Mak akak memang selalu buat kerabu pegaga ni. Selalunya masa akak dalam pantang mak suka buat. Selalunya mak masukkan kedalam kuali daun pegaga bila kelapa di sangai tapi kali ni akak cuma sangai kelapa yang dah bercampur dengan bahan tumbuk ajer. Pastu baru masukkan pegaga. Sedap sikit makan pegaga segar camni.
Yang makan akak dan suami ajer, anak-anak kata...uwekkk pahitlah.
Bahan-bahan
daun pegaga
3 sudu besar ikan bilis
1/2 cawan kelapa parut
3 ulas bawang merah
10 biji cili api
1 biji bawang besar hiris
3 biji limau kasturi-ambil jus
garam dan gula secukupnya
3 sudu besar ikan bilis
1/2 cawan kelapa parut
3 ulas bawang merah
10 biji cili api
1 biji bawang besar hiris
3 biji limau kasturi-ambil jus
garam dan gula secukupnya
Cara-cara
1. Bersihkan daun pegaga.
2. Tumbuk ikan bilis bersama cili api, garam, gula dan bawang merah.
1. Bersihkan daun pegaga.
2. Tumbuk ikan bilis bersama cili api, garam, gula dan bawang merah.
3. Campurkan bersama kelapa parut dan tumbuk sedikit barulah di sangai (masak tanpa minyak dalam kuali).
4. Goreng sekejap sahaja dan sejukkan dulu campuran kelapa tadi.
5. Bila dah sejuk barulah di masukkan bawang besar dan jus limau. Kacau rata.
6. Masukkan daun pegaga barulah di hidangkan. 