OOO

Memaparkan catatan dengan label Blogger MasterChef. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blogger MasterChef. Papar semua catatan

Ahad, Oktober 16, 2011

Gelagat Penonton Di Blogger MasterChef Malaysia

Sebelum ada yang dakwa dakwi kata akak menyibuk..baiklah akak show ek email ini.  Boleh bawak anak-anak yer..  Mana tau ada yang sentap lagi kannn.  Akak tak ambil gambar akak sangat pun tapi nasib baiklah ada yang rajin snap gambar akak tu.   Terima kasih kepada Sawanila, Ayu dan Zaid sebab akak cilok gambar dari fb dan blog mereka.
Akak bawak manager/pa/driver..nasib baik ada anak akak ni.dia tau lah jalan nak gi ke sacc shah alam ni..kalau akak sorang sorang memang sesat barat gak dibuatnya.
Jejai  dan  Encik Fairuz dari MyChef salah satu penaja 
MasterChef Malaysia di Astro Ria 104 
Tak sabarnya  nak rasa keenakkan masakan dari chef-chef fofolur  seperti Chef Dato' Ismail, Chef Florence dan Chef Liza.  Macam-macam jenis makanan ada...Produk makanan gourmet sedia-hidang (Ready-to-serve) ini akan di lancarkan pada bulan November nanti. 
Rajinnya  ayu bawa baby datang nak tenguk event ni..
haruslah bergambar bersama dulu kan.
Sementara dorang bertarung akak borak-borak ajerlah dengan mak mohd zaid.

Anak ayu ashiklah snap gambar kami ni..minat sangat kot dengan kami berdua..makcik-makcik yang tak habis pot pet pot pet
 sempat gossip dengan staff MyChef..lupalah pulak nak tanya nama dia
tukang ambil gambar
gossip dengan pemenang buzz blogger mohd zaid..fuhh kalah aaa lawan dengan dia..Mak dia kata Zaid sanggup duk berjam-jam depan computer/handphone..Buat N3 sampai 6 kali sehari..fuhhhh berusaha sungguh si Zaid ni.

Akak tak sangguplah macam dia..dia bolehlah..orang bujang
sedang memikirkan apa ek..serius bebeno muka akak kannn..
mak Zaid siap buat gaya lagi
sempat bergaya dengan  Wawa pemenang tempat ke dua... tahniah buat beliau, kreatif sungguh masakan beliau sehingga di pilih oleh juri. Tulah pasal kan bukan tua ataupun muda yang menentukan kejayaan kita tapi bakat yang ada yang boleh membawa kejayaan.

 Sebenarnya kan kalau rajin masak macam akak ni tapi tak kreatif dan gabra memang payah nak menang pertandingan masak-memasak macam.  
 
Sibuklah ambil gambar..(amboi Yatie macam modellah pulak).sampai gambar sendiri orang yang lain yang snap. Terutama bila suruh cari bahan pastu tak tau pulak bahan utama.  Akak memang masak tenguk resepi..kalau tak ada resepi memang fail aaaa
 terima kasih Azzah sebab sudi datang hantar barang
Bila dah habis juri nilaikan masakan dari peserta, penonton merasa masakan mereka, akak dah sound dengan anak akak jangan pi situ..nanti jadi isu lagi kata anak akak kurang ajar.  Dorang makan tak payah pun nak minta izin bagaiii..tapi taulah kalau ada yang tersentap.
Akak dah bagi amaran kat Imran...tenguklah muka serius akak tu...muka garangkan..akak dah kata kat dia....siap kalau buat perangai lagi..serik bila kena kutuk..macamlah kita ni tak ajar anak kita supaya berkelakuan baik.
Masakan ni semua di sediakan oleh penganjur kan, tugas peserta cuma memasak. Akak kalau dah masak, akak dah tak ada selera nak makan dah masa semi final tu.  Tak kisah pun kalau orang nak makan.
Biarlah dorang merasa..barulah kita boleh tau masakan kita sedap ataupun tidak.  
Kalau kita pun sibuk nak makan masakan kita sehingga marah orang lain makan pastu  nak membebel kat blog..baik lepas juri nilai terus bawa pinggan pi makan sendiri.

Lepas acara potong bawang ada pula acara dengan penonton yang hadir.
Bukannya Zainal nak ajak akak berlakon sama dia..sebenarnya akak jawab kuiz yang di sediakan oleh pihak penganjur.  Sape yang tau jawapan kena pulak lari ke atas pentas. Masa ni juri-juri  tengah sibuk kira markah.

Akak pakai kasut jogging, bila Zainal buka soalan pertama tentang barang panasonic (salah satu penaja MasterChef Malaysia) terus ajer akak naik.
Terkejut Zainal dibuatnya...akak gelak-gelak bila dia tanya nak apa? Akak jawab..nak jawab soalanlah. Soalan tentang barangan PANASONIC ‘Cooking Magic’.

Soalan senang dapat hadiah pulak tu...sape yang tak nak kan.  Dah tentu barangan Panasonic ada kat booth tentulah boleh jawab soalan ini.  Bila akak jawab betul..Zainal kata..berbaloi akak datang dari jauh
Soalan senang ..hadiah pun best...set sudu garpu dan pisau. Berbaloi gak sebab duk dekat 4 jam kat situ.
Lepas tu berebut-rebut penonton yang hadir berlari ke depan bila Zainal bagi soalan. Isteri Jejai geram bila akak dapat hadiah, pastu dia pun stand bylah nak jawab soalan ke 3..akhirnya isteri Jejai dapat jawab soalan pasal minyak Neu Vida (penaja MasterChef Malaysia)
 Geng akak mak Zaid pun dapat jawab dengan betul.  Sebelum tu ada dua orang penonton meluru naik sebelum Zainal menghabiskan soalan tentang bilakah Pogram Master Malaysia akan di tayangkan.  Punya tak sabar dua-dua mereka jawab salah.  Mak Zaid terus ajer naik dan dapat jawab.
 Sempat lagi melapurkan perkembangan terkini kat geng tali baruts...
cam wartawanlah pulak
kitaorang yang happy ..terutama mak Zaid
 Mak-mak yang happy dapat rembat 3 dari 5 hadiah yang di tawarkan.  Bestkan bila geng yang hadir dapat hadiah sama macam kita.  Kami bergambar bersama juri Blogger MasterChef  KY Speak. Beliau juga seorang blogger macam akak.
anak abangensem,abangensemJejai dan wife Jejai
Mana boleh tak bergambar dengan Zainal Alam yang menjadi emcee bagi event ini.  Best lah beliau ni...pandai bergurau dengan peserta, penonton dan juri di sepanjang event ini di langsungkan. 

Memang happy sebab Imran pun dapat macam-macam hadiah..

Sabtu, Oktober 15, 2011

Aksi Geng Tali Baruts Di Blogger Master Cafe Di SACC Mall Shah Alam

 Tengahari tadi akak merajinkan diri ke pertandingan akhir Blogger MasterChef Malaysia di SACC Shah Alam...ala akak datang nak tiupkan semangat kat Jejai sebab akak kan Ketua Tali Barut..mestilah sokong anak tali baruts...barulah nampak cam ketua yang ambil berat kannnn
kameraman yang bzzzz
 
 Ada gaya chef si Jejai ni
 wah tak sangkalah...cayalah Jejai
 Yatie pun boleh tahan gak...terkedu tenguk cara masakan beliau
fuhhh menggiurkan
punyalah tekun jejai potong bawang holland
sampai tak perasan jari terluka...aduhai ..bukan jejai sorang 
ada lagi beberapa blogger yang tercedera jugak.
Eh eh eh...apasal pulak akak kat atas pentas bersama pelakun dan pengacara Zainal Alam Kadir? Tunggu yer..esok akak cerita panjang lebar...

Fuhhh terasa penat sungguh mengalahkan pesertalah pulak..


Pemenang GA MasterChef Malaysia

Terima kasih kepada yang memberi komen mengenai MasterChef Malaysia yang akan di tayangkan di Astro Ria 104 mulai 22hb. Oktober ini.

Seperti mana yang di janjikan 3 pengomen yang terbaik akak menerima RM10.00 setiap orang.  Mereka ialah

saya memang teruja dan tak sabar menunggu siaran MasterChef Malaysia nie sebab nak tengok kebolehan dan kehandalan peserta dari pelbagai latar belakang mempamerkan bakat memasak masing2.

dan rasa teruja tue lagi berganda sebab ini merupakan program julung kali diadakan di Malaysia. selalunya kalau program realiti masakan yang ditayangkan di tv datang dari luar negara. dan kali ini orang Malaysia sendiri berpeluang terlibat dalam program seumpama itu. 

Saya memang teruja kerana MasterChef Malaysia merupakan sebuah program realiti masakan yang memberikan inspirasi dan peluang kepada chef baru mencungkil bakat mereka dalam bidang masakan dan dilatih oleh mereka yang berpengalaman dalam dunia masakan. Selain daripada itu dengan menontonnya memberi saya sedikit sebanyak ilmu kulnari dan penyediaan resepi2 yang enak untuk disediakan buat hidangan keluarga tersayang. 

MasterChef Malaysia akan menjadi satu lagi rancangan realiti yang bakal memberikan suatu tontonan kepada semua lapisan masyarakat walaupun ianya ditiru dari rancangan realiti dari Barat.

Secara tidak langsung, bidang memasak sudah masuk ke satu tahap lagi di mana orang akan melihat berada di dapur bukan lagi bidang yang leceh atau low class dengan menggunakan perkataan “ceruk dapur” sebaliknya menjadi bidang yang sangat profesional dan menjana ekonomi.

Sudah tentu juga, hal sampingan seperti karenah juri dan drama belakang tabir antara peserta samada sengaja atau tidak disengajakan, akan turut disajikan nanti bagi menarik perhatian penonton. 

Tahniah buat pemenang dan bagi yang tidak berjaya jangan putus asa yer..insyallah jika ada rezeki dan umur akak buat contest lagi yer.

Pemenang bolehlah hantar butir-butir diri bersama no telipon di roslana_06@yahoo.com.my

Jumaat, Oktober 14, 2011

Astro Tampilkan Barisan Chef Profesional Sebagai Juri MasterChef Malaysia

Joe Bastianich, Gordon Ramsaydan Graham Elliot Bowles Juri MasterChef US Musim Pertama dan Ke 2.
Gordon Ramsay memang terkenal kerana suka mengeluarkan kritikan yang pedas.  Kadang-kadang rasa cam nak cili mulut dia tapi kan dia adalah Chef yang fofolur di dunia masakan di seluruh dunia. Sape yang minat dengan rancangan masakan di Astro  mesti kenal dengan beliau ni kan.

Jo terkenal chef yang kuat maki hamun peserta..kadang-kadang akak geram bila tenguk dia buat camtu.

Chef yang banyak bagi pujian tapi jika marah dia kan diam sahaja.

Okey tu juri MasterChef US kan, sudah tentu lain dari segi budi bahasa dan perkataan yang di keluarkan.

Siapa pula ek juri-juri bagi Program MasterChef Malaysia akan di tayangkan di Astro Ria 104 bermula 22hb. Oktober ini?

 credit picture : google
Inilah dia  barisan chef profesional yang di lantik menjadi  Juri MasterChef Malaysia demi memastikan MasterChef Malaysia setara hebatnya dengan program francais sebelum ini.
Mereka adalah Mohd Nadzri Redzuawan (Chef Riz), 29, Moh Johari Edrus (Chef Jo), 55, Zubir Md. Zain (Chef Zubir), 45, Yahaya Hassan (Chef Yahaya), 49 dan Priya Menon (Chef Priya), 53.
Chef profesional sebagai juri yang bukan saja akan menilai keupayaan dan perkembangan peserta, malah bertindak mengemudi rancangan ini.
gambar kredit google
MasterChef Malaysia, rancangan yang bakal mencetuskan fenomena sebagaimana Akademi Fantasia, bakal bersiaran pada 22 Oktober ini di Astro Ria (saluran 104) dan MasterClass (Kuliah Master) di STAR World (saluran 711) bermula 27 Oktober.

Kita tenguk nanti,adakah ada di antara juri-juri  MasterChef Malaysia suka mengeluarkan kritikan pedas kepada peserta-peserta  sehingga ada yang mengeluarkan air mata? Agak-agaknya Chef yang mana ek?

Adakah juri-juri MasterChef Malaysia , sehebat juri MasterCafe USA dan Australia?  

Adakah Program MasterChef Malaysia akan menjadi satu fenomena di seluruh Malaysia?

Kita tunggu siarannya nanti yer
Sebelum lupa, jangan lupa saksikan rancangan realiti tv terbaru, MasterChef Malaysia yang akan bersiaran pada 22 Oktober 2011.

Saksikan MasterChef Malaysia setiap Sabtu-Rabu,9.00pm. Kelas Master setiap Jumaat,9.00pm di Astro Ria (Channel 104)


- Official Site URL – http://www.astro.com.my/portal/Master-Chef/

- Facebook Page Link- http://www.facebook.com/MasterChefMalaysia

- Twitter Link– www.twitter.com/MasterChefMY

Khamis, Oktober 13, 2011

Pengalaman Blogger MasterChef Malaysia


Anda pandai memasak? Tunjukkan bakat anda macam blogger kita ini. Sebelum ini telah pun berlangsung pertandingan memasak, Blogger MasterChef. Terus terang aku ini pandai makan aja..hehe sebab tu tak berapa layak nak join Blogger MasterChef ini. Wakilkan kat KakInaKl jela..hehe

KakInaKl merupakan salah seorang peserta yang dapat ke peringkat semi final Blogger MasterChef. Bukan senang nak ke semifinal ini, ramai pesaing.


Tengok gaya KakIna masak macam profesional chef. Cuma takde rezeki je nak ke peringkat akhir. Takpe, atleast dapat experience masuk Blogger MasterChef. Tengok gaya KakIna ini memang teruja aku, rasa nak cuba nasib tahun depan pula (kalau ada lah). 

Kalau korang nak tahu pengalaman dan debaran KakIna masa Blogger MasterChef ini, boleh tengok kat link bawah ini. Jom kita terjah blog KakInaKl.

Poco-Poco Eggs (Poached Egg) Blogger MasterChef@MasterChef Malaysia Astro Ria 104

Merasa Debaran Memasak Macam MasterChef Malaysia di Astro Ria (104)

Sebelum lupa, jangan lupa saksikan rancangan realiti tv terbaru, MasterChef Malaysia yang akan bersiaran pada 22 Oktober 2011.

Saksikan MasterChef Malaysia setiap Sabtu-Rabu,9.00pm. Kelas Master setiap Jumaat,9.00pm di Astro Ria (Channel 104)

- Official Site URL – http://www.astro.com.my/portal/Master-Chef/

- Facebook Page Link- http://www.facebook.com/MasterChefMalaysia

- Twitter Link– www.twitter.com/MasterChefMY

Tentang Penulis Ini (N3)
 Seorang blogger yang aktif  ke eventi yang di anjurkan oleh Nuffnang dan pihak yang lain.  Kalau di jemput insyallah beliau akan datang.
Pernah masuk Majalah  Remaja bulan Ogos 2011 yang lalu..kalau nak baca pengalaman beliau bolehlah ker SINI
 Pernah gak masuk dalam iklan Garnier bersama Lisa Surihani pulak tu.  Kalau tau bolehlah ke SINI

Wah kelassss kau Maria....eh Zurie..masih single and available.  Sape nak jadikan calun menantu (ehm ehmm ehmm) ataupun makwe koranglah boleh mengurat dia kat  zuriey86

Gelagat Di @MasterCafe Malaysia-Blogger MasterChef (Semi Final-2)





 kredit picture sawanila




 Tahniah buat mereka berlima
 Memang enjoy dan seronok masuk ke pertandingan Blogger MasterCafe, walaupun tak berjaya ke TOP 5 akak rasa gembira.(kredit picture CikLily Putih)

Jangan lupa untuk menyaksikan MasterChef Malaysia dengan episod Peti Saji Misteri dan Ujian Cipta Rasa di Astro Ria (saluran 104) bermula 22 Oktober 2011 dan Kuliah Master di Star World (saluran 711) bermula 27 Oktober 2011 manakala Kuliah Master di Astro Ria (saluran 104) akan bermula minggu berikutnya pada 4 November 2011.

Sebarang  info tentang Program  #MasterChefMY korang bolehlah ke

Memang terujakan nak  tenguk siaran ini.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...