OOO

Khamis, April 30, 2009

Tepung Untuk Menggoreng


Akak ambil resepi ni kat http://resipidiana.blogspot.com/. Lain kali tak payah beli tepung kat luar..buat sendiri lagi bagus...dah kawin dengan orang johor kalau makan pisang/keledek/keladi goreng mesti nak kena makan dengan sambal kicap...akak buat satu tupperware kecil...pastu simpan dalam peti ais...nak makan ambil aje..

Bahan-bahannya
  • 75 gram tepung naik sendiri
  • 60 gram tepung beras
  • 1 camca besar tepung jagung
  • sedikit serbuk kunyit/ pewarna kuning
  • garam secukupnya
  • gula secukupnya (jika mahu)-tak letak
  • sedikit air kapur (anggaran 1 sudu kecil - jangan terlalu banyak nanti pahit)
  • 130 ml air
  • 3 - 5 ketul ais (jangan terlalu banyak takut adunan cair)
Cara-caranya

1. Satukan bahan kering didalam mangkuk. Buatkan lubang di tengahnya, tuangkan air sambil gaul hingga sebati. Akak bancuh dengan whisk lagi senang rasanya.
2. Bila pekat dan boleh menyalut belakang sudu, biarkan bancuhan selama 10-15 minit. Pastikan minyak untuk menggoreng banyak dan cukup panas supaya pisang digoreng menjadi keemasan dan tidak menyerap minyak.
3. Selepas bancuhan di perap untuk 10 - 15 minit dan minyak cukup panas, masukkan anggaran 3 - 5 ketul ais dalam adunan dan celup pisang dalam bancuhan dan terus goreng. Insyallah pisang akan menjadi ranggup walaupun telah sejuk.

Akak buat cendawan goreng pun guna adunan ni...

Spageti Bebola Daging


Ikut resepi asal naz rinn chan gunakan makaroni...kat rumah ni memang tak minat makaroni jadi akak tukarkan spageti..kadang-kadang jemu makan rasa yang sama..jadi kena tukar selera..buat hari minggu yang lalu...baru nak show kat sini..


Bahan-bahan

300gm spageti direbus dan ditoskan.
Gaul dgn sedikit minyak zaitun or butter.



Utk Bebola Daging


  • 400gm daging lembu cincang
  • 2 biji bawang besar, dicincang
  • 3ulas bawang putih, dicincang
  • 1 biji telur
  • 3/4 cwn serbuk roti
  • 1besar susu segar
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh parsley
* Campurkan kesemua bahan dan bentukkan menjadi bebola-bebola kecil.
Goreng dengan sedikit mentega.
Boleh juga dibakar dlm oven pada suhu 170 darj celsius selama 30min atau hingga masak.

Nota : Serbuk roti boleh dibuat sendiri dgn membakar roti keping hingga garing kemudian hancurkan.


Utk sos:


  • 1 biji bawang besar, dicincang
  • 5 ulas bawang putih, dicincang
  • 3 biji buah tomato, didadu
  • 2 sudu mkn gula merah-tak letak
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 kiub ayam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • Sedikit air
  • 1 sudu teh oregano-optional
  • 150gm (any) keju-optional-akak guna kepingan keju aje..hiris tipis..
  • akak tambah cendawan butang yang telah di hiris tipis.

Cara-cara:

1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan lada hitam dan kacau seketika.

2. Masukkan buah tomato, sos, gula merah, garam dan kiub ayam. Kacau dan tambahkan air. Biarkan mendidih. Apabila masak, perlahankan api.
3. Jika suka boleh masukkan keju, cendawan butang yang telah di hiris dan oregano. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan bebola daging. Kacau hingga rata. Boleh curah atas macaroni yg telah siap direbus tadi.

Rabu, April 29, 2009

Emas ataupun duit (lama-lama jadi bukit)

Alahai sekarang ni banyak betullah orang putih ke orang hitam bagi email nak bagi akak duit...boleh percaya ke? dia ingat akak ni bodoh kot..sesuka hati nak bagi butir-butir diri akak kat dia orang..pastu dia ingat akak ni orang kaya ke ..banyak simpanan dalam bank...

arwah mak long limah no. 2 dari kiri (alfatihah untuk beliau)

best jugak kalau dapat wang selepuk.... tu ....ceh..ceh ....beranganlah pulak akak ni...dulu masa kecil bila akak tolong arwah mak long limah buat dan jual kueh kat kilang papan kat batu 4 gombak ...mesti dapat upah bila balik dari berjualan..

mula-mula abah akak belikan tabung dari tanah liat macamni..tapi tabung ni senang nak korek isi dia dan kalau nak sangat duit pecahkan aje kat bawah tu...biasalah budak-budak...dah isi nak korek balik....

Lelama abah buatkan tabung dari buluh....Setiap sen yang akak dapat akak masukkan dalam tabung buluh...yang ni payah sikit nak keluarkan duit...nak korek pun susah...

lepas tu masa kat sekolah rendah akak jual aiskrim malaysia kat sekolah...mak yang buat aiskrim ni..dapat upah jugak..jual nasi lemak arwah mak long limah punya...dapatlah komisyen...tapi kena jual sorok-sorok..takut dengan orang kantin...dulu nak bawak aiskrim malaysia ni kena balut dengan kertas suratkhabar banyak-banyak..takut cair...lepas sape yang order je yang boleh beli..takut nak bawak banyak-banyak..nanti cepat cair..

Buku simpanan akak yang pertama sekali...akak masih simpan lagi tau..jadi jadi barang lama/antik..kalau jual laku ke idak ye? Bila baca balik buku simpanan punya cogankata...untuk menolong diri sendiri dan negara...kelakarlah...

Mula-mula abah ke mak (dah lupalah pulak) bawak ke pejabat pos di pekan setapak dan bukak buku ......masa tu dalam RM15.00 aje...lupa pulak dari mana akak dapat duit nak bukak buku ni...masa ni akak dah darjah 2...RM15.00 masa tu dah banyak tau...masa tu 0.1 sen masih boleh guna buat beli gula-gula dan macam-macam benda....


Bila tabung buluh dah separuh penuh akak pecahkan tabung buluh dan masukkan duit dalam buku simpanan..sedikit demi sedikit duit akan bertambah .......dekat RM150.00..kenapa akak kumpul duit..akak berangan nak jalan-jalan ke singapura...dulu adik abah duduk kat singapore...pernah sekali abah bawak kami ke sana....

Memang tertunailah hasrat dihati akak nak gi singapura akhirnya...akak dan abah pergi ke johor bharu dulu ....pasal adik abah dah pindah duduk kat skudai johor..suami dia dah pencen ...dulu dia kerja sebagai polis di sana...bapa saudara akaklah yang bawak akak jalan-jalan...pergi satu hari aje..pastu belilah mainan monopoly kat sana buat kenangan...

Bila dah kerja buka pulak buku bank simpanan nasional...senang nak masuk gaji...

Ni pulak buku simpanan suami akak...dia bukak kat tangkak..

yang best tu kami buat buku simpanan ni tahun yang sama...kebetulanlah pulak..yang ni buku akak


yang ni pulak buku suami akak...dia mula-mula simpan satu ringgit aje....dia kata kalau kat kampung dah mewah dah RM1.00 masa tu..

Pas tu sibuklah pulak dengan skim amanah saham nasional..bukannya banyak duit pun..tapi adalah sikit...yang best tu asn bagi duit bonus...skrg ni asn dah murah sgt bagi dividen..akak beralihlah pulak ke asb...

lepas kerja jadi guru tabika kena buka pulak akaun kat maybank...sampailah akak berhenti kerja...dulu kalau dah gaji kenalah beratur kat kaunter nak ambil gaji...bila tahu gaji dah keluar berduyun-duyunlah orang ke kaunter....pasal bank buka waktu pejabat...sekarang dah senang..tengah malam pun boleh ambil duit...tapi bahayalah ambil duit malam-malam ni...kat bandaraya kl ni banyak penyamun...

Lepas tu dah tua baru teringat nak masuk duit dalam ni..sape yang tak nak pergi haji..sekarang ni susah nak gi haji...ramai sangat orang berduit...kena ikut giliran...walaupun duit dalam tabung haji berlebihan...

Ni bukan barang kemas akak tau...kang ada pulak perompak datang kat umah akak...

Tapi sekarang ni pulak orang kata tak guna simpan duit banyak-banyak dalam bank..takut nanti nilai duit jatuh..jadi baik buat pelaburan dengan barang kemas/emas...kalau nilai duit jatuh macam zaman jepun ....emas masih lagi tinggi harga dia dan boleh buat untung...

entahlah......apa pendapat kamu semua? antara wang dan emas...mana satu yang boleh pilihan hati............

Udang Gulai Rempah

Bila belek-belek kat majalah saji..tertariklah pulak nak mencuba resepi udang ni..memang tak pernah buat lagi resepi macam ni....memang ada kelainnannya..cubalah...

Bahan-bahan

  • 1/2 kg udang besar
  • 3 keping asam gelugur/asam keping
  • 2 cawan santan pekat
  • gula dan garam secukupnya

Bahan kisar

  • 17 tangkai cili kering
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu kecil jintan manis
  • 1/2 sudu kecil jintan putih
  • 1/2 sudu ketumbar
  • 3 hiris lengkuas
  • 3 cm kunyit hidup

Cara menyediakannya

1. Masukkan bahan kisar kedalam periuk dan tuangkan santan.
2. Biarkan ia merenih.
3. Kemudian masukkan garam dan gula serta asam gelugur/asam keping.
4. Setelah mereneh lebih kurang 20 minit masukkan udang dan biarkan udang masak.
5. Bolehlah dihidangkan.

Onde-onde/buah melaka


Bila jalan-jalan kat rumah bro rozzan di http://rozzan.blogspot.com/ ...chef fofolur dari singapore akak tertarik nak cuba buat onde-onde/buah melaka berasaskan ubi kayu..mula-mula hairan jugak kenapa beliau gunakan tepung ubi...selalunya akak buat pakai tepung pulut..tapi akak ikut jugak cara beliau....jadi pergi ke pasar tani cari ubi kayu..nasib baik jumpa...akan tak warnakan onde/buah melaka...warna original dari ubi kayu..akak c & p dari blog beliau...

Bahan-bahan

  • 500gm ubi kayu (di kupas kulit dan di cuci bersih lalu di rebus dengan sedikit garam sehingga empuk)
  • 240gm tepung ubi/sagu kanji (tapioca flour)
  • secukup gula melaka (kira-kira 200gm)- dipotong kecil-kecil
  • 250gm kelapa parut putih (dikukus sebentar dan di bubuh sedikit garam)
  • pewarna hijau/kuning atau apa-apa warna yang anda suka..akak tak letak pun
  • 50 gm air (sehingga menjadi doh)

Cara-cara

1) Ubi yg telah empuk dilecek hingga halus. Masukkan tepung sagu sedikit-sedikit sambil diuli hingga lembut dan sebati. Bubuh sedikit air jika perlu.

2) Ambil adunan dan buatlah bebola-bebola mengikut saiz yg anda suka.

3) Kemudian ambil satu bebola dan leperkan. Isikan dgn sedikit potongan gula melaka lalu tutuplah semula sehingga menjadi bulat semula. Buat sehingga semua adunan selesai.

4) Didihkan air dalam periuk. Kemudian, masukkan bebola-bebola ini ke dalamnya dan biarkan sebentar sehingga ia ‘timbul’ ke permukaan air. Ini tandanya onde-onde ni dah masak. Angkat dan toskan lalu disalut/gaul dgn kelapa parut.

Selasa, April 28, 2009

Dinner bersama suami

Petang hari sabtu lepas dalam pukul 6.30 petang akak gilah ke tempat ni.......

Tiap-tahun suami dan akak join dinner...masa gi duduk jakarta akak tak pergilah...pergi kat jakarta punya dinner..tapi tak best..staff tak ramai....lepas tu orang indon yang ramai..orang malaysia ciput..yang lebihnya orang bangsa asing......pernah sekali lepas lahirkan ira...tak habis hari lagi akak gi jugak...nasib baik tak jadi apa-apa..

Bila sampai kat taman metropolitan ..jalan jem..rupanya orang ramai parking kat tepi jalanraya..tenguk orang main layang-layang..

Bila sampai dah maghrib.......pergi solat dulu...lepas tu bergaya macam artis....tema tahun ni..masquerade...ala pakai topeng tu..tak kuasa akak nak ikut tema..bukannya muda lagi pun..dari dulu memang akak tak pernah ikut tema...pakai baju kurung pun sonang...

Orang lain pakai daring pastu bawak beg tangan kecil tu...ala yang berkerlipan ...orang pergi dinner sepatutnya pakai macam tu kan...tapi akak bawak beg besar gedabak..macam-macam ada dalam beg tu..

Budak-budak muda sukalah ikut tema .... macam-macam gaya aje..tapi kebanyakkannya cuma pakai topeng kat muka aje..tahun ni company tak panggil artis..semua acara di jayakan oleh staff sediri..budget lari...ekonomi meleset..nasib baik gaji tak kena potong...

Cantiklah ball room kat hotel one utama ni...bangunan baru...menu stail masakan cina...

Memang tak nasi malam ni...meratah lauk....selalunya memang disediakan wain dan campage..jadi banyaklah orang cina, india, sikh dan bangsa asing mabuk malam tu...minum air mabuk free....ashik yamsenglah...cheers....lama-lama dia orang tak sedar diri...melalut...membising...dan pernah tahun lepas...kat sebelah meja akak orang filipina mabuk muntah kat sebelah akak..nasib baik tak kena kat baju...kurang ajar betul...menyusahkan...lepas muntah sambil tersengih dia cuma kata sorry..sorry...rasa nak sepak aje budak tu...

Udang besarlah jugak tapi tak berapa fresh...yang paling best deep fried chicken with thai mango sauce..akak tambah 2 kali...suka makan buah mangga..pasal kat meja akak cuma ada 3 pasangan lagi 2 pasangan tak datang..jadi memanglah banyak makan yang terlebih..udang ni kita orang kerjakan sampai habis...makan pun guna tangan aje..tak guna garpu dan sudu...payah bebeno nak kopek...pihak hotel pun ada sediakan air basuh tangan yang di bubuh lemon..dia orang tahu kot..majoriti orang melayu..lepas ni nak search cari resepi ayam ni...

Akak ni dan suami dialah pekerja yang mula-mula sekali join company ni..suami dia dah pencen tapi company suruh kerja balik...dulu best...masa staff tak ramai..kalau company buat percutian ..boleh kenal family mereka..sekarang ni dah ramai bebeno...kalau buat pun ikut department masing-masing.... tak sama tarikh pulak tu..sebab tulah akak dah tak berapa kenal dengan orang baru....kenal dengan orang lama aje..

Masa hidangkan ni akak dah tak larat nak makan...lagi pun akak tak suka ikan kukus...jamahlah sikit..tapi sedaplah..tak bau hanyir langsung...

Yang ni makanan yang terakhir....sebelum di hidangkan air longan...memang dah larat nak makan dah...jamah ajelah sikit..takut kempunan..

Mamat banggla ni yang serve kami..suami ashik usik dia aje....semua meja mamat banggla yang serve..alahai tak ada orang malaysia ke....kat belakang tu mat salleh dan cina yang dah mabuk...memekak aje..gelak ketawa tak sedar diri..nak buat macam mana..tenguk a jelah..

Panggil budak yang bergaya ni ambil gambar...dia menang no 1..dapatlah hadiah RM700..berbaloi...rupanya mamat ni kerja sebagai driver dan umur baru 23 tahun dan baru join kat company ni...darah mudalah katakan...

Tahun ni tak dak rezeki..tak dapat lucky draw...rasanya dua kali aje yang kami dapat lucky draw..jadilah...jangan tak merasa...lepak sementara tunggu nak keluar dari situ..punyalah ramai..tunggu reda sikit baru balik...sebenarnya ada disco ...tapi bangsa asing dan anak-anak muda yang menari..kalau akak pakai macam ni menari...mesti orang kata...dahlah pakai baju kurung pastu dah tua..tak sedar diri...tua nak m.......s...

sampai kat rumah dekat pukul 1.00 pagi...biasalah tu..kuala lumpur ni waktu macam ni pun kereta bersimpang siur..hantu pun takut nak keluar...

Grilled tandoori chicken


Ambil resepi dari rumah rincchan lagi...buat masa hari ahad sebelum gi main aising...akak perap lama...kerjakan ayam ni dari pagi...dalam pukul 10.00 pagi barulah di panggang dalam oven..akak tambahkan sikit paprika tu..pasal nak warna merah kasi clear sikit...makanan sehat ni..sesuai untuk orang diet..kalau makan dengan roti nan...aduss sedapnya...


Bahan-bahan:

  • 500gm ayam, dipotong dan dibuang kulitnya(akak tak buang pun)
  • 3 sudu besar jus lemon-akak guna jus limau kasturi aje
  • 1 1/2 camca teh garam
  • 1/4 camca teh serbuk kunyit
  • 1/2 cawan plain yogurt
  • 3 biji bawang putih, ditumbuk
  • 1 inci halia, ditumbuk
  • 1 1/4 camca teh serbuk ketumbar
  • 3/4 camca teh serbuk jintan putih
  • 1/2 camca teh serbuk cili/paprika-akak tambah ke 2 camca besar
  • 1 biji cili merah, ditumbuk
  • minyak masak utk percikan
Cara-cara:

1. Ayam dikelar-kelar atau dicucuk-cucuk supaya bahan perapan boleh meresap
dengan sempurna.
2. Dalam satu mangkuk besar campurkan jus lemon, garam dan serbuk kunyit.
Gaulkan ayam di dalam mangkuk itu dan perap selama 10min - 15min.(akak perap dekat 2 jam)
3. Di dalam mangkuk yg lain, campurkan pula yogurt, bawang putih, halia, cili dan
semua serbuk-serbuk rempah.
4. Gaulkan ayam yg telah diperap sebentar tadi dgn campuran yogurt ini pula.
Perap lagi selama 1/2 jam.
5. Bakar ayam di dalam oven pada suhu 200 darj cel. Sesekali percikkan minyak
masak utk mengelak dari kering. Gunakan serai utk memercik minyak mcm orang
bakar satay...


Resepi Apam Senyum@Apam Sengih@Apam Mekar

Akak ambil resepi ni dari http://rossitamz-kitchen.blogspot.com/..bila tenguk kat umah dia apam dia tersenyum langsung akak terkenan nak membuatnya..bahan dia pun senang nak dapat....Resepi asal ialah daripada Rokaya@My Resepi..

Mula-mula tamak nak buat 2 adunan...lepas baca balik si ita kata dpt banyak..jadi akak buat satu adunan aje...memang dapat banyak...akak boleh bawak ke rumah umi e dan tinggalkan kat rumah sikit..

Bahan-bahan
  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 camca besar ovallete
  • 1 cawan air aiskrim soda
  • 3 cawan tepung gandum
  • Sedikit pewarna merah jambu dan hijau
  • Papercup secukupnya

Cara-cara :

1. Pukul telur, gula dan ovallete sehingga kembang dan gebu.
2. Masukkan air aiskrim soda, dan pukul lagi.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dipukul rata.
4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan dengan warna merah jambu dan hijau. Satu bahagian dibiarkan dengan warna asal sahaja.
5. Masukkan ke dalam paper cup dan kukus dalam 10 -15 minit.
Oleh sebab akak tak ada bekas besar akak bubuhlah dalam raga ni...

Isnin, April 27, 2009

Belajar main aising..

Semalam akak pergi ke bandar baru bangi bersama anak lelaki akak yang nak masuk balik ke kolej di sana...mula-mula dia nak pergi ke kolej dia pada hari sabtu...jadi akak ingat akak tak dapatlah join kelas bc ni...hati berkobar-kobar nak pergi..pasal kelas ni free...kalau yang bayar tu kena beratus RM.....bila .member dah sanggup nak bagi tunjuk ajar..

..entah macamana dia pergi pulak hari ahad..jadi dapatlah akak join kelas bc ni...dah memang rezeki akak nak jumpa member-member my resepi ni....pagi-pagi sibuk bersilat kat dapur..dari sarapan hinggalah masak untuk makan tengahari dan alhamdulliah sempat buat apam senyum.nanti akak tepek resepi....

apam senyum yg akak bawak ke rumah umi e

Tuan rumah dah siapkan makanan tengahari...akak peserta yang paling lambat sampai...tq umi e bersusah payah menyiapkan makan tengahari...si niza dan member dia tak ada pulak masa makan tengahari ni...

sessi makan tengahari...tuan rumah umi e, akak, kakyu dan lily

bee dan kak intan...si nieza dan member dia taklah akak ambil gambar...



ayam masak merah dari ham, sayur umi e yang masak

kari ayam di sediakan oleh tuan rumah dan ikan masin ..sambal belacan tak msk pulak dalam gambar....sambal goreng di bawa oleh nieza...

apasallah si ham ni tersenyum simpul..

lily dan tun bersama anak lelaki yang very very polite.....

lepas mak-mak dara makan barulah anak-anak makan....tak aci kan macam ni...macammana mereka nak makan...ashik nak main ps 2 aje kat rumah umi e ni...tu pun kena panggil suruh makan...

lepas makan berangan pulak nak pukul alat pancaragam ni...ala eksyen aje..bukannya mereka tahu main pun...imran anak akak..hasyim anak bee, imran anak kakyu (eheh..betul ke)
dan adam yang sibuk nak ponting...

lily bawak cc yang comel lote...sedekah nak bagi kami kerjakan..tapi akak tak sempat nak buat...

yang ni bee yang bawa

mula-mula campurkan warna dulu ye ...sifu lily tengah nak bubuh warna kat bc...dia siap bawak kek pisang bercoklat...dan lagi satu kek apa ye....lupa pulak nak tanya si lily semalam..

lepas di ajar pulak teknik nak melepa kek

dan cara nak pakai sikat kek untuk buat garisan ni...mcm kakyu kata...kalau tak ada benda tu ..guna sikat rambut pun boleh..mcm-mcmlah si kakyu ni...bila dia ada ...memang riuh rendah di buatnya...ashik nak gelak aje...nasib baik dia tak ajak buat tarian poco-poco

bermula sessi macammana nak buat bunga ros...si ana yang tengah buat...

sifu bee yang dah belajar buat ros...dia ni rajin gi kelas...nasib baik masa ni nuha tak meragam..dia buat laju...kami yang terkial-kial...

tak perasan si kakyu ni tak pakai cermin mata....pakai contact lens ke dia ni...
punyalah excited dia nak buat rose..apasal kak intan senyum..ni mesti si kakyu buat lawak..


bersungguh-sungguh kak intan buat bunga ros ni..tahun depan bolehlah ambil tempahan ye kak intan..peserta paling senior....dianugerahkan pelajar terbaik semalam...nasib baik tak ada sijil kan kak intan..kalau idak mesti kak intan dah kena fremkan...maaf aaaaa...gurau aje tau..

peserta paling muda...berkobar-kobar si tun ni nak belajar...akhirnya di anugerahkan pelajar cemerlang oleh sifu lily, umi e dan bee..daripada blurrrrr pasal deco memdeco ni dia dah pandai..tajamkan skill lepas ni ye tun....pastu kumpul tool baking banyak-banyak...


nilah hasil kerja mereka yang balik sampai pukul 6.00...akak dalam pukul 3.00 petang dah cabut..pasal nak pergi ke rawang...nak lawat anak dara kecik akak...ralat jugak tinggalkan kelas separuh jalan...tapi nak buat camna...apa-apa pun akak ucap terima kasih pada tuan rumah, lily, dan bee yang sudi meluangkan masa dan memberi tunjuk ajar kepada kami yang blurrrrrrr pasal asing dan deco mendeco ni...

hasil kerja member-member...

bunga ros yang sedang berkembang...

cupcakes...yang berwarna warni

peserta yang dapat habiskan kursus sehingga ke akhirnya..tapi tak ada sijil....dari kiri umi-e, ana, tun, kakyu, lily dan kak intan...senyum meleret hingga ke telinga..

hasil kerja member-member...tersenyum simpul dpt menghabiskan kursus singkat ni.

macam biasalah.... dia ni mengada-gada...

Sampai kat rawang dah pukul 4.00 lebih...si imran dah kelaparan...akak pulak lupa bawak pinggan...terpaksalah makan atas bekas penutup tu...ira pun kena makan atas tu jugak..dalam pukul 6.00 bergerak balik ke rumah...penatnya...tapi berbaloi...

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...