Assalammualaikum semua
Ramai yang tak minat daging kambing kan, sebab ada pelbagai alasan yang di berikan. Nasib baik kami sekeluarga suka makan daging kambing.
Bahan-bahan
1kg daging kambing biri-biri (potong kecil, basuh dan toskan)
8 biji bawang merah*
6 biji bawang putih*
2 inci halia*
4 sudu besar kari daging babas
1. Tumbuk atau pun kisar semua bahan bertanda * dan perap bersama daging selama 1 jam.
Bahan Tumis
2 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
3 bunga cengkih
3 biji bunga lawang
1 biji bawang besar-di hiris
2 biji bawang kecil-dihiris
2 biji bawang putih-dihiris
2-3 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk kari babas
Minyak jagung/minyak sayur/minyak sapi/mentega/minyak kelapa sawit secukupnya
Air dalam 2 cawan
Bahan-Bahan
1 cawan susu cair*
6-8 biji limau kasturi-ambil jus*(campurkan bersama)
2 biji ubi kentang-potong 4
garam secukupnya
Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumis rempah tumis dan masukkan bawang yang telah di hiris bersama daun kari. Biarkan sampai layu.
2. Masukkan pulak daging biri-biri yang telah di perap dan kacau sebentar.
3. Masukkan 2 sudu besar rempah kari daging dan ratakan dan kacau selalu.
4. Setelah itu masukkan 2 cawan air dan ubi kentang.
5. Biarkan daging empuk dengan menggunakan api perlahan (akak masukkan dalam pressure cooker)
6. Setelah daging empuk baru masukkan susu masam dan garam. Tambah air lagi jika perlu.
7. Gaul rata dan rasa dulu sebelum di padam api.




