Bila gi ke Kelantan kalau tak beli serunding , rasa cam tak bestlah. Tapi kadang-kadang bila beli geram gak sebab dapat yang dah bau tengik. Mungkin dah lama di bungkus dalam plastik dan lama dah di buat.
kuali ni macam kuali tembagalah..betul ker idak..ishhh tak tanya pulak.
.bila tenguk gambar baru perasan
Kali ni akak ajak suami pergi sendiri ke tempat buat serunding. Dari Pantai Tujuh, Pengkalan Kubur kami tuju ke Kampung Laut, Tumpat. Nasib baik ada garmin taklah sesat, kalau tak ada pun tak apa banyak papan tanda nak gi ke situ.
Kat simpang masuk ke Kampung Laut ni ada papan tanda pasal pengusaha serunding kat situ. Masuk ajerlah kedalam garenti tak sesat.
Sebab Kak Chik Niza bagitau serunding yang best dan sedap di buat di sini. Kat Kampung ni ada 3-4 orang pengusaha serunding. Kebetulan 2 pengusaha tu tak buka/buat tempat jualan serunding. Akak terus tuju ajer kat rumah Serunding Fahmi.
Tertunai hasrat di hati nak tenguk camner pengusaha keci-kecilan buat serunding ni. Masih lagi pakai kayu api. Tu yang buat rasa dan bau serunding ni sedap. Memang susah nak buat serunding sebab akak pernah cuba buat. Erhmm alahai kena banyak sabar sebab kalau nak cepat siap hasilnya memang tidak memuaskan.
Boleh dikatakan setiap hari serunding di masak dengan bantuan orang-orang kampung. Baguslah camtu kan, sekurang-kurangnya dapat gak duit saku.
kat sini ada serunding daging, ayam dan ikan.Ikut kata pengeluar serunding Fahmi ni serunding beliau di hantar sehingga ke Brunei dan Singapura. Wah class kan. Tentu hasil serunding beliau berkualiti.
Dah sampai takkan tak beli.Pakallah RM dah beransur susut dalam dompet, kalau idak mau akak borong bebanyak. Ehmmm kalau dapat jadi pengedar serunding best gakkan. Tapi ada ker orang nak beli.
Dan-dan sampai balik ke Kota Bharu waktu Maghrib, tak sah kalau tak solat kat Masjid Muhammadi.
Oleh sebab Imran pula yang tak sehat kami makan malam di sebuah restoren ditepi jalan ajer. Alahai rasa cam tak berbaloi bila makan nasi goreng, tomyam dan telur dadar. Sebab mahal dan sikit sangat.
Apa nak buat dah tersalah pilih. Makan ajerlah janji jangan kelaparan.
p/s Terima kasih buat teman blogger Encik Rozali (Pahala Hindari Dosa) ataupun ada yang panggil Atuk sebab buat special N3 sempena ulangtahun perkawinan akak.
Klik sini http://atuk-phd.blogspot.com/2011/01/ulang-tahun-perkawinan-kak-ina-ke-25.html
