OOO

Memaparkan catatan dengan label resepi sup tulang rawan/rusuk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi sup tulang rawan/rusuk. Papar semua catatan

Rabu, November 26, 2014

Resepi Sup Tulang Rusa Sedap

Assalammualaikum

N3 resepi ni akak auto publish sebab kami sekeluarga pulang ke Kuala Lumpur selama 1 bulan.


Bahan-bahan
1kg tulang rusa
6 biji bawang kecil (kisar)
4 biji bawang putih (kisar)
1 inci halia (kisar)
1 sudu teh lada hitam(tumbuk halus)
3 sudu besar rempah sup adabi
1 kuib ayam
2 biji ubi kentang-potong 4
garam secukup rasa
    Bahan tumis
    • 3 biji bawang kecil di hiris halus
    • 1 biji bawang putih di hiris halus
    • 1 batang kayu manis
    • 3 biji bunga cengkih
    • 3 biji bunga lawang
    • 3 biji buah pelaga
    Bahan taburan
    Hirisan daun sup dan daun bawang
    Bawang goreng

    Cara-cara
    1. Basuh tulang...masukkan air hingga 2x ganda dari tulang dan rebus. Bila mendidih..kecilkan api dan tutup dengan penutup.
    2. Panaskan sedikit minyak dan  tumis semua bahan tumisan.
    3. Setelah berbau wangi masukkan bahan yang telah di kisar termasuk lada hitam.
    4. Masukkan juga sup bunjut adabi dan tumis sehingga naik bau dan masukkan kedalam sup tadi.
    5. Rebus hingga daging empuk sekurang-kurangnya 1-1 1/2 jam (akak guna pressure cooker..1/2 jam dah empuk)
    6. Setelah daging empuk baru dimasukkan ubi kentang.
    7. Biarkan ubi kentang empuk dan masukkan garam.  Rasa dulu sebelum tutup api.
    8. Taburlah dengan daun sup dan daun bawang.

    Isnin, November 12, 2012

    Resepi Sup Tulang Sedap



     
    Assalammualaikum dan selamat petang.
    Sekarang ni musim hujan..boleh di katakan setiap hari hujan.   Banyak gak kawasan yang di landa banjir..kesian akak tenguk.  Sejuk-sejuk camni masak sup tulang pun sodap.

    Bahan-bahan
    1kg tulang lembu
    6 biji bawang kecil (kisar)
    4 biji bawang putih (kisar)
    1 inci halia (kisar)
    1 sudu teh lada hitam(tumbuk halus)
    3 sudu besar rempah sup adabi
    1 peket sup tulang adabi
    2 biji ubi kentang-potong 4
    garam secukup rasa
    Bahan tumis
    • 3 biji bawang kecil di hiris halus
    • 1 biji bawang putih di hiris halus
    • 1 batang kayu manis
    • 3 biji bunga cengkih
    • 3 biji bunga lawang
    • 3 biji buah pelaga
    Bahan taburan
    Hirisan daun sup dan daun bawang
    Bawang goreng


    Cara-cara
    1. Basuh tulang...masukkan air hingga 2x ganda dari tulang dan rebus. Bila mendidih..kecilkan api dan tutup dengan penutup.
    2. Panaskan sedikit minyak dan  tumis semua bahan tumisan.
    3. Setelah berbau wangi masukkan bahan yang telah di kisar termasuk lada hitam.
    4. Masukkan juga sup bunjut adabi dan rempah sup yang telah di campur dengan sedikit air.
    5. Tumis sehingga naik bau dan masukkan kedalam sup tadi.
    6. Rebus hingga daging empuk sekurang-kurangnya 1-1 1/2 jam (akak guna pressure cooker..1/2 jam dah empuk)
    7. Setelah daging empuk baru dimasukkan ubi kentang.
    8. Biarkan ubi kentang empuk dan masukkan garam.  Rasa dulu sebelum tutup api.
    9. Taburlah dengan daun sup dan daun bawang.

     

    Sabtu, Julai 14, 2012

    Sup Tulang Tengkuk Lembu



    Selain daripada tulang rusuk/rawan akak suka beli tulang tengkok sebab banyak isi.  Sekali sekali layan best gak tulang tengkuk kan.  Maaflah gambar ni blurrr lah pulak..tak taulah kamera akak ni..macam nak suruh tukar baru ajerk.

    Bahan-bahan
    1/2 kg/600 kg tulang tengkok lembu
    1/2  paket kecil rempah sup adabi
    Air secukupnya
    5 biji bawang putih*
    1 biji bawang merah*
    1 sudu besar lada hitam*
    1-2 inci halia* (tumbuk semua bahan bertanda *)
    1 sup punjut adabi
    1 batang celery-potong 1/2 inci panjang
    2 biji ubi kentang-belah 4 jika suka
     
    Bahan Penumis
    1  batang kayu manis
    3 cengkih 
    2 pelaga
    2 bunga lawang  

    Hiasan
    Hirisan daun bawang/daun sup
    Bawang Goreng
    Sambal Kicap (jika suka)

    Cara-cara
    1. Bersihkan tulang tengkok dan masukkan ke dalam air sehingga menutupi paras tulang  dan rebus dengan api perlahan  sehingga tulang empuk (akak guna p/cooker nak cepat punya pasal)
    2. Tumis tumis 4 sekawan, bahan-bahan tumbuk/kisar dan serbuk rempah sehingga naik bau.  
    3. Tuang ke dalam rebusan tulang yang telah empuk tadi dan tambah air.
    4. Masukkan garam dan ubi kentang (sehingga kentang empuk)  dan biarkan mendidih lagi dalam 20 minit.
    5. Akhir sekali masukkan saderi dan tutup api.
    6. Taburkan hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan sambal kicap...syruppppp wah enaknyaaaaaa

    Selasa, Ogos 09, 2011

    Resepi Sup Tulang Jalan Doraisamy

    Kalau buntu nak masak akak suka jejalan kat blog mak-mak yang suka masak.  Cadang nak masak sup tulang.  Terjumpa resepi sup tulang Jalan Doraisamy yang terkenal bagi penggemar sup terutama bagi orang lelaki.  Suami pernah bawa akak makan sekali kat situ tu pun dah lama dah.
    Bila jumpa resepi ni terus buat..resepinya akak ambil dari blog Raihan dan beliau jumpa kat blog Otai Chef.  Yang lain akak ikut cuma part akhir akak tak ikut sebab tak nak sup tu jadi pekat sebab anak nak makan dengan bihun.

    Bahan-bahan: (anggaran hidangan untuk 5 orang)
    • 1 kg tulang yang ada daging- boleh juga guna tulang rusuk/rawan
    • 2 sudu besar rempah kurma
    • 6 biji buah keras ditumbuk halus-tak letak
    • 8 biji bawang merah dikisar
    • 1/2 inci halia diketuk
    • 3 ulas bawang putih dikisar
    • 1 batang kulit kayu manis*
    • 6 kuntum bunga cengkih* rempah tumis
    • 3 kuntum bunga lawang*
    • 4 biji kentang dibuang kulit-dipotong 6
    • 2 batang seleri dipotong anggaran 1 ini panjang
    • garam dan lada hitam secukup rasa
    • ***Ikut Aan tambah sebji tomato dibelah 8
    Cara membuatnya:
    1. Rebus tulang dan daging sehingga empuk. Jika menggunakan periuk tekanan, tulang direneh anggaran 1 jam. Jika menggunakan periuk biasa, reneh(didihkan daging dengan api perlahan dan periuk bertutup) selama 2-3 jam.
     
    2. Masukkan kentang dan seleri ke dalam periuk rebusan dan biar empuk. (tak buat part yang ini..akak biarkan ajer kentang dan saderi macam tu ajer)Setelah kentang lembut, keluarkan kentang dan seleri dan kisar halus bersama sedikit air rebusan. Masukkan semula ke dalam periuk rebusan.

    3. Di dalam kuali lain, tumis bawang merah, putih, halia dan rempah ratus hingga wangi... (kalau nak tahu, baunya memang wangi dan membuka selera). Kemudian masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan sedikit air dan tumis lagi hingga terbit minyak. Masukkan buah keras dan kacau seketika. Masukkan tumisan rempah tadi ke dalam periuk sup. 

    4. Masukkan garam, tomato dan lada hitam kisar secukupnya. Biar mereneh hingga sup agak pekat.(tak tunggu pekat) Taburkan daun sup dan bawang dan sedia dihidang bersam nasi putih atau roti sandwic...

    Adsense

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...