OOO

Isnin, Ogos 15, 2011

Resepi Ayam Panggang Yogurt Berempah

Maaf yer pembaca blog akak..dalam minggu ni akak tak sempat nak balas komen sebab tengah siapkan kukis coklat chip yang di order oleh customer.  Insyallah jika dah habis buat akak gi blogwalking kat blog kamu yer.
 Buat ayam panggang yogurt ni hari Sabtu lepas.  Ambil resepi di SINI.  Resepi asal Grilled Chicken In Spiced Yogurt  ( adapted dari sumber asal :dari sini ).  Akak tambah ubi kentang, bawang besar dan juga tomato.   Terima kasih sudi berkongsi rahsia buat ayam panggang ni yer

Bahan-bahannya
  • 1 ekor ayam ( di potong 4-12, kemudian dibersihkan dan di tos )
  • 1 cawan yogurt/tairu
  • 3 sudu makan minyak zaitun atau minyak sayuran
  • 2 1/2 sudu makan jus lemon
  • 1 sudu makan garam
  • 2 – 3 sudu makan gula – ikut citarasa (akak guna gula perang)
  • sedikit perasa jika suka-tak letak
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 3/4 sudu makan campuran  jintan kasar dan halus – ditumbuk-semua hentam guna blender ajer
  • 3/4 sudu makan biji  ketumbar – ditumbuk
  • 3/4 sudu makan  lada hitam – ditumbuk
  • 1/2 serbuk kayu manis
  • 4 ulas bawang putih ( di goreng dulu hingga kekuningan ) – ditumbuk
  • 1 sudu makan halia yang telah di tumbuk
akak tambah - 2 biji ubi kentang di potong 8 dan di goreng, 1 biji tomato di belah 4 dan 1 biji bawang besar di hiris gegelang.

Cara penyediaan
1. Satukan semua bahan-bahan  di atas.
2. Kemudian perap dalam peti sejuk semalaman atau 1-3 jam pada suhu bilik. Ikut suka nak perap lama mana… lebih lama kita perap ayam tu lebih sedap.
3. Susun ayam dalam tray kemudian bakar ayam dalam ketuhar/oven selama 45 minit-1 jam, ikut saiz ayam.  Masukkan kentang goreng, hirisan bawang dan tomato.
4. Semasa bakar tu, jangan lupa balik-balikkankan ayam tadi agar rata masaknya.
5. Boleh jugak jika nak bakar dengan arang.
6. Bila masak angkat dan hidangkan dengan nasi karot dan acar!!!-akak masak nasi ayam ipoh
akak suka bila ayam dah masak gunakan api atas selama 10 minit bakar lagi ayam bagi hitam sikit
Oppsss… lagi satu kalau kat dapur tak de yogurt atau tairu jangan risau!! kita boleh buat sendiri… caranya dengan mencampurkan 1 cawan susu cair dengan 4 – 5 sudu jus limau kasturi/nipis. Susu tadi akan menjadi pekat seperti yogurt dan bolehlah dicampurkan dengan ayam dan bahan2 lain.
 Makan dengan nasi ayam ipoh dan sup.   Resepi kat SINI
guna kaki dan tulang ayam buat sup

7 ulasan:

  1. terliur dibuatnya,hehe

    akak,cookies saya 3 balang jgn lupe :)

    BalasPadam
  2. tgk gbr pon dh rs sedap..:)

    BalasPadam
  3. Sedapnyerrr..... tambah lagi kalu kak Ina yg masak...

    BalasPadam
  4. Akak... dia ada rasa masam tak kak ayam yogurt berempah tu....

    BalasPadam
  5. nak suruh bini masakkan lah.. hehehe.. mintak izin share yea..

    BalasPadam
  6. tunggu pindah rumah sendiri nanti, kuarkan oven dari kotak, pastu baru boleh try resepi nih.. hehe

    BalasPadam
  7. akak kalo lemon x ad bley ke gne selain dri 2??mcm limau nipis or kasturi??

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers