OOO

Memaparkan catatan dengan label pizza enak dan sedap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pizza enak dan sedap. Papar semua catatan

Selasa, Mei 07, 2013

Resepi Lahmacun (Pizza Turki)

Assalammualaikum
Gara-gara tenguk rancangan  rancangan masakan Arab Mediterranean yang dikendalikan oleh Chef Ammar Al Ali  di TV AL Hijrah akak tertarik nak cuba buat lahmacun ..dalam bahasa melayu di panggil pizza turki.

  
Bahan-bahan Untuk Doh
  • 1  paket yis kering
  • 1/2 sudu teh gula castor
  • 1 1/2 cawan air suam
  • 1 biji telur
  • 4 1/2 cawan tepung gandum
  • Minyak jagung/minyak zaitun untuk disapu doh
  • Bahan-bahan toping
  • 500gm daging kisar
  • 1 biji bawang holland-kisar
  • 1 biji bawang putih - kisar
  • 4 sudu makan minyak zaitun
  • 1/2 biji cili banggala hijau dan merah-dadu
  • Sedikit garam, serbuk lada hitam untuk perasa
  • 1/2 cawan daun ketumbar-cincang
  • 1/2 cawan daun pudina
  • 1 biji tomato-cincang
  • 1 sudu teh paprika (pilihan)
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih (pilihan)
  • 1 biji lemon-ambil jus

Cara Menyediakannya
1.  Campur semua bahan-bahan di atas dan gaul sebati
  • Cara Membuat Doh
  • 1.  Dalam mangkuk campurkan yis kering dan gula.
  • 2.  Masukkan 1/2 cawan air suam, kacau sebati dan biarkan campuran ini berbuih.
  • 3.  Bila dah berbuih (tanda yis hidup) barulah di masukkan tepung gandum, telur dan lebihan air  sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh tidak melekat di tangan.
  • 4.  Tutup doh dengan kain lembab dan biarkan doh naik sekali ganda. (lebih kurang 1 jam)
  • 5.  Tabur tepung atas papan pencanai dan tumbuk doh.  Bahagikan doh kepada 4 atau 5 biji ikut pilihan kita sendiri. 
  • 6.  Berus doh yang telah di bentuk dengan minyak zaitun/minyak sayuran/minyak jagung. 
  • 7.  Letakkan campuran daging kisar di doh dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan  180-190. (ikut jenis oven) terlebih dahulu.  Bakar sehingga doh keperangan.
  • Akak buat 3 bentuk pizza..sajer nak cuba yang mana yang paling sedap..yang ni versi ranggup/tipis.
  • Bentuk camni kena bakar lama sikit sebab besar dan tebal sikit.
  • Bentuk camni kena bakar lama sikit..pastu kena guna berus buh campuran kuning telur dan susu cair.  Taburkan pharmesan cheese.  Bakar sehingga berwarna keperangan.

Isnin, Jun 11, 2012

Dah Lama Tak Buat Pizza Gebu

Dah lama Imran sebut-sebut suruh akak buat pizza tapi akak buat derk ajer.  Tapi mak kan..bila anak dah sebut benda tu selalu jadi ingatan..keciankan dia pastu kebetulan cuti sekolah semua ada..akak pun buatlah pizza ni.

Akak buat 2 stail..yang bentuk empat segi akak bakar dulu sekejap dalam 5 minit baru letak topping, yang bulat pula akak terus buh topping  baru di bakar.  Anak-anak lebih suka bentuk bulatlah pulak yang akak buat khusus akak dan hb sebab letak bulatan bawang holland dan cili banggala hijau.  Resepi asal akak ambil dari blog Ah Mat Gebu.
sebelum pembakaran..yang ni untuk anak-anak yang tak suka ada bawang dan capsium..kalau anda nak buh topping lain pun boleh..ikut suka hati
BAHAN-BAHAN
  • 250 g tepung roti (high protein flour) - akak buat 2 kali ganda
  • 130 ml air
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca besar gula  
  • 1 camca teh yis (instant yeast)  
  • 1 camca besar madu
  • 1 camca besar lemak sayur (shortening)
  • 2 camca besar minyak zaitun
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus  
  • 1 camca teh oregano kering

BAHAN ISIAN
  • 1 1/2 - 2 cawan sos tomato
  • sosej ayam ramly-hiris serong (suka hati nak letak banyak atau sikit)
  • hirisan ayam salai
  • 1/2 biji green capsicum 
  • 1 biji  bawang holland (hiriskan bulat )
  • cheddar cheese parut secukupnya
  • Keju Mozarella secukupnya
  • 1 camca teh lada hitam
 
CARA-CARA

1. Ayak tepung dalam satu bekas.

2. Satukan yis segera, garam, gula, oregano kering dan cincangan bawang putih.
3. Gaul hingga rata. Tuang madu dan minyak zaitun, gaul hingga sebati dalam tepung.
4. Curah air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh.
5. Kemudian campurkan lemak sayur bersama doh dan terus menguli hingga adunan bersatu dengan lemak sayur dan mendapat doh yang lembut, licin dan anjal.
6. Bulat2kan doh dan masukkan ke dalam bekas yang telah disapu mentega.
7. Tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga naik sekali ganda.


Kali ni akak dah tak payah uli pakai tangan lagi dah..suruh ajer bm buat kerja 
KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk doh ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan on, tunggu hingga siap.

UNTUK PIZZA :- Panaskan oven pada suhu 200C, lenser dulang pizza dengan sedikit mentega, bagi 2 doh, ambil satu bahagian, bulat2kan dan canai, alih doh ke dalam dulang tadi dan tekan supaya rata dan bulat. 
Sapu doh  dengan sos tomato dan tabur bahan2 inti ikut suka dan akhir sekali tabur parutan keju mozarella dan lada hitam. 
Bakar  selama 20 - 25 minit hingga keju cair dan roti pizza kelihatan kekuningan. Boleh dihidangkan...


Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...