OOO

Memaparkan catatan dengan label ayam goreng sedap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ayam goreng sedap. Papar semua catatan

Isnin, Julai 15, 2019

RESEPI AYAM GORENG PANDAN THAI SEDAP/PANDAN CHICKEN RECIPE 👍

Assalammualaikum semua

Sekali sekali tukar aa selera guna daun pandan, dah pernah gak cuba pelbagai resepi, salah satu kat SINI.

Kalau nak diikutkan semua resepi yang akak cuba sedap, dulu dan kini kalau lauk ayam memang kesukaan anak anak terutama Imran.

 Nasib baik ada tanam pokok pandan, bila nak buat lauk camni gi ajer belakang umah ambik daun pandan.

Bahan-bahan diperlukan:

  • 3 keping isi ayam
  • * 5 biji bawang merah
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 1 inci halia
  • * 1 inci kunyit
  • * 1/2 inci lengkuas
  • * 4 batang serai
  • * 1 sudu besar ketumbar
  • * 1 sudu besar jintan manis
  • * 15 biji cili padi ( pedas ikut suka )
  • 1 sudu besar gula perang/gula melaka
  • garam dan sedikit gula pasir
  • daun pandan secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

Cara-caranya

  • Isi ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil.
  • Tumbuk atau kisar semua bahan bertanda*.  
  • Gaul bahan tumbuk/kisar bersama isi  ayam, garam, gula perang, gula pasir.
  • Perap ayam sekurang kurangnya 1 jam atau paling kurang pun 30 minit. Akak siap perap dalam pukul 9 pagi. Pukul 12 baru balut dengan daun pandan.
  • Buat poket dgn daun pandan dan masukkan ayam dlm poket tu.Balut ayam dgn daun pandan. 
  • Cara bungkus ala-ala buat ketupat palas. Kalau daun pandan kecil boleh gak sematkan dengan pencungkil gigi.
  • Balutan jangan terlalu ketat agar isi ayam garing bila digoreng.

Goreng ayam yang siap dibalut dalam 6 hingga 8 minit atau sehingga masak. Wangi betul aroma daun pandan bila di goreng.
Boleh juga dibakar ayam pandan ini di dalam ketuhar dengan suhu 200’C selama lebih kurang 25 minit.

Sedap cicah dengan sos cili thai

Isnin, Jun 22, 2015

RESEPI AYAM/PUYUH GORENG BEREMPAH YANG RANGUP DAN SEDAP

Assalammualaikum
Terjumpa burung puyuh mentah kat Pasar Pagi 
Salak, ada jual yang dah perap.  Akak takut nak beli takut tak sedap.
Bahan-bahan
1 ekor ayam dipotong kecil atau burung puyuh

2 inci halia**
2 biji bawang besar**
6 ulas bawang putih**
7 batang serai**

1 1/2 sudu besar ketumbar (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk)
1 1/2 sudu besar jintan manis (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk)
2 tangkai daun kari dibersihkan dan diramas/dicarik
1 sudu besar cili kisar 
sedikit serbuk kunyit 
garam secukupnya
1 sudu gula 
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telor (dipukul dahulu)
2 sudu besar rempah kari ayam

Caranya:

  1. Ayam dibersihkan setelah disalut dgn tepung gandum.
  2. Semua bahan yang bertanda ** dikisar dengan sedikit air lumat bersama ketumbar, jintan dan se hingga lumat.
  3. Dalam bekas satukan semua bahan kisar, serbuk kari, cili kisar, garam dan sedikit gula. 
  4. Masukkan ayam  dan ramas daun kari sehingga sebati dan perap sehingga 1 atau 5 jam.
  5. Masukkan ke dalam peti sejuk.  Sebelum goreng masukkan telur dan tepung jagung.
  6. Panaskan minyak kemudian perlahan api sederhan, masukkan ayam ...goreng sehingga masak.
  7. Insyaallah hasilnya serdak garing dan rangup hingga ke petang.. selamat mencuba...

Rabu, Mac 13, 2013

Resepi Ayam Goreng Ala KFC



Mak ..buatlah ayam yang ada tepung tu...

Anak kecik akak mintalah pulak...cari-cari punya kat google tertarik nak cuba resepi yang ni.  Ayam goreng ala kfc akak buat sama dengan kentang putar..malam tu tak makan nasilah kami..makan yang ni ajer.

Kira oklah gak rasanya..dah semestinya tak 100% cam KFC sebab ada resepi rahsia kann....akak ambil resepi ini  dari blog Zaliedana


Bahan Untuk Perap Ayam
6-8 ketul ayam
3 ulas bawang putih ditumbuk 
Sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam ~ ditumbuk halus
Secubit baking powder
Secubit serbuk perasa

Bahan untuk tepung
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung beras pulu
3 ulas bawang putih ditumbuk 
Sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam ~ ditumbuk halus
Secubit baking powder
Secubit serbuk perasa


Bahan Tambahan
1-2 biji telur - pukul sedikit

Minyak secukupnya

Cara-cara
1. Perap ayam dengan bahan-bahan perapan selama 1 jam. Lagi lama lagi bagus.
2. Campurkan semua bahan-bahan untuk tepung di dalam bekas sehingga rata.
3. Selepas 1 jam, celup ayam yang telah diperap ke dalam telur yang dikacau.
4. Salutkan ayam tersebut di dalam campuran tepung tadi.
5. Goreng secara deep fry dalam minyak yang banyak sehingga garing.
6. Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.

Selasa, Januari 24, 2012

Ayam Goreng Ranggup Yang Memang Ranggup



Dah fikir nak masak apa tak hari ni?  Kalau ada stok ayam, pastu terfikir nak goreng ayam tu, korang boleh ikut resepi ini.  Sedap tau..anak-anak pun suka.  Memang betul kata teman masak memasak ayam ni potong kecik-kecik lagi sedap nak makan.

Akak mbil resepi ni dari blog cikmanggis, kalau makan panas-panas memang laju ajer, tak yah makan nasi pun tak per.  Akak ada gak tambah halia dan cara perapan pun lain sikit.   Kalau korang tenguk barang cam banyak ajer  korang janganlah malas nak buat tau.


Bahan-bahan
1/2 ekor ayam-potong mengikut selera masing masing.Jika potong kecik lagi sedap.
1 cawan tepung beras pulut.
1 cawan tepung jagung.
1 tsp baking powder.
1 tsp garam.
1 tsp serbuk perisa ayam.
1/2 tbsp serbuk cili.
1 tbsp tepung kastad.
5 ulas bawang putih.
1 tsp serbuk lada hitam.
1/2 inci halia, serbuk kari daging dan serbuk kunyit-akak tambah

Cara-caranya:

  • Tumbuk 4 ulas bawang putih dan garam secukupnya untuk di perap bersama ayam. (akak perap bersama serbuk kunyit, serbuk kari daging, serbuk lada hitam, serbuk cili  dan halia tumbuk)
  • Bancuh tepung pulut,tepung jagung,tepung kastad,baking powder ,lada hitam,serbuk perisa,serbuk cili dan garam dengan sedikit air.
  • Agak-agak seperti membuat adunan untuk goreng pisang.(Masukkan 1 ulas bawang putih yg di tumbuk halus)
  • Celupkan ayam ke dalam adunan tepung dan goreng sehingga ayam berwarna perang atau keemasan.
  • Sedap dimakan dengan sos cili.

Ahad, Januari 30, 2011

CHICKEN 65 RECIPE (Resepi Ayam 65)

Janganlah salah sangka ek tenguk resepi ni..akak pun tak taulah apasal nama ayam ni jadi 65..nasib baik gak kan..kalau 69  macam cerita P.Ramlee ..tentu lagi best.

Resepi ini akak ambil dari member masak memasak love2cook. 
Rasa ayam ni kan macam ayam tandoorilah..selalunya akak buat pakai serbuk tandori dari maggi.  Rupernya barulah tau rahsia camner ayam tandori yang dijual di kedai mamak leh warna camni.

Ingredients :~
3 pcs boneless chicken breasts ~ cleaned, skinned, cut into medium size (may also use any other part of the chicken)
2 tbsp garlic-ginger paste
150ml plain yogurt
2-3 tbsp chilli powder
1/2 tsp turmeric powder
salt
1 tsp vinegar
1/2 tsp orange/red food colouring
2 sprigs curry leaves
1 pc lime ~ juice extracted
2 onions ~ cut into rings (garnishing)
cooking oil

Method :~
In a bowl, mix chicken with garlic-ginger paste, yogurt, chilli powder, turmeric powder, salt, vinegar, color and curry leaves. Leave to marinate for about 1 hour (the longer the better).
Heat oil in wok, deep-fry the chicken together with the curry leaves till cooked. Dish out.
Squeeze some lime juice over the chicken and serve together with onion rings.
This dish goes well with any rice/bread/naan.

Sabtu, Oktober 23, 2010

Tongkeng Ayam/Ayam Goreng Tandori

 Nak tau tak seumur hidup tak pernah nak makan b...t.t..ayam aka tongkeng ayam ni.  Entah macamana akak boleh  belilah pulak kat Pasar Pagi Greenwood minggu lepas.  Sebenarnya suami akak  memang suka makan tongkeng ayam, tapi akak selalu buang sebab geli.

Bila akak perap ayam dan tongkeng  bersama rempah ayam tandoori maggi dan bila dah siap di goreng, wangi pulak baunya.  Akak memberanikan diri makan , mak datuk sedap kauuuuu..

Firdaus pun makan banyak sebab dia tak tahu yang tu tongkeng ayam, bila akak bagitau  dia kata. 
 ala mak ingatkan ayam mak potong kecik-kecik.
Nasib baik dia tak muntahkan balik.  Bila akak suruh Imran cuba dia boleh kata,
Tak naklah, geli, ayam berak tak cebuk.
Cisss, sabar ajerlah.

Sekarang ni susah betul nak jumpa tandoori maggi ni.  Kalau jumpa akak selalu angkut 5 paket, senang bila nak guna dah ada stok kat umah.

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam [potong kecil dan bersihkan]
  • 1 paket rempah tandoori MAGGI
  • 3 sudu besar cili mesin
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 5 s/b tepung goreng ayam (akak guna tepung kentucky yang pedas punya)
  • 3 ulas bawang merah ]
  • 2 ulas bawang putih ] mesin halus
  • 2 inci halia ]
  • garam 
  • akak tambah..3 tangkai daun kari 
  • 2 sudu makan tepung beras
Cara
1.  Gaulkan semua bahan dan perapkan selama 1/2 jam.(Lagi lama lagi sedap)
2.  Gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga garing dan masukkan setangkai daun kari setiap kali goreng.

Memang suka lagu ni..


Nyanyian Aizat   dan Raihan for GENG AIZAT TV Show for TV9.

Isnin, Februari 22, 2010

Resepi Ayam Goreng Lada Hitam

 
 Resepi ayam ni akak ambil dari majalah saji...senang ajer nak memasaknya...kat situ ayam tak goreng..leburkan ajer..tapi akak goreng sekejap..taklah lembek sangat ayam tu..anak-anak pun tak suker kalau ayam tak di goreng dulu...tapi terpulanglah pada diri masing-masing..nak goreng boleh..tak nak goreng pun boleh.  Akak tukar ajer sikit bahan dan cara..jomlah cuber yer..
Bahan-bahan
  • 800gm daging ayam-potong kecil
  • 6 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*-tumbuk bersama
  • 1 biji bawang holland-potong bulat-akak tambah
  • 1/2 biji lada benggala hijau-hiris memanjang
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar lada hitam-kisar kasar
  • 8 sudu besar kicap cair
  • 4 sudu besar sos lada hitam life
  • sedikit minyak masak
  • sedikit garam dan gula
Cara Menyediakan
1. Perap ayam dengan sos lada hitam life dan  sos tiram.  Perap sebentar-lagi lama lagi sedap.
2. Panaskan  sedikit minyak dan goreng ayam sekejap.  Angkat dan ketepikan.
3. Guna minyak yang sama tumis pula bawang putih dan halia hingga naik bau.
4. Masukkan serbuk lada hitam, ayam, dan kicap cair.  Kacau rata dan sebatikan.
5. Kemudian masukkan lada benggala hijau, hirisan bawang dan garam secukup rasa.
6. Hidangkan segera.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...