OOO

Memaparkan catatan dengan label resepi sup daging sedap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi sup daging sedap. Papar semua catatan

Selasa, Ogos 09, 2011

Resepi Sup Tulang Jalan Doraisamy

Kalau buntu nak masak akak suka jejalan kat blog mak-mak yang suka masak.  Cadang nak masak sup tulang.  Terjumpa resepi sup tulang Jalan Doraisamy yang terkenal bagi penggemar sup terutama bagi orang lelaki.  Suami pernah bawa akak makan sekali kat situ tu pun dah lama dah.
Bila jumpa resepi ni terus buat..resepinya akak ambil dari blog Raihan dan beliau jumpa kat blog Otai Chef.  Yang lain akak ikut cuma part akhir akak tak ikut sebab tak nak sup tu jadi pekat sebab anak nak makan dengan bihun.

Bahan-bahan: (anggaran hidangan untuk 5 orang)
  • 1 kg tulang yang ada daging- boleh juga guna tulang rusuk/rawan
  • 2 sudu besar rempah kurma
  • 6 biji buah keras ditumbuk halus-tak letak
  • 8 biji bawang merah dikisar
  • 1/2 inci halia diketuk
  • 3 ulas bawang putih dikisar
  • 1 batang kulit kayu manis*
  • 6 kuntum bunga cengkih* rempah tumis
  • 3 kuntum bunga lawang*
  • 4 biji kentang dibuang kulit-dipotong 6
  • 2 batang seleri dipotong anggaran 1 ini panjang
  • garam dan lada hitam secukup rasa
  • ***Ikut Aan tambah sebji tomato dibelah 8
Cara membuatnya:
1. Rebus tulang dan daging sehingga empuk. Jika menggunakan periuk tekanan, tulang direneh anggaran 1 jam. Jika menggunakan periuk biasa, reneh(didihkan daging dengan api perlahan dan periuk bertutup) selama 2-3 jam.
 
2. Masukkan kentang dan seleri ke dalam periuk rebusan dan biar empuk. (tak buat part yang ini..akak biarkan ajer kentang dan saderi macam tu ajer)Setelah kentang lembut, keluarkan kentang dan seleri dan kisar halus bersama sedikit air rebusan. Masukkan semula ke dalam periuk rebusan.

3. Di dalam kuali lain, tumis bawang merah, putih, halia dan rempah ratus hingga wangi... (kalau nak tahu, baunya memang wangi dan membuka selera). Kemudian masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan sedikit air dan tumis lagi hingga terbit minyak. Masukkan buah keras dan kacau seketika. Masukkan tumisan rempah tadi ke dalam periuk sup. 

4. Masukkan garam, tomato dan lada hitam kisar secukupnya. Biar mereneh hingga sup agak pekat.(tak tunggu pekat) Taburkan daun sup dan bawang dan sedia dihidang bersam nasi putih atau roti sandwic...

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...