OOO

Memaparkan catatan dengan label resepi donut gebu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi donut gebu. Papar semua catatan

Rabu, Jun 22, 2016

Resepi Donut Gebu Dan Mudah

Assalammualaikum semua

Donat kalau nak buat, kena tunggu anak ada kat rumah.  Kalau makan 3 mulut, tak kuasa akak nak membuatnya.


 Kali ni ambik resepi kat SINI pula
Bahan-bahan ( 20 - 25 biji ) 
3 cawan tepung gandum 
1 cawan air suam kuku 
2 sudu besar marjerin 
2 sudu besar gula pasir  
3 sudu besar susu pekat manis 
1 paket yis (jenama mauripan) 
1 biji telur 

Cara-cara 
Cairkan marjerin dan ketepikan. 
Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit. Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi. Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau. Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit. Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). 
ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.
Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. Tabur gula caster 

Isnin, Mei 27, 2013

Donut Yang Sedap Dan Mudah

Assalammualaikum semua

Ada gak teka yang betul akak ke mana sempena cuti 3 hari yang lepas.  Nanti akak nak hadiahkan fm yang akak belilah kepada Anna-alaui. Terima kasih juga buat yang sudi komen..dah nama gi bercuti..taklah akak sentuh pun hal blog ni..cuma check email dan fb ajer. Nanti bila akak rajin akak buat N3 pasal tempat percutian  yang cantik ni.

Akak dah pernah buat donut resepi yang INI..INI dan ..INI..semuanya sedap.
Kalau anak-anak ada kat rumah...mereka suka makan donut buat kudapan ..selalunya buat untuk minuman petang.  Ada bermacam-macam resepi donut di internet..kali ni akak buat ikut resepi di Myresepi.com

Bahan-bahan ( 18 biji - saiz besar )

  • 3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
  • 1/4 cawan air suam
  • 1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 1/3 cawan shortening/butter
  • 5 cawan tepung gandum
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara


  1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
  2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
  3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
  4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
  5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
  6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
  7. Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.
 Anak minta buh topping coklat..akak ajar anak sulung akak buat topping.
Cairkan coklat masakan dengan cara double boiler pada suhu rendah. Celup bahagian atas setiap donut ke dalam coklat cair dan hias dengan badam cincang yang telah di sangai/bakar.

Khamis, April 25, 2013

Resepi Donut Gebu Gebana

Sebelum tu nak minta tolong undi blog akak no akhir sekali  kat SINI..cuma klik ajer kat kotak tu.  Nak raih undi bukan senang kan cam YB jugak. 
Usaha ajer..jika ada rezeki adalah kan.
 
Lama betul tak buat donut..sekali buat..sekejapan habis.  Dulu  akak pernah cuba resepi yang INI dan yang INI..resepi ni sedap tapi agak renyah nak membuatnya.  Kali ini akak buat donut ambil resepi dari blog Ha Sue pula.  Resepi ni tak ambil masa yang lama nak perap.  Cubalah yer.

Bahan-bahan 
500g tepung berprotein tinggi/tepung gandum-akak guna tepung gandum
1 peket yis segera-11gram
50g marjerin/mentega-dalam 2 sudu besar
1 sudu besar (penuh) shortening
2 sudu besar (penuh) gula pasir
2 sudu besar susu pekat/2 sudu besar susu tepung-akak guna 2 susu pekat
1 biji telur
1/2 sudu kecil garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml air suam suam kuku (bergantung pd kualiti tepung- saya guna 200ml)

Cara-cara
Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu,marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.

Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dipukul sedikit dan juga garam.
 Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu (bila dah sebati tu dikacau satu arah je menggunakan sudu).

Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.- tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli.

Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan (sisa sisa tepung kat dlm bekas tu semua bersih).


Doh tidak perlu direhatkan, (kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min) boleh terus sahaja dicanai setebal setengah inci (agak2 je). Boleh tambah sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini.
Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda. Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dengan api perlahan.
Gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng. Setelah minyak agak panas (jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus) perlahankan sedikit api, masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng (sbb adunan mengandungi telur)
Goreng sehingga kekuningan dan toskan di atas tisu dapur. Sedia untuk dihidangkan bersama gula kaster atau topping kegemaran anda.

Ahad, Februari 22, 2009

Resepi Donut Ala-Ala J'Co

Dah lama si imran nak makan donut...kalau buat roti cinnammon aje...dia buat muka masam...ashik-ashik cinnammon aje..donut tak ada ke? Petang semalam buatlah donut...dah macam-macam resepi donut yang akak cuba...kali ni nak cuba pulak resepi donut ala-ala J'Co....

memang tak di nafikan donut tu memang sedap...tapi bagi anak ramai macam akak ni..tak larat nak membeli...setakat 2 biji bolehlah kot...resepi ni akak ambil dari rumah loveliana...sifu deco kek yang cantik tu...terima kasih ye loveliana...akak buat setengah adunan aje..itupun dapat banyak....

Bahan A
  • 850gm tepung high protein
  • 11g instant yeast( 1 paket yis Mauripan)
  • 10gm garam (1 camca teh)
  • 600ml air masak suam

Bahan B
  • 200gm tepung high protein
  • 10gm garam (1 camca teh)
  • 60gm susu tepung
  • 125gm gula castor
  • 2 biji telur saiz kecil
  • 125gm shortening (atau majerin)
Cara-caranya

1. Campur dan gaul Bahan A hingga rata. Rehatkan selama 90 minit di dalam bekas yang ditutup dengan plastik.
2. Tumbuk doh untuk mengeluarkan udara terperangkap.

3. Campurkan Bahan B ke doh A dan diuli sehingga sebati hingga menjadi satu doh semula.Rehatkan selama 15 minit di dalam bekas yang ditutup dengan plastik. Setelah itu, tumbuk-tumbuk doh untuk mengeluarkan udara terperangkap.
4. Ambil sebahagian doh dan digelek setebal 1cm..terap menggunakan acuan donat. Kalau nak bubuh inti ...terap gunakan cawan macam akak buat.

5. Terap menggunakan acuan donut dan rehatkan di atas dulang yang telah ditabur sedikit tepung supaya tidak melekat. Ni sebelum doh kembang.

Rehatkan lagi 10minit. Doh dah kembang...
5. Goreng di dalam minyak yang banyak dengan api sederhana besar hingga donut bertukar warna kuning kecoklatan.
6. Angkat dan toskan minyaknya. Boleh disalut gula castor atau topping lain mengikut selera.



7. Akak buat macam-macam topping...ada yang inti kaya...blueberry jem...lumur dengan gula halus. Ada yang bubuh topping cream cheese pastu letak badam cincang dan coklat urai.


Sedap di makan waktu petang, malam dan pagi.........memanglah lembut tapi mana nak sama dengan J'Co kan....mereka ada secret recipe.........

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...