OOO

Memaparkan catatan dengan label serikaya ball enak dan sedap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label serikaya ball enak dan sedap. Papar semua catatan

Sabtu, Ogos 14, 2010

Bihun Soto (Guna Rempah/Pes Soto Peserai) Enak dong..

.
Buat bihun soto dengan menggunakan pes ni..dah lama dah buat.

Akak beli pes ni kat Pasar Tani di Jalan Tanglin..beli satu paket dulu..sajer nak rasa. Memang sedap pes ni...rugi pulak tak beli lebih.

Selalunya akak buat pengedil daging..kali akak cuber buat pulak pegedil ayam..rasa ..sedap gaklah.

Pegedil ayam

Bahan-bahan
  • 100-200gm daging ayam kisar
  • 3 biji ubi kentang
  • 1 sudu makan bawang goreng
  • sedikit hirisan daun sup dan daun bawang
  • sedikit serbuk lada hitam dan lada putih
  • sedikit garam
  • 1 biji putih telur-untuk salut kat pegedil
  • sedikit kiub ayam (pilihan)
  • minyak untuk menggoreng
Cara-cara
1. Goreng kentang yang telah di potong 6 dan toskan.
2. Goreng ayam kisar dengan sedikit minyak bersama-sama serbuk lada hitam, kiub ayam, serbuk lada sulah dan sedikit garam.
3. Tumbuk ubi kentang hingga lumat dan masukkan ayam kisar, bawang goreng dan hirisan daun sup bawang dan campurkan semua sehingga sebati.
4. Bulat-bulatkan dan leperkan sedikit.
5. Pukul telur putih dan celupkan pegedil tadi dan goreng dengan api sederhana.

Cara nak buat kuah soto
Ikut ajer arahan kat situ..ada tersenarai bahan-bahan yang di perlukan. Lepas dah siap, goreng ayam tu..dah tu boleh siat-siat ayam tu. Senang bukan, orang lelaki pun boleh masak kalau ada pes/rempah soto ni.

Kalau tak dak pes ni guna resepi kat SINI YER

Kalau tak dak bahan lain mana boleh jadi. Kira cam tak lengkaplah bihun soto ni kan.

Bahan-bahan sampingan
  • Bihun-rendam dalam air mendidih pastu jirus dengan air sejuk. Toskan.
  • Sambal kicap
  • Bawang goreng
  • Taugeh, buang ekor dan celur sekejap, toskan
  • Hirisan daun sup
  • Hirisan daun bawang
  • Daging ayam yang disiat2 halus
  • soo hoon-goreng dengan minyak panas..tak yah basuh tau..terus cebur ajer dalam minyak tu.
p/s sape yang duk kat batu pahat...kalau rajin tolonglah belikan lagi pes soto ni yer..

Rabu, Ogos 04, 2010

Resepi Serikaya Balls/Kalau Tak Ada Rezeki

 Konon-konon nak cubalah buat serikaya ball ni guna acuan takoyaki...ha kau...Yana bosan giler nak membuatnya..payah tullah..macam rinnchan kata..memang acuan ni tak control memang cepat ajer hangus..pastu kalau salah cucuk terkeluar inti kaya tu.
Mak...Yana tak nak buat lagi dah..senang lagi buat takoyaki...alahai dia dah surrender da..kenalah beli kalau teringin nak makan  .Resepi ni akak ambil dan c & p  dari fotopages rinnchan.Terima kasih banyak.

Sumber : Petibesi RNet

BAHAN-BAHAN:
250gm tepung kek ( Tepung gandum pun ok )
1 tsp baking powder
Secubit garam halus
125gm mentega
75gm gula castor
4 biji telur gred A
200ml susu segar 1/2 tsp esen vanilla
Serikaya secukupnya ( Serikaya dlm tin lebih sedap.. )

CARA-CARA:
1. Ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.
2. Putar mentega dan gula castor hingga kembang dan gebu. Masuk telur satu persatu, terus putar hingga sebati.
3. Masuk 1/4 bahagian susu. Putar terus.
4. Masuk tepung dan selang-selikan dengan susu. Lakukan hingga habis dengan tepung sebagai pengakhirnya.
5. Masukkan esen vanilla dan kacau sebati.
6. Panaskan acuan dan lengserkan dengan minyak masak.
7. Isikan separuh adunan dalam setiap lubang acuan.
8. Bubuh serikaya secukupnya. Rinn gunakan piping bag . Tutup adunan hingga penuh.
9. Terbalikkan bebola kaya beberapa kali menggunakan 2 btg lidi satay sehingga masak dan keperang-perangan. 

 Kecian Ira..niat di hati  nak bedal puas-puas cempedak goreng sebelum balik ke asrama....tapi tak tertunai hasrat di hati sebab cempedak yang akak beli kat Pasar Pagi Greenwood tak leh goreng..busuk..nak salahkan sape ek?  Tak dak rezeki kan..
padahal tepung gorengan dah siap dah di bancuh..

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...