Bahan-bahan :
- 1 peket nescafe 3 in 1
- Susu pekat manis -kali ni tak letak
- Susu cair / susu segar (kena pandai ejas lemak dan manis dgn susu manis)
- Whipped Cream
- 1/3 cawan air panas
- Serbuk kayu manis-tak letak sebab anak akak tak suka
- Air batu (jika mahu)-akak letak..kalau idak tak jadilah ice blended..
- coklat rice/coklat urai (kali ni akak pakai coklat chip)
Cara-cara
1. Bancuh nescafe dan air panas hingga sebati.
2. Masukkan susu cair kemudian kacau lagi.
3. Lepas tu masukkan whipped cream , coklat chip, air batu dan bahan diatas ke dalam blender dan blender sampai hancur.
4. Kemudian masukkan coklat chip dan blender sampai halus dan bolehlah dihidangkan. Taburlah coklat chip buat hiasan.

bestnya dpt mummy mcm akak ni. apa anak nak semua boleh buat. sy pulak byk yg tak boleh buat bila anak request tu ni. hehe
BalasPadam