OOO

Memaparkan catatan dengan label tamu di sarawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tamu di sarawak. Papar semua catatan

Isnin, Januari 12, 2015

Pasar Tamu Kedayan Miri

Assalammualaikum 


Macam biasa orang perempuan terutama mak-mak, makcik dan nenek suka gi ke pasar cam akak juga. 

Selain dari Tamu Muhibbah akak suka gak pergi ke Tamu Kedayan di  Centre Point Commercial Area. Kat sini lebih meriah dan ramai penjaja bila tiba hari Minggu, akak selalu pegi pepagi sebab nak cari parking dekat.  

daging biawak..mahai tau RM15.00 sekilo

Peniaga yang terdiri dari pelbagai bangsa dan keturunan menjual pelbagai bahan masakan, pelbagai jenis ikan sungai, kueh mueh, buah buahan dan sayur sayuran dan ada juga daging binatang yang susah nak jumpa tapi sayangnya kebanyakan yang jual daging rusa, pelanduk bukan peniaga islam. 
Setiap minggu barangan yang di jual kadang kala berlainan, kadang kala sama.  Burung puyuh, terung asam dan pelbagai bentuk labu, ada yang panjang dan ada yang bulat.
Kadangkala ada lokan, ikut musim gak, ikan kering dan ikan salai pun ada di jual tapi akak kurang minat ikan salai kat sini, mereka salai kering sangat tak macam kat semenanjung, cam keropok pula bila di makan.
Buah kelubi dan ulat sagu, seronok gi sini sebab barang niaga segar dan dapat tenguk telatah peniaga, ada ambik gambar daging pelanduk yang di jual oleh peniaga bukan islam, tapi bila balik gambar tak ada pulak..misteri nusantara lah pulak.

Alamat
Pasar Tamu Kedayan
Centrepoint
98000 MiriSarawak

Jumaat, November 28, 2014

Tamu Batu Niah Miri

Assalammualaikum

Nak pergi ke Batu Niah makan masa 1 jam gaklah dari Miri. Kat sini pasar di panggil tamu, banyak di jual hasil tanaman penduduk macam Pasar Tani kat Semenanjung.
 Meriah suasana kat sini sebab jadi hentian rehat cam R & R sebab ada surau, tandas dan tempat makan.
 Buah buahan tempatan, durian isu memang tengah musim, kebanyakan penjual adalah kaum wanita.
Macam macam ada  kat sini tapi tak ada jual ikan sungai, lain kali kalau ke Miri  bolehlah singgah kat sini.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...