OOO

Memaparkan catatan dengan label masakan western/spageti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masakan western/spageti. Papar semua catatan

Isnin, Jun 11, 2012

Dah Lama Tak Buat Pizza Gebu

Dah lama Imran sebut-sebut suruh akak buat pizza tapi akak buat derk ajer.  Tapi mak kan..bila anak dah sebut benda tu selalu jadi ingatan..keciankan dia pastu kebetulan cuti sekolah semua ada..akak pun buatlah pizza ni.

Akak buat 2 stail..yang bentuk empat segi akak bakar dulu sekejap dalam 5 minit baru letak topping, yang bulat pula akak terus buh topping  baru di bakar.  Anak-anak lebih suka bentuk bulatlah pulak yang akak buat khusus akak dan hb sebab letak bulatan bawang holland dan cili banggala hijau.  Resepi asal akak ambil dari blog Ah Mat Gebu.
sebelum pembakaran..yang ni untuk anak-anak yang tak suka ada bawang dan capsium..kalau anda nak buh topping lain pun boleh..ikut suka hati
BAHAN-BAHAN
  • 250 g tepung roti (high protein flour) - akak buat 2 kali ganda
  • 130 ml air
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca besar gula  
  • 1 camca teh yis (instant yeast)  
  • 1 camca besar madu
  • 1 camca besar lemak sayur (shortening)
  • 2 camca besar minyak zaitun
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus  
  • 1 camca teh oregano kering

BAHAN ISIAN
  • 1 1/2 - 2 cawan sos tomato
  • sosej ayam ramly-hiris serong (suka hati nak letak banyak atau sikit)
  • hirisan ayam salai
  • 1/2 biji green capsicum 
  • 1 biji  bawang holland (hiriskan bulat )
  • cheddar cheese parut secukupnya
  • Keju Mozarella secukupnya
  • 1 camca teh lada hitam
 
CARA-CARA

1. Ayak tepung dalam satu bekas.

2. Satukan yis segera, garam, gula, oregano kering dan cincangan bawang putih.
3. Gaul hingga rata. Tuang madu dan minyak zaitun, gaul hingga sebati dalam tepung.
4. Curah air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh.
5. Kemudian campurkan lemak sayur bersama doh dan terus menguli hingga adunan bersatu dengan lemak sayur dan mendapat doh yang lembut, licin dan anjal.
6. Bulat2kan doh dan masukkan ke dalam bekas yang telah disapu mentega.
7. Tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga naik sekali ganda.


Kali ni akak dah tak payah uli pakai tangan lagi dah..suruh ajer bm buat kerja 
KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk doh ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan on, tunggu hingga siap.

UNTUK PIZZA :- Panaskan oven pada suhu 200C, lenser dulang pizza dengan sedikit mentega, bagi 2 doh, ambil satu bahagian, bulat2kan dan canai, alih doh ke dalam dulang tadi dan tekan supaya rata dan bulat. 
Sapu doh  dengan sos tomato dan tabur bahan2 inti ikut suka dan akhir sekali tabur parutan keju mozarella dan lada hitam. 
Bakar  selama 20 - 25 minit hingga keju cair dan roti pizza kelihatan kekuningan. Boleh dihidangkan...


Khamis, Januari 20, 2011

Resepi Spaghetti Ayam Paprik

Bahan-bahan
250gm spaghetti,masak mengikut arahan pada paket
400gm dada ayam, di hiris
1 lobak merah, dihiris jalur-jalur nipis
1 biji bawang holland-potong dadu
3 ulas bawang putih-tumbuk/kisar halus
2 tangkai serai, dipenyekkan
5 biji cili api-dipenyekkan
sedikit lada hitam

Ramuan Sos
10 sudu besar sos tomato*
2 sudu besar sos cili manis*
2 sudu besar rebusan pati ayam*
1/2 cawan air*
(campurkan ramuan-ramuan sos bersama)
garam dan gula secukupnya
4 sudu besar minyak zaitun
sedikit daun bawang/ketumbar yang telah di hiris untuk hiasan

Cara memasak
1. Rebus spaghetti bersama air sehingga lembut. Toskan dan lumurkan dengan sedikit minyak zaitun.
2. Panaskan kuali dengan 4 sudu besar minyak zaitun, goreng serai dan cili selama 1 minit.
3. Tambah bawang dan bawang putih dan tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan ayam dan lobak merah ydan kacau selama 2 minit.
5. Kemudian masukkan ramuan-ramuan sos dan masak sehingga mendidih selama 3 minit.
6. Tambah spageti yang telah di masak, tambah garam dan lada hitam secukup rasa
7. Hidangkan dengan segera, hias dengan daun bawang/daun ketumbar yang di hiris.

Ahad, Januari 16, 2011

Resepi Pizza Gebu

Dah lama tak buat pizza. Pastu tenguk ada pulak tepung roti yang akak beli tak berusik sekian lama. Buat masa Ira balik dari asrama hari Jumaa lepas. Akak buat dalam loyang besar dan buat 1 1/2 kali ganda dari resepi. Pastu suku akak letak bawang dan tomato dan sebelah lagi tak letak sebab anak-anak tak suka.
Resepi ni akak ambil kat blog abang fofolur tu ..sape lagi Chef Ah Mat Gebu.
BAHAN DOH :-)
  • 500 g tepung roti
  • 250 ml air suam
  • 10 g yis segera
  • 1 camca besar gula halus
  • 1 camca teh garam halus
  • 4 camca besar mentega
  • 1 camca teh bread softerner
  • 1 camca teh bread improver
  • akak tambah oregano--sebab suka bau dia bila di bakar
BAHAN ISIAN :-)
  • 1 1/2 cawan sos tomato
  • 6 batang sosej ayamas, hiris bulat-akak guna yang ada cheese kat dalam
  • 10 kuntum cendawan butang, dihiris-tak letak
  • 1/2 biji red capsicum-tak letak
  • 1/2 biji yellow capsicum-tak letak
  • 1/2 biji green capsicum
  • 10 biji buah zaitun, belah 2 setiap biji
  • Keju Mozarella secukupnya
  • 1 camca teh lada hitam yang baru dikisar-akak guna serbuk lada hitam aji sho
  • akak letak crab sticks dan tambah tomato di hiris
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Bancuh yis dengan gula dan 1/2 bahagian air suam, kacau rata dan tunggu berbuih. Sementara itu, gaul garam, oregano, bread improver/softerner dengan tepung hingga rata, lambakkan atas meja bersih dan buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan baki air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh. Uli hingga lembut. Masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan kenyal (kena uli lama sikit). Bulat2kan doh dan alih ke dalam bekas, tutup dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 1 jam hingga naik sekali ganda.
  2. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk doh ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan on, tunggu hingga siap.

  1. UNTUK PIZZA :- Panaskan oven pada suhu 200C, lenser dulang pizza dengan sedikit mentega, bagi 2 doh, ambil satu bahagian, bulat2kan dan canai, alih doh ke dalam dulang tadi dan tekan supaya rata dan bulat. Masukkan ke dalam oven dan bakar kosong selama 5 minit. Keluarkan dan sapu dengan sos tomato dan tabur bahan2 inti ikut suka dan akhir sekali tabur parutan keju mozarella dan lada hitam. Bakar kembali selama 20 - 25 minit hingga keju cair dan roti pizza kelihatan kekuningan. Boleh dihidangkan.....

Sabtu, Januari 15, 2011

Resepi Potato Gratin

Boring ashik goreng kentang ajer akak pun merajinkan diri buat potato gratin yang jadi kesukaan akak. Dulu dah pernah buat dah tapi dah lama.

Kalau malas nak nak masukkan ke dalam remekin, masukkan ajer selepuk dalam loyang/mangkuk tahan panas. Akak rajinlah pulak masukkan dalam plastik beg dan picit dalam ramekin. Kalau ahli keluarga tak ramai buat separuh ajer dari resepi ni yer.

Bahan-bahan
5 biji kentang
2 sudu besar butter snow (mentega biasa pun boleh)
Sedikit serbuk lada hitam / lada sulah
Sedikit oregano kering
Cheddar cheese yg diparut
Susu segar/susu cair ideal- anggaran 1/2 cawan
Garam secukup rasa
Cara-cara
1. Bersihkan kentang dan rebus hingga empuk
2. Setelah kentang empuk dan lembut keluarkan buang kulit.
3. Masukkan butter dan susu cair ke dalam mangkuk yg berisi kentang tadi dan kacau sebati menggunakan mixer dengan kelajuan yang tinggi.
4. Masukkan lada hitam, garam secukup rasa dan oregano dan kacau rata.
5. Masukkan adunan tadi kedalam mangkuk tahan panas dan taburkan parutan cheese ke atasnya.
6. Dan bakar pada suhu 160 - 180 C sehingga keju cair dan berwarna keperang-perangan.

Ahad, Jun 20, 2010

Spageti Daging

 Kali ni buat yang simple dimple ajer..ada dah tau kan...orang kata sos yang tu ada t...utt..tapi tak tahulah betul ataupun salah...tapi memang akak dah tak beli dah...akak masak sendiri.

Bahan-bahan
  •   1 paket  spageti
  •   500gm daging kisar
  •   1 tin  besar pati tomato (puree)
  •   1 biji bawang besar (sebaiknya yang kuning)
  •   3 biji bawang putih
  •   2 biji tomato yang besar
  •   1 sudu teh oregano
  •   1 sudu teh thyme
  •   garam (ikut citarasa masing-masing)
  •   5 sudu makan tomato sos
  •   2 sudu makan sos cili 
  •   sedikit minyak zaiton/minyak masak/minyak jagung

Cara Untuk Buat Sos
1. Rebus spageti bersama sedikit minyak sehingga lembut..
kemudian  biarkan dalam periuk dan alirkan air sampai air rebusan sejuk dan toskan lepas tu  bubuh sedikit minyak/minyak zaiton.
2. Potong dadu bawang besar dan bawang putih
3. Tomato di mesin tanpa air....
3. Panaskan minyak (akak guna minyak zaiton) dalam 3 sudu makan.
4. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
5.  Masukkan daging kisar dan kacau sehingga daging masak dan masukkan tomato kisar tadi. Masukkan garam.
6. Masukkan air sedikit dan biarkan dalam 10 minit.
7. Masukkan  pula tomato puree dan 1 tin air (gunakan tinnya buat penyukat air)
8. Kecilkan api..masukkan oregano, thyme dan  cili sos dan sos tomato dan biarkan mendidih perlahan.
9. Biarkan sos mendidih sehingga 10-20 minit (pekat) dan rasa dulu (agak-agaklah yer) barulah di padamkan api dan makan bersama spageti.

Khamis, Mac 25, 2010

Pizza Gebu


 Nama pizza ni pizza gebu..
Ambil dari blog si Ah Mat Gebu
Bila masak memang sungguh gebu
Nak makan sangat sampai tak leh tunggu.

Pizza ni boleh dapat 2 keping pizza...oleh sebab buat masa cuti dan anak-anak ada rumah kenalah di adjust nak dapatkan 3 keping pizza...Topping tu suka hatilah nak letak apa-apa pun..janji ada..jangan tak ada sudahlah..cheese pun kalau tak mozarellah campakkan ajer slide cheese...ikut suka kita sebenarnya...kita yang nak makan kan...letak ajer ikut sedap tekak anak-anak ataupun diri sendiri. Jomlah kita makan pizza...layannnnnn
BAHAN DOH :-)
  • 500 g tepung roti
  • 250 ml air suam
  • 10 g yis segera
  • 1 camca besar gula halus
  • 1 camca teh garam halus
  • 4 camca besar mentega
  • 1 camca teh bread softerner
  • 1 camca teh bread improver
  • akak tambah oregano--sebab suka bau dia bila di bakar 

BAHAN ISIAN :-)
  • 1 1/2 cawan sos tomato
  • 6 batang sosej ayamas, hiris bulat
  • 10 kuntum cendawan butang, dihiris
  • 1/2 biji red capsicum-tak letak
  • 1/2 biji yellow capsicum-tak letak
  • 1/2 biji green capsicum-tak letak
  • 10 biji buah zaitun, belah 2 setiap biji-tak letak..ganti cendawan dlm tin-hiris tipis
  • Keju Mozarella secukupnya
  • 1 camca teh lada hitam yang baru dikisar
  • * akak letak crab sticks..
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Bancuh yis dengan gula dan 1/2 bahagian air suam, kacau rata dan tunggu berbuih. Sementara itu, gaul garam,  oregano, bread improver/softerner dengan tepung hingga rata, lambakkan atas meja bersih dan buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan baki air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh. Uli hingga lembut. Masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan kenyal (kena uli lama sikit). Bulat2kan doh dan alih ke dalam bekas, tutup dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 1 jam hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk doh ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan on, tunggu hingga siap.
    ada orang komen kata dia buat pizza tak jadi ikut resepi kat blog akak..mungkin dia salah step kot..akak buat ok ajer..tapi tak apa..cuba lagi yer..
    1. UNTUK PIZZA :- Panaskan oven pada suhu 200C, lenser dulang pizza dengan sedikit mentega, bagi 2 doh, ambil satu bahagian, bulat2kan dan canai, alih doh ke dalam dulang tadi dan tekan supaya rata dan bulat. Masukkan ke dalam oven dan bakar kosong selama 5 minit. Keluarkan dan sapu dengan sos tomato dan tabur bahan2 inti ikut suka dan akhir sekali tabur parutan keju mozarella dan lada hitam. Bakar kembali selama 20 - 25 minit hingga keju cair dan roti pizza kelihatan kekuningan. Boleh dihidangkan.....

      Isnin, Mac 22, 2010

      Daging Bakar

       Buat makan-makan cam ni masa cuti sekolah...sebab akak malas nak masak susah-susah..masak cam ni senang kerja.

      Bahan-bahan
      • 1kg daging steak-hiris tipis
      • 1/2 botol sos Master Foods 
      • 2 biji ubi kentang -bersihkan..goreng kejap..masukkan bersama-sama daging tadi. 
      Cara-cara
      1.  Basuh dan toskan daging.
      2.  Perap dengan sos Master Foods sekurang-kurangnya 1 jam..akak perap dari pagi..petang baru bakar.
      3.  Panaskan oven dan bakar 200C selama 30 minit..kalau nak goreng atau pan pun boleh..tapi gunakan sedikit minyak zaitun/jagung/minyak masak.

       
        resepi kat   sini
      Dah lama dah buat tak akak baru terjumpa gambar...layan ajerlah ek garlic mashed potato ni...Resepi asal ni kat MyR @ MOMMAMIA
      Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )
      • 8-9 biji ubi kentang saiz besar (kalau guna Russet potatoes lebih gebu)
      • Air yg cukup untuk merebus + 3 ulas bwg putih diketuk
      • 3 sudu besar butter
      • 2 sudu besar mayonaise
      • ½ cawan susu segar/ fresh cream
      • 1 sudu kecil black pepper
      Bahan-bahan untuk gravy 
      • 2 ulas bawang putih dicincang halus
      • 2 sudu kecil black pepper
      • 2 sudu besar Worcestershire sauce ( kite gune brand lea&perrin)
      • 4 sudu besar kicap manis + 1 cawan air
      • 2 sudu besar tepung jangung + dgn sedikit air ( untuk memekatan gravy)
      • 1 sudu kecil stock ayam ( kalau buat steak/grilled chicken, guna airnya lg sedap)
      • sedikit minyak untuk menumis bwg putih
      Cara-cara
      1. Kupas kulit ubi kentang dan potong nipis2. Rebuskan dalam periuk - isi air cukup-cukup menutupi ubi dan campurkan sekali bwg putih yg diketuk.Tabur sedikit garam.Rebus hingga empuk dan tosskan air lebihan.
      2. Campurkan butter, mayonaise, susu segar dan black pepper kedalam ubi kentang yang telah direbus tadi dan lecekkannya.Kalau takde potato masher, gune electric mixer/ bontot botol sos pun boleh. Lepas dah hancur & smooth, siap lah mash potato tu.
      3. Untuk Gravy : Tumis bwg putih dan black pepper hingga wangi.(jgn sampai garing sgt..tak sedap)
      4. Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air tepung jagung. Masak hingga didih.
      5. Sambil kacau, tuang air tepung jagung sikit2 sampai gravy tu tak pekat, tak cair.( kalau suka pekat2, tambah lagi..ikut selera masing2)
      6. Untuk serve, tuangkan gravy atas mashed potato tadi dan ENJOY!  
       
      Beli  dalam tin yer..malas nak  buat 
      pun beli kat pasaraya.....tapi tak leh malas nak goreng..kena rajinkan diri menggorengnya
      sos lada hitam..resepi kat 

      Sabtu, Mac 06, 2010

      Masak Western Lagi

       Kalau anda nak muntah tenguk masakan akak ni..silakan lah..mesti ada yang kata...ala sama ajer akak masak ni..tapi nilah kesukaan semua orang kat umah akak ni..akak biasa buat hari Jumaat..sebab Ira balik..semua ada...biar sama-sama merasa.  Cara nak buat senang ajerlah..


      Beli se ekor ayam..pastu bersihkan dan tos...Perap dengan Master Food dan masukkan dalam peti sejuk selama 2-3 jam.  Keluarkan dan bakar 200-220 C dalam masa 45-1 jam bergantung kepada besar atau kecil ayam tu.
       
      Bahan-bahan
      • 20gm butter
      • 1 sudu makan tepung gandum
      • 2 biji bawang putih-cincang halus
      • 6 biji cendawan dalam tin (hiris
      • 1 biji bawang holland/besar
      • 3-4 sudu makan lada hitam biji (kisar/tumbuk kasar)
      • 1 cawan air stok ayam-serbuk pati ayam + campur air)
      • 2 sudu besar tomato
      • 2 sudu besar kicap pekat
      • 2-3 sudu makan susu cair
      • 1 sudu makan sos tiram
      • garam dan gula secukupnya
      Cara-cara
      1. Panaskan butter.  Tumiskan bawang putih dan bawang holland/besar hingga naik bau.
      2. Masukkan cendawan butang dan kacau lagi.
      3. Masukkan pula tepung gandum dan kacau cepat dan masukkan air stok ayam. Kacau supaya kuah tak bergentel.
      4. Biarkan mendidih dan masukkan lada hitam, tomato, kicap pekat dan sos tiram.
      5. Biarkan sos agak pekat baru masukkan garam dan gula secukupnya.
      6. Masukkan susu cair dan kacau sebentar..adjustlah rasanya..pastu tutup api.
      Bahan-bahan
      • 1 biji kobis kecil - racik halus atau sagat
      • 1 batang karot - racik halus atau sagat
      • 1 cawan mayonis (akak guna Lady's Choice Real Mayonnaise)
      • 2 sb. air sejuk
      • 1 sk. serbuk lada hitam
      • 1 sb. jus limau kasturi/lemon
      Cara-Cara:-
      1.  Campurkan semua bahan2 sos dan masukkan sayuran, gaul semua bahan hingga rata dan sebati. 
      2.  Sejukkan dalam petisejuk 2-3 jam.
      Sila beli di supermarket yer...pastu panaskan..
      Ni pun beli kat supermarket..tinggal goreng ajer
      Senangkan..tak susah pun...berbaloi pun berbaloi..tak sampai pun RM50.00...

      Khamis, Mac 04, 2010

      Spageti Daging

      Dah lama tak  buat spageti...mula-mula nak buat meatball..tapi vitamin M banyaklah sangat..lelama masukkan ajer daging kisar (akak kisar guna wood processor ajer)..tapi akak rasa sedap jugak (puji diri sendiri)..
      Akak memang jarang nak beli sos spageti segera dalam botol tu...akak suker buat sendiri.
      Bahan-bahan
      •   1 paket  spageti
      •   500gm daging kisar
      •   1 tin pati tomato (puree)
      •   1 biji bawang besar (sebaiknya yang kuning)
      •   3 biji bawang putih
      •   2 biji tomato yang besar
      •   4 biji cendawan butang-hiris tipis
      •   1 sudu teh oregano
      •   1 sudu teh thyme
      •   1 sudu teh mixed herbs
      •   garam (ikut citarasa masing-masing)
      •   5 sudu makan tomato sos
      •   2 sudu makan sos cili 
      •   sedikit minyak zaiton/minyak masak/minyak jagung
      Cara Untuk Buat Sos
      1. Rebus spageti bersama sedikit minyak sehingga lembut..
      kemudian  biarkan dalam periuk dan alirkan air sampai air rebusan sejuk dan toskan lepas tu  bubuh sedikit minyak/minyak zaiton.
      2. Potong dadu bawang besar dan bawang putih (akak guna w/p aje)
      3. Tomato di mesin tanpa air....(pun guna w/p)
      3. Panaskan minyak (akak guna minyak zaiton) dalam 3 sudu makan.
      4. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
      5.  Masukkan daging kisar dan kacau sehingga daging masak dan masukkan tomato kisar tadi. Masukkan garam.
      6. Masukkan air sedikit dan biarkan dalam 10 minit.
      7. Masukkan  pula tomato puree dan 1 tin air (gunakan tinnya buat penyukat air)
      8. Kecilkan api..masukkan oregano, thyme, mixed herb dan cendawan butang, cili sos dan sos tomato dan biarkan mendidih perlahan.
      9. Biarkan sos mendidih sehingga 10-20 minit (pekat) dan rasa dulu (agak-agaklah yer) barulah di padamkan api dan makan bersama spageti.

      Selasa, Februari 16, 2010

      Resepi Oblong Burger


      Memanglah tak leh tiru prosperity burger kat Mc D ...sebab tukan secret recipes mereka...mana boleh nak sama kan...tapi bolehlah nak makan sendiri...janji anak-anak suker...
      Burger oblong dan roti beli kat Iwani Foods kat Greenwood...10 keping baru RM14.00..roti 10 keping- RM4.90...bolehlah budget sikit..yang ni pun tak cukup sebab anak-anak memang suker makan fast food camni....kalau beli kat McD mestilah berganda-ganda...
      Bahan-bahan Utama
      • Roti-Seremban Bakery
      • Burger  Daging Oblong-Brand Iwani
      • Bawang Holland-di hiris memanjang-nak goreng boleh/nak yang mentah pun boleh
      Bahan Sos Lada Hitam
      • 2 cawan stok ayam- akak guna stok ayam (air+kiub ayam)
      • 1/2 cawan susu segar
      • 1-2 sudu besar  lada hitam-di tumbuk kasar..agak-agaklah ..kalau nak pedas tambahlah byk sikit
      • 1/2 biji bawang besar - cincang
      • 2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki
      • 1 sudu sos tiram
      • 1 sudu mentega/ marjerin
      • 2 sudu besar tepung jagung-bancuh dengan  sedikit air
      • garam dan gula - jika perlu
      Cara-cara
      1.  Tumiskan bawang besar hingga naik bau.  Masukkan pula stok ayam. Didihkan.
      2.  Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan gula jika perlu.
      3.  Akhir sekali masukkan bancuhan tepung  jagung  sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kepekatan yang dkehendaki.
      4.  Goreng daging oblong (tak yah letak minyak) dan lepas tu celupkan ke dalam sos lada hitam.
      5.  Belah 2 roti dan letak marjerin dan bakar sekejap.
      6.  Letakkan daging oblong  yang telah di celup sos lada hitam kat  roti dan taburkan bawang besar yang  di hiris.
      7.  Makanlah cepat-cepat tapi kunyah pelan-pelan yer..

      Jumaat, Januari 08, 2010

      Salad Kentang Mayo


      Resepi ni akak ambil dari rumah Aidah yang duduk kat Kuantan...Aidah pulak  ambik dari Buku Masakan Chef Sabri..memang sodap...suami akak pun suker...akak buat masa makan dengan ayam bakar mayonis..cuberlah yer..

      Bahan-bahan

      • 600 gm ubi kentang (direbus dan buang kulit-akak potong dadu pastu baru rebus.
      • 1 sudu kecil  bawang  putih - dicincang halus
      • 1 sudu makan bawang besar - dicincang
      • 1 sdm daun pasli - dicincang-aidah bubuh pasli kering-akak pulak luper nak letak
      • 1 sudu makan daun bawang- dihiris
      • 3 keping daging lembu salai - dicincang : akak guna chicken salami
      • 1 sudu makan  pes biji sawi (mustard)
      • 3 sudu makan  mayonis
      • Garam dan gula secukup rasa
      Cara-cara
      1. Masukkan ubi kentang, bwg putih, bwg besar, daun pasli dan daun bwg ke dalam mangkuk.
      2. Gaul sebati dan masukkan garam mayonis, mustard dan gula secukup rasa.
      3. Hias dengan daging salai dan daun pasli.

      Khamis, Januari 07, 2010

      Ayam Bakar Mayonis/Kentang Goreng/Sos Lada Hitam


       Kat sana sinun orang dah buat ayam bakar style cam ni..akak baru terkial-kial membuatnya..sebab banyak sangat resepi ayam ni..macam-macam style dah resepi ayam bakar...Feedback dari anak-anak....memang menjilat pinggan..kalau boleh beli ayam yang kecil-spring chicken..lagi enak dong....resepi asal dari umah Ros Tokyo aka Taukeh Roti dan akak cilok dari umah si Abbot Cottage. yang kelakar tu.....buat jangan tak buat..ashik collect resepi pun tak best jugak kalau tak buat...ahaks...
       Bahan-bahan
      • 1/2 ekor ayam ( bersihkan dan cucuk dengan garpu)
      • 1 sudu kecil blackpaper
      • 2 cm halia ( agak-agak je)
      • 2 biji bawang putih
      • 1/4 biji bawang besar
      • 1 sudu besar madu
      • 1 sudu besar gula
      • 1 sudu kecil kicap manis
      • 1/2 sudu kecil garam
      • 2 sudu besar mayonis
      • sedikit lada sulah 
      Cara-cara
      • Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, madu dan lada hitam.
      • Masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis, gaul sebati dan perap di dalam peti ais selama 2 atau 3 jam, bakar pada suhu 190 darjah selama 40 minit-1 jam... sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba. ( kalau perap lagi lama lagi sedap ayam bakar ni, dan bakar biar perang permukaan ayam tu).
       
          Kalau tak ada sos lada hitam...suami ashik tanya...kenalah merajinkan diri membuatnya..
      pastu goreng ubi kentang yang telah di perap dengan sos Master Food

      Jumaat, Januari 01, 2010

      Kambing Bakar/Panggang


      berasap lagi..baru keluar dari oven..suruh ira tangkap..akak bakar dalam bekas pyrex..beli kat langkawi

       Lama tak layan masakan omputih ni..akak beli daging kambing ni kat giant...dah serik dah nak beli kat Pasar Tani...sakit hati sebab liat macam getah sekerap....dah lah mahal...beli kat giant ...alhamdulliah puas hati..lembut...taklah tercabut gigi palsu...(saper yang pakai gigi palsu lah..akak tak ek..gigi original)

      Bila akak guna sos Master Food ni ada yang kata benda ni campur dengan benda non halal kat C4...akak dah risau dah...tapi bila akak baca balik  bahan dia rasanya tak ada pulak benda yang tak boleh makan..dan bila tanya dengan member lain pun kata rasanya tak ada pulak campur benda lain....bila akak gi ke Cold Storage dan Giant tak pulak akak nampak sos ni kat benda non halal...di letakkan bersama deretan sos yang lain....tak apalah...akak yakin ia halal..sape yang tak yakin jangan gunalah yer...
       Bahan-bahan
      • 12 keping daging kambing-shoulder(kalau tak makan kambing tukar ajer ke daging lembu ataupun ayam)
      • 1/2 botol sos Master Foods-ikut sukerlah kalau nak banyak pun boleh
      Bahan sampingan
      • 3 biji kentang-dipotong 8-kalau nak tambah pun boleh
      • 1/2 tin kacang panggang-jika suker 
      Cara-cara
      • Basuh kepingan daging kambing dan toskan.
      • Lumur dengan satu persatu dengan Sos Master Foods.  Perap 2-4 jam (lebih lama lagi sedap..kalau semalaman lagi kick)
      • Setelah cukup masa...panaskan oven 200-220 C dan masukkan kepingan kambing dalam
      • bekas.  Bakar dalam 45-1 jam (bergantung pada oven masing-masing).
      • Goreng ubi kentang tadi dan masukkan sekali bersama kepingan kambing tadi.
      • Balik-balikkan daging kambing..kalau nak bakar atas redai (jaring) pun boleh..tapi alas dengan kertas aluminum.
      • Lagi 10 minit nak masak boleh di tuangkan kacang panggang dalam tin.
      • Setelah masak jika suker...gunakan api atas sajer dan bakar kejap dalam 5-10 minit..nak bagi daging hitam-hitam sikit.
      • Hidangkan panas-panas bersama sos lada hitam.  Kalau malas nak buat...makan ajer dengan cili sos.  
      •   baru jelas sikit...
       Sos Lada Hitam



      Bahan-bahan

      • 20gm butter
      • 1 sudu makan tepung gandum
      • 2 biji bawang putih-cincang halus
      • 6 biji cendawan dalam tin (hiris
      • 1 biji bawang holland/besar
      • 3-4 sudu makan lada hitam biji (kisar/tumbuk kasar)
      • 1 cawan air stok ayam-serbuk pati ayam + campur air)
      • 2 sudu besar tomato
      • 2 sudu besar kicap pekat
      • 2-3 sudu makan susu cair
      • 1 sudu makan sos tiram
      • garam dan gula secukupnya
      Cara-cara

      1. Panaskan butter.  Tumiskan bawang putih dan bawang holland/besar hingga naik bau.
      2. Masukkan cendawan butang dan kacau lagi.
      3. Masukkan pula tepung gandum dan kacau cepat dan masukkan air stok ayam. Kacau supaya kuah tak bergentel.
      4. Biarkan mendidih dan masukkan lada hitam, tomato, kicap pekat dan sos tiram.
      5. Biarkan sos agak pekat baru masukkan garam dan gula secukupnya.
      6. Masukkan susu cair dan kacau sebentar..adjustlah rasanya..pastu tutup api.



      Goreng potongan kentang..

      Panaskan sup cambell's


       Bahan-bahan

      • 1 biji kobis kecil - racik halus
      • 1 batang karot - racik halus
      • 1 cawan mayonis (akak guna Lady's Choice Real Mayonnaise)
      • 2 sb. air sejuk
      • 1 sk. serbuk lada hitam
      • 1 sb. jus limau kasturi/lemon
      Cara-Cara:-

      1. Campurkan semua bahan2 sos dan masukkan sayuran, gaul semua bahan hingga rata dan sebati. Sejukkan dalam petisejuk 2-3 jam.

        Rabu, November 04, 2009

        Biru mata hitamku (skrg ni nak pakai contact les merah, hijau pun boleh)-masakan omputihlah

        Semalam giliran adik lelaki akak yang duk kat shah alam pulak lawat abah..kat ccu tu tak leh reramai yang lawat..sebab tempat orang yang separuh kritikal...alhamdulliah abah dah pakai oksigen dah...dah boleh duduk kat wheel chair...dia dah bosan duduk kat situ..mana taknya..tak ada tv...makan kena jaga..taklah macam kat rumah...ashik nak makan masak lomak ...nak buat camner...orang melaka tak tinggal dengan masak lomak...
        Sekarang ni abah tak leh operate dulu sebab ada masalah dalam darah...samada kena tinggal lama kat ijn ataupun bawak balik dulu...tenguklah apa keputusan ijn...
        Yang geli hati tu...dia boleh kata tak ada orang lawat dia...padahal hari isnin akak dan suami, kak long dan suami, bapa mertua akak , kakak ipar dan biras gi melawat dia...abah akak ni dah ingat-ingat luper..sabor ajerlah melayan kerenah abah akak ni...

        Oh yer sebelum terluper...ada berita gembira ....bapa mertua, kakak ipar dan biras dapat gi haji tahun ni..alhamdulliah terkabul jugak niat fil nak gi sana...al maklumlah umur dah 80 tahun...yang lecehnya tu mula-mula tabung haji pisahkan fil akak dengan anak perempuan dia..tak ke haru di buatnya...dah fil akak tak pernah naik kapal terbang dan berjalan jauh camtu...kakak ipar gi merayu..

        .alhamdulliah akhirnya dapatlah pergi sama...patutnya kami join sekali...tapi akak dan hb baru register haji tahun lepas sama dengan fil..takleh nak kata aper ....sape suruh daftar lambat...kakak ipar dan suami daftar dah lama dah...insyallah mereka semua bertolak ke sana dari kompleks haji kelana jaya...kami cadang nak kumpul kat sana dalam pukul 12.00 tengahmalam...pasal mereka lapur diri pukul 3.00 pagi hari isnin dan bertolak pulak pukul 7.00 pagi...wah berkampung semalamanlah kami di sana nanti..


        Sorrylah membebellah pulak...

        Akak masak lagi cara omputih ..kali ni akak buat kambing bakar dalam oven pulak..beli kat giant..kebetulan tengah murah...akak puas cari bahan perap hari tu...tapi tak adalah pulak kat giant..semalam gi ke cold storage wangsa walk adalah pulak...

        akak terpaksalah guna bahan perap ni...oker jugak rasa dia...tapi kan tak sesedap master food punya..
        Bahan-bahan
        • 12 keping kepingan bahu daging kambing (beli dalam 2 peket)-nak tukar ayam pun boleh.
        • 1/2 botol sos hunt
        • 1-2 sudu kecil daun rosemary kering
        • 3 biji ubi kentang-setiap satu biji dipotong 6
        • 1-2 sudu makan minyak zaitun-minyak yang lain boleh jugak

        Cara-cara
        1.  Basuh bersih kepingan kambing dan toskan.
        2.  Perapkan dengan sos, daun rosemary, minyak zaitun dan ubi kentang sekurang-kurangnya 2 jam.

        3. Masukkan semua dalam aluminum foil termasuk ubi kentang... Lepas tu lipat 2 dan ...kelepet tepi af tu elok-elok tau...pastu cucuk-cucukkan  aluminium foil dengan garpu (nak keluarkan wap)dan biarkan masak dalam oven guna api atas/bawah  dalam masa 45 minit-1 jam.....
        4.  Setelah cukup masa bukak lapisan atas aluminum dan sapukan lagi sos hunt dan bakar pulak guna api atas dalam 7-10 minit (kena tunggu tau..takut jadi arang nanti)....akak suker bila daging kambing tu kehitaman sedikit.

        5.  Hidangkan panas-panas...
        ****ira yang makan paling banyak..kesiannya akak tenguk..duduk asramalah katakan.


        Shepard  pie lagi...ira dan russhdi tak rasa lagi ni..terpaksalah mak dia merajinkan diri...al maklumlah baru balik dari asrama kalau nak resepi rujuk balik N3 yang lepas yer


         sos lada hitam..rujuk ajer kat resepi yang lalu..label masakan western yer


        pun rujuk kat resepi yang lepas

        pastu macam biasa sup cambell's yang ada ubi kentang--anak-anak tak suker..suami akak pulak suker...ishhh

        goreng pulak ubi kentang..puas rasa hati bila russhdi dan athirah dapat makan masakan akak stail omputih ni..

        Jumaat, Oktober 30, 2009

        Tak makan nasi..makan western lagi

        Akak buat lagi masakan ala-ala western hari jumaat lepas..tapi kali ni gunakan ikan dorylah pulak...beli ikan ni kat giant...salad ni nak panggil apa ekkkk


        Bahan-bahan
        •  200gm sayur campur (yang ada jagung, karot dan kacang hijau tu)
        • 1 cawan mayonis (akak guna Lady's Choice Real Mayonnaise)
        • 2 sudu besar air sejuk
        • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
        • 1 sudu besar  jus limau kasturi/lemon
        Cara-Cara:-

         1.  Rebuskan sayur campur ikut arah kat plastik dia..akak rebus dalam 10 minit.

        2.  Toskan dan biarkan sejuk sebentar.
        3.  Gaul semua bahan hingga rata dan sebati. 
        4.Sejukkan di dalam fridge 2 - 3 jam.


         SUP KIMBALL

        Pastu panaskan ajer sos kimball....mula-mula ingatkan nak buat sendiri..dah ada dah resepi..tapi bila tenguk dalam peti sejuk stok ayam tak adalah pulak...beli ajer kat giant.

        IKAN DORY BREADCRUMBS

         Ikan dory ni akak goreng pakai breadcrumbs..tapi tak guna oat macam  resepi chef ah mat gebu..akak minta halal c &p yer mat..

        Bahan-bahan

        • 1 ekor ikan sebelah atau ikan pilihan sendiri
        • 1 biji telur, dikacau sedikit
        • 1 camca teh serbuk lada hitam
        • Sedikit garam
        • 3/4 cawan tepung beras*
        • 1/4 cawan tepung jagung*(*disatukan)
        • 1 1/2 cawan quaker oat-tukar ke breadcrumbs yang warna kuning/oren
        • Minyak utk goreng trendam
        PENYEDIAAN IKAN:-Ikan sebelah, dibuang sisik, siang (kalau besar potong dua) dan cuci bersih, perap dengan jus limau dan sedikit garam selama 10 minit. Cuci kembali dan toskan.(yang ni akak tak buat..sebab ikan dory tu dah siap untuk di gunakan.)
        Lap kering ikan dengan paper towel. Lumur ikan dengan garam dan serbuk lada hitam rata. Golekkan kan tadi dalam telur, kemudian golekkan dengan tepung hingga rasa. Golekkan kembali dalam telur dan akhir sekali golekkan keseluruhan ikan dengan quaker oats hingga semua permukaan ikan bersalut kemas. Goreng dalam minyak panas, kemudian perlahankan api dan terus menggoreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan atas paper towel.


         SOS CENDAWAN/SOS LADA HITAM/GRAVY


        Buat sos ni untuk di makan bersama ayam...akak c & p dari rumah Hana di Jepun.tapi kali ni tak letak cendawan sebab dalam sup kimball dah ada cendawan.
        Bahan-bahan
        • 2 cawan stok ayam@daging - akak gune stok ayam (air+kiub ayam)
        • 1/2 cawan susu segar
        • serbuk lada hitam-agak-agaklah ..kalau nak pedas tambahlah byk sikit
        • 2cm batang salery - cincang
        • 1/2 biji bawang besar - cincang
        • 2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki
        • 1 sudu sos tiram
        • 1 sudu mentega/ marjerin
        • 1/2 tin cendawan butang - dihiris-tak letak
        • 2 sudu besar tpg gandum - bancuh dengan air
        • garam dan gula - jika perlu
        Cara-cara
        1.  Panaskan stok ayam, susu segar, bawang  dan  juga batang  salery. Didihkan.
        2.  Kemudian  tapis. (kali ni akak tinggalkan bawang tu cuma buang daun salery ajer)didihkan semula..
        3.  Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan juga cendawan butang. garam dan gula jika perlu.
        4.  Akhir sekali masukkan bancuhan tepung  gandum untuk mendapatkan kepekatan yang dkehendaki.
        5.  Boleh lah  dicurahkan ke atas ayam atau mashed potato.


             ROTI BAWANG PUTIH

        Kemudian buat roti garlic...beli ajer roti perancis kat giant..potong-potong pastu bubuh 3 sudu makan mentega yang telah di letak 3 biji bawang putih di tumbuk dan sedikit  parsley kering.

        Adsense

        Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...