OOO

Memaparkan catatan dengan label udang galah bekenu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label udang galah bekenu. Papar semua catatan

Jumaat, Februari 21, 2014

Apa Ada Di Bekenu Sarawak

Assalammualaikum semua

Dah duk kat sini, kalau tak jejalan tak lengkap rasanya kan.  Salah satu tempat yang akak pernah sampai ialah di Bekenu yang terletak lebih kurang 50 minit hingga1 jam perjalanan dari bandaraya Miri, bergantung kepada kelajuan kereta yang kita bawa.

Lebih kurang 40km, Bekenu terletak di laluan jalan pantai Miri ke Bintulu.

Kami sampai dekat pukul 10 lebih dan terus akak jengah ke pasar di pekan ini.
Dah rezeki kami dapat beli udang galah fresh..kebetulan yang besar cuma tinggal dalam 2kg..yang lain kecik sangat
Yang ni dah ada orang order..hidup lagi.
Seronok pula menikmati pemandangan 
di sungai yang berhampiran
Tamu di pekan Bekenu..macam-macam ada


asam ni memang banyak di sini...

suasana tenang di tamu 
 ramai berkerumun di tempat jualan burung puyuh..imran merengek gak nak beli..
kami malas nak layan
ingatkan tempe rupanya tapai ..
beli sampai 3 hinggit pulak tu :(
bermacam jenih kuih muih ada..termasuk kuih celurut ni..kat belakang tak tau kuih apa
Ikan keli sungai..mahai gak 1 bungkus 15 hinggit, akak beli gak sebab dah lama tak rasa ikan ni. 
Adalah dalam 12 ekor, banyak pula durian isu/isau 
kat sini kami dah tak beli pun sebab memang tengah musim..naik muaklah pulak bila makan selalu.


Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...