Akak sajer ajer panggil poached egg ni poco-poco egg sebab salah satu yang menunjukkan pouched egg tu jadi, bila di usik tang kuning telur ia akan bergegar dan bila kuning telur bila di pecahkah ianya masih lagi mengalir.
Bangun pagi makan kueh cara
Minum pula dengan teh cina
Blogger yang hadir merasa gembira
Sempat bergambar bersama-sama
Jumpa hantu pontianak di pagi buta
terkencing-kencing sambil mengigil
tengah berborak kami di panggil
Nak kena buat Skill Test pula
Pergi ke pasaraya nak beli dadih
Dahih dibeli bersama gula
Panaskan air hingga mendidih
lepas mendidih masukkan cuka
Siapkan telur di dalam bekas rata
Campurkan juga sedikit cuka
Kacau air laju-laju sehingga merata
Masukkan telur kedalam air dengan segera
Tibalah pula giliran peserta
Bila dah buat baru rasa pelik
Sampai 2 biji telur di cuba
Ashiklah pecah kuning bila dibalik
Ashik-ashik makan apam balik
Apam di beli di pasar malam
Lemah lembut kena di balik
Kalau tidak pecahlah isi di dalam
Macam-macam teknik telah di cuba
Akhirnya jadi juga bila telur ke tiga
Barulah hati merasa lega
Bila tak jadi rasa kecewa
Bila dah masak kenalah hias
Nanti tak menarik di mata juri
posing-posing tak habis-habis
Sebelum pergi mengadap juri
Hari-hari makan nasi beriani
Nasi di makan bersama ayam tandori
Walaupun satu sahaja yang menjadi
Akak dapat 8/10 markah di beri
Mungkinkah peserta-peserta MasterCafe Malaysia kena juga buat skill test macam yang kami buat ni?
Kalau nak tau kenalah tenguk MasterChef Malaysia yang akan bersiaran pada
Program title – MasterChef Malaysia
- MasterChef Program Information - MasterChef TX will be starting from 22nd October 2011, every Saturday – Wednesday, 9.00pm. Master Class will be on every Friday, 9.00pm.
- Program Channel – Astro Ria (Channel 104)
Kredit picture : CikLily Putih