OOO

Selasa, Mac 08, 2011

Resepi Kari Daging Biri-Biri

Kat Malaysia panggil kari tapi kat Indonesia mereka panggil gulai. Kerana dah rasa daging biri-biri sedap akak pun beli lagi daging ni kat Pasar Gombak. Kat rumah Yana akak masak kari pekat tapi kali ni buat berkuah.

Akak masak guna pressure cooker beli kat India. First time guna, terkejut bila dengar bunyi berdesir..jakunlah katakan..seumur hidup baru merasa beli dan pakai. Orang kata kalau masak pressure cooker daging/ayam cepat empuk.

Akak tak guna santan tapi guna susu cair yang telah di campur dengan jus limau kasturi.

Bahan-bahan
1kg daging kambing biri-biri (potong kecil, basuh dan toskan)
8 biji bawang merah*
6 biji bawang putih*
2 inci halia*
4 sudu besar kari daging babas

1. Tumbuk atau pun kisar semua bahan bertanda * dan perap bersama daging selama 1 jam.

Bahan Tumis
2 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
3 bunga cengkih
3 biji bunga lawang
1 biji bawang besar-di hiris
2 biji bawang kecil-dihiris
2 biji bawang putih-dihiris
2-3 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk kari babas
Minyak jagung/minyak sayur/minyak sapi/mentega/minyak kelapa sawit secukupnya
Air dalam 2 cawan

Bahan-Bahan
1 cawan susu cair*
6-8 biji limau kasturi-ambil jus*(campurkan bersama)
2 biji ubi kentang-potong 4
garam secukupnya

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumis rempah tumis dan masukkan bawang yang telah di hiris bersama daun kari. Biarkan sampai layu.
2. Masukkan pulak daging biri-biri yang telah di perap dan kacau sebentar.
3. Masukkan 2 sudu besar rempah kari daging dan ratakan dan kacau selalu.
4. Setelah itu masukkan 2 cawan air dan ubi kentang.
5. Biarkan daging empuk dengan menggunakan api perlahan (akak masukkan dalam pressure cooker)
6. Setelah daging empuk baru masukkan susu masam dan garam. Tambah air lagi jika perlu.
7. Gaul rata dan rasa dulu sebelum di padam api.
Makan dengan nasi hujan panas dan papadum. Resepi nasi kat SINI

20 ulasan:

  1. sedapnya kari daging biri2....

    BalasPadam
  2. hahaha...teringt kenangan sy mula2 beli pressure cooker ni..same ler kita kak...smpai 2@3 kali tutup api sebab takut bunyi berdesir tu..

    BalasPadam
  3. kalau gini, memang berselera sungguh tuh. daging biri2 tak pernah cuba lagi, tapi kalau kambing memang peberet ler.....

    BalasPadam
  4. sedapnyaaaa tengok nasi hujan panas...

    BalasPadam
  5. cantiknya nasik hujan panas tu..heh

    BalasPadam
  6. sedapnya kak ina..bawa umah sikit boleh.. nyum2..hehehe

    BalasPadam
  7. humang aihhh... menyelerakan laaa.. kena lak dengan nasi hujan panas tu.. phewwww..
    lapar lagi?? jom terjah Makan Minum Pembuka Selera | Blog Makan Minum Anda...

    BalasPadam
  8. sedap kari tu makan pulak ngn nasi hujan panas..lagi berselera.

    BalasPadam
  9. berapa harga 1 pressure cooker, bagus ker?

    BalasPadam
  10. Kak Ina,
    Daging biri-biri ialah lamb ke?Kalau lamb,bahagian mana yang paling baik untuk hidangan ini?Saya berminat nak masak lauk ni sebab kalau betul lamb,sini senang nak beli dan murah juga.Yang payah,saya tak berapa pandai nak beli bahagian sebelah mana.Thank you for the recipe.

    BalasPadam
  11. singgah jap lepas makan...
    kak ina, lum lagi sampai hadiah penaja.. busy kut dia.. :)

    BalasPadam
  12. Kak Ina,
    Thank you sebab cepatnya jawab pertanyaan saya tu.Besok saya pergi ronda kat kedai daging and cari.Kat sini lamb(anak sheep)banyak tapi rasanya tak jumpa lagi daging kambing/mutton kat sini..yang tu kira daging exotic kot kat NZ ni?

    BalasPadam
  13. makan panas2 memang sedap nih kakk

    BalasPadam
  14. nampak sgt sedap :) boleh try ni--bukan try msk, try makan hehehhe

    BalasPadam
  15. emm..sedap,naik lah darah tinggi kalau makan byk2 lauk ni....

    BalasPadam
  16. sodappnyerr makk.. ehehe, salamm

    BalasPadam
  17. Tak pernah rasa lagi daging kambing biri2.. Nampak cam sedap.. Bila depan mata, kadang2 tak lalu plak..
    Huhuhu :)

    Entry Terbaru 1 : Krisdayanti Follow Twitter Aku???
    Entry Terbaru 2 : Kentut Punya Pasal Orang Tersayang Dilupakan

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers