Bila tenguk resepi ni lain dari resepi nasi ayam yang selalu akak buat..dengan penuh bersemangat dan virus R yang tengah datang menggila...akak kelentang.kelentanglah kat dapur. Akak nampak resepi ni kat blog dak Ika ..
Tang masak nasi tu yang lain..tak percaya tenguk resepi..setelah di tambah minyak bijan dan sos tiram, daun pandan, dan daun bawang nasi lagi berbau harum.
Walaupun nampak macam banyak bahan..sebenarnya bila buat takleh serenyah mana pun..tak sampai pun 1 1/2 jam dah siap. Tak percaya ker? Cuberlah dulu. Resepi asal dari Quinnie@Myr tapi akak c & p dari Ika. Terima kasih buat 2 orang ni.
NASI AYAM IPOH
Bahan Unutk Nasi:-
4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia*
3 biji bawang putih*
3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega
Bahan Untuk Ayam:-
1 ekor ayam-
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)
Bahan Untuk Sup:-
air secukupnya-
4 bawang putih diketuk-
3 inci halia di hiris-
3 helai batang bawang-
1 biji sengkuang dipotong dadu-
1 sudu besar serbuk lada sulah-
Bahan Untuk Cili
10/15 biji cili burung
6 biji cili merah
sedikit halia (ambik dari rebusan)
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam n gula secukupnya
(Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur-
Bahan Untuk Kicap
5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
(Blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah)
Bahan Hiasan
tomato, salad, daun sup dan bawang, timun
Method:-
Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
Method Untuk Nasi
Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.
Method Untuk Ayam
Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.
Method Untuk Sup:-
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Saya masukkan 1 kuib ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)
selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.
kalau ayam goreng yang garing2 memang sedap...
BalasPadamAssalamualaikum Kak Ina
BalasPadamGombak malee tak ada kee
he he
Wassalam
nak sikit nasi ayam!!!!
BalasPadamina akak pernah buat nasi ayam ikut resepi ina dulu..tu pun dah sedap.
BalasPadamuish
BalasPadamsedap!
macey bg resipi kak
tak payah g ipoh nak crik nasik nih
jaoh~ hee.
waaa.....sgt2 sedap...nak mamam!!
BalasPadamALA HAI MEDIA
No tauge?
BalasPadamayam tu nampak sedap sesangat.....
BalasPadam