Tak sangka betul..baru ajer akak buat N3 pasal nak minta Ben Ashaari terjah blog akak...tak sampai satu jam dia dah terjah..
Bangga dan terharu akak di buatnya..terima kasih yer...nak baca ...jom ke http://www.benashaari.com/2010/04/geledah-dapur-tertunailah-hasrat-di.html
Bangga dan terharu akak di buatnya..terima kasih yer...nak baca ...jom ke http://www.benashaari.com/2010/04/geledah-dapur-tertunailah-hasrat-di.html
Jomlah terjah blog dia pulak yer..
Oleh kerana ada permintaan akak show lagi lah resepi kek lapis ni..gara-gara si daydeck lah ni..siap menjerit panggil orang rasa..malu akak dibuatnya.
habis di suruh orang merasa..termasuklah si Robb dari Nuffnang.
Gara-gara akak bawak masa event gatsby hari sabtu lepas...ada pulak yang menggelarkan kek lapis ni kek gatsby....Pastu ada pulak yang nak mencubernya. Cuber jangan tak cuber yer.
Resepi asal dari rumah ROZZAN .
BAHAN-BAHANNYA :-)
- 300 g mentega
- 120 g gula halus
- 1/2 camca teh ovallate
- 6 biji telur gred A
- 220 g susu pekat manis
- 100 g horlicks
- 1 1/2 camca teh esen ais krim soda
- 1 camca teh pewarna biru
- 50 g jem raspberry (pilih yang tanpa gula, ada jual kat Tesco/Giant/C4)
- 1 camca teh esen raspberry (akak tak letak pun)
- 1 camca teh pewarna merah jambu-tukar ke oren
- 160 g tepung Hong Kong
CARA MEMBUATNYA :-)
- Lenser tin berukuran 7 x 7 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas minyak tadi. Panaskan oven pada suhu 190C (api atas dan bawah).
- Putar gula, ovallate dan mentega dengan kelajuan tinggi selama 7 - 8 minit. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang (jarak waktu untuk 1 biji telur = 1 minit).
- Pada kelajuan sederhana, masukkan susu pekat manis dan horlicks. Putar rata selama 2 - 3 minit. Tukar pada kejuan perlahan dan masukkan tepung dan gaul sebati selama 1 - 2 minit sahaja. Kalau nak gaul tepung menggunakan spatula pun boleh.
- Bagi adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak. 1 bahagian dicampur dengan esen ais krim soda dan pewarna biru, kacau rata. 1 bahagian dengan jem raspberry, esen raspberry (kalau guna) dan pewarna merah jambu, kacau rata dan 1 bahagian pada warna asal (plain)-akak tukar ke warna hijau..
- Sudukan 3 1/2 camca besar (akak buat 4 camca besar)adunan plain, ratakan dan bakar hingga masak (6 - 7 minit). Keluarkan dan tekan sedikit, kemudian ratakan adunan bewarna biru pula, ratakan dan bakar, tapi kali ini, api ditukar pada api "grill" dan suhu pula 200C, bakar hingga masak (6-7 minit). Buat kaedah sama untuk lapisan merah jambu dan seterusnya hingga kek siap.
dah siap potong nak bawak ke situ

