OOO

Memaparkan catatan dengan label ketam/kerang/siput. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ketam/kerang/siput. Papar semua catatan

Isnin, Disember 26, 2011

Ketam Sweet Sour

Ketam ni kan dahlah harga mahal, pastu makan punyalah seksa.  Anak akak ada yang malas nak makan ketam sebab payah nak makan tapi yang kecik 2 orang tu sukalah pulak.  Buatlah gak bila dorang teringin nak makan.

Bahan-bahan
  • 3 ketul ketam
  • 3 biji bawang putih-di tumbuk halus
  • 2 inci halia-ditumbuk
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 4 sudu besar cili sos
  • 4 sudu besar tomato sos
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 biji bawang besar-dipotong bulat
  • sedikit garam dan gula
  • sedikit air nanas dalam tin bersama isi
  • sedikit serbuk kunyit dan garam
  • minyak secukupnya
Cara-cara
1. Bersihkan ketam dan toskan
2. Bilas bersih dan lumur dengan garam dan garam
3. Panaskan minyak dan goreng ketam cara deep fry. Toskan.
4. Tumis bawang putih, halia dan bawang holland sehingga naik bau.
5. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing dan barulah dimasukkan sedikit air.
6. Masukkan air nanas dalam tin sedikit dan biarkan ia masak sebentar.
7. Masukkan cili sos, tomato sos dan sos tiram.
8. Masukkan juga gula, hirisan bawang besar dan garam.
9. Rasa dulu sos barulah di padamkan api.
10.Tuang keatas ketam  yang telah di goreng. 

Isnin, Oktober 10, 2011

resepi siput sedut masak lemak cili padi

Imran sibuk kata...mak dah lama tak makan siput lah..

Mak dia pun merajinkan diri gi ke pasar tani greenwood sebab nak tunaikan hasrat dihati.  Tapi kali ni tak beli keladi, tak ada orang nak makan.  Suami ajer yang suka.  Paling malas nak buang hujung siput ni.

Bahan-Bahan
1 kilo siput sedut
20 biji cili api-nak pedas tambah lagi
2 batang serai
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
2 batang daun kunyit
1 kg  santan (11/2 biji kelapa)akak jarang asingkan yang pekat dan yang cair.
Garam secukupnya
2 asam keping

Cara-cara


1. Bersihkan siput setelah di potong hujungnya.(stail akak berus, rendam dengan garam dan letakkan cili api yang telah di potong. 
2. Biarkan dalam 20-30 minit..barulah di bersihkan.
3. Tumbuk ciliapi, kunyit hidup dan halia. Setelah semua lumat titikkan serai.
4.. Masukkan bahan yang telah di tumbuk bersama siput dalam periuk.
5. Masukkan juga santan  cair dan gunakan api perlahan kacau santan sehingga mendidih.
6. Biarkan dalam 10-15 minit, masukkan garam dan daun kunyit berserta santan pekat.
7. Biarkan mendidih sebentar, rasa cukup asam garam baru tutup api. Sedia untuk di makan.


 Program title – MasterChef Malaysia
  • MasterChef Program Information - MasterChef TX will be starting from 22nd October 2011, every Saturday – Wednesday, 9.00pm. Master Class will be on every Friday, 9.00pm.
  • Program Channel – Astro Ria (Channel 104)

 Tolong bagitau kawan-kawan yer

Khamis, Oktober 14, 2010

Resepi Kerang Biji Nangka Bercili

Bila gi ke pasar tani Taman Melawati akak suka gi tempat orang jual macam-macam kerang ni.  Kebetulan ada pulak jual kerang jenis ni.  Tak pernah lagi rasa kerang camni.  Bila tanya dia kata kerang biji nangka.

Berebut orang membelinya sehingga akaklah pembeli yang terakhir dapat beli.  Habis sebab penjual tu tak bawak banyak.  Se kilo harga RM7.00.  Mahal kan...tapi tak apa...sebab nak merasa.

Bila dah masak..rasanya macam kepah pun ada...macam mentarang pun ada.  Oklah sape nak makan gi lah cari yer.
Bahan-bahan
 1 kg kerang biji nangka-rendam sekejap pastu toskan
5 biji cili merah*
4 biji bawang merah*
3 biji ulas putih*
2 cm halia*
2 batang serai-titik hujung
1 helai dua kunyit-carik dan simpul
sedikit minyak
garam   

Cara-cara
1.  Tumbuk  atau kisar bahan bertanda*.
2.  Panaskan  minyak dan tumis  serai dan bahan kisar sehingga wangi.
3.  Setelah pes berbau wangi, masukkan semua kerang biji nangka dan kacau rata.
4.  Masukkan sedikit garam dan daun kunyit.  Tutup dengan tudung periuk sebentar.
5.  Bila dah masak kerang ni akan terbuka.
6.  Siap untuk di makan.

Khamis, Mei 20, 2010

Tumis Air Scallop

 Seumur hidup tak pernah tenguk, makan dan masak scallop ni..masa gi ke Pasar Tani Danau Kota ternampak scallop..tanya harga..fuhhh boleh tahan jugak ek..sebungkus RM12.00..(fuhh boleh dapat ayam seekor)..tak perlah...pejam mata ajerlah sebab nak merasa...takut nanti bila meninggal tak pejam matalah pulak sebab kempunan (ishhh sajer yer nak pot pet)

Pernah juga tenguk member-member cyber terutama duduk kat overseas masak scallop versi mat salleh..tapi takut pulak hb akak tak makan.  Lelama masak ajer cam ni.  Rasa cam kenyal-kenyal macam kunyah chewing gum dan ada rasa cam udang pun ada.

Bahan-bahan
1 bungkus scallop-cuci bersih dan toskan
1 batang serai-ketuk hujung
2 biji cili api-ketuk sikit
1 helai daun kunyit-disiat dan simpul
1 cawan air
garam 
sedikit minyak

Bahan hiris
1 inci halia
5 biji bawang putih
5 biji bawang merah

Cara menyediakannya
1.  Masukkan sedikit minyak dan tumis bahan hirisan sehingga wangi.
2.  Masukkan serai dan cili api dan kacau lagi.
3.  Masukkan air dan biarkan mendidih.
4.  Masukkan scallop ..kacau ..masukkan garam secukup rasa
bersama daun kunyit dan tutup dengan tudung periuk.
5.  Biarkan 5-10 minit baru di tutup api dan bolehlah di hidangkan.

Ahad, Januari 24, 2010

Mentarang Bercili-pernah makan ker???


 Semalam gi ke Pasar Tani Taman Melawati...tenguk ramai bebeno orang berkumpul kat satu gerai...akak pun buat menyibuk jugak nak tenguk apa benda yang ramai orang beli...ooooo benda ni..dah pernah beli tahun lepas.   Akak pun menyibuk jugak nak beli...pasal dah lama tak jumper..ada member fb kata sekarang tengah banyak mentarang kat Kuala Selangor.  Akak masak cincai ajer...tapi sedap (puji diri sendiri)..dan rasa dia memang manis...anak-anak tak makan sebab tak pernah jumpa.
Bahan-bahan

  • 500gm mentarang-1/2 kg-satu kilo RM9.00
  • 1 biji cili hidup*
  • 1 biji bawang besar*
  • 2 biji bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 1 batang serai-titik
  • 1 helai daun kunyit-disiat-siat
  • sedikit minyak dan garam
Cara-cara

  • Basuh mentarang dan toskan.
  • Tumbuk semua bahan bertanda *.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan yang  telah di tumbuk  termasuk serai dan  tumis hingga naik bau.
  • Masukkan mentarang dan daun kunyit dan  tutup sebentar.  Kacau selalu.
  • Perasakan dengan garam.
  • Makan panas-panas dengan nasi putih.  Nak mengatah pun boleh.
 
selepas di masak..camnilah ruper dia..

Rabu, September 02, 2009

Kerang Berapi

 Dah lama dah buat kerang berapi n..tapi tak masukkan dalam blog...sedaplah..memang berapi lidah di buatnya...akak c & p aje resepi ni dari blog nor di kt..terima kasih ye nor...

 Bahan-bahan
  • 1kg kerang-sebaiknya yang fresh
  • 1cm Halia
  • 4 ulas bawang putih & 1 ulas bawang merah kecil
  • 5 sudu makan sos tiram
  • 10 tangkai cili api-kalau nak pedas tambahlah lagi
  • 3 helai daun sadri & daun bawang-sebab tak stok..akak tibai bubuh daun kucai aje
  • sesudu minyak makan 

 Cara-cara 
 

  1. Kerang direndam dengan asam keping selama 2 jam untuk memudahkan segala kotoran tanggal.toskan dan cuci sampai besih.Rebus skit kerang.
  2. Tumbuk lumat bawang putih, merah dan lada cili.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga garing.Masukkan sos tiram dan kacau hingga sebati.
  4. Masukkan kerang, biar rempah melekat dan sebati.tutup api dan taburkan daun bawang dan sadri.

Isnin, Ogos 24, 2009

Ketam Madu Berempah

Bilal lawat ira ....minggu lepas..akak tanya apa menu masa makan kat asrama/sekolah...

dapat makan ayam, daging, ikan dan udang.....

ketam tak ada ke?

mana ada...

mestilah dia orang tak bagi..kan ketam tu mahal..nanti balik mak masaklah ye..

Hari jumaat lepas.....lepas balik dari ambil ira kat asrama....fikirlah nak masak apa untuk hari ni......baru akak teringat ....ada stok ketam dalam peti ais...walaupun cuma 3 ekor..akak masaklah jugak...bila di potong dapatlah 6 ketui...puas cari resepi ketam...jejalan kat rumah dayang jack http://dayangjack.blogspot.com/...tertarik nak cuba resepi ni...alhamdulliah sedap...


Bahan-bahan :
  • 5 ekor ketam (dibersihkan, diperap bersama bersama kunyit dan garam selama 10 minit dan digoreng sehingga kekuningan)
  • 1 labu bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 2 batang serai*
  • 2-3 sudu makan cili kering kisar
  • 1 sudu makan rempah 5-tak ada stok..akak letak rempah kari aje
  • 2 sudu makan sos cili
  • 3 sudu makan madu (dibancuh dgn sedikit air)
  • sedikit daun ketumbar/daun sup (dihiris)
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos tomato
  • sedikit air dan minyak masak
Cara-cara :
  1. Kisar bahan2 bertanda *.
  2. Sediakan kuali. Panaskan minyak masak dan tumis cili kering dan bahan-bahan kisar sehingga terbit bau. Masukkan rempah 5 dan kacau sebati.
  3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, dan sedikit air. Biarkan mendidih.
  4. Setelah kuah agak kering, masukkan madu dan ketam. Gaulkan.
  5. Masukkan daun ketumbar/daun sup. Akhir sekali masukkan tomato. Jika kurang manis atau masin, tambahlah garam dan gula secukupnya.
  6. Hidangkan.


post signature

Ahad, Jun 28, 2009

Kerang Cili Sangai

Nak perhabiskan pes cili sangai...akak masaklah bersama kerang..senang aje masak macam ni..tak yah pakai cili sos pun.

Rendam kerang dulu bersama air garam....pastu tos dan rebus tanpa air...bila dah masak/terbukak masukkan pes cili sangai, sedikit garan dan gula. Gaul sebentar dan bolehlah di angkat..Dah tinggal sikit baru nak ambil gambar.


pes cili sangai yang tak habis-habis lagi..

Rabu, Jun 24, 2009

Kerabu kerang/ayam goreng/sup sayur


Jom makan kerabu kerang....senang aje nak buat kerabu ni....susah nak bagi resepi ni..akak campak-campak aje.

Akak rendam kerang dengan air bercampur garam...biarkan dalam 30 minit.
Pastu rebus tak payah pakai air sampai terbuka.
Kopeklah macam biasa.

Taugeh di buang ekor pastu didihkan air panas yang bercampur dengan sedikit garam. Padamkan api. Masukkan taugeh sekejap. Toskan.

Hiris cili merah menyerong...cili api, serai dan bawang besar. (ikut suka hatilah nak bubuh banyak mana).

buat banyak hari tu...pakai ajelah...

Campurkan semua bahan yang di potong tadi dalam mangkuk bersama kerang. Gaul dulu sedikit kerisik dengan pes cili sangai...ikut kepedasan yang di ingini...bubuh gula dan garam. Pastu perah jus asam limau kasturi. Bubuhlah sikit-sikit dulu jus limau tu..rasa dulu ...takut terlebih masamlah pulak. Barulah di campurkan dengan bahan-bahan yang lain..kacau sampai sebati.

Makanlah dengan nasi panas atau pun makan cam tu aje..

Lepas tu goreng ayam pakai tepung goreng ni..ikutlah arahan kat tepi kotak tu..

Dah siap...bolehlah di makan...meratah pun sodap kan...

Pastu buat sup sayur dengan bebola daging buatan sendiri...tak beranilah beli bakso yang orang jual tu...

Rabu, Mei 13, 2009

Kepah Merah Bersantan

Beli kepah merah ni di pasar tani taman melawati..akak tak pernah makan lagi..jadi belilah se kg.. .....bila dah masak.....manis rasanya ..akak masak macam masak lala..tapi guna santan dan cili sedikit.

Bahan-bahan
  • 1 kg kepah merah
  • 1 biji bawang besar - di hiris bulat
  • 4 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 1 inci halia - hiris tipis
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 camca besar udang kering- direndam sebentar
  • 3 sudu besar santan
  • 2 batang serai - di tumbuk sedikit hujungnya
  • 1 helai daun kunyit - di carik
  • sedikit minyak dan garam

Cara-cara

1. Rendam siput sebentar dengan air garam. Toskan.
2. Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia dan udang kering.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk.
3. Bila dah sebati, masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili masak.
4. Masukkan siput, serai, daun kunyit, santan dan garam. Kacau sebati.
5. Biarkan dalam 5-10 minit..baru padam api.


Nilah rupa kepah merah yang belum masak..rupanya dia boleh pancutkan air ikut sesesungut yang keluar tu.

Jumaat, April 17, 2009

Lala Masak Lemak


Dah lama tak masak lala...teringinlah pulak...masakan orang N9 memang tak guna bawang putih atau bawang merah..akak memang dah biasa masak mcm tu...kalau ada yang nak masukkan ..terpulanglah...

Bahan-bahan
  • 1 kilo lala
  • 10-15 butir cili padi-kalau nak pedas..tambah lagi
  • 2 batang serai
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • sedikit kunyit serbuk
  • 1 1/2-2 cawan santan-terpulang nak pekat ataupun cair..akak beli santan pekat pastu campur dengan air-jgn pekat..jgn cair-sedang-sedang aje..
  • 1 asam keping
  • garam secukupnya
Cara-cara

1. Rendam lala selama 1/2 jam dengan air garam sehingga keluar segala lumpur.

2. Pilih satu persatu...kadang kala ada yang isi dia cuma lumpur..nanti masak keluar pulak lumpur tu. Lepas tu basuh balik dan toskan.

3. Tumbuk cili padi bersama kunyit hidup, halia, kunyit serbuk dan sedikit garam. Titikan serai sekali.
4. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan renih bersama lala tadi sebentar.

5. Barulah masukkan santan dan kacau sebati dan biarkan dia menggelegak.

6. Masukkan asam keping, garam dan daun kunyit yang telah disiat.

7. Tunggu sebentar dan rasa garam barulah di tutup api.

8. Hidangkan bersama nasi dan telur masin ataupun ikan masin.

Ahad, Mac 29, 2009

Resepi Kari Ketam

Dah lama tak makan kari ketam...sekarang ni harga ketam mahal sesangat...kenapalah barang-barang makanan ni tak turun harga..kesian pulak dengan orang-orang yang berkemampuan...udang, sotong dan ikan kat kuala lumpur dah tak ada bawah RM10.00..

kalau ada pun yang kecil dan dah teruk rupanya...entahlah..kesianlah mereka ni..dah kat kuala lumpur ni rumah sewa mahal sesangat..kalau setakat gaji bawah RM1,200 tu ...anak-anak pula 3 orang memang isteri kena kerjalah...nak bantu suami...apasal akak membebel pulak ni..jomlah kita masak...

Bahan-bahan

  • 4 ekor ketam-dibersihkan dan di potong 2
  • 8 biji bawang merah
  • 5 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 labu bawang besar
  • 400ml santan pekat
  • 700ml santan cair-kalau nak banyak tambahlah lagi
  • 6 sudu makan kari ikan
  • 1/2 sudu kecil jus pekat asam jawa adabi
  • garam, dan minyak secukupnya
Bahan tumis
  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji bunga cengkih
  • 2 biji bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 tangkai daun kari
  • 1/2 labu bawang besar di hiris
  • 2 biji bawang merah di hiris
  • 1 biji bawang putih di hiris
Cara-cara

1. Tumbuk bawang besar, bawang putih, halia dan bawang merah.
2. Panaskan minyak dan masukkan bawang besar, bawang putih dan bawang merah yang telah di hiris bersama daun kari. Kacau sebati.
3. Masukkan serbuk kari ikan dan sedikit air...kacau selalu dan kecilkan api.
4. Biarkan pes masak dalam anggaran 5-10 minit. Masukkan garam.
5. Setelah pes naik minyak baru masukkan santan cair.
6. Apabila mendidih, masukkan pula santan pekat dan ketam.
7. Tunggu sehingga mendidih dan sentiasa kacau takut nanti pecah minyak.
8. Bila mendidih selama 10-15 minit , perasakan garam dan rasa dulu barulah di masukkan asam jawa dan terus padamkan api.

Selasa, Februari 10, 2009

Ketam Masak Lemak


Dah lama dah masak ketam masak lemak ni...barulah hari ni nak di masukkan ke dalam rumah akak...masak cara ni memang laku kat rumah akak...

Bahan-bahan
  • 6 ekor ketam-dibersihkan dan dibelah dua
  • 5 biji cili merah-dibelah dua dan dibuang biji
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1 helai daun kunyit-disiat-siat
  • 2 batang serai-dititik
  • 300ml santan pekat
  • 300ml air
  • garam secukupnya
Cara-caranya


1. Kisar atau tumbuk cili merah, kunyit hidup dan halia. 2. Campurkan santan dan air dan masukkan kedalam periuk yang berisi ketam. 3. Hidupkan api dan masukkan bahan yang telah dikisar. 4. Kacau santan dengan menggunakan api sederhana. 5. Bila telah mendidih masukkan garam, daun kunyit dan serai yang telah dititik. 6. Rasa garam dan bolehlah ditutup api. 7. Sedap di makan bersama ikan masin...akak suka ikan sepat goreng.

Isnin, Januari 19, 2009

Lala Masak Santan


Ikan sekarang ni mahal bebenolah...tak menasabah harganya...ikan sardin RM12 sekilo..baik beli ayam ataupun daging...akak bosan pulak ashik makan ayam dan daging ni...beli lala...sedap pulak..dah lama tak makan....

Bahan-bahan
  • 500gm lala
  • 1 sudu makan udang kering-rendam dengan air
  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar-hiris halus
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 2 sudu makan santan pekat
  • 2 batang serai di titik
  • 1 helai daun kunyit di carik-carik
  • Minyak dan garam secukupnya
Cara-caranya

1. Rendam lala dalam air bersama garam..biarkan 20 minit sehingga lumpur keluar. Bilas bersih dan toskan.
2. Tumbuk udang kering bersama bawang putih.
3. Panaskan minyak dan tumis bawang putih yang telah di tumbuk bersama serai.
4. Apabila naik bau, masukkan pulak cili kisar dan tumis sehingga cili masak. Kacau selalu. Masukkan garam sedikit.
5. Masukkan lala dan kacau sebati...apabila lala masak masukkan pula santan bersama daun kunyit dan hirisan bawan besar. Biarkan dalam 5-10 minit barulah di padam api..
6. Siap untuk di makan.

Khamis, Disember 25, 2008

Lala


Banyak jugak yang confius antara siput tongkol dan lala...akak show kat sini...kan beza tu...cara masak sama jadi akak copy & paste aje ye....

Bahan-bahan

1. 1/2 kilo lala
2. 1 biji bawang besar - di hiris bulat
3. 2 biji bawang putih - hiris nipis
4. 1 inci halia - hiris tipis
5. 2 batang serai - di tumbuk sedikit hujungnya(titik)
6. 1 helai daun kunyit - di carik
7. 1 sudu teh sos tiram
8. sedikit minyak dan garam

Cara-cara

1. Rendam lala sebentar dengan air garam. Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang besar dan halia.
3. Bila dah layu , masukkan lala, sos tiram, serai dan garam. Kacau sebati.
4. Biarkan dalam 5-10 minit..baru padam api.

Rabu, Disember 24, 2008

Siput Tongkol


Kalau pergi ke pasar tani akak suka beli siput ..kalau beli yang tak pernah makan...nampaklah siput ni...penjual tu kata siput tongkol..akak beli tak sampai 1 kilo..nak rasa dulu....masak siput ni senang aje...

Bahan-bahan

1. 1/2 kilo siput tongkol
2. 1 biji bawang besar - di hiris bulat
3. 2 biji bawang putih - hiris nipis
4. 1 inci halia - hiris tipis
5. 2 batang serai - di tumbuk sedikit hujungnya
6. 1 helai daun kunyit - di carik
7. sedikit minyak dan garam

Cara-cara

1. Rendam siput sebentar dengan air garam. Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang besar dan halia.
3. Bila dah layu , masukkan siput, serai dan garam. Kacau sebati.
4. Biarkan dalam 5-10 minit..baru padam api.

Memang manis rasanya..lain kali boleh beli lagi...

Sabtu, Disember 06, 2008

Sambal Kerang



Ehm..dah lama jugak tak masak sambal kerang ni...makan pulak dengan nasi lemak..buat sarapan pagi...yang suka makan sambal kerang ni akak dengan suami aje..anak-anak..ambil sambal...kerang bagi akak..jadi selalunya buat sikit aje....ashik ikut tekak anak-anak aje...sekali-kali ikut tekak mak dialah pulak...

Bahan-bahan

1. 1 kilo kerang (bersih, rebus dan ambil isi)
2. 7 sudu makan cili kisar
3. 2 biji bawang besar - 1 di tumbuk dan 1 lagi hiris bulat
4. 5 biji bawang kecil - kisar
5. 4 biji bawang putih - kisar
6. 1 inci belacan (optional)-tumbuk bersama bawang
7. 1 camca teh asam jawa - skrg ni pakai adabi punya..senang..
8. garam dan minyak secukupnya

Cara-cara

1. Tumis bawang yang telah di kisar hingga naik bau.
2. Masukkan bawang dan belacan yang telah di kisar. Perlahankan api dan tunggu sehingga naik minyak. Masukkan garam.
3. Setelah cili masak, masukkan kerang, hirisan bawang besar dan asam jawa.
4. Tunggu sebentar dan rasa garam baru di padam api.

Selasa, November 18, 2008

Siput Sedut Masak Lemak Keladi

Nilah rupa siput sedut yang belum di bersihkan. Kena tutup ...nanti dia lari.

Ada orang geli nak makan siput ni.......mungkin dia kuat jalan kot......pantang lepa aje......dah penuh satu rumah.........walaupun akak ni duduk kl tapi macam duduk kat kampung aje.......ialah masa kecil kat Kg Abdullah Hukum, Kampung Puah dan sekarang ni duduk kat Kampung Padang Balang...........dulu masa anak dara jarang masak siput ni....tapi sejak dah kawin dengan cik abang kenalah belajar masak jugak......memang kesukaan suami akak ni.........kena campur dengan keladi.......barulah ada umph.....sape tak makan.....tak yah tenguk resepi ni.....

Bahan-Bahan

1. 1 kilo siput sedut
2. 20 biji cili api
3. 2 batang serai
4. 1 inci kunyit hidup
5. 1 inci halia
6. 2 batang daun kunyit
7. 1.5 liter santan (11/2 biji kelapa)akak jarang asingkan yang pekat dan yang cair.
8. 3 batang keladi (ada isi)
9. Garam secukupnya
10. 2 asam keping

Cara-cara

1. Bersihkan siput setelah di potong hujungnya.(stail akak berus, rendam dengan garam dan letakkan cili api yang telah di potong. Biarkan dalam 20-30 minit..barulah di bersihkan.
2. Bersihkan ubi dan batang keladi. Celur dahulu ubi bersama asam keping dan garam...
setelah ubi empuk barulah di masukkan batangnya. Toskan.
3. Tumbuk ciliapi, kunyit hidup dan halia. Setelah semua lumat titikkan serai.
4.. Masukkan bahan yang telah di tumbuk bersama siput dalam periuk.
5. Masukkan juga santan dan gunakan api perlahan kacau santan sehingga mendidih.
6. Biarkan dalam 10-15 minit, masukkan garam dan daun kunyit berserta ubi dan batang keladi.

7. Sedia untuk di makan.


Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...