OOO

Memaparkan catatan dengan label cara buat kerabu mangga/daging. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara buat kerabu mangga/daging. Papar semua catatan

Jumaat, Disember 16, 2011

Kerabu Mangga Yang Mengecurkan Air Liur

Kalau buat kerabu mangga akak suka gunakan mangga epal sebab rasanya lagi umphhhh.  Kalau buat kerabu mangga ni ada pulak tomyam pedas dan telur dadar dah kira macam makan kat restoren thai lah pulak.

Lupalah pulak nak tabur kacang tanah di tumbuk..kalau ada lagi sodap

Bahan-bahan
  • 2 biji mangga muda-hiris halus (nak parut pun boleh)
  • 1/2 labu bawang besar-dimayang halus
  • 1 biji lada merah-potong serong
  • 4 biji cili padi-mayang
  • 2 sudu makan sos ikan
  •  2-3 sudu makan jus limau kasturi
  • 3 sudu makan gula pasir
Cara-cara
  1. Campurkan jus limau nipis/kasturi, gula, sos ikan dan kacau sehingga gula hancur dan sebati.
  2. Kemudian satukan dengan mangga, bawang besar, cili api dan cili merah ke dalam   mangkuk dan kacau rata.
  3. Rasalah cukup masam dan manis ikut selera masing-masing.
  4. Sejukkan dalam peti sejuk.  Pastu makan..fuhh meleleh air akak masa buat N3 ni padahal dah habis dah.

Selasa, Februari 08, 2011

RESEPI NUE NAM TOK@GRILL DAGING PEDAS


 Sedap makan daging camni.  Resepi asal dari member Myresepi. Nor yang duk kat Kuala Terengganu.  Buat pun masa Yana pulang bercuti.
Bahan-bahan
Bahan A
  • 250 g daging batang pinang
  • 1 camca besar kicap
  • 1/2 camca teh gula
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca teh lada hitam, tumbuk halus
Bahan B
  • 5 biji bawang merah, dihiris
  • 1/2 cawan daun pudina, diracik
  • Hirisan daun saderi@daun ketumbar
  • Hirisan daun bawang
  • 2 camca besar gula (akak letak 1 sudu besar gula kabung/1 sb gula putih)
  • 2 camca besar sos ikan
  • 2 1/2 camca besar jus limau nipis (atau ikut selera masing2)
  • Hirisan halus cili padi secukupnya @ dried chili flakes-dah habis jadi tak letak
  • 1 biji tomato, dihiris kecil
  • akak tambah 1 biji bawang holland-racik halus
  • 1 batang cili merah-hiris serong
Cara-cara
  1. Gaul semua bahan-bahan A, dan perap 30 minit, kemudian grill hingga masak. Sejukkan dan hiris nipis, ketepikan.
  2. Satukan semua bahan-bahan B, masukkan daging tadi dan gaul rata, sesuaikan rasa.
  3. Taburkan kepingan cili (dried cili flakes).Akak suker masukkan ke dalam peti sejuk sebentar..lagi sedap rasanya.
  4. Hidangkan sebagai pembuka selera.

p/s:Alhamdulillah Mak,Ayah dan Im dah sampai ke destinasi...

    Isnin, Disember 27, 2010

    Resepi Kerabu Pegaga


    Mak akak memang selalu buat kerabu pegaga ni.  Selalunya masa akak dalam pantang mak suka buat.  Selalunya mak masukkan kedalam kuali daun pegaga bila kelapa di sangai tapi kali ni akak cuma sangai kelapa yang dah bercampur dengan bahan tumbuk ajer. Pastu baru masukkan pegaga. Sedap sikit makan pegaga segar camni. 

    Yang makan akak dan suami ajer, anak-anak kata...uwekkk pahitlah.
     
    Bahan-bahan
    daun pegaga
    3 sudu besar ikan bilis
    1/2 cawan kelapa parut
    3 ulas bawang merah
    10 biji cili api
    1 biji  bawang besar hiris
    3 biji limau kasturi-ambil jus
    garam dan gula secukupnya
     
    Cara-cara
    1.  Bersihkan daun pegaga.
    2.  Tumbuk ikan bilis bersama cili api, garam, gula dan bawang merah.
    3.  Campurkan bersama kelapa parut dan tumbuk sedikit barulah di sangai (masak tanpa minyak dalam kuali).
    4.  Goreng sekejap sahaja dan sejukkan dulu campuran kelapa tadi.
    5.  Bila dah sejuk barulah di masukkan bawang besar dan jus limau.  Kacau rata.
    6.  Masukkan daun pegaga barulah di hidangkan.

    Sabtu, November 13, 2010

    Resipi Kurma Daging Tomato

    Dulu pernah buat dah kurma ni.  Memang sesuai kat tekak akak.  Resepi ambil kat blog Ah Mat Gebu.
     
    BAHAN-BAHANNYA :-)
    • 500 g daging batang pinang, potong kiub besar2, cuci dan toskan
    • 3 biji kentang, kupas, potong 4 setiap satu dan rendam
    • 1 biji bawang besar, belah 4
    • 2 biji cili merah, dibelah dua
    • 1 keping asam gelugor
    • 2 1/2 camca besar rempah kurma
    • 1 camca besar kerisik
    • 1 camca besar gula melaka
    • 2 camca besar tomato paste
    • 1 liter air
    • 1 cawan susu sejat
    • 1 camca besar bawang goreng
    • Garam secukup rasa

    BAHAN KISAR HALUS :-)
    • 1 biji bawang besar
    • 3 biji bawang merah
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • 1/2 inci kunyit hidup
    • 2 biji cili merah
    • 1 biji tomato
    • 2 camca teh lada hitam biji
    • 2 biji buah keras

    BAHAN TUMIS :-)
    • 3 biji bawang merah, dihiris
    • 1 biji bawang putih, dihiris
    • 1 batang kayu manis
    • 1 kuntum bunga lawang
    • 2 biji buah pelaga
    • 4 kuntum bunga cengkih

    CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah tomato pes, bahan kisar dan rempah kurma, kacau rata dan masak hingga terbit minyak.
    2. Masukkan daging, gaul rata dan biar daging kecut sedikit. Tuang air dan masukkan bawang goreng, gaum rata. Bila mendidih, masukkan kentang dan bawang belah. Masak hingga daging lembut.
    3. Masukkan kerisik dan susu sejat tadi. Tambah gula melaka, garam, belahan cili merah dan asam gelugor. Masak dengan api perlahan sambil dikacau sekali sekala hingga kuah pekat dan kentang empuk. Rasa dan jika ok boleh matikan api..

    Khamis, Ogos 12, 2010

    Kerabu Daging Dan Mangga/Lemonade aka Air Lemon

    Jangan tenguk kerabu ni kata telan air liur yer..akak yang buat N3 ni pun ashik tertelan air liur bila membayangkan kesedapan kerabu daging mangga muda ni.

    Segala bahan sama macam nue nam tok grill @ daging gril pedas ..cuma tambah mangga muda ajer. Resepi asal dari Nor di KT.  Kalau buat ni akak memang tak sabar nak menunggu benda ni sejuk dulu dalam peti sejuk..
    Bahan-bahan
    Bahan A
    • 250 g daging batang pinang
    • 1 camca besar kicap
    • 1/2 camca teh gula
    • 1/2 camca teh garam
    • 1/2 camca teh lada hitam, tumbuk halus
    Bahan B
    • 5 biji bawang merah, dihiris
    • 1/2 cawan daun pudina, diracik
    • Hirisan daun saderi@daun ketumbar
    • Hirisan daun bawang
    • 2 camca besar gula (akak letak 1 sudu besar gula kabung/1 sb gula putih)
    • 2 camca besar sos ikan
    • 2 1/2 camca besar jus limau nipis (atau ikut selera masing2)
    • Hirisan halus cili padi secukupnya @ dried chili flakes
    • 1 biji tomato, dihiris kecil
    • akak tambah 1 biji bawang merah-hiris halus
    • 1 batang cili merah-hiris serong
    Cara-cara
    1. Gaul semua bahan-bahan  A, dan perap 30 minit, kemudian grill hingga masak. Sejukkan dan hiris nipis, ketepikan.
    2. Satukan semua bahan-bahan B, masukkan daging tadi dan gaul rata, sesuaikan rasa. 
    3. Taburkan kepingan cili (dried cili flakes).Akak suker masukkan ke dalam peti sejuk sebentar..lagi sedap rasanya.
    4. Hidangkan sebagai pembuka selera. 
     Lemonade
     Senang ajer nak buat lemonade ni..akak ambil sebiji buah lemon..basuh pastu parut sikit kulit dia.Belah 2 dan perah...
    sejak Yana belikan benda ni sonang nak perah .  Masukkan 2 sudu gula putih dan air panas sikit ..kacau ..pastu tuang dalam gelas.  Kacau dan letak air batu.  
    Ishhh godaan sungguhlah..tenguk gambar pun macam dah terasa di tekak .

    Adsense

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...