OOO

Rabu, Mac 31, 2010

Resepi Ayam Penyet 2

Resepi ke 2 ni akak ambil dari Majalah Saji bulan April...ikutkan resepi tak yah buat sup...tapi mana boleh..kat rumah akak ni kalau tak ada masakan berkuah..kang ada yag tercekik lah pulak..terutama si imran.

Lumuran ayam goreng akak ambil dari Ijan yang duk jauh di rantau. Nampak cam banyak dan leceh nak buatkan..taklah..senang ajer nak membuatnya..
Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam sederhana besar
  • (potong 4)
  • 600ml air
  • 2 helai daun salam
  • Minyak
  • 1 kiub ayam
Bahan rebusan
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu kecil ketumbar
  • 3 cm halia
  • 3cm lengkuas
  • 1 1/2 kecil garam
Cara menyediakan Sup
1. Bahan rebusan di tumbuk lumat dan lumurkan pada ayam.
Masukkan ayam ke dalam periuk.
2. Masukkan sekali daun salam dan tuangkan air. Renehkan sehingga ayam empuk.
3. Apabila ayam empuk, angkat dan toskan ayam.
Untuk menyediakan ayam goreng(dak Ijan punya resepi)
Toskan ayam.(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.
Cara-cara
  1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
  3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)
  4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
  5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
Bahan sambal
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 6 tangkai cili merah keiting
  • 1/2 biji tomato
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula kabung
  • 5 tangkai cili padi
  • 1 bji limau-ambil jus-seeloknya limau purut
  • 1 sudu besar belacan
Cara menyediakan sambal
1. Panaskan sedikit minyak, goreng cili, bawang dan tomato.
2. Setelah semuanya hampir garing, masukkan belacan, Toskan semua bahaan gorengan dan tumbuk lumat bersama gula dan garam.
3. Akhir sekali perahkan jus limau purut/kasturi/nipis


Untuk Nasi
  • 1 labu bawang besar-hiris halus
  • 2 biji bawang putih-hiris
  • 3 cawan beras basmati-rendam 30 minit dan toskan
  • 41/2 cawan air rebusan ayam
  • 1 batang kayu manis*
  • 2 cengkih*
  • 2 pelaga*
  • 2 bunga lawang*
  • 2 helai daun pandan
  • sedikit butter/minyak/marjerin
Cara menyediakannya
1. Panaskan minyak. Tumis rempah tumis (*) dan masukkan bawang besar dan bawang putih.
2. Masukkan daun pandan dan beras.
3. Masukkan ke dalam periuk letrik bersama air rebusan ayam dan masaklah seperti biasa.

Untuk Sup
  1. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
  2. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.
Untuk Tempe dan Tauhu Goreng.
  • 2 keping tahu – potong dadu
  • 1 paket tempe – potong nipis
  • Sedikit tepung beras.
  • Minyak masak untuk menggoreng.
Cara-cara
  1. Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
  2. Goreng hingga garing.
Cara hidangan-
Hidangkan ayam penyet,tahu, tempe, sambal dan sup bersama ulam seperti daun salad, tomato dan timun dengan nasi.

Alhamdulliah menang lagi Project Alpha

Advertorials

Advertorial NameBlogDateCashout DateAmount
Project Alpha S2 Instant Cash - Week 4Tertunailah Hasrat Di Hati31 Mar 201002 Apr 201020.00
Project Alpha S2 Instant Cash - Week 3Tertunailah Hasrat Di Hati24 Mar 201026 Mar 201020.00
Project Alpha S2 Instant Cash - Week 1Tertunailah Hasrat Di Hati10 Mar 201012 Mar 201020.00


Alhamdulliah dapat lagi RM20.00...nak tahu kenapa minggu ke 2 tak dapat duit tu..
..sebab akak tak letak logo facebook kat sidebar blog akak...memanglah kesilapan tak di sengajakan...apa nak buat tak ada rezeki.

apa-apa pun tq nuffnang

Namaste North of India

Tertarik pulak akak nak tunjuk gambar kat North India dari album  facebook senior Yana.. Imanul Hassan...nak pergi entah bila....layan ajerlah yer..
 salah satu masjid di india
gateway of india
di depan taj mahal palace (a.k.a. taj hotel). yg kena bom gak. owh n sini la adam duduk pastu kena bom pastu nur aminah igt suaminya dah meninggal. (nur kasih)
victoria terminus, antara salah satu tempat kene bom.
dalam tu kubur haji ali. yang tak bestnye adalah orang2 yang datang bertujuan utk menyembah kubur. lagipun takde musolla utk solat di 'masjid' ini.
Sikandra, Agra. this is the akbar's tomb, the 2nd emperor of the mughal empire. semua kubur2 pemerintah mughal besar2 belaka. taj mahal plg besar.
 rumah shah rukh khan di mumbai
tut tut di delhi
naik  beca nak masuk jamaa masjid.
 lotus temple
red ford waktu malam
waktu siang
 bazaar di dalam The Red Fort
sunset di shimla
 kelakarlah nama kedai ni
dan yang ini
agaknya kat sini artis bollywood golek-golek ..guling-guling atas salji
 
merasa jugak dia orang main salji di North of India

Selasa, Mac 30, 2010

Tauhu Poket

Dah lama rasanya tak buat tauhu poket...teringin nak makan...kali ni akak makan guna lebihan sos cili berkacang lebihan dari sos cucur udang..resepi ni ada di my resepi dan sumbangan  che'iza.....terima kasih yer
Bahan-Bahan
  • 5 keping tauhu
  • 50gm isi udang di cincang halus
  • 1/2 biji bawang besar di cincang halus
  • 1 inci lobak merah di racik halus
  • 2 sudu besar telur (1/2 biji telur)
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil pati ikan bilis (yang sedap maggi punya)
  • sedikit garam
  • 1/2 sudu kecil lada hitam (ni akak tambah sendiri)
  • 1 sudu makan daun sup dan daun bawang (pun tambah sendiri)
  • 1/2 sudu teh lada sulah (tambah jugak)
Cara-cara
1.  Tauhu di potong dua..akak potong bentuk tiga segi...
2.  Korek isi tauhu macam nak buat tauhu sumbat..jangan di buang isinya..
3.  Hancurkan lebihan tauhu ni dan campur bersama semua bahan lain diatas.
4.  Masukkan campuran tadi ke dalam tauhu.
5.  Setelah itu bolehlah di goreng...sedap di makan panas-panas.. 
6.  Hidangkan dengan sos cili...

Love You Nuffnang

Dear Nuffnanger,

You're cordially invited to the Project Alpha Season 2 Bloggers'
Launch happening on;

Date : 7 April 2010
Time : 7.30pm
Venue : Cathay Cineplex, e@Curve, Mutiara Damansara

TWO (2) invites have been reserved under your name
and email address.Kindly confirm your attendance to
the Bloggers' Launch by sending a
confirmation email to projectalpha@nuffnang.com
before 12pm, 2 April 2010 (Friday).
Failure to confirm your attendance will result in your invites
being revoked and passed to other bloggers.

A ticket collection counter will be setup
by 7.30pm at the lobby of the cinema.
Kindly collect the invites by 8.30pm
as latecomers will not be entertained.

We look forward to receiving your confirmation email.

Cheers,
Blogger Relations Department
Nuffnang Sdn Bhd
Chewah...berbunga-bunga hati dapat pergi ke sini minggu depan..
walaupun terlambat hantar N3..alhamdullliah terpilihlah pulak.

Nanti di sana kalauada sape-sape yang kenal akak...
kita bertegur sapa yer...jangan segan jangan malu...
dan janganlah pulak kata muka akak garanglah...
tak nak senyumlah...cam gto kata akakdulu....
lagi pun kalau senyum/tersengih 24 jam ..nanti orang 
panggil minah  perasanlah pulak akak ni....

Buat ..Mr Bean kita jumpa di sana yer...tapi kalau 
Mr Bean tak nak tegur akak ...apa nak buat...
dia kan dah fofolur sekarang ni...tak layak nak berkawan
dengan akak dah...

Pakar pantun, pakar pelaburan, budak bujang
dan Mak Dara (sebab belum ada anak)
matjoe, eyriqazz,   Lilyputih dan aus ,mamat kaki jalan
daydeck kau orang dapat tak?

Isnin, Mac 29, 2010

Yesszaaaa Buffered Earnings Bertambah lagi

 Alhamdulliah ....akak  tak pernah lagi dapat buffered banyak cam ni..selalu dia bagi 2-3 ajer..semuga rezeki tahun ni lebihlah dari tahun lepas...tapi sekarang ni rasanya baru bulan April akak dapat nak dekat sama macam akak dapat tahun lepas...

Terima kasih buat semua pengunjung blog akak dan tq nuffnang...

Hairanlah...kenapalah pengiklan minat sesangat dengan blog khazanah barang lama ?  Peliklah...nampaknya kenalah akak cari lagi barang lama ni..ada saper nak jual tak??? Jual murah dahlah...sekarang ni nak beli kat on9 mahal sesangat.....tak apalah..janji pengiklan tau akan kewujudan blog akak ni..

Tapi tak leh show berapa ek? Kang ada yang minta belanja...


 



Buffered Earnings

Campaign NameBlogCTR
Bonus
Current EarningCTR
CIMB Prime Plan American Idol (Targeted) - LRTertunailah Hasrat Di Hati


7 Eleven Slurpee Video Contest SSKhazanah Warisan Orang Lama


Era.FM LRTertunailah Hasrat Di Hati+RM 0.39

Gatsby Deodorant Street Fair SSKhazanah Warisan Orang Lama


Mickey Mouse Club House SSKhazanah Warisan Orang Lama


HP PSG Online MegaSale SSKhazanah Warisan Orang Lama


Cucur Udang aka Kueh Udang

Bangun pepagi ke Pasir Gudang
Hati di hati nak jumpa Puan Azita
bila nak di goreng cucur udang
cari senduk dia tak jumpalah pula
Tulah pasal..ingat senduk tu ada dalam simpanan..tak cari dulu..terus akak bancuh adunan ikut resepi Chef Ah Mat Gebu...dahlah lama tak membuatnya.  Selalu akak buat stail biasa ajer..taklah masukkan air rebusan kulit udang..tenguk resepi dia ni ada campuran camtu...sajer  ajar nak tukar selera.
Oleh sebab cari senduk besi tak jumpa..terpaksalah buat  cekodok aka jemput-jemput udang ajer..entah kemanalah senduk tu pergi...kat umah ni pakai senduk plastik ajer..mana boleh guna senduk plastik..kang cairlah pulak.   Nanti kena beli baru sebab kalau nak buat cucur udang kena pakai senduk yang tu jugak..tak leh campur-campur..kalau idak dia melekat.
BAHAN UNTUK CUCUR :-)
  • 250 g tepung gandum*
  • 3/4 camca besar baking powder*
  • 3/4 camca teh soda bikarbonate*(*gaul rata dan ayak)
  • 300 ml air rebusan kepala+kulit udang
  • 10 - 15 ekor udang
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca teh serbuk kunyit
  • 30 g kuchai, dihiris
  • 50 g taugeh, ramas sedikit
BAHAN SOS :-)
  • 8 biji cili merah
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 1 cawan gula
  • 1/4 cawan air
  • 1/4 cawan cuka makan
  • 4 camca besar sos ikan
  • Sedikit kacang tumbuk 

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan semua bahan2 cucur kecuali udang, kacau sebati dan rehatkan 5 minit. Panaskan minyak, rendam sudip leper dalam minyak panas sekejap (dalam 1 minit), keluarkan sudip dan sudukan bancuhan tadi 1 1/2 camca besar dan baringkan sekor udang atasnya, tekan sedikit.
  2. Masukkan dalam minyak panas tadi, gunakan api sederhana. Bila cucur kelihatan kembang dan tembam, perlahan2 tanggalkan dari sudip, goreng hingga kuning keemasan pada kedua2 bahagian cucur. Angkat dan toskan.
  3. Letak atas beberapa helai paper towel, buat hingga siap. Hidangkan bersama sos...
 UNTUK SOS (RESIPI ASAL DARI "CHEF WAN") :- Kisar cili dan bawang putih hingga hancur, masukkan bahan2 lain kecuali bijan. Masak atas api perlahan sambil dikacau hingga sos memekat. Matikan api dan taburkan bijan sebelum dihidangkan bersama cucur udang tadi...

Sape tak buat sos ni rugi tau...rugi tak dapat makan...sedap lah.

I Wanna Be a Project Alpha TV Star!

 
 I Wanna Be a Project Alpha TV Star! Waduh..sape ek yang tak nak jadi Bintang TV di Project Alpha?

Sape yang tak tahu Project Alpha sila angkat tangan...aduhai..dah masuk musim ke 2 dah Project Alpha ni tau..rugi kalau tak tahu ek..

Tapi tak  apalah..akak terangkan  serba sikit yer...Project Alpha merupakan rancangan realiti online pertama siri TV yang memaparkan kehidupan bloggers terkenal dan melihat secara langsung apakah aktiviti seharian mereka.

Project Alpha juga memberikan pengiktirafan dan memberi pengaruh betapa pentingnya berblogging dalam kehidupan kita seharian..jika ingin mengetahui lebih lanjut silalah  

Bagaimana cara untuk menjadi se orang bintang di Project Alpha!

Bagaimana pula cara yang boleh anda di tampilkan sebagai seorang blogger di Project Alpha Session 3?   
 Mudah ajer!

Untuk mendapatkan  peluang keemasan ini , anda mestilah kena buat  audition dulu tau!

Senang ajer syaratnya..

Anda hendaklah menghantar video anda (dalam masa 60 saat ataupun kurang) secara kreatif mengikut cara anda sendiri dan sebutkan juga mengapa anda harus terpilih untuk berada di dalam golongan  bloggers yang telah terpilih di Project Alpha.

Selepas selesai... sila ikuti langkah seterusnya  untuk menghantar  penyertaan audition tu...

Langkah 1: Join ruumz atau Login masuk ke akaun anda.

Langkah 2:  Bergabung dengan kumpulan ruumz Alpha Projek! (Anda sedang melihat itu!)* Pilihan untuk bergabung adalah terletak di sisi kiri atas skrin anda.

Langkah 3Upload gambar video   di dalam album "Audition" di bawah ini.

Langkah 4:  Masukkan  juga tajuk  dan keterangan serba sedikit mengenai audition tersebut. s* Tips: anda juga boleh menandakan diri anda untuk video anda sehingga akan muncul pada halaman profil ruumz

Langkah 5:   
Untuk meningkatkan lagi penyertaan anda terpilih , suruh teman-teman dan keluarga untuk menyukai video anda.

Sila lihat T and C .

Tiga orang pemenang akan berpeluang tampil sebagai tetamu blogger di musim Project Alpha berikutnya dan akan memenangi hadiah  seperti berikut:-
 
Hadiah Pertama
- 3 hari 2 malam menginap di 360 Kuching Hotel, Kuching di Deluxe Room dengan sarapan pagi untuk 2 pax- Hamper hadiah  Adidas ACTION 3  bernilai RM100.00(termasuk South Africa 2010 mini ball)
-P1 W1GGY Prepaid
bernilai RM199.00

Hadiah ke 2 dan ke 3
-Hamper hadiah  Adidas ACTION 3  bernilai RM100.00(termasuk South Africa 2010 mini ball)
-P1 W1GGY Prepaid bernilai RM199.00

 Tak tahu macam mana nak buat?  Tenguklah contoh video 

di sini.


Jangan ragu-ragu lagi..Inilah peluang bagi anda untuk terpilih menjadi seorang blogger yang berjaya dan di kenali ramai..Submit audition  anda sekarang!

Ada lebih banyak hadiah yangboleh dimenangi! 


Pada  19 April 2010, sebuah pertandingan dengan hadiah  yang lebih menarik dari Adidas, P1 dan ruumz akan di adakan . Sila layari  http://projectalpha.ruumz.com

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions or 
/http://projectalphagroup.ruumz.com/Groups/

Oppp basah di Sunway Lagoon


Cuti sekolah lalu...sibuk budak 2 orang ni nak gi mandi kat sunway lagoon...sebelum tu akak dah suruh mereka simpan duit sekolah masing-masing...walau pun tak sebanyak mana..jadilah..akak tampunglah serba sedikit.

Tau ajerlah nak masuk sini bukan murah....Ira dah kira orang dewasa cam akak...campur Imran dekat seratus lebih jugak...

Tu sebab akak ajak gi pepagi..biar puas mandi dan memain kat sana...balik pun masa dah nak tutup..sekarang ni memang ketat kawalan...check apa makanan dan minuman yang di bawak..habis di selongkar beg tangan sekali..

Makanan akak memang tak bawak..cuma bawa air mineral ajer..tu pun dia orang suruh minum sampai habis baru dia bagi masuk...sebab ada tempat nak isi air.
Berendamlah mereka puas-puas...biar sampai kecut semuanya...
sibuk sangat nak sewa pelampung...pakainya sekejap...geram betul..
mana boleh akak tak membasahkan diri...rugi tau..dah bayar mahal..lepas berendam rasa lapar..kenalah cari tempat makan..aduhai harga mahal giler...lelama makan burger ajer..nak naik benda tu akak takut..nanti turun masuk hospitallah pulak sebab sakit jantung...seriau tenguk orang lain naik...

bila penat akak lepak kat surau kejap....nasib baik bawak novel..taklah boring sangat..tenguk ajer aktiviti kat sini....kalau nak gi ke sini...memanglah kena melabur banyak..dah kata dengan anak akak...kumpul duit sekolah lagi kalau nak gi...

Ahad, Mac 28, 2010

Ayam Beriani

Resepi kali ni akak ambil dari rumah Zai...resepi asal dari  Mrsdayat@MyR...makan dengan nasi minyak boleh..nasi hujan panas pun boleh...akak tak letak aji no moto...


Bahan-bahan ( 4 org )

  • setengah kg daging lembu (potong kiub)-akak tukar guna ayam
  • 1  biji bawang besar (hiris)
  • (akak kisar 6  biji bawang kecil, 3 biji bawang putih dan 1 1/2 inci halia)
  • 1 biji tomato saiz besar (belah 4)
  • 3-4 biji cili hijau 
  • 2tbsp tomato puree
  • 1tbsp sos tomato
  • 1/4 cwn susu cair
  • sedikit ghee
  • sedikit rempah tumis-bunga lawang, cengkih, pelaga dan kayu manis
  • 3 tbsp rempah baryani
  • garam,gula,ajinomoto secukup rasa
  • sedikit daun sup,daun bawang,daun pudina
  • 1 tbsp yogurt 
  • *akak tambah ubi kentang,  3 biji cili merah,badam goreng dan kacang gajus goreng

Cara-cara

  1. Gaul daging dgn yogurt.sementara tu....panaskan minyak sapi (anggaran rata bwh periuk)
  2. Tumiskan rempah tumis dan bawang yg dihiris....biar bwg agak garing sedikit
  3. Masukkan baki bawang diblend.kacau sampai naik bau.
  4. Masukkan ayam..gaulkan.
  5. Masukkan tomato, ubi kentang yang di belah 4 dan cili hijau/merah dan cili tu takyah hiris.masuk sebijik2..
  6. Masukkan pula daun-daun,garam,ajinomoto dan gula.kacaukan sebati
  7. Tutup periuk,biarkan lebih kurang 10-15minit supaya ayam masak. (pastikan kuah tu sama rata ngan daging.kalau tak rata...bule tambah air)
  8. ambil seketul daging,picitkan..utk tgk dah lembut atau belum.-guna ayam tak yahlah picit
  9. bila daging dah agak2 empuk,masukkan sos tomato,tomato puree dan susu cair. kecilkan api,kacaukan dan biar lagi atas dapur..
  10. last skali..masukkan rempah baryani dan kacaukan sebati..Taburkan bawang goreng dan kacang gajus.
  11. buleh la di hidang bersama nasi baryani...

Sabtu, Mac 27, 2010

Bapa yang tak berhati perut

Kesiannya akak dengar cerita dari se orang ibu tunggal di Astro Oasis dalam segmen Mahkamah Syariah tadi..
tq cik google
Beliau di tinggalkan dah lama..semenjak anak-anak dia kecil lagi...bukan seorang anak dia tau..tapi 10 orang...boleh tak  bayangkan bagaimana  susah dan payah serta penderitaan Puan N (akak bagi nama ajer) ni..selepas suami dia kawin lain...


Puan N tak mau bermadu...dia minta cerai......jadi bercerailah mereka berdua...semua anak-anak dia bela....bila tuntut nafkah kat mahkamah dia minta RM200 seorang anak..tapi kan tuan hakim (tentulah lelaki) boleh kata suami dia tak mampu (kalau tak mampu buat apa nak kawin lagi..geram tul)pastu suami  minta kurang ke RM1,000 ajer..maknanya RM100 untuk se orang anak...alahai..mana cukup dengan duit sebanyak tu..

Bila dah ex hb dia dah bersetuju makak mahkamah pun tentukan kena bayar setiap bulan..tapi nan adoooo...kalau tak mintak tak kasi.......bila minta kena maki hamun..macam peminta sedekahlah pulak...


Kesiannya......akak kesiankan anak-anak beliau tu..tentu perit dia nak hidup dengan duit sebanyak tu...mana nak bayar bil.mana nak bayar pengasuh..pastu nak beli susu anak yang masih kecil...tentu Puan N merasa susah  dan kena ikat perut.....al maklumlah bukan senang nak membesarkan 10 orang anak..akak tak pasti pula samada Puan N ni bekerja ataupun idak.. akak rasa dia kerja lah..walaupun bekerja mesti dia rasa susah jugak kan.
tq encik google
Setelah bersusah payah membesarkan anak-anak selama bertahun-tahun...dan selepas 5 orang anak Puan Ndah masuk pusat pengajian tinggi dan 5 orang  lagi masih besekolah..tiba-tiba si suami nak minta penjagaan anak lah pulak..sengal betullah..

Masa budak-budak tu kecik dia tak nak ambil tau..lepas anak dah nak habis belajar barulah dia sibuk..mesti dia nak rasa duit hasil kerja anak-anak dialah tu..tak malu sungguh....geram tul akak dengar...kalau akak geram tentu Puan N lagi geram kan...pastu pertikaikan pulak rumah tempat Puan N membesarkan anak-anak tu.(akak tak tahulah rumah tu sape yang punya).nak bawak ke mahkamah...terpaksalah Puan N merayu supaya kehidupan dia anak beranak janganlah di ganggu...jagalah ajer anak-anak beliau dengan isteri baru.


Ya allah..bapa macam ni pun ada...tu lah pasal..sekarang masih muda tak ingat anak-anak.....tunjuk diri masih kuat lagi...masih hebat dan masih punya tarikan sampai sanggup nak kawin lagi walaupun anak dah berderet-deret....
 tq cik google
 Nantilah bila dah tua dan dah sakit baru sibuk mengaku anak kat anak isteri pertama..sebab anak-anak dah berjaya..barulah sibuk kata..akulah bapa engkau...ishhhhh dia ingat senang-senang kot anak dia nak terima dia..tentu anak-anak benci tenguk muka bapa macam ni

Akak tak hairanlah bila keluar dari paper kata anak buang bapa..kalau bapa camni tentulah anak-anak benci tenguk  gelagat bapa mereka yang telah  mendera ibu mereka dan tentu mereka telah melihat macamana susahnya ibu mereka semasa muda..


Hai lelaki  yang meninggalkan anak-anak tanpa nafkah..ingatlah pembalasan di masa depan...sekarang  ni Allah  swt bayar cash tau...jangan hidup nak menongkat langit..fikir-fikirkanlah.

“My Date Night”

 kredit buat cik google
Wah...wah..wah..romantik sungguh tajuk yang di beri oleh Nuffnang.."My Date Night"..atau bahasa melayu....malam pertemuan/dating....ehmmm seronok betul bila mengenangkan kisah percintaan lalu ni..

Akak memang tak pernah tau keluar malam/dating dengan suami akak...sebab kami berpisah jauh masa tu...akak kat sini...dia pulak bekerja di Jay Bee ...taklah jauh sangat..tapi masa tu kan no plus highway..ikut jalan biasa..faham-faham ajerlah ...berapa lama nak sampai..tak mcm skrg...berdezuppp 4 jam dah sampai..

Akak dah cerita dalam N3 lepas yang akak bertunang 6 bulan ajer dengan hb akak..sepanjang pertunangan tu akak cuma keluar 2 kali ajer rasanya...

1.   Pergi tenguk wayang cerita Panglima Badul di Panggung Wayang Coliseum di Jalan Tunku Abdul Rahman..bukan pergi se orang tau...tapi pergi dengan kakak akak...abah dan mak takkan bagi akak pergi seorang ..mesti ada body guard....tak canlah nak romantik-romantik..

Lepas tu ..kami pergi makan kat KFC di sebelahnya dan pot pet..pot pet...kemudian akak dan my sis terus balik ke rumah..hb akak balik ke rumah member lama dia di Kelana Jaya...besoknya baru dia balik semula ke Jay Bee..

2.  Lagi se bulan nak kawin..kami jumpa di depan office akak di Jalan Gereja...makan kat warung di situ..bagi kad dan terus akak masuk office balik..hb akak lepak umah kawan dia..sibuk nak jemput member dia yang kerja kat Kay Ell supaya datang ke rumah akak masa kenduri kawin nanti.


Lepas tu...dah kawin masih berpisah sehinggalah dapat Russhdi...berhenti kerja dan tinggal di sana..nak baca lagi..silalah selak N3 yang lepas-lepas yer.

Memanglah akak tak bercinta macam budak remaja sekarang...ashik sms.....ashik habiskan duit beli top up...pas selalu dating...rimas akak tenguk....apa nak buat ....zaman berubah...
ni semua sebab nak ikut stail baratlah ni..baik-baik yer anak-anak dan adik-adik perempuan (termasuk anak-anak akak)..sekarang ni banyak lelaki penipu..jaga diri masing-masing dan jangan malukan ibubapa yer..

N3 ni untuk  Nuffnang Special Screening – Date Night..sape yang nak gi tenguk wayang ni..buatlah N3 ikut tema di atas...kalau ada rezeki dapatlah 2 tiket wayang free..

Kesini lagi

Pagi Khamis Ira call akak .
  • Mak ...Ira nak gi ke Pesta Buku tau..ikut rombongan sekolah...mak bagi tak?
  • Gi ajerlah...
Akak memang nak pergi lagi ke PWTC hari Khamis  sebab nak jumpa lagi 2 orang novelis yang belum pernah akak jumpa..tapi pergi lambat sikitlah sebab nak masak memasak  dulu.

Bila sampai kat situ mak datukkk....ramainya rombongan budak sekolah...dari Jempol pun ada..budak sekolah pun ada..sesak di buatnya dek mereka ni..
Akak terus gi ke booth PTS sebab dah tenguk dalam schedule pukul 11-12 ada novelis Lily Haslina kat pentas aktiviti pts..oleh sebab akak dah pernah pergi hari jumaat lepas..taklah sesat ...terus ajerlah ke situ..jauh jugak nak menapak...kena gi ke seberang sungai..
Akhirnya dapat juga bertentang mata dengan Lily Haslina..puas hati akak...tapi tak leh sembanglah sebab dia tengah di interview kat atas pentas kecil..akak di suruh naik sebab nak suruh dia sign buku hasil karya beliau...lepas tu akak pulak di interview dan di ambil gambar...aiseyyy perasanlah kejap..
Lepas tu akak lepak kejap kat tempat duduk yang di sediakan...takkan nak balik...ambil nafas sambil tunggu firdaus sampai...dia gi cari parking..parking penuh kat PWTC..kena parking kat Hentian Putra..tu pun kat tingkat paling atas......
Masa ada soalan nak bagi hadiah button tu akak pulak di suruh jawab mengenai watak dalam novel hasil Hana Qistina ni....akak memang tak pernah baca novel hasil nukilan Hana Qistina...manalah akak tau..mula-mula ingatkan beliau ni perempuan ...rupernya lelaki....
 Yang kelakar tu..mc tu suruh akak jawab jugak..terpinga-pinga akak dibuatnya..lelama mc tu jawab  sendiri dan suruh akak naik lagi ke pentas ambil hadiah button tu..kiranya akak ni pemenang bertuahlah..
 dapatlah bergambar dengan Hana Qistina..
Lepas akak beli buku hasil karya terbaru Hana Qistina ni..Gadis Lolypop....sebab gunakan kad matrik Firdaus dapatlah potongan 30%....akak nak hadiahkan buat Ira...Nama betul beliau Ashadi Zain.
 Dah nak habis chit chat dengan 2 orang novelis tu akak pergi pulak ke booth NB Kara..sebab nak jumpa pula dengan Norhayati Berahim...peramah sungguhlah dia ni...seronok..oleh sebab akak selalu gi ke blog beliau dan selalu tinggal jejak ...
Bila akak sebut Haslina..dia tak kenal..tapi bila akak kata tulis ajer Kak Ina Kl..barulah dia ingat akak..siap peluk-peluk lagi.....punyalah best sebab dapat chit chat sekejap dengan beliau..tapi tak leh lama..sebab ramai yang nak minta sign buku...akak beli juga buku terbaru beliau..
Firdaus peminat Ujang..kenalah gi ke booth Ujang...
 Pastu ke Krangkraf...tak beli novel pun sebab tak jumpa dengan Aishah Sofea..kalau dia ada akak belilah jugak...cuma ambil gambar novelis Salina Ibrahim...akak tak pernah baca hasil karya beliau.
Masa nak ke booth Gempaz Starz kat ruang legar kat belah bawah...akak tergelincir...macam nangka busuk...sebab lantai basah pastu ada plastik pulak tu...nasib baiklah ada Firdaus tolong angkat...sakit jugak lutut sebab terhentak...aduhai sabar ajerlah...

Lepas tu ke botth Gempak Starz...Firdaus nak beli komik..sambil akak cari Ira...payah sungguhlah nak cari dia...sebab budak sekolah ramai sangat...masa akak lepak ...ada orang tegur..
  • Achik ni mak Athirah kan...
  • Aaaa...mana Atirah
  • Dia jejalan dengan member dia
  • Pukul berapa kena berkumpul? Kumpul kat mana?
  • Pukul 2.00 petang kat depan...
  • Nanti kalau jumpa Ira bagitau yer..mak dia tunggu kat sini..
Lama jugak akak tunggu...Ira tak muncul-muncul..akak ke pentas kat tingkat bawah...barulah ternampak kelibat dia...bila jumpa dia terus mengalirkan air mata..rupernya duit dia RM50.00 hilang kat situ...tak boleh beli buku...kenalah akak ganti...lepas tu kelam kabut dia pergi cari buku yang dia nak beli sebab masa tu dah pukul 1.15 petang. ...tak sempat pun nak ambil gambar dia dengan member-member dia..

 suker tenguk gelagat mamat ni...kelakar sungguh..
 Nasib baiklah akak jumpa dia kalau idak..kesian..tentu tak tertunailah hasrat di hati dia nak beli buku kesukaan dia..Lepas tu baliklah...beli novel tapi tak terbaca lagi..sebab nak habiskan dulu novel yang akak pinjam kat library.

Jumaat, Mac 26, 2010

Bihun Calong

Sakitnya hati ini...namun aku rindu....pedihnya hati ini ...namun aku rindu...
Kenapa sakit hati..pasal line buat hal lagi...lepas balik dari Pesta Buku..line kojol..call tm..boleh dia kata mungkin rosak seminggu lagi...geram..geramm
Alhamdulliah petang ni dah okey...

Dah pernah buat dah ...dah lama..masa tu tak ada blog lagi.   Dulu guna resepi member myresepi..kali ni guna resepi Puan Hanieliza..oleh kerana malas nak keluarkan ikan...akak gunakan ayam ajer...
Bahan-bahan
  • 1 rangka ayam [potong kecil]-akak gunakan tulang ayam ajer
  • 500 gm mee kuning atau bihun [celurkan]
  • 1 pokok daun sup [hiriskan]
  • 1 batang carrot [potong kecil]
  • 3 pokok sawi minyak/baby sawi/kailan [potong pendek]-tukar ke kobis
  • 3 biji cili merah [hiriskan]
  • bawang goreng
  • garam
  • air secukupnya
  • 2 s/b minyak
  • 1 kiub ayam [maggi atau knor]
  • akak tambah..batang saderi.. dan bawang goreng
Bahan tumbuk/mesin
  • 2 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 s/b lada hitam
Bahan Sos Kicap Pedas
  • 15 biji cili api 
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 s/b kicap cair
Bahan Calong
  • 1/2 cawan isi ikan tenggiri atau selayang-akak guna ayam ajer
  • 1 s/k lada hitam tumbuk
  • sedikit tepung jagung
  • sedikit garam
Cara-cara
1. Isi ikan/ayam  digaulkan dengan lada hitam, tepung jagung dan garam. Bulat-bulat bentuk kecil.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk/mesin sehingga wangi.
3. Masukkan air dan biarkan mendidih.
4. Masukkan garam, batang saderi, tulang ayam dan renehkan sehingga mendidih.
5. Apabila mendidih asingkan tulang-tulang ayam tadi dan masukkan calong.
6. Masukkan kiub ayam dan carrot dan biarkan mendidih perlahan-lahan.
7. Masukkan kobis.
8. Bila mendidih tuangkan bahan sup keatas mee atau bihun.
9. Taburkan daun sup dan cili yg telah dihiriskan dan bawang goreng.
10. Hidangkan panas-panas bersama sos kicap pedas.

Khamis, Mac 25, 2010

Pizza Gebu


 Nama pizza ni pizza gebu..
Ambil dari blog si Ah Mat Gebu
Bila masak memang sungguh gebu
Nak makan sangat sampai tak leh tunggu.

Pizza ni boleh dapat 2 keping pizza...oleh sebab buat masa cuti dan anak-anak ada rumah kenalah di adjust nak dapatkan 3 keping pizza...Topping tu suka hatilah nak letak apa-apa pun..janji ada..jangan tak ada sudahlah..cheese pun kalau tak mozarellah campakkan ajer slide cheese...ikut suka kita sebenarnya...kita yang nak makan kan...letak ajer ikut sedap tekak anak-anak ataupun diri sendiri. Jomlah kita makan pizza...layannnnnn
BAHAN DOH :-)
  • 500 g tepung roti
  • 250 ml air suam
  • 10 g yis segera
  • 1 camca besar gula halus
  • 1 camca teh garam halus
  • 4 camca besar mentega
  • 1 camca teh bread softerner
  • 1 camca teh bread improver
  • akak tambah oregano--sebab suka bau dia bila di bakar 

BAHAN ISIAN :-)
  • 1 1/2 cawan sos tomato
  • 6 batang sosej ayamas, hiris bulat
  • 10 kuntum cendawan butang, dihiris
  • 1/2 biji red capsicum-tak letak
  • 1/2 biji yellow capsicum-tak letak
  • 1/2 biji green capsicum-tak letak
  • 10 biji buah zaitun, belah 2 setiap biji-tak letak..ganti cendawan dlm tin-hiris tipis
  • Keju Mozarella secukupnya
  • 1 camca teh lada hitam yang baru dikisar
  • * akak letak crab sticks..
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Bancuh yis dengan gula dan 1/2 bahagian air suam, kacau rata dan tunggu berbuih. Sementara itu, gaul garam,  oregano, bread improver/softerner dengan tepung hingga rata, lambakkan atas meja bersih dan buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan baki air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh. Uli hingga lembut. Masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan kenyal (kena uli lama sikit). Bulat2kan doh dan alih ke dalam bekas, tutup dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 1 jam hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk doh ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan on, tunggu hingga siap.
    ada orang komen kata dia buat pizza tak jadi ikut resepi kat blog akak..mungkin dia salah step kot..akak buat ok ajer..tapi tak apa..cuba lagi yer..
    1. UNTUK PIZZA :- Panaskan oven pada suhu 200C, lenser dulang pizza dengan sedikit mentega, bagi 2 doh, ambil satu bahagian, bulat2kan dan canai, alih doh ke dalam dulang tadi dan tekan supaya rata dan bulat. Masukkan ke dalam oven dan bakar kosong selama 5 minit. Keluarkan dan sapu dengan sos tomato dan tabur bahan2 inti ikut suka dan akhir sekali tabur parutan keju mozarella dan lada hitam. Bakar kembali selama 20 - 25 minit hingga keju cair dan roti pizza kelihatan kekuningan. Boleh dihidangkan.....

      Adsense

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...