Assalammualaikum semua
Dah siap memasak ker belum untuk hidangan berbuka hari ini?
Sambungan dari N3
Miri Ke Kota Kinabalu (Part 1)
Miri Ke Kota Kinabalu (Part 2)
Makan malam di Kota Kinabalu (Hari Pertama)
Sambungan dari N3
Miri Ke Kota Kinabalu (Part 1)
Miri Ke Kota Kinabalu (Part 2)
Makan malam di Kota Kinabalu (Hari Pertama)
Pada hari ke 2 di Kota Kinabalu kami lepak di hotel sampai pukul 10.00 baru gerak ke sini.
Dahulu tempat ni di panggil Terminal Ferri Kota Kinabalu tetapi sekarang ni dikenali sebagai Jesselton Point Waterfront
Tempat ini merupakan salah satu destinasi pelancongan yang wajib dilawati semasa berada di bandaraya Kota Kinabalu.
waktu hujan
Jesselton Point Waterfront terletak di bahagian utara pusat bandaraya Kota Kinabalu, mempunyai sentuhan sejarah awal bandaraya Kota Kinabalu.
Tempat beli tiket kat dalam bangunan
Kat tepi dinding ada gambar-gambar mengenai
sejarah tempat ini.
Jesselton Point Waterfront adalah satu-satunya terminal ferri penumpang untuk laluan air terus dari Kota Kinabalu ke Labuan.
Ada juga tempat makan..makan sambil santai dan menikmati pemandangan laut yang indah
Untuk ke pulau-pulau di Taman Laut Tunku Abdurahman dan Pulau Gaya, kita boleh mendapatkan perkhidmatan bot penumpang di sini.
Ada juga gerai-gerai yang menjual
kraftangan dan peralatan mandi manda kat sini
Jesselton Point Waterfront dibuka setiap hari dari jam 6.00 am sehingga 2.00 am, manakala terminal ferri pula beroperasi setiap hari dari jam 6.00 am sehingga 6.00 pm.
Kalau nak ke pulau dan berkenderaan sendiri, tempat parking di sediakan. Akak pergi dan balik ke sini naik van yang di sediakan oleh pihak hotel.
Kalau naik teksi pun senang..naik teksi kat sini tak ada meter..mahai tau
hoho..laju berjalan ni bila sampai kk..
BalasPadamCantiklah pula public phone booth.
BalasPadamSabah banyak tempat menarik.. tapi kalau tiada persiapan rapi agak susah jugak nak travel.. saja nak kongsikan kepada rakan2 tips sebelum pergi bercuti.. http://www.wom.my/gaya-hidup/6-tips-sebelum-pergi-bercuti/
BalasPadam