OOO

Memaparkan catatan dengan label ayam bakar best. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ayam bakar best. Papar semua catatan

Rabu, Jun 13, 2012

Mak Suruh Grill Apasal Goreng Ayam Lemon Honey Rosemary Ni?

Akak gi keluar beli barang bersama manager dan anak kecik beli barangan dapur kat giant hari Sabtu lepas.
Sebelum tu akak dah perap dah seekor ayam ..kononnya nak grill lemon rosemary honey chicken ni.  Suruh Ira goreng dengan sikit minyak zaitun dalam non stick pan sebab dia tak pandai nak grill dalam oven..ala kira cam panggang dalam kuali.

Hati senang sebab pagi tu dah buat nasi goreng..nanti bolehlah lunch dengan ayam lemon ni..tapi bila sampai umah..erhmm di gorengnya ayam rosemary ni cam goreng ayam biasa dengan alasan mak tak cakap betul-betul...dia perasan cam akak suruh goreng dalam minyak yang banyak.   Nasib baik sedap..kalau idak dah tentu Ira kena pot pet pot pet dengan akaklah jawabnya.

Bahan-bahannya
  • 1 ekor ayam sederhana-potong 12
  • 1 biji lemon-ambil jus sahaja
  • 3 sudu makan rosemary-kali ni akak guna fresh rosemary
  • 3 ulas bawang putih
  • 3-4 sudu makan madu
  • 3 sudu makan minyak zaitun (olive oil)
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada hitam

  • kentang, dipotong dadu-kalau bakar buhlah ni semua yer
  • karot, dipotong ikut suka
  • bawang, dipotong baji
kali ni akak blend ajer semua..pastu curah kat atas ayam 
tapi kalau nak tau cara sebenar kat bawah ni yer
 Cara-caranya

1. Bawang putih ditumbuk sehingga lumat. Kemudian masukkan rosemary bersama minyak zaitun, madu, garam, jus lemon dan serbuk lada hitam dan tumbuk-tumbuk sikit kasi sebati.
2. Lumurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk pada ayam dan biarkan selama 15 minit atau perap lebih lama pun bagus sebelum dibakar.(akak kelar-kelar kat bahagian isi..nak bagi serap segala rempah.
3.  Sebelum di bakar masukkan kentang, tomato dan bawang besar.
4. Bakar ayam dalam oven selama 1 jam pada suhu 200-220 C atau sehingga ayam masak.

Jumaat, Oktober 07, 2011

Ayam Panggang Bercajun Ala-Ala ChefMasterMY (Tonton Tau Di Astro Ria 104)

Kelakar kan..ashiklah bervangan nak masuk Chef Master Malaysia padahal tak gi pun ujibakat.  Salah satu yang buat suami tak bagi pergi sebab kena tinggal berasingan...lama weiii mana boleh suami akak, kalau akak duk tinggalkan dia nanti.
Tergiur ker idak korang tenguk ayam panggang ni..kononnya nak tiru hiasan cam kat dalam rancangan MasterChef US dan MasterChef Australia.  Jauh panggang dari api kan.  Alahai tangan ni tak kreatif macam dorang tu.

Kalau macamtu kan akak kenalah tenguk MasterChef Malaysia yang akan di tayangkan bermula pada 22 Oktober 2011 di Astro Ria (Saluran 104).  Mana tau tahun depan suami akak bagi masuklah pulak.

Membebel lah pulak akak ni kan.  Okeylah resepi ni akak ambil dari blog geng suka memasak gak si Madiha .  Kebetulan rempah Cajun tu ada lagi dalam peti ais.  Dia buat ayam panggang ni makan dengan nasi ayam..akak makan camtu ajer masa makan malam...kononnya diet tak nak makan nasi.
Bahn-bahan
1 ekor ayam saiz sedang ~ dipotong 4
(potong 12)
1 sudu besar marjerin(ganti mentega)


Bahan Perap Ayam

3 ~ 4 sudu besar bawang merah + bawang putih + halia kisar
(agak2 sendiri.. kisar lebih sikit sebab nanti nak gunakan untuk buat nasi ayam)
2 sudu besar sos tiram

1 sudu besar rempah cajun

1 sudu besar madu

1 1/2 sudu besar gula-akak guna brown sugar
1 1/2 sudu kecil garam
akak tambah : sedikit olive oil dan sayur

Cara2 menyediakan

1. Ayam direbus dengan air secukupnya. Lebihkan sedikit airnya untuk kegunaan nasi ayam & sup nanti.- tak yah rebus ayam, terus perap ayam.
2. Angkat ayam & tos. Perap ayam dengan bahan2  perapan di atas selama 1 jam.  Bakar dalam oven selama 1 jam dengan suhu 200C. (ikut oven masing2 yer).

3. Semasa membakar ayam tadi.. sekali sekala hendaklah dibalik2kan ayam supaya garing sekata.  

4. Bahan2 perapan yang berlebihan jangan dibuang.  Masakkan bahan tersebut di dalam kuali sehingga pekat & agak kering. Tutupkan api & masukkan 1 sudu besar marjerin.  


5. Semasa pertengahan proses memanggang ayam.. boleh sapukan bahan yang dimasak tadi pada ayam hingga rata & bakar hingga genap 1 jam. (nak dekat masak akak masukkan karot, bawang holland an cili banggala hijau)
Sedia untuk dihidangkan bersama nasi ayam dll.
Cerita ceriti tentang Rancangan MasterChef Malaysia ni yang akan di tayangkan tidak lama lagi, MasterChef TX akan di tayangan pada setiap hari Sabtu-Rabu bermula jam 9.00 malam.

Manakala Program Master Class pula akan disiarkan setiap hari jumaat jam 9 malam. Nanti korang boleh tenguk macam mana hebatnya Chef/jurumasak Malaysia pulak berlawan memasak.  Mestilah bestkan terutama bila juri memberi kritikan yang kaw-kaw punya.

Sebarang  info tentang Program  #MasterChefMY korang bolehlah ke

Tonton Jangan Tak Tonton

Isnin, Oktober 03, 2011

Ayam Panggang Berserai

Pasal akak nak masuk Bloggers Master Chef yang pertama tu kan, sebenarnya akak sajer nak tenguk dan rasa macam mana pengalaman orang bertanding masak memasak.  Bila tenguk tempat bertanding agak cantik dan selesa akak pun rasa cam nak applylah.  Dapat ker idak tak taulah.  

Ada rezeki adalah tak ada rezeki tak per.  Kalau terpilih masuk pun dah habis, kalah tak per..tak semestinya mak-mak boleh menang kan, kadang-kadang orang muda lagi kreatif.  Yang penting dapat pengalaman dan kenangan masak dengan bloggers.

Mula-mula dulu akak nak masuk, suami macam keberatan nak bagi.  Tu sebab akak tak apply walaupun geng bloggers sibuk suruh akak masuk.  Tapi entah camner hari Sabtu akak cuba tanya balik...tiba-tiba dia bagi keizinan pulak.  Rasa cam nak melompat dibuatnya.  Tapi dengan syarat kena bawa Firdaus/Imran buat peneman.

Bila tanya group pertama yang dah bertanding pada hari Sabtu lepas, mereka kata no resepi..maknanya kena fikir jam tu gak.  Menu utama hari ayam dan adalah rempah ratusnya.

Fuhhh gabra gak rasanya sebab sekarang ni akak kalau masak akak banyak tenguk resepi.  Tentu panik bila kena camtu pastu barangan agak terhad.  Pandai-pandai ajerlah fikir camner nak buat. Macam susah gak rasanya.

Bervangan ajer lebih belum tentu terpilih lagi kan.
Macam ayam panggang berserai ni akak buat kena tenguk resepi sebab jarang buat.  Dulu dah pernah buat sekali, rasa sedap ..dah buntu apa nak masak akak bako ajer ayam ni.  Makan dengan nasi hujan panas ajer.

Akak ambil resepi kat hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam
  • *1/2 labu bawang putih
  • *2 inci halia
  • *1-2 batang serai
  • 1 sudu makan lada hitam - tumbuk kasar
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1-2 sudu makan madu
  • garam sedikit
  • 1 biji lemon-ambil jus
  • butter - potong kecil @ minyak zaitun
  • kentang, carrot, bawang besar - potong empat
  • akak tambah : 1 sudu makan sos tiram
Cara-cara
  • Blend bahan bertanda * dengan sedikit sahaja air asal berpusing.
  • Campurkan bahan blend dengan kicap, lada hitam, madu, sedikit garam dan juga perahan lemon sedikit. Gaul.
  • Lumurkan pada ayam dan baki rempah lumur pada carrot, kentang dan juga bawang. Masukkan dalam mangkuk tahan panas. Perap sekurang-kurangnya 2-3 jam atau semalaman.
  • Panaskan oven. Selitkan potongan butter di celah2 ayam. dan bakar suhu 180 selama 1jam atau sehingga ayam masak. Setiap 15-20 minit jirus2kan air ayam ke atas ayam supaya permukaan atas tidak terlalu kering dan juicy.

Isnin, April 11, 2011

Resepi Ayam Panggang Hickory Smoke


 ayam mahal..semua akak bakar
Dulu buat ayam panggang ni guna brand yang sama tapi guna honey.  Gi cari kat Giant tak jumpa , yang ada cuma hickory dickory..terus buat ajerlah guna yang ini.
Bahan-bahan
1 ekor ayam-potong 12 dan bersihkan.  Tos.
5 biji bawang putih-tumbuk lumat
2 inci halia-tumbuk lumat
sos secukupnya-dalam 1/2 botol
2-3 sudu makan madu
1 tin kacang panggang 
1 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit garam
sedikit mentega
2 biji kentang-potong lebar
1 biji bawang besar-hiris bulat
1 batang lobak merah-potong kecil
Cara-cara
1.  Lumurkan bawang putih, serbuk lada hitam dan halia ke seluruhan badan.
2.  Campurkan  sos kraft dengan madu dan lumur pada ayam.  Masukkan ke dalam peti sejuk.
3.  Perap selama 3 jam-kalau tak sabar nak bakar dan makan 1 jam pun boleh.
4.  Panaskan oven 180-200C,(bergantung pada oven) masukkan mentega, lobak merah, bawang dan kentang di celah-celah ayam dan masukkan ayam ke dalam oven guna api atas bawah.
5.  Setelah 20-30  minit  balikkan ayam,  sapu lagi sos dan tuangkan kacang panggang  dan biarkan 20 minit lagi.
6.  Kalau suka  gunakan api atas dan biarkan ayam garing sikit , sapu sos dan keluarkan dari oven,
7.  Hidangkan panas-panas. 
 Buat garlic breads, kentang goreng dan sup campbell.

Sabtu, Disember 04, 2010

Resepi Ayam Barbecue


Buat untuk makan malam hari jumaat lepas...senang ajer nak membuatnya. Semudah A, B, C. Jom kita tenguk camner nak membuatnya.
Bahan-bahan
1 ekor ayam-potong empat
2 inci halia-tumbuk lumat
4 biji bawang putih-tumbuk lumat
1 sudu besar serbuk lada hitam
sedikit garam
1 tin besar baked beans/kacang panggang chap ayam
1 biji lemon-hiris lebar
1 biji bawang holland-hiris bulat
sedikit minyak zaitun/marjerin


Cara menyediakan
1. Lumur 1/2 botol sos bbq tadi bersama-sama halia dan bawang putih yang telah di tumbuk.
2. Campurkan sekali sedikit garam dan serbuk lada hitam. Perahkan jus lemon dan masukkan sekali kulit lemon sekali kedalam ayam.
3. Perap dalam peti sejuk selama 1-2 jam. Lagi lama lagi sedap terutama semalaman.
4. Panaskan oven dengan menggunakan api atas dan bawah dengan suhu 200 C. Lenser dulang pembakar dengan minyak zaitun dan letakkan ayam yang telah di perap.
5. Tuangkan baked bean/kacang panggang kemudian letakkan hirisan bawang holland dan bakar selama 45 minit atau 1 jam (bergantung kepada besar ayam)
6. Selepas 45 minit gunakan api atas saja dan balikkan ayam dan bakar lagi selama 5 minit jika suka. (akak suka ayam hitam sikit camni)


Coleslaw

Bahan-bahan
  • 1 batang karot - sagat atau racik halus
  • 1/2 kobis -racik halus
  • 1 cawan mayonis (akak guna Lady's Choice Real Mayonnaise)
  • 2 sudu besar air sejuk
  • 1 sudu makan gula-optional
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sb. jus limau kasturi/lemon
Cara-Cara:-
Campurkan semua bahan2 sos dan masukkan sayuran, gaul semua bahan hingga rata dan sebati. Sejukkan dalam petisejuk 2-3 jam.

Beli kentang dinginbeku dan goreng ajer dengan minyak panas.

Ahad, November 21, 2010

Resepi Nasi Ayam Ipoh Dan Ayam Panggang

 Masak sup dulu baru masak nasi yer.  Takkan nak pakai air ajer. Mana sodap kan.  Resepi ni memang sedap.  Kalau tak percaya buatlah nasi ayam ikut resepi ni.  Kalah nasi ayam kat kedai  sebab bila beli rasa kurang umphhh.  Baik buat sendiri.  Bukan susah pun.

Bahan untuk nasi
3 cawan beras basmati (rendam dulu 20 minit pastu toskan)
4 1/2 cawan air rebusan air (sop)
2 inci halia*
3 biji bawang putih*
3 helai daun bawang (ambil bahagian bawah dia..yang ada buah tu sekali yer)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan-siat dan simpul
4 sudu makan mentega (minyak pun boleh)

Bahan tumis(akak tambah yer)
1 batang kayu  manis
2 biji pelaga
2 biji cengkih
2 biji bunga lawang
1 biji bawang besar-hiris
3 biji bawang merah-hiris
2 biji bawang putih-hiris

Method Untuk Nasi
1.  Masukkan mentega/marjerin kedalam kuali dan biarkan cair baru masukkan rempah tumis dan bahan hiris.
2.  Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah di kisar dan kacau sehingga naik bau.
3.  Kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan dan bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan.
4.  Kacau sekejap dan masukkan air rebusan ayam dan masukkan ke dalam periuk elektrik dan tambahkan sedikit garam.
5.  Bila nasi dah masak boleh di kareh/kacau dan dihidangkan.
Gambar kat blog dah hilang.  Akak google ajer.  Akak pakai honey mustard. 

Bahan-bahan
1 ekor ayam di potong 16-bersih dan toskan
5 biji bawang putih-tumbuk lumat
2 inci halia-tumbuk lumat
sos secukupnya

Cara-cara
1.  Lumurkan bawang putih dan halia ke seluruhan badan.
2.  Lepas tu lumurkan pulak sos honey mustard ni.
3.  Perap selama 3 jam-kalau tak sabar nak bakar dan makan 1 jam pun boleh.
4.  Panaskan oven 200-220 C dan masukkan ayam guna api atas bawah.
5.  Setelah 20-30  minit  balikkan ayam dan sapu lagi sos.
6.  Bakar lagi dalam 20 minit dan sebelum keluarkan dari oven sapu sos lagi.
7.  Hidangkan panas-panas.
 Sumber : ah mat gebu
Bahan sup ayam
3 ketul ayam potong kecil-akak ambil bahagian tulang
1 kiub pati ayam maggi
1 sup bunjut adabi
1 pokok daun sup, potong kasar
1 1/2 inci halia, dititik
4 ulas bawang putih di ketuk
Rempah tumis
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 camca teh serbuk lada hitam
air secukupnya (anggaran 3.5 liter)
garam secukup rasa
sedikit minyak
akak tambah
1 biji bawang besar,2 biji bawang kecil,2 biji bawang putih (semua di hiris halus)
untuk hiasan
daun sup dan bawang secukupnya-hiris  halus bawang goreng
 

Cara membuatnya
1.  Dalam periuk, masukkan sedikit minyak dan tumis bahan tumis bersama bahan hiris.
2.  Bila dah naik bau baru masukkan bahan kisar dan sup bunjut..kacau lagi dan masukkan air bersama bahan-bahan lain dan juga serbuk lada hitam.
3.  Masak dengan api besar sehingga mendidih, kemudian kecilkan api, renih dalam 15  minit.  
4.  Sebelum tutup api masukkan garam dan  serbuk lada hitam dan sesuaikan rasa.


Bahan-Bahan Lain
Hirisan Timun
Hirisan Tomato
Salad
Sos Cili-bancuh dengan air panas
Sambal Kicap

Rabu, Oktober 13, 2010

Ayam Panggang Honey BBQ

Ada blogger panggil ayam mengangkang ataupun terkangkang ataupun terkengkang..suka hati nak panggil apa lah yer..janji boleh makan.  Akak bakar hari Jumaat lepas.
Dah lama dah tak buat ayam bakar macam ni.  Akak pakai sos yang ni ajer.  Sonang cerita.

Bahan-bahan
1 ekor ayam-bersih dan di kelar-kelar keseluruhan badan pastu toskan.
5 biji bawang putih-tumbuk lumat
2 inci halia-tumbuk lumat
sos secukupnya

Cara-cara
1.  Lumurkan bawang putih dan halia ke seluruhan badan.
2.  Lepas tu lumurkan pulak sos.
3.  Perap selama 3 jam-kalau tak sabar nak bakar dan makan 1 jam pun boleh.
4.  Panaskan oven 200-220 C dan masukkan ayam guna api atas bawah.
5.  Setelah 20-30  minit  balikkan ayam dan sapu lagi sos.
6.  Bakar lagi dalam 20 minit dan sebelum keluarkan dari oven sapu sos lagi.
7.  Hidangkan panas-panas..jangan lupa pisau tajam yer..kalau tak ada pisau tajam..gunakan ajerlah kreativiti macam mana nak makan ayam tu.
Makanan sampingan- sup campbell dan ubi kentang goreng - tabur dengan serbuk cheese-macam kat mc d tu (waiter tu bagi lebih masa makan kat klia )

Selasa, Julai 06, 2010

Masakan yang anak akak suker

  Ira yang nak makan kung pao chicken ni...kesian pulak..kebetulan isi ayam ada stok..jomlah layan masakan yang ringkas tapi best ni.

Bahan-bahan  A
  • 600gm isi ayam-dipotong kecik
  • tepung jagung secukupnya
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sos tiram-ikut keperluan
  • sedikit kicap pekat
  • sedikit kicap cair
  • sedikit garam
Cara-caranya
  • Perap ayam dengan sos tiram, kicap pekat, kicap cair, garam  dan serbuk lada hitam. Biarkan 1/2 jam atau 1 jam.
  • Lumurkan dengan tepung jagung.
  • Panaskan minyak dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
  • Toskan selepas di angkat.
Bahan-bahan B
  •  100gm  kacang gajus -
  •  30gram cili kering - pilih yang lebar dan potong 1-1.5 inci panjang
  •  2 biji bawang besar holland - potong dadu besar-besar(1 biji didadu dan satu biji lagi di potong empat
  • 4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
  • 2 inci halia - di tumbuk halus
  • 1 biji cili benggala - potong lebar-lebar
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan cili sos
  •  minyak untuk menumis
  •  garam jika perlu
  • minyak bijan
  • sedikit seasoning maggi
Cara-caranya
  1. Panaskan minyak dan goreng badam...angkat dan toskan.  Goreng pula  cili kering hingga garing dan angkat..toskan.
  2. Tumis halia dan bawang putih hingga naik bau dan masukkan pula bawang besar yang telah di dadu.
  3. Masukkan sos cili, sos tiram, seasoning maggi dan sedikit air.
  4. Biarkan kering sedikit dan masukkan pula ayam, bawang holland di belah 4, cili benggala, cili kering bersama  kacang gajus  yang telah digoreng. 
  5. Masukkan minyak bijan dan kacau sebati dan perisakan dengan garam jika perlu.
  6. Kacau sebentar dan terus padamkan api.
  7. Angkat dan hidangkan bersama nasi....anak akak suker meratah cam tu ajer..

Jumaat, Jun 25, 2010

Pulut Kuning Dan Rendang


Ingatkan pulut kuning ni...ala yang akak buat untuk ulangtahun suami akak tu...sajer nak buat kelainan...ashik kek ajer..lagipun suami akak dah ada penyakit manis...buat untuk suker-suker ..cik somi makan sikit..tukang masak pulak yang makan banyak...Tak aci kannnn..
Janganlah di gelakkan design pulut kuning ni yer...akak bukannya expert cam Chef Ah Mat Gebu tu...tak layak lagi nak masuk dalam majallah..betul tak???.Akak ambil resepi dari blog Kak Liza.

Bahan
  • 1 kg beras pulut [ dibasuhkan]
  • 3 keping asam keping
  • 3 s/b kunyit serbuk [bancuh dan tapiskan ]
  • air secukupnya untuk merendam pulut.
  • 1 biji kelapa..perahkan [3 cawan santan pekat]
  • 1 sudu kecil gula
  • garam secukupnya
Cara-cara1. Rendamkan beras pulut dengan asam keping dan larutan kunyit selama beberapa jam untuk mendapatkana warna kuning. [sekali sekala gaulkan bahan ini supaya beras pulut ini rata warna kuningnya]
2. Toskan beras pulut dalam tapisan.
3. Panaskan kukusan.
4. Masukkan pulut dalam kukusan yg telah dididihkan airnya.
5. Kukuskan sehingga naik wap.
6. Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar.
7. Tuangkan santan yg telah digaulkan dengan garam dan gula.
8. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan.
9. Kukuskan semula sehingga naik wap lagi [20-25 minit].
11. Bila telah naik wap, tutup api dapur dan tekan pulut dalam acuan (jika mahukan pulut berbentuk)..
12. Hidangkan pulut dengan rendang atau gulai ayam atau daging.
Rendang Ayam

Rendang pulak akak ikut stail mak ajar...dari dulu lagi family kami buat camni...dari dulu...kini..dan selamanya...cuma sekali-sekali akak try jugak resepi orang lain.

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam-potong 12
  • 8 biji bawang merah*
  • 5 biji bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 1 biji bawang besar
  • 1 1/2 inci kunyit hidup*
  • 1 inci lengkuas*
  • 5 batang serai*
  • 1 sudu makan jintan manis#
  • 1 sudu makan ketumbar biji#
  • 1 camca teh lada hitam#
  • 10-15 cili kering (jangan basuh-kalau nak pedas tambah lagi)#
  • 1 camca makan kerisik-tak bubuh pun tak apa
  • 2 helai daun kunyit
  • 500 gm santan pekat
  • 1-2 cawan air
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak
Cara-cara
1. Bersihkan ayam dan toskan.
2. Sangai semua bahan bertanda # (masukkan ke dalam kuali dan goreng sebentar).
3. Kisar dengan sedikit air.
4. Kisar jugak bahan-bahan bertanda *.
5. Panaskan kuali dan tumiskan bahan yang telah disangai tadi sehingga naik bau. 6. Masukkan pulak bahan kisar bertanda # dan biarkan sehingga naik minyak.
7. Masukkan ayam bersama sedikit air..kacau lagi sehingga sebati.
8. Masukkan santan pekat bersama sedikit air dan kacau lagi dengan api sederhana.
9. Biarkan santan pekat dan masukkan daun kunyit yang telah di carik bersama kerisik.
10.Perisakan rendang dengan garam dan bolehlah di angkat.

Isnin, Jun 21, 2010

Rosemary Honey Grilled Chicken

Sebelum Ira balik akak dah niat nak bagi dia makan sedap sedikit sebelum balik ke asrama hari Ahad. Ajak gi jejalan kat Mid Valley hari Rabu. Ingat nak tenguk cerita Karate Kid. ..sampai ajer..mak datuk..ramainya orang kat situ..tiket pun dah sold out..jadi kamu lepak ajer kat MPH baca buku.

Lepas tu beli perkakas nak buat ni semua..ayam ni ala-ala rosemary lemon grilled chicken..tapi akak tak bubuh lemon ...sajer ajer..

Bahan-bahannya
  • 1 ekor ayam sederhana-akak potong 4
  • 3 sudu makan rosemarry (kering,blh dibeli dikedai)
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar mustard
  • 2 inci halia
  • sedikit serbuk lada hitam/lada sulah
  • 3-4 sudu makan madu
  • 3 sudu makan minyak zaitun (olive oil)
  • sedikit garam
Cara-caranya

1. Bawang putih ditumbuk sehingga lumat. Kemudian D masukkan rosemary bersama minyak zaitun, madu, garam dan serbuk lada hitam dan tumbuk-tumbuk sikit kasi sebati.
2. Lumurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk pada ayam dan biarkan selama 15 minit atau perap lebih lama pun bagus sebelum dibakar.(akak kelar-kelar kat bahagian isi..nak bagi serap segala rempah.
3. Bakar ayam dalam oven selama 1 jam pada suhu 200-220 C atau sehingga ayam masak dalam anggaran 1 jam guna api atas dan bawah.

4. Bila dah masak..guna api atas sekejap nak kasi hitam sikit..kalau tak nak buat pun tak per.

Coleslaw

Bahan-bahan
  • 1 batang karot - racik halus
  • 1 cawan mayonis (akak guna Lady's Choice Real Mayonnaise)
  • 2 sb. air sejuk
  • 1 sk. serbuk lada hitam
  • 1 sb. jus limau kasturi/lemon
Cara-Cara:-
Campurkan semua bahan2 sos dan masukkan sayuran, gaul semua bahan hingga rata dan sebati. Sejukkan dalam petisejuk 2-3 jam.

Beli roti panjang pastu sapukan marjerin bawang putih (4 sudu besar+4 bji bawang putih tumbuk lumat dan sedikit daun parsley kering). Bakar guna api atas ajer dalam oven sekejap..akak terlebih bakar..rentung sikit.

Khamis, Jun 03, 2010

Mee Hailam Phalinn Ooi

 
Akak terjumpa resepi mee hailam ni kat blog mamafami yang lama mamafami fotopages..di beri nama phalinn ooi tu sempena nama tuan punya resepi.  Nak buat ni kena pandai agak-agak ek..tak ada sukatan tertentu.

Ingredients :
Fresh noodles
Beef fillet ~ sliced thinly, boil for 5 minutes and keep the stock
Chicken fillet ~ sliced
Onion ~ sliced
Garlic ~ chopped
Chicken cube
Chillie powder
Oyster sauce
Sweet soya sauce
Soya sauce
Tomato sauce
Vegetables ~ whatever you like...hehehe 
Cornflour mixed with water ~ to thicken the gravy
Oil for cooking 
akak tambah udang

Method :

1. Boil the fresh noodles till soften. I skipped this step because my noodles are well cooked.
2. Heat the oil and saute onion and add in the beef fillets and chicken fillets. Fry for about 3 minutes.
3. Add in the crushed chicken cube and chillie powder. Stir well.
4. Pour the beef stock. Add in oyster sauce, sweet soya sauce, soya sauce and tomato sauce. Stir well and let it boil. Masukkan udang.
5. Add in eggs (I didn't add egg into the gravy. I boiled it separately).
6. Add in the vegetables.
7. Pour in the cornflour mixture to thicken the gravy.
 
To serve : Put the noodles in a bowl, pour the gravy on top. Garnish with chopped spring onions and fried onions.

Isnin, Mei 31, 2010

Charcoal Roasted Chicken

Akak ni bukan boleh tenguk ayam kat blog orang lain.  Mesti sibuk nak buat.  Ayam ni adik alongroz yang buat masa majlis kawin kat rumah dia..Adik dia chef..buat untuk hidangan pengantin.  

Sepatutnya di bakar menggunakan arang..tetapi oleh sebab akak malas nak hidupkan arang...akak bantai ajer guna oven..kena panggil Oven Roasted Chickenlah kan.

Resepi pakai agak-agak ajer.ikut pandai adjust sendiri.  cuber jangan tak cuber.

BAHAN2:
Ayam bulat - jgn di potong
Serai*
Bawang Besar*
Bwg Putih*
Halia* (* blender sehingga halus)
Kicap
Sos Tiram
Garam, Gula


CARA2:
1. Gaul kesemua nya dgn ayam bulat & perap semalaman dlm fridge.

2. Bakar atas bara dapur arang/kayu sehingga masak.
Golek2kan supaya masak rata.

3. Hidangkan dgn sambal cicah kesukaan anda.
(Hari khenduri tu tak sempat pun nak buat)


Nota:
- Bahan2 tu takda sukatan, agak2 je. Along pun terlupa tadi nak tanya sukatan.
- Masak cara kampung atas bara ni memang ada kelainan - ayam lembut & wangi.

Sabtu, Julai 18, 2009

LEMON ROSEMARY GRILLED CHICKEN

Memang enak dong.....sedap macam kenny roaster tu..rugi sape tak cuba..mestilah tak sama 100%..mereka ada resepi rahsia tersendiri..yang ni suami akak punya
Resepi asal dari chef yang lidah panjang tu...Jamie Oliver...tapi resepi di kongsi oleh Mariam FRD...lepas tu Jeni...lepas tu Diana pulak cuba...lepas tu Tijah cuba...lepas tu akaklah pulak nak mencubanya.

Resepi ni di ambil di http://resipidiana.blogspot.com/Memang dah lama nak try resepi ni...tapi lum jumpa se lemon ni.....lepas hantar ira isnin lepas akak gilah ke NSK tempat belanja akak kalau lalu situ...tenguk pulak lemon banyak murah....angkat sekali 5 biji...hari khamis baru berkesempatan nak buat...jomlah join akak ye...

Bahan-bahannya
  • 1 ekor ayam sederhana
  • 2 biji lemon
  • 3 sudu makan rosemarry (kering,blh dibeli dikedai)
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu makan minyak zaitun (olive oil)
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada hitam
  • kentang, dipotong dadu
  • karot, dipotong ikut suka
  • bawang, dipotong baji
Akak punya...tak yah makan nasi...kenyang...sesuai untuk orang yang nak berdiet...


Cara-caranya

1. Lemon direbus sehingga lembut kulitnya.
2. Selepas itu ambil lemon yang telah direbus tadi dan cucuk cucuk dengan garfu supaya jusnya dapat keluar bila ayam dibakar dan sumbatkan lemon tersebut didalam ayam tadi.
3. Bawang putih ditumbuk sehingga lumat. Kemudian D masukkan rosemary bersama minyak zaitun, garam dan serbuk lada hitam dan tumbuk-tumbuk sikit kasi sebati.
4. Lumurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk pada ayam dan biarkan selama 15 minit atau perap lebih lama pun bagus sebelum dibakar.
5. Bakar ayam dalam oven selama 1 jam atau sehingga ayam masak.
6. Kentang dan karot D rebus sehingga ia empuk. Pada 10 minit waktu akhir membakar ayam, D masukkan kentang, karot dan bawang dan susun dalam loyang ayam dan sambung bakar selama 10 minit terakhir sehingga ayam pun menguning.

Nota: D masukkan kentang, karot dan bawang pada waktu akhir masa membakar ayam supaya ia tidak terlalu kering dan kentang pun berwarna kekuningan lawa gitu jika nak dihidangkan. Pada D 1 biji lemon telah mencukupi untuk disumbat kedalam ayam. Lemon yang direbus terlebih dahulu, dapat mengeluarkan jus yang lebih banyak kalau kita cucuk dengan garfu jusnya semua terkeluar, jangan dibuang boleh siramkan kedalam perut ayam.


Lepas di siram dengan sos lada hitam..
Yang buat akak tak puas hati sebab ayam tu kena potong dek penjual ayam...dia tak dengar akak kata nak seekor..lepas pilih akak borak dengan jiran...tenguk-tenguk dah di potong ayam tu...nak buat camna...tekak dah nak sangat makan ..terpaksalah buat jugak...

**************************************************************************************

SOS LADA HITAM (BLACK PEPPER SAUCE)

Untuk Sos Lada Hitam akan gunakan pulak resepi dari acik_yarn..ambil dari my resepi.com.my
Bahan-bahan

  • 2 sudu butter
  • 1 1/2 sudu tepung gandum
  • sebiji bawang besar(potong dadu)
  • sebiji tomato (potong dadu)
  • seketul kiub ayam knors
  • 2 cawan air
  • sedikit kicap pekat
  • sedikit sos cili/sos tomato
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
  • tepung jagung(standby)

Cara-cara

  1. Cairkan butter dengan api kecil.
  2. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
  3. Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
  4. Masukkan kiub ayam dan kacau.
  5. Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
  6. Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
  7. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
  8. Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
  9. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
  10. Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.
  11. Boleh dihidangkan semasa panas.Ermmm sedap..

Jumaat, November 14, 2008

Ayam Goreng Berempah

Ni rupa ayam yang belum di goreng....selalunya akak perap semalaman...kalau nak cuba resepi ni cubalah.....sedap di makan panas-panas.....

Bahan-bahannya

  • 1 ekor ayam (dibersihkan dengan tpg gandum nak hilang bau hanyir)dan dipotong 16
  • 1/2 sudu teh jintan putih*
  • 2 sudu teh jintah manis*
  • 2 sudu teh ketumbar*
  • 4 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 3 batang serai*
  • 4 sudu makan rempah kari (apa-apa jenama pun boleh)
  • 1 suduh teh gula dan 1 1/2 sudu teh garam (sape nak masin boleh lebihkan)
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 2 tangkai daun kari
  • Minyak masak
Cara-caranya

  1. Kisar semua bahan bertanda *
  2. Selepas tu masukkan ke dalam ayam.
  3. Masukkan juga rempah kari, gula, garam, serbuk kunyit, daun kari dan tepung jagung.
  4. Sebaiknya di perap semalaman...kalau nak cepat 1 jam pun boleh.
  5. Gorenglah apabila hampir nak makan.(nanti dah sejuk kurang sedap)

Isnin, November 10, 2008

Nasi lemak

Nasi lemak buat bidara
Sayang selasih hamba turut
Buang mak buang saudara
Kerana kasih hamba turutkan

Hari sabtu akak masak nasi lemak...sambal tumis ikan bilis petai dan ayam goreng berempah..
Masak sekali sampai ke petang..nak bawak anak-anak yang 2 orang tu gi pertandingan mewarna anjuran Honda di Mid Valley....Rasanya semua pandai masak nasi lemak ni...ni nasi lemak versi akak.....tak guna daun pandan.

Bahan-bahannya

  • 4 pot beras (cawan)
  • 1 biji kelapa (ambil santannya)
  • 1 batang kayu manis, 2 biji bunga lawang dan 2 biji bunga cengkih
  • 1 labu bawang besar, 2 biji bawang kecil dan 2 biji bawang putih
  • (dihiris halus)
  • 1 sudu teh garam

Cara-caranya

  1. Beras dibasuh dan tos airnya. Masukkan santan separas beras tapi lebihkan sedikit.
  2. Masuk semua bahan diatas.
  3. Masa memasak nasi ni akak selalu kacau (akak gunakan periuk letrik aje)
  4. Selepas masak tunggu sehingga 10 minit sambil di kacau lagi...
  5. Selepas tu bolehlah di hidang.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...