayuran yang lain- tunggu 2-3 minit.
  6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
  7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
  8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas-panas

Bila buka facebook project alpha...nama akak tersenarai lagi...

Alhamdulliah akak menang lagi Project Alpha 2 (Rummz)..walaupun ada yang komen kata hadiah tak best..tak kisahlah..janji adoooo..bantal  saiz untuk baby tidur pun dah kira ok aper...bersyukur.

Jumaat, Jun 11, 2010

Char Kuetiau

Ala silap label kat gambar ..malas nak edit..
 Resepi ni ambil dari blog Noorma....bila tenguk kat blog dia macam sedap ajer..akak pun teringin nak buat..
Nak tau rasa dia..bolehlah cuber sendiri yer..katanya dia ambil dari member baik dia yang kerja chef kat Genting Hotel.

Bahan-bahan(ni untuk sorang makan yer)~secekak kuetiau
~1 sudu makan pes bawang putih
~1 sudu makan pes cili (kalo suka pedas boleh letak lebih)
~1 sudu besar sos tiram*
~1/2 sudu besar minyak bijan*
~2 sudu besar sos ikan*
~ 1 sudu besar kicap pekat*
~1 sudu besar kicap cair*
~sedikit garam*
~sedikit ajinomoto*-akak tak letak
bahan-bahan bertanda * dimasukkan ke dalam satu bekas dan dikacau sekejap (aku masuk dalam cawan kecik dan kacau)
~segengam taugeh
~3 pokok daun kucai
~isi kerang -terpulang banyak mana nak-akak guna udang ajer
~udang-sukati nk udang kecik atau besar
~1 biji telur
~minyak masak untuk menumis

***Cara buat pes bawang putih- bawang putih ditumbuk, kemudian rendam dalam minyak masak untuk beberapa jam

Cara-cara
1. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Masukkan udang, goreng sekejap dan ketepikan.
2.Tumis bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan pes cili. Kacau lagi.
3.Masukkan cecair dalam cawan tadi, dan kacau cepat2.
4.Masukkan kuetiau, kacau rata. Masa ni boleh ler masuk isi kerang. Kacau lagi.
5.Ketepikan kuetiau ke tepi dan pecahkan telur ditengah-tengah. Biar telur beku sedikit kemudian kacau rata dengan kuetiau tadi.
6.Masukkan taugeh dan daun kucai. Kacau dan siap....

* ni versi kuetiau kering, pada sapa yg nk kuetiau cara basah, masa pecahkan telur tu, masuk sedikit air, kacau dan masukkan taugeh dan kucai...

* tips : untuk menggoreng kuetiau ni, anda dinasihatkan jangan guna kuali yg kecil, Kalo boleh, guna kuali yg besar sikit(tp idak ler kawah..he,he). sebab kita nk kuetiau tu sebati dengan rempah-rempahnya dalam masa yg cepat. Kemudian, senang untuk kita ketepikan kuetiau tu ke tepi sebelum dipecahkan telur. Lagi satu, gunakan api yg besar....

Khamis, Jun 03, 2010

Mee Hailam Phalinn Ooi

 
Akak terjumpa resepi mee hailam ni kat blog mamafami yang lama mamafami fotopages..di beri nama phalinn ooi tu sempena nama tuan punya resepi.  Nak buat ni kena pandai agak-agak ek..tak ada sukatan tertentu.

Ingredients :
Fresh noodles
Beef fillet ~ sliced thinly, boil for 5 minutes and keep the stock
Chicken fillet ~ sliced
Onion ~ sliced
Garlic ~ chopped
Chicken cube
Chillie powder
Oyster sauce
Sweet soya sauce
Soya sauce
Tomato sauce
Vegetables ~ whatever you like...hehehe 
Cornflour mixed with water ~ to thicken the gravy
Oil for cooking 
akak tambah udang

Method :

1. Boil the fresh noodles till soften. I skipped this step because my noodles are well cooked.
2. Heat the oil and saute onion and add in the beef fillets and chicken fillets. Fry for about 3 minutes.
3. Add in the crushed chicken cube and chillie powder. Stir well.
4. Pour the beef stock. Add in oyster sauce, sweet soya sauce, soya sauce and tomato sauce. Stir well and let it boil. Masukkan udang.
5. Add in eggs (I didn't add egg into the gravy. I boiled it separately).
6. Add in the vegetables.
7. Pour in the cornflour mixture to thicken the gravy.
 
To serve : Put the noodles in a bowl, pour the gravy on top. Garnish with chopped spring onions and fried onions.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...