OOO

Memaparkan catatan dengan label resepi durian crepe. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi durian crepe. Papar semua catatan

Khamis, Januari 10, 2013

Resepi Durian Crepe Original

Assalammualaikum

Akhirnya terbongkar gak resepi durian crepe original yang menggunakan 5 jenis tepung.  Ada 2 resepi yang orang kata resepi original menggunakan 5 jenis tepung..anda boleh pilih mana yang anda suka.

Ada pula yang dah cuba dan  tepek di blog..memang nilah resepi yang akak buat masa Yana balik bercuti bulan lepas.


Sebelum tu akak ada gak cuba guna resepi guna tepung gandum..tapi crepe tu tak senipis guna adunan yang ini...kalau nak tenguk  cara membuatnya bolehlah ke SINI.

Akak ambil resepi ni dari SINI akak tak isi inti banyak-banyak ..taklah gemuk durian crepe akak kali ni.  Kalau anda tak nak guna inti yang ni..anda boleh guna whipping cream dan inti durian sahaja cam akak buat dulu.

Bahan-bahannya  (lebih kurang 6 keping)
30 gm tepung Hong Kong (saya pakai tepung kek)
30 gm tepung kastad
20 gm tepung jagung
20 gm tepung ubi
20 gm tepung kentang
3 biji telur
250 ml susu cair (saya guna susu segar)
secubit garam
pewarna hijau (jika suka)
 

Cara membuatnya:
1. Masukkan semua tepung, telur, garam dan susu dalam blender. Sebatikan.
2. Tapis adunan dalam mangkuk. Ketepikan sekejap dalam 15 - 20 minit.
3. Panaskan kuali dengan api kecil. Jika tak ada jenis tak melekat, guna saja kuali biasa, sapu tipis mentega.
4. Ambil satu senduk kecil, dadar dan lenggang agar ia menjadi nipis (saya angkat kuali panas dari penunu, tuang adunan, lenggang, baru diletak semula atas penunu (burner)

Angkat tepung dadar ini (tanpa menterbalikkannya sebaik sahaja kelilingnya kering). Tak perlu tunggu lama sangat, dalam beberapa minit saja.
5. Isi inti durian dan lipat kemas.



Lagi satu resepi durian crepe original ada di MYRESEPI oleh ddfk ...gi lah jenguk yer..nanti cuba mana yang paling senang.

Inti Durian


Bahan-bahannya:

Isi durian secukupnya dan dibuang biji (dalam 250 g atau semangkuk)

250 ml susu segar 

2 sudu makan gula castor (atau agak manis ikut suka hati sendiri)

1 sudu makan tepung kastad




Cara membuatnya:

1. Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak atas api sederhana. 

2. Apabila sudah likat, tutup api dan ketepikan. Simpan selebihnya dalam peti ais. 

Ataupun boleh guna inti camni...ikut sedap tekak kita 
Durian Filling

By: Nia Kurniasih

Rujukan : Hesti



Bahan-bahan

1 cawan Non dairy Whipping Cream

Isi durian secukupnya


Cara-caranya

Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit.

Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental

Bila dah siap sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam baru boleh di santap.

p/s kalau malas nak buat beli ajerlah yer tapi bagi anak ramai baiklah buat sendiri..pengsan nak beli banyak-banyak

Sabtu, November 10, 2012

Durian Crepe (Fenomena)

cara buat crepe durian, crepe durian,resepi crepe durian,durian crepe
Assalammualaikum dan selamat pagi

Durian Crepe yang sekarang ni menjadi fenomena di negara kita.  Nak buat taklah susah sangat ..kena ada Vitamin R ajer.  Akak beli durian hari Isnin tapi buat semalam..masukkan dalam bekas pastu baru vitamin R tumbuh.  Bila dah rajin buat malam sambil layan OGG pun leh buat...ingat nak buat warna kuning tapi tersalah letak pewarna orenlah pulak.


Dulu akak pernah buat dan gunakan resepi yang INI...kali ni akak guna resepi dari member blog fizanordin

Bahan-bahan
250 gm tepung gandum
1 sudu kecil tepung ubi
1 sudu besar  butter di cairkan ~ fungsinye akan menjadikan lempeng berkilat dan tidak melekat di kuali dan tidak perlu di sapu minyak pada kuali non stick.
2 sudu besar gula halus @ castor
2 biji telur
500 ml santan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pandan emulco
1 sudu teh pewarna hijau-akak guna warna oren
Akak tambah :  sedikit esen vanilla
Cara Membuatnya
Satukan semua bahan di atas di dalam bekas
Kacau rata
Masukkan dalam blender dan kisar
Kemudian tapis
cara buat crepe durian, crepe durian,resepi crepe durian,durian crepe

Sediakan kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat
Panaskan hingga kuali benar-benar panas
Oleskan sedikit minyak pada kuali- (akak tak letak minyak pun)
Kemudian kecilkan api
Tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepe
Adunan tak perlu di balikkan
Bila permukaan atasnya dah kering terus angkat
Buat sehingga habis
Biarkan sejuk.

Durian Filling
By: Nia Kurniasih
Rujukan : Hesti

Bahan-bahan
1 cawan Non dairy Whipping Cream
Isi durian secukupnya

Cara-caranya
Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit.
Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental
Bila dah siap sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam baru boleh di santap.
cara buat crepe durian, crepe durian,resepi crepe durian,durian crepe
 bubuh whipping cream  kat tengah


cara buat crepe durian, crepe durian,resepi crepe durian,durian crepe
 buh durian
 cara buat crepe durian, crepe durian,resepi crepe durian,durian crepe
Buh lagi whipping cream dan pastu lipat macam bantal

Bila dah siap sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam baru boleh di santap.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...