OOO

Isnin, Julai 01, 2013

Daging Masak Merah Ala Thai

Assalammualaikum semua
Pernah tak buat daging masak merah?  
 
Akak dah banyak kali buat dan share resepi ni kat blog ..kat SINI, SINI dan SINI.  Setiap resepi memang berlainan, kali ni akak cuba buat ikut resepi sajiandapurbonda tapi akak ubahsuai sikit. Maaf yer tuanpunya resepi.

Akak suka guna daging batang pinang sebab tak yah rebus, cuma campurkan pewarna merah dan perap sekejap.  Kalau guna daging biasa kenalah rebus dengan pewarna merah sebab nak bagi daging lembut.


Bahan-bahan:
1/2 kilo daging batang pinang-hiris tipis dan buh pewarna merah-jangan letak pati sirap yer
2 sudu besar cili kering kisar
1 biji bawang besar - dipotong bulat
3 biji bawang putih - diketuk
10 biji cili api - diketuk (terpulang kepada citarasa masing-masing, nak pedas tambah lagi, tak nak boleh kurangkan)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
2 batang serai - dititik
Garam secukup rasa
sedikit daun ketumbar-carik-carik

Cara membuatnya:
Panaskan minyak. Goreng daging sebentar dan ketepikan.
Tumiskan bawang putih, cili api   dan serai hingga naik bau.
Masukkan cili kering kisar.dan masak sehingga terbit minyak.
Masukkan sos cili, sos tomato, sos ikan dan sos tiram dan sedikit air  dan kacau rata.
Kemudian masukkan sedikit garam, hirisan bawang besar dan daun ketumbar.
 Kacau sebentar, kemudian masukkan daging yang telah digoreng tadi, kacau sebati dan bolehlah di hidangkan.

9 ulasan:

  1. Salam K.Ina...anak dara kecik atie suka sgt klu masak daging yg kaler merah2 camni :)

    BalasPadam
  2. terima kasih kerana berkongsikan menu hebat ini..

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum K.ina alahai sedapnya....terima kasih berkongsi resepi yang sedap ni...=)

    BalasPadam
  4. assalamualaikum kakina...wah sedapnya boleh buat menu berbuka...:)

    BalasPadam
  5. Kalo guna daging batang pinang dah sah sedap ni.

    BalasPadam
  6. ooo baru tau kena warnakan merah ye daging tu kak ina...huhu

    BalasPadam
  7. mmmmm pasti sedap sekali, jadi lapar melihatnya

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...