OOO

Memaparkan catatan dengan label resepi sambal udang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi sambal udang. Papar semua catatan

Rabu, Februari 15, 2017

Sambal Tumis Udang Petai Sedap

Assalammualaikum semua
Duk kat Salak ni, mewah betul sebab udang laut tak semahal masa duk Kuala Lumpur. Akak sekarang layan udang laut jer, udang bela pun harga dah puluhan ringgit.
Bahan-bahan 
  • 500 gm udang
  • 1 cawan cili kisar
  • 5 biji bawang merah *
  • 1 biji bawang besar*
  • 2 biji bawang putih*
  • sedikit belacan* (pilihan)
  • 1 biji bawang besar-hiris bulat
  • 2 papan petai-kopek kulit dan ambil isi
  • garam dan sedikit gula melaka
  • air asam jawa secukupnya
  • minyak untuk menumis

Cara Memasak
1.  Kisar/tumbuk  bahan-bahan bertanda *. 
2.  Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah di kisar sampai naik bau.
3.  Masukkan cili kisar dan kacau sehingga naik minyak/cili masak.
4.  Masukkan air asam jawa lebih kurang 1/2 cawan bersama garam.
5.  Masukkan udang, petai dan hirisan bawang besar  dan perlahan api dan biarkan dalam 10-15 minit atau sehingga kuah pekat.
6.  Sebelum di tutup api rasa cukup asam garam dan barulah di padam api.

Jumaat, Februari 28, 2014

Resepi Sambal Tumis Udang

Assalammualaikum
Dah banyak kali dah tepek sambal udang ni...kalau ada petai lagi umphh kan.  Kalau buat sambal tumis guna udang laut memang ada umphhhh kan.  Tapi harganya berdentam dentum.

Bahan-bahan
  • 500 gm udang - buang kulit tinggal hujung
  • 6-8 sudu makan cili kisar
  • 5 biji bawang merah *
  • 1 biji bawang besar*
  • 4 biji bawang putih*
  • sedikit belacan*
  • 1 biji bawang besar-hiris bulat
  • garam secukupnya
  • air asam jawa secukupnya
  • minyak untuk menumis
Cara Memasak
1.  Kisar/tumbuk  bahan-bahan bertanda *. 
2.  Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah di kisar sampai naik bau.
3.  Masukkan cili kisar dan kacau sehingga naik minyak/cili masak.
4.  Masukkan air asam jawa lebih kurang 1/2 cawan bersama garam.
5.  Masukkan udang dan hirisan bawang besar  dan perlahan api dan biarkan dalam 10-15 minit.
6.  Sebelum di tutup api rasa cukup asam garam dan barulah di padam api.

Khamis, Julai 04, 2013

Sambal Udang Galah


 Assalammualaikum

Payah tul nak dapat udang galah di pasaran sekarang ni..kalau gi pasar tani ataupun gi pasar borong baru leh jumpa.  Harganya mahal sangat kan..kecian dengan orang yang berpendapatan kecil. 

Nak buat camner kan..akak rasa bersyukur sesangat dapat gak merasa udang galah ni bila tekak teringin. 

Kalau jual udang galah sungai yang masih ada sepit, si penjual letak harga sampai RM50.00 sekilo..

..fuhhhh sabar ajerlah.  Leh dapat beras basmathi mahai 5 kilo

Akak beli yang biasa ajer ..tak doyan nak beli harga mahal camtu.


Bahan-bahan
  • 500 gm udang galah
  • 6-8 sudu makan cili kisar
  • 5 biji bawang merah *
  • 1 biji bawang besar*
  • 4 biji bawang putih*
  • sedikit belacan* (pilihan)
  • 1 biji bawang besar-hiris bulat
  • garam secukupnya
  • air asam jawa secukupnya
  • minyak untuk menumis
Cara Memasak
1.  Kisar/tumbuk  bahan-bahan bertanda *. 
2.  Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah di kisar sampai naik bau.
3.  Masukkan cili kisar dan kacau sehingga naik minyak/cili masak.
4.  Masukkan air asam jawa lebih kurang 1/2 cawan bersama garam.
5.  Masukkan udang dan hirisan bawang besar  dan perlahan api dan biarkan dalam 10-15 minit atau sehingga kuah pekat.
6.  Sebelum di tutup api rasa cukup asam garam dan barulah di padam api.
 

Rabu, Jun 27, 2012

Sambal Udang US Potato Dengan Herba

Penaja utama US Potato jadi semua resepi memang ada perkataan itu..resepi dalam omputih.   Resepi  US Potatoes Shrimp Sambal with Fresh Herbs yang di tunjukkan oleh Chef Shahrim ini tidak menggunakan lansung bawang putih ...kalau guna ubi kentang biasa pun boleh tau..akak dah rasa dah masa kat event tu..sedappp..nanti akak pun nak cuba gak buatlah.

Bahan-bahan
300gm us potato-potong kiub
600gm king prawn-wash and clean properly
200gm red oinons/shallots-slice thinly
300gm cili kisar
30gm belacan
2 batang serai-hiris halus
1 helai daun kunyit-hiris halus
3 helai daun limau purut-hiris halus
150gm cili sos
150gm tomato sos
200ml minyak masak
garam secukupnya

Cara-caranya
1.  Goreng ubi kentang deep fry dan ketepikan.  Goreng udang sebenar sahaja dan ketepikan.
2.  Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar/bawang kecil sehingga light brown.
3.  Masukkan cili kisar dan kacau sehingga cili naik minyak/masak.
4.  Campurkan belacan dengan sedikit air dan masukkan kedalam cili.
5.  Masukkan cili sos, hirisan serai dan tomato sos bersama garam secukupnya
 6.  Masukkan hirisan daun kunyit, daun limau purut, kentang goreng dan udang lalu kacau sebati.
7.  Rasa dulu baru tutup api.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...