OOO

Memaparkan catatan dengan label tart nanas sedap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tart nanas sedap. Papar semua catatan

Jumaat, Ogos 10, 2018

RESEPI TART NENAS NENAS SEDAP/TART NENAS NYONYA SEDAP

TART NENAS NYONYA

Assalammualaikum semua

Dulu waktu muda tenaga banyak, rajinlah ambik tempahan buat pelbagai biskut raya walaupun bekerja separuh hari.  Akak tak masak bulan puasa, upah mak yang masak sebab sibuk buat biskut raya tak dan nak masak.

Rajin gak buat bentuk nanas, memang leceh sebab kena guna gunting kecil potong buat bentuk nanas.  Sekarang ni bila time nak raya, mak yang suka makan, buatlah untuk anak beranak dan ipar sorang.  Banyak banyak rasa tak rajin aa pulak.

Resepi ni akak ambil dari blog  Kak Jee, boleh jer guna buttercups tapi kalau guna butter mahal lagi sedap rasa dan aromanya.
 
Adunan dapat anggaran 35 - 40 biji jer, selalunya akak buat dua adunan sekali gus.  Akak tak minat aa nak buat yang gulung, suka buat bentuk bunga camni.  Acuan pun dah lama akak beli, masih ok lagi sampai sekarang.

Bahan-bahan
300 gms tepung gandum 
4 sudu besar tepung jagung 
3 sudu gula ising 
200 gms butter 
2 kuning telor sahaja
jem nenas secukupnya

Cara-caranya
Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas. Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.

Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method). Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh.

Canai jadi setengah inci dan turap guna acuan atau cutter . Untuk lebih mudah agar tak melekat2 lapik dengan plastik semasa mencanai doh. 1 keping plastik 4 segi potong jadi sekeping besar. Oleskan atas plastik dgn sedikit minyak. Letakkan doh di tengah plastik dan lipat plastik dan kayu canai tu gelek atas plastik.


Kemudian terap adunan tadi dgn terap tuk buat tart. Kalau adunan melekat kat alat penerap tu. Beruskan sedikit alat tu dgn sedikit minyak masak. Ini dapat mengelakkan adunan dari melekat-lekat.

Susun adunan yg telah di canai atas loyang pembakar.
Ambil jem nenas dan gentel bulat2 sebesar guli. Letakkan atas doh yg telah di terap tadi. Buat hingga habis.

Kemudian bakar adunan ni dalam oven yg bersuhu 170C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak.
Setelah masak keluarkan dari loyang dan letak atas redai hingga sejuk. Simpan dalam bekas kedap udara.

Untuk jem nenas akak gunakan beli yang dah siap jer kat kedai bakeri.  Dulu-dulu rajin jer masak sendiri, lagipun dulu mana ada kedai yang jual jem segera macam sekarang.  Biasa ade jual kat kedai jual barang kuih. Kalau nak buat sendiri boleh rujuk resepi dari CMG ni.. akak share kat sini ye mat

JEM NANAS
BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji nenas (atau 1 kg parutan nenas, toskan sedikit airnya)
2 biji epal hijau, buang kulit dan parut kasar
1 biji oren, buang kulit dan ambik isinya (pulp)
1 cawan penuh gula pasir

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan parutan nenas tadi bersama gula pasir ke dalam kuali, kacau rata. Hidupkan api dan biar mendidih. Pada api kecil, kacau sentiasa nenas tadi sehingga pekat. Masukkan isi oren (pulp) dan terus kacau hingga kering.
  2. Akhir sekali masukkan parutan epal hijau, gaul rata dan masak hingga berkilat dan boleh digentel bila jem sejuk. Biar sejuk dan simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian..

Jumaat, Ogos 26, 2011

Tiap-tiap tahun kena buat

masih dalam oven (senang dah beli oven besar, cepat sikit)
Dulu akak memang ambil tempahan buat tat nanas, tapi sekarang ni malaslah pulak nak menerap. Tapi dek sebabkan mak, kakak dan adik suruh buat akak merajinkan diri membuatnya.

Kalau buat kena buat 4 adunan baru cukup nak bagi semua. Entah kenapa mereka tak berapa gemarlah pulak tat gulung. Resepi ni akak ambil dari kedai bakeri yang dah tutup.

Bahan-bahan
250gm butter 60 gm gula aising 2 biji kuning telur1 sudu teh vanila3oo-330gm tepung gandum*50 gm tepung jagung*30gm tepung kastad*20gm susu tepung*2gm garam halus* ayak
    Bahan jem nenas (ambil dari chef norz-klu malas beli ajer yg segera...)
    450 gm parutan nenas – tapis
    1 camca besar jus limau nipis
    180gm gula pasir
    1 batang kayu manis

    Cara-cara
    1. Pukul mentega dan gula aising sampai sebati.
    2. Masukkan kuning telur dan garam dan pukul lagi hingga sebati.
    3. Masukkan bahan-bahan yang telah di ayak dan jadikan doh. Jika lembek masukkan sikit lagi tepung gandum.
    4. Canai setebal 4 mm. Terap dengan acuan berbentuk kelopak pecah 6.
    5. Angkat dengan hujung pisau dan letak dalam dulang pembakar.
    6. Tekan jem yang sudah dibentuk bulat di tengahnya.
    7. Bakar pada 175 C selama 15-20 minit atau hingga keemasan.



    Untuk Jem:
    Jerang semua bahan atas api sederhana hingga agak kering. Angkat dan biar sejuk.

    Jumaat, September 18, 2009

    Tart Nanas (Resepi Puan Norzailina)


    Oleh sebab terliur tenguk kat blog mat gebu tart yang dia buat..akak pun trylah buat pagi ni..baru lepas siap masuk botol...banyak jugak dapat ...akak buat 2 kali ganda..dapat dalam 150 keping...akak tak rajin dan kreatif macam ah mat gebu tu..nama asal resepi ni tart kelopak...tapi .akak buat bunga biasa aje.jadi akak panggil biskut tart ajelah.....akak ambil resepi dari rumah puan norzailina di http://norzailina.blogspot.com..terima kasih ye puan kerna sudi berkongsi resepi dengan peminat setia novel beliau.


    Bahan-bahan
    • 120 gm marjerin -akak gunakan mentega semuanya 250gm jadi kena tambah tepung sikit.
    • 120 gm mentega
    • 60 gm gula aising
    • 1 biji kuning telur
    • 1 sudu teh vanila
    • 330-350 gm tepung gandum*
    • 50 gm tepung jagung*
    • * ayak

    Bahan jem nenas


    • 450 gm parutan nenas – tapis
    • 1 camb jus limau nipis
    • 180 gm gula pasir
    • 1 batang kulit kayu manis

    Cara membuat:

    1. Pukul marjerin, mentega, gula, kuning telur dan vanila hingga sebati.
    2. Masukkan bahan ayak. Gaul rata menjadi doh.
    3. Canai setebal 4 mm. Terap dengan acuan berbentuk kelopak pecah 6.

    4. Angkat dengan hujung pisau dan tekan ke dalam mangkuk kertas yang diletak di dalam tin 'patty' berlubang saiz sama.

    5. Tekan jem yang sudah dibentuk bulat di tengahnya.

    6. Canai nipis sebahagian doh, potong bentuk jejari dan letak di atas jem.
    7. Bakar pada 175 C selama 15-20 minit atau hingga keemasan.

    8. Untuk Jem: jerang semua bahan atas api sederhana hingga agak kering. Angkat dan biar sejuk.


    Kes jem tart dah habis..akak letaklah coklat chip..malas nak cairkan coklat..pasal tak banyak..adalah dalam 10 keping..kalau tak bubuh apa-apa..nanti tak ada orang nak makan.


    Satu balang untuk akak punya...2 balang akak buat untuk kak long akak yang order..ni last order...jemu buat biskut ni..tapi apa nak buat..nak duit punya pasal..
    post signature

    Adsense

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...