OOO

Selasa, Julai 01, 2014

Bak House Of Tailoring (Mood Hari Raya Dah Tiba)

Assalammualaikum semua

Selalunya kami anak beranak beli baju raya apabila tiba bulan puasa.  Al maklumlah meriah bebeno kat situ sebab bila bulan puasa banyak penjaja musim raya akan timbul. 

Akak memang setiap tahun jejalan kat Jalan TAR ni di bulan puasa.  Boleh baca N3 kat SINI, SINI dan SINI.

Oleh sebab dah duk sini, terpaksalah beli awal sebab memang tak sempat kalau nak beli masa nak balik raya sebab masa tu dah suntuk sangat.
Cuti sekolah baru ni, kami sempat membeli pakaian raya Ira dan Imran taklah havoc sangat dah, al maklumlah anak yang lain dah ada pendapatan sendiri, Yana pula tak balik beraya tahun ni..sedihnyaaa.
Tempah gak baju melayu anak lelaki kat Bak House of Tailoring di Gombak Setia pasal dekat dengan umah kat Kuala Lumpur.  Harga untuk baju melayu siap boleh tahan sebab ada sale.
Pilih jangan tak pilih yer Ira

Bak House of Tailoring
No. 2A Jalan Dewan, 
Gombak Batu 6, 
53100 Kuala Lumpur
Tel: 03-6187 1085 / 1086


Banyak lagi cawangan Bak House of Tailoring ni..googlelah yer

3 ulasan:

  1. Raya semakin hampir kalau tempahan baju Raya kemungkinan tidak diambil waktu sekarang tinggal baju Raya yang jenis siap sahaja.

    BalasPadam
  2. kalau beli sekarang alamatnya beli yg dah siap jela nampaknya kak...

    BalasPadam
  3. saya pon bli baju raya awal..malas nak beli last minit huhu

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers