OOO

Memaparkan catatan dengan label resepi ayam goreng. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi ayam goreng. Papar semua catatan

Rabu, Ogos 01, 2012

Resepi Ayam Goreng Oats

Assalammualaikum dan selamat berpuasa.

Ada pula isu kat tak baik letak gambar makanan di bulan puasa. Erhmm akak bukannya pandai sangat tentang hal ini.  Niat akak cuma nak share resepi masakan untuk panduan anak-anak akak dan pembaca blog..tak ada niat lain pun.

Yang baca blog bukannya anak-anak kecil yang terliur ..apa kes pulak rancangan masakan yang tengah di tayangkan sepanjang bulan puasa ni..bukan tayang waktu malam pun.  Semuanya di tayangkan pada waktu siang.  Erhmmm tak tauhlah dorang ni..
 
Imran nak ayam goreng untuk buka puasa semalam.  Nasib baik ada Yana tolong akak buat ayam goreng ni.

Bahan-bahan : 
 

1 ekor ayam yang telah dipotong 16
Serbuk kari#
Sedikit garam#

 Sedikit lada hitam #
1 kotak tepung kentucky
Quaker Oats secukupnya
Minyak untuk menggoreng

 Cara-caranya
1.  Ayam di cuci  bersih dan toskan.  Gaul rata tepung kfc dengan bahan bertanda #.  Panaskan minyak.
 
2.  Lumur ayam dengan tepung campuran tadi dengan sudu/tangan.
 
3. Celup ayam ke dalam telur yang telah di pukul sedikit tadi.
 
4. Salut ayam dan goreng dalam minyak yang panas secara deep fry.
5. Ulangi sehingga habis ayam dan goreng ayam sehingga garing.
 
6.  Cicah dengan cili sos ataupun campuran cili sos dan mayonis pun sodap.

Selasa, Januari 24, 2012

Ayam Goreng Ranggup Yang Memang Ranggup



Dah fikir nak masak apa tak hari ni?  Kalau ada stok ayam, pastu terfikir nak goreng ayam tu, korang boleh ikut resepi ini.  Sedap tau..anak-anak pun suka.  Memang betul kata teman masak memasak ayam ni potong kecik-kecik lagi sedap nak makan.

Akak mbil resepi ni dari blog cikmanggis, kalau makan panas-panas memang laju ajer, tak yah makan nasi pun tak per.  Akak ada gak tambah halia dan cara perapan pun lain sikit.   Kalau korang tenguk barang cam banyak ajer  korang janganlah malas nak buat tau.


Bahan-bahan
1/2 ekor ayam-potong mengikut selera masing masing.Jika potong kecik lagi sedap.
1 cawan tepung beras pulut.
1 cawan tepung jagung.
1 tsp baking powder.
1 tsp garam.
1 tsp serbuk perisa ayam.
1/2 tbsp serbuk cili.
1 tbsp tepung kastad.
5 ulas bawang putih.
1 tsp serbuk lada hitam.
1/2 inci halia, serbuk kari daging dan serbuk kunyit-akak tambah

Cara-caranya:

  • Tumbuk 4 ulas bawang putih dan garam secukupnya untuk di perap bersama ayam. (akak perap bersama serbuk kunyit, serbuk kari daging, serbuk lada hitam, serbuk cili  dan halia tumbuk)
  • Bancuh tepung pulut,tepung jagung,tepung kastad,baking powder ,lada hitam,serbuk perisa,serbuk cili dan garam dengan sedikit air.
  • Agak-agak seperti membuat adunan untuk goreng pisang.(Masukkan 1 ulas bawang putih yg di tumbuk halus)
  • Celupkan ayam ke dalam adunan tepung dan goreng sehingga ayam berwarna perang atau keemasan.
  • Sedap dimakan dengan sos cili.

Selasa, November 08, 2011

Ayam Goreng Berempah Beriani

Bila balik kampung masa cuti perayaan ni ..paling benci bila jalan jem di sana dan di sini.  Tension di buatnya.  Nasib baik sekarang ni dah ada jalan alternatif nak ke Seremban/Senawang.  Kami terpaksa masuk ke simpang Putera Mahkota pastu keluar ke Semenyih ikut jalan lama.

Dari Senawang nak ke Simpang Ampat tak ada masalah kesesakan pun.  Cuma sampai kat situ ajer.   Semalam gi jejalan kat umah adik ipar kat felda palong dan felda pasoh, bila nak balik ke KL ikut jalan Kuala Pilah kat situ  orang kata jem teruk.  Terpaksa pusing balik ikut Simpang Pertang-Kuala Klawang dan masuk highway LEKAS semula.  Sampai kat MRR nak ke Gombak pun jem lagi..kami ikut jalan potong dan akhirnya sampai kat umah dah dekat pukul 12.00 tengahmalam.  Ishhh sabar ajerlah.  Nasib baik anak-anak tak sekolah hari ni.

Membebellah pulak..ayam goreng cam ni kalau di perap lagi lagi sedap.  Akak buat 1 ekor pastu simpan, bila nak makan baru goreng.  Terlupa nak letak daun kari masa goreng, tapi rasanya masih lagi sedap.  Akak ambil resepi dari blog geng rajin masak dayangjack
 
bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong dan dibersihkan)
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar rempah beriani
  • 1 sudu besar rempah kari ikan 
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar serbuk cili (-/+)
  • sedikit air sejuk (jika perlu)
  • garam dan gula secukupnya
bahan-bahan kisar :
  • 6-7 batang serai 
  • 6 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bawang putih
Cara-cara :
  1. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan 1 jam atau semalaman (simpan dalam peti sejuk).
  2. Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak keemasan.
  3. Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan nasi.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...