Senarai Peserta Contest "Masak@Persiapan Apa Untuk Raya"?

by kak ina kl on Jumaat, September 30, 2011

Walaupun tak ramai, akak rasa terharu sebab mereka sudi masuk contest ini. Ramai tak leh join sebab tak ada gambar masak memasak/persiapan raya. Tak perlah. Janji ado kan.

Gambar boleh tenguk kat fp akak yer
  1. http://cempakabiru-nieda.blogspot.com/
  2. http://www.natifar7884.com/
  3. http://sarimahrizal.blogspot.com/
  4. http://memoriessharidz.blogspot.com/
  5. http://www.matjoe.com/
  6. http://atuk-phd.blogspot.com/
  7. http://2nurhafiz2009.blogspot.com/
  8. http://shakiddo.com/
  9. http://www.daydeck86.com/
  10. http://hazmanfadzil.com/
  11. http://alongnidar.blogspot.com
  12. http://deejaywani.blogspot.com 
p/s Sape yang nak join masih sempat lagi yer..tarikh tutup 29 September 2011

Gempak Open House Ni!!

by kak ina kl

Tiap-tiap tahun saudara akak ni memang buat open house .  Minggu lepas sebelum ke Bora Ombak akak ke sini dulu.  Saudara mesti di dahulukan.
 Dari jauh dah terbau satay yang sedap ini..terbaikkkk
 Walaupun abah dah tak kuat berjalan lagi, kalau rumah sepupu abah 
jemput, abah akan pergi dan inilah satu-satunya rumah yang abah pergi setiap tahun.  Abah dah tak kuat macam dulu, jalan pun dah bertongkat dan penyakit jantung beliau bertambah teruk.

 Bila jumpa saudara mara, abah mulalah mengalirkan air mata.  Biasalah orangtua memang sensitif.  Adik lelaki akak (kulit hitam sikit kan) sedang melayan abah.
 Kerabat akak..adik ipar, anak buah dan Imran.  Mula-mula makan satay sebab tak tahan bau, pastu kuehtiaw goreng,pastu...pastu...alahai banyak sangat makanan sehingga rambang mata.
 Inilah satu-satunya kakak akak..fuhyoooo kak long..cam Datin..
tengah ceduk laksa
Setiap tahun juga ada kambing panggang.  Setakat ni akak puas hati dengan kambing panggang yang ini.  Kali ni 4 ekor kambing panggang di sediakan.

Adik lelaki akak yang berambut panjang sedang beratur. Budak lelaki tu meleleh air sampai lap dengan t shirt. Tempat yang paling jadi tumpuan.  Semuga murah rezeki beliau dan boleh buat open house lagi tahun hadapan.
Cam kenduri orang kawin, penuh meja.  Kalau dah dapat tempat duduk, kena makan kenyang-kenyang baru balik.  Akak dah kenyang terus zassss ke Bora Ombak..dek kerana kekenyangan kat situ tak makan sangat pun.

p/s bila makan teringat 3 orang anak yang tak dapat join.  Sayuuuuuu

XPLAY Party Akan Mengeggarkan Kota Kinabalu Pula. Jangan Lupa Join Yer

by kak ina kl


Teruja tak tenguk Party XPlay di Opera Sunway Pyramid? Mesti sape yang join merasa terujakan.

Pada 24hb September 2011 yang lalu XPLAY Party telah di adakan di Cabana Club Johor Bharu.

Persembahan dari DJ HeavyGrinder, DJ Benz dan Dj Ken telah menggegarkan Jay Bee dan ternyata orang-orang Johor Bharu memang tersangat gembira!!!

Berita baik untuk orang Kota Kinabalu pula kerana X Play Party akan menggegarkan KK pada:


XPLAY, Kota Kinabalu
Date : 8 October 2011
Time : 7pm till late night
Venue : Bed Club, Kota Kinabalu

Dj-dj yang bakal bikin gempak di KK pun tak kurang hebat juga! Berpartilah dengan kehangatan Dj Shy, Dj Vibe & Dj Point dan juga Dj Nuold!

Keempat-empat Dj ini pasti membuatkan malam anda bergegar dan meriah! Wohoo!!!

Apa tunggu lagi sebelum peluang keemasan ini akan tamat, jom kita sertai XPlay Party yang terhangat tahun ini.

Tentu korang tak sabar-sabar nak pergi ke parti yang hebat ini kan.
Kalau korang nak join korang ikut ajerlah step kat bawah ni.

Melalui FANPAGE XPLAY,
1. LIKE Fan Page @ www.facebook.com/xpaxfb
2. Cari Applikasi XPlay di Facebook
3. Pilih Lokasi XPlay anda yang ingin anda pergi (KK)
4. Daftarkan diri anda untuk memenangi 1 tiket!
5. Print & tunjukkan E-Mail pengesahan dipintu masuk!

Melalui SMS
Senang bukan..Jangan tunggu lagi orang Kota Kinabalu. rugi kalau tak pegi...


Untuk XPlay Party seterusnya, akan di adakan pada :-

22hb. Oktober 2011
di Helipad,
Sepang International Circuit
dari pukul 7.00pm hingga 2.00 pagi.

Untuk keterangan lebih lanjut bolehlah ke http://xpax.com.my/promo_xplayfuture

Di Picit, Di Raba dan Dibelai Di Jemari Spa & Beauty House

by kak ina kl

Bila baca tajuk jangan otak kuning yer.  

Akak yang tak kerja ni pun nak gak berspa, sape kata jadi suri rumah duk lepak ajer.  Penat gak tau cam orang gi kerja.  Bila dapat peluang ke sini wah terasa gembira rasa dihati.

Terima kasih CikLily  yang ajak kami merelaxkan diri kat Jemari Spa and Beauty House di Danau Kota.  Tempat spa ni tak jauh dari umah akak jadi senanglah nak pergi. Kalau gi jejauh rasa tak berbaloi, minyak kan dah mahal terutama kalau bawa keta kuat makan minyak, dengan jalan jem lagi.
Selain dari Lily, Amy pun join gak , anak dia taklah , budak-budak mana boleh masuk kat tempat bilik rawatan kan.
Bila masuk ke bilik rawatan memang terasa tak sabar nak memulakannya rawatan di sini. Bunyi air yang mengalir amat menenangkan diri dengan cahaya yang samar-samar.  Memang boleh terlolap ni.
kredit picture : FB  JEMARI SPA
(malas nak translate) hydrating facial and eye treatment that helps lighten and even out your skin tone, making your face glow bright and natural. This facial includes:
1) Cleanse with cleansing milk
2) Double cleanse with radiant white foam
3) Whitening scrub mask
4) Extraction
5) Pressure point massage
6) Lymphatic drainage massage
7) Face massage
8) Eye Cucumber Treatment
9) Whitening mask
10) Shoulder massage
11) Chinese Tea (Longjing tea)
Brightening Hydro Facial Spa-seronok ooo bila muka dipicit, di raba dan di belai..agak lama juga treatment ni sampai nak terlelap dibuatnya.

Eye Treatment-rasa sejuk bila cebisan timun di letakkan di kedua belah mata

Volcano Stone Back Massage-ingatkan panas sangat sampai warning dulu takut kulit tercedera, rupanya taklah macam tu..baik untuk pengaliran darah

Manicure (Cuticle Treatment + Shaping + Filing; DOES NOT include coloring)-sementara tunggu mask kering, rasa seronok bila kuku tangan di belai.

 Setelah selesai kami di beri penerangan tentang pakej yang ditawarkan.
 Seriusnya muka akak kan...biasalah dah air muka macamni. 
Terpulang kepada diri sendiri..kalau tak nak tak per
Mereka ni memang berpengalaman..yang syoknya boleh bebas tak bertudung kat sini.  Tak orang lelaki kat dalam bilik rawatan. 
 
Rasa cam nak ambil pakej yang ni..boleh bayar 2 kali pulak tu.  Apa lagi jomlah kita merelaxkan diri kat sini setelah puas bertungkus lumus mencari rezeki.  Bagi pula reward kat diri sendiri.

Seronok tak bila baca kisah akak berspa di sini. Jomlah gi ke sini yer. 
Jemari Spa and Beauty House (sebelah Restoren Siti Zubaidah)
No. 4A, Jalan 7/23E, Taman Danau Kota, Setapak,
Kuala Lumpur 53300
Malaysia
Phone: +603 4024 0424

Oh yer kat   http://milkadeal.com/ ada tawaran hebat kalau nak berspa ke sini, cuma RM39.00 sahaja..hari ni last tau, cepat gi rebut tawaran tersebut.  

Nak masuk web ni kena register dulu tau. Kat sini macam-macam offer ada, rugi kalau tak tenguk. 

p/s ada 2 lagi voucher miladeal  tak guna lagi ni. 

Resepi Sup Daging Utara

by kak ina kl on Khamis, September 29, 2011

Akak masak sup daging utara guna pressure cooker selalunya, sebab nak cepat empuk.  Bila dah siap teringin pulak nak makan dengan bihun.  Jadilah bihun sup daging utara cuma tak daklah sambalnya.  

Akak memang tak letak juga babat dan paru sebab suami tak suka makan organ dalaman ni.  Akak makan dengan sambal kicap yang sentiasa ada dalam peti sejuk.  Akak cilok resepi dari adieysa

Bahan A
1 paket bihun ] rendamkan beberapa minit sahaja dengan air panas yang dijerang ( 3 orang makan) dan masukkan sedikit serbuk kunyit

Bahan Kuah

500 gm daging berlemak muda [potong besar]
300 gm perut babat/muda-tak letak
300 gm paru-tak letak
1 bungkus rempah bunjut-guna adabi
2 inci halia
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 s/b lada hitam [tumbuk kasar]
 
Rempah tumis
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
garam
air secukupnya

Bahan Hiasan
daun sup dan daun bawang [ hiriskan]
lobak asin cincang
bawang goreng
cili merah [hiriskan]
limau kasturi [belah 2]

Sos Cili
Bahan-bahan
10 biji cili merah
1 bawang putih
1 s/b cuka
garam
gula dan air

Semua bahan dikisar halus dan masakkan sahingga mendidih dan pekat

Cara
1. Rebuskan bahan kuah sehingga daging betul-betul lembut. Masukkan daun pandan bersama akar untuk mewangikan kuah dan melembutkan daging
2. Tos daging perut dan paru dan dihiriskan nipis.
3. Celurkan bihun supaya lembut dan toskan.
4. Masukkan bihun dan daging serta bahan hiasan dalam mangkuk dan letakkan kuah.
5. Hidangkan

Nota: Lebih sedap jika dimasukkan tulang gear box atau tulang rusuk untuk mengeluarkan sum sum tulang.

Maybelline Blogging Contest

by kak ina kl

Ingat tak N3 akak pasal gi workshop Maybelline tu dulu. Nak gi tenguk balik SINI.
  
Masa workshop tu kami semua telah di tunjukkan 4 tema terbaru Maybelline.
make up Party Princess (sweet, subtle pink and girlish accents)
make up tema Mystery Maven(dramatic turquoise eyes with red lips).
Sexy Starlet(shiny and metallic eyes)
akhir sekali GI Jane(eyes in military khaki greens and lots of eyeliner)
(kredit picture by madammondoq)
 
selepas tu kami semua diberi masa 30 minit untuk make over muka sendiri.
Akak pilih tema GI Jane sebab ikut tema ni make up lebih menyerlah kat mata
inilah barangan make up akak gunakan untuk tema tersebut ..jom tenguk langkah demi langkah cara akak solek yer.

Pertama kali kita kena pilih warna yang bersesuain dengan wajah kita,
jangan pakai semboro sahaja.

1. Mula-mula akak gunakan foundation Maybelline natural-looking yang sekata dengan warna kulit muka, ratakan dengan menggunakan jari. Mustahak guna foundation sebab ia boleh menutupi cela noda di wajah kita.
2. Setelah itu sapukan compact powder rata-rata
3. Gunakan eye shadows berwarna gelap
4. Selepas itu calitkan pulak hyper sharp liner berwarna hitam
5. Di turuti pula The Colossal Volum' Express® Mascara
6. Sapukan pula pemerah pipi angle fit brighten up sambil tersenyum dengan cara dari atas ke bawah
7. Kemudian oleskan listick Water Shine Pure dengan memilih warna yang sesuai untuk bibir kita
8. Akhir sekali guna lip gloss untuk menyerlah lagi bibir anda.
taraaaaa

Kitaorang yang hadir pada masa tersebut di galakkan masuk maybelline blogging contest.
 Sebelum jom tenguk step by step make up dari 
Liyana Jasmay menggunakan produk Maybelline
Kena ikut syarat-syaratnya

STEP 1 : RECREATE ANY OF THE 4 DIFFERENT LOOKS AND PHOTOGRAPH/VIDEO YOURSELF DOING IT1


STEP 2 : SUBMIT YOUR VIDEO/PHOTOGRAPHY TO NUFFNANG BY 30TH SEPT
VIDEO BLOG

ATAUPUN STEP BY STEP PHOTOGRAPHY

STEP 4 : WE' LL ANNOUNCE THE 4 FINALISTS ON OCT 31

STEP 5 : ADVANCED MAKE UP CLASS (AMBER CHIA)

STEP 6 : PROFESSIONAL VIDEO SHOOT ON OCT 15

STEP 7 : WE'LL POST YOUR VIDEOS ON FACEBOOK FOR VOTING?

HOW IS THE WINNER DECIDED?
  • 50% "LIKES'
  • 50% PROFESSIONAL JURY (MAYBELLINE, AMBER CHIA, FEMALE)

All decisions are final and may not be contested
Term and conditions apply
Hadiah-hadiah yang best sungguh.

Review Filem Libas

by kak ina kl on Rabu, September 28, 2011

Teman blogger ajak gi tenguk movie ni minggu lepas, disebabkan ada jobs yang perlu di buat secara berturut-turut (alhamduliah rezek) langsung terlupa. Bila tenguk gambar kat folder baru teringat.
GENG LIBAS @ GENG TALIBARUT -Jejai dan  CIKLILY 
yang di apit oleh tekong kanan dan tekong kiri

 Terima kasih buat Jejai yang sudi bagi tiket kat kami semua.

Jomlah baca sinopsis filem LIBAS yang best ni.
Adnan Saladin seorang pakar Libasan dalam permainan sepak takraw (sepak takraw (Libas). Dia di gelar sebagai raja libas Malaysia. Kehebatan libasan Raja Libas sangat digeruni pasukan lawan terutamanya dari pasukan Siam (Thailand). Kecederaan berlaku mengakibatkan tekong Malaysia (Dali) parah apabila Libas gagal menampan libasan kuat AK Nangkhon lalu terkena dadanya. Akibatnya Malaysia tumpas kepada Thailand untuk kali kedua berturut-turut.

Jurulatih dan rakan sepasukan, Megat turut menyalahkan Adnan Saladin kerana kekalahan itu sehingga Jurulatih sanggup memutuskan pertunangan Adnan Saladin dengan anaknya, Ratna.Raja Libas resah apabila diketahui Mr. Wilson menawarkan perlawanan Libas lebih awal dari selalunya untuk mendapatkan bola warisan yang mempunyai nilai sejarah dan kuasa mistikal.

Tawaran lumayan diberikan kepada pasukan Thailand demi mendapatkan bola warisan tersebut yang berada pada Raja Libas. Raja Libas berfikir siapa yang harus dia ambil sebagai pemain bagi mengekang kehebatan pemain Thailand. Akhirnya Raja Libas dapat menemui pemain baru dan mengumpulkan regu pasukan yang terdiri daripada Megat (pemain lama), Hamadi dan Kumok yang merupakan taruhan Libas untuk menentang Thailand nanti… Diperlawanan akhir, pasukan Malaysia teruk dibelasah oleh pasukan Thailand. Mampukah Raja Libas mempertahankan maruah negara. Nantikan kesudahannya.
Mula-mula macam tak best tapi bila tenguk adegan seterusnya terus 
tertarik nak menontonnya sehingga ke akhir cerita.
lakunan mereka berdua sebagai pemain sepak takraw dari 2 negara yang berlainan memang best.Adam Corie (pemain handalan dari Thailand) memang menjadi.  Kelakar tenguk aksi Fadzly (kumok) memang lakunan beliau terbaik walau pun tak fofolur

Bestkan tenguk video ni
Pendapat Akak
Filem yang merupakan filem sulung MDAG Marketing serta Pengarah dan Penulis Skrip memang patut di beri pujian sebab jalan cerita yang menarik dan barisan pelakon yang hebat-hebat.
 
Kalau korang kata ianya macam shoalin soccer, tapi kata pengarahnya Jurey Latif tapi kalau kite tengok sampai penghabisan memang lain tetapi kita patut puji sebab inilah filem pertama yang menetengahkan elemen permainan tradisi masyarakat melayu iaitu sepak raga (sepak takraw). 

Skrip yang dihasilkan oleh Martias Mohd Ali memang menjadi. Lawak dan aksi pelakon dalam filem ini memang menghiburkan. 
Pelakon Rosyam Nor sebagai pelakun utama memang tak di nafikan kehebatannya tapi bila di ganding dengan Johan dan watak Kumok sendiri memang satu gandingan yang hebat.
Syarikat Penerbit :MDAG Marketing Sdn. Bhd
Bahasa :Bahasa Melayu
kategori :Filem Cereka
Genre :Komedi, Aksi
Klasifikasi :U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan :29 September 2011
Durasi :100 min
Format :Hi-Def
Pengarah


Penulis:
:
(Scriptwriter)
:
(Cerita Asal)


Lakonan:
:
(Pelakon Pembantu)
:
Raja Libas (Pelakon Utama)
:
Ratna (Pelakon Utama)
:
Hamadi (Pelakon Utama)
:
Megat (Pelakon Utama)
:
Kumok (Pelakon Utama)
:
Jurulatih Malaysia (Pelakon Utama)
:
Aek Mangkorn (Pelakon Pembantu)
:
Sukchai (Pelakon Pembantu)
:
Propchai (Pelakon Pembantu)
:
Jurulatih Siam (Pelakon Pembantu)
:
Hj Hasbullah Awang (Artis Jemputan)
:
Mamak (Artis Jemputan)
:
Mr. Wilson (Artis Jemputan)
Krew:
:
(Pembantu Pengarah)
:
(Pengarah Fotografi)
:
(Pengurus Produksi)

Akak memang penyokong kuat filem Melayu memang syorkan agar korang gi tenguk cerita ini. Akak bagi 4/5 sebab memang terhibur dengan jalan cerita yang dipaparkan.

Bermula 29 September 2011 (besok) ..jangan lupa gi tenguk ek..biar dapat juta-juta cam cerita melayu yang lain.
Sempat bergambar dengan hero Libas
Semua geng memang rasa puas hati dapat tonton dan jumpa pelakon LIBAS 
semasa pra tonton filem tersebut.

Contest "Masak @ Persiapan Apa Untuk Raya"?

by kak ina kl

Gambar ni akak ambil pagi tadi. Anak buah baik yang lelaki dan perempuan kena gilir-gilir kacau rendang. Bila kena giliran budak lelaki muka masing-masing monyok ajer. Kami masak rendang 3 jenis pulak tu.

Mesti semua sibuk masak memasak untuk hari raya yang di jangka pada hari esok. Jadi bolehlah ambil gambar masa sibuk masak.
Tak pun buh gambar masa tengah kemas umah.

Syarat-syarat contest ini ialah :

1. Kena ambil gambar pada raya 2011 sahaja tau. Tak boleh tahun lepas punya gambar yer. Kalau boleh tulislah ayat cam akak buat tu.
2. Ceritakan apa yang di masak dan sape yang memasak ataupun sape yang kena mencuci/kemas umah (buat ceritalah sikit)
3. Kena Like fanpage "kakinakl.com". Semua gambar berserta link blog akan di letak di situ.
4. Letakkan link akak di N3 tersebut.
5. Tinggalkan komen kat bawah N3 ini dan jangan lupa tinggalkan permalink anda.
6. Tarikh tutup ialah pada atau 29hb. September pada jam 12.00 tengah malam hari tersebut.
Ayat yang wajib di letak di N3 tersebut ialah :


5. Contest- GambarContest "Masak@Persiapan Apa Untuk Raya"? adalah anjuran www.kakinakl.com bersama cikmin.com/
http://ecakefairy.blogspot.com dan http://www.zzqah.com/

Kalau ada lagi sponsor kena edit balik yer ayat ni.

Hadiah-hadiahnya ialah :

Hadiah pertama
1. top up atau wang ringgit bernilai RM30.00
2. kukis coklat chips (bernialai RM25.00) hasil tangan akak
3. satu set macaron bernilai RM45.00 (termasuk pos) dari cikmin.com/

4. 25 pcs cupcakes dari http://ecakefairy.blogspot.com

Hadiah kedua
1. Top up atau wang ringgit bernilai RM20.00
2. kukis coklat chip bernilai RM25.00
3. satu set macaron bernilai RM45.00 (termasuk pos) http://cikmin.com
4. 16 pcs cupcakes dari http://ecakefairy.blogspot.com
Hadiah Ketiga
1. Topup atau wang ringgit bernilai RM10.00
2. kukis coklat chip bernilai RM25.00
3. satu set macaron bernilai RM45.00 dari http://cikmin.com
4. 9 pcs cupcakes http://ecakefairy.blogspot.com

Hadiah Keempat
Homemade coklat termasuk pos dari http://www.zzqah.com/

Hadiah KeLima
Homemade coklat dari http://www.zzqah.com/.
Hadiah KeEnam
Homemade coklat dari http://www.zzqah.com/.

Hadiah KeTujuh
CD Original dan t-shirt Ning Baizura

Kalau ada yang sponsor hadiah akan bertambah.
Juri akan di pilih oleh para sponsor. Apa lagi joinlah join.

p/s Tahun lepas hadiah memang banyak betul sebab banyak yang sudi sponsor. Kalau nak tenguk boleh ke SINI

Jom Pegi Kat Sini
Experience Volkswagen, Das Auto (info klik kat sini)

Resepi Dalca Daging

by kak ina kl

Buat dalca ni sebab nak makan dengan lauk yang di beli oleh suami.
makan dengan itik panggang
dan ayam goreng tanpa tulang
Jumpa resepi kat  My resepi yang telah disumbangkan oleh Noreen
Bahan-bahan
  • 200gm kacang dhal - direbus
  • 200gm daging lembu - dihiris
  • 2 biji terung bulat - dipotong kecil2
  • 2 biji lobak merah (karot) - dipotong kecil2
  • 2 biji kentang
  • 10 batang kacang panjang - dipotong
  • 50gm serbuk kari daging + sedikit air
  • 4 cawan santan
  • Sedikit daun kari
  • Minyak masak dan garam 
Bahan tumisan:
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 5 ulas bawang merah - dikisar
  • 2 cm halia - dikisar
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • 2 biji bawang besar - dikisar

Cara-cara

  1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan daun kari, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih hingga berbau.
  2. Masukkan bahan-bahan kisar dan kacau rata. Kemudian tuangkan bancuhan serbuk rempah kari. Goreng hingga garing.
  3. Seterusnya masukkan daging dan perlahankan api. Masak hingga daging lembut.
  4. Akhir sekali, masukkan kacang dhal, santan, sayur-sayuran dan garam. Masak hingga mendidih.
 Nasi pula akak masak nasi hujan panas.

Celcom Unplugged 2011-Celcom & Universal Music Malaysia

by kak ina kl on Selasa, September 27, 2011

    

Akak dapat email dari juan danza orang kuat Universal Music Malaysia, jemput ke Bora Ombak, Ampang sempena  Celcom Unplugged 2011 anjuran Celcom & Universal Music Malaysia @ sambutan Hari Raya.  

Nasib baik akak pakai baju kurung sebab pergi dulu rumah saudara buat open house.

Dah selalu jumpa PR  UMM tapi tak ingat nak ambil gambar bersama beliau.  Terima kasih juga sebab layan bloggers yang hadir.
bangga duk kat meja MEDIA, tetamu yang datang 
boleh bertamah tamah dengan artis yang hadir.
Lomang, nasi impit dan rendang menyelerakan 
tapi perut dah sendat tak boleh isi lagi dah.
Banyak betul makanan yang sedap-sedap di sediakan.  
Akak cuma jamah yang ringan-ringan ajer.
Ana Raffali bersama  Zaim Helmi Zaini (Majallah 3) yang menjadi emcee.
Sambil makan sambil dengar Meet Uncle Hussain 
nyanyi lagu Asabru Minal Iman dan lagu Pokok
Ana Rafalli menyanyikan lagu Dan Ku Biarkan Kau Terlepas (single terbaru) 
dan lagu Selamat Hari Raya (Saloma)
6ixth Sense pula menyampaikan lagu Yang Sempurnakan Ku 
Dan lagu Menyesal
Panggil auntie inalah..
tak nak..nak panggil kak ina jugak..
suka hatilah
Tiba pula giliran Ning Baizura menyanyikan 2 lagu juga
sambil beramah tamah dengan tetamu yang hadir.
Akak memang layan majalah 3 tapi tak perasan dengan 
Zarim Helmi Zaini sebab dia pakai baju raya, nampak lainlah kan
Nasib baik jumpa blogger yana yassin...adalah teman nak pot pet
Last sekali Ning ajak tetamu berjoget, 
nasib baik akak tak joget kan..tentu tak sesuaiiii
 mana boleh tak ambil gambar dengan Ning Baizura
sebelum pulang bergambar beramai-ramai,
ecehhh cehhh pegang tangan Ana lagi
Terima kasih Ning dan Ana ..korang memang best
 Bertemu dengan blogger Laili yang datang bersama suami dan anak.  
(kredit picture http://www.ciklaili.com/)
 Bloggers yang hadir merasa happy dan kenyang.  
Terima kasih sekali lagi kepada Universal Music Malaysia.
Terima kasih manager, pa, driver, anak yang sudi teman akak ke sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...