OOO

Sabtu, Ogos 14, 2010

Bihun Soto (Guna Rempah/Pes Soto Peserai) Enak dong..

.
Buat bihun soto dengan menggunakan pes ni..dah lama dah buat.

Akak beli pes ni kat Pasar Tani di Jalan Tanglin..beli satu paket dulu..sajer nak rasa. Memang sedap pes ni...rugi pulak tak beli lebih.

Selalunya akak buat pengedil daging..kali akak cuber buat pulak pegedil ayam..rasa ..sedap gaklah.

Pegedil ayam

Bahan-bahan
  • 100-200gm daging ayam kisar
  • 3 biji ubi kentang
  • 1 sudu makan bawang goreng
  • sedikit hirisan daun sup dan daun bawang
  • sedikit serbuk lada hitam dan lada putih
  • sedikit garam
  • 1 biji putih telur-untuk salut kat pegedil
  • sedikit kiub ayam (pilihan)
  • minyak untuk menggoreng
Cara-cara
1. Goreng kentang yang telah di potong 6 dan toskan.
2. Goreng ayam kisar dengan sedikit minyak bersama-sama serbuk lada hitam, kiub ayam, serbuk lada sulah dan sedikit garam.
3. Tumbuk ubi kentang hingga lumat dan masukkan ayam kisar, bawang goreng dan hirisan daun sup bawang dan campurkan semua sehingga sebati.
4. Bulat-bulatkan dan leperkan sedikit.
5. Pukul telur putih dan celupkan pegedil tadi dan goreng dengan api sederhana.

Cara nak buat kuah soto
Ikut ajer arahan kat situ..ada tersenarai bahan-bahan yang di perlukan. Lepas dah siap, goreng ayam tu..dah tu boleh siat-siat ayam tu. Senang bukan, orang lelaki pun boleh masak kalau ada pes/rempah soto ni.

Kalau tak dak pes ni guna resepi kat SINI YER

Kalau tak dak bahan lain mana boleh jadi. Kira cam tak lengkaplah bihun soto ni kan.

Bahan-bahan sampingan
  • Bihun-rendam dalam air mendidih pastu jirus dengan air sejuk. Toskan.
  • Sambal kicap
  • Bawang goreng
  • Taugeh, buang ekor dan celur sekejap, toskan
  • Hirisan daun sup
  • Hirisan daun bawang
  • Daging ayam yang disiat2 halus
  • soo hoon-goreng dengan minyak panas..tak yah basuh tau..terus cebur ajer dalam minyak tu.
p/s sape yang duk kat batu pahat...kalau rajin tolonglah belikan lagi pes soto ni yer..

19 ulasan:

  1. agak-agak buke bile ea?? sedap nye soto 2......... sob3

    BalasPadam
  2. kak ina,kentang pegedil tu
    kalau rebus tak nak goreng
    ok gak kan?saye tak penah buat pegedil ni..
    rase kalau goreng macam lambat je..
    hehe..
    penah makan soto kat perak
    taugeh tu dia tak celur..
    dia boh mentah2 gitu..

    pastu nak citer ni,ade 1 kedai makn kat penang ade ke bihun soto
    boh telur rebus..
    tekejut saye tengok..
    haha..rase pun macam makan bihun dengan air sejuk.
    hehe..

    BalasPadam
  3. fuhyooo.. bace pun sedap.. sile jemput saye berbuke.. kerane sy duk di gombak.. haahahaha

    BalasPadam
  4. pergh sedapnye kak...terliur lak lagi sejam nak buka ni..

    BalasPadam
  5. nak kirim ke kak ina? nanti kalo balik sana nnt saya bagitau :)

    BalasPadam
  6. tgk pon dah menggiurkan...nyam2!!

    BalasPadam
  7. resepi yg menarik kak, kami bole cuba ni.trima kaseh..

    BalasPadam
  8. menu soto ni menjadi pilihan kami anak beranak.Nampak gayanya petang ni masak mee soto lah :)

    BalasPadam
  9. kita org Bt Pahat sejak azali pun lum pernah jumpa dan try rempah ni. Tak bleh jadi ni..kena cari nih..soto Johor mmg paling best gitu..

    BalasPadam
  10. senang & mudah utk yg berkerja mcm saya kak..

    BalasPadam
  11. Salam Ramadhan kak ina,
    Sempena ramadhan ni, saya mohon maaf atas segala salah silap saya, ya kak.
    Mihun soto tu memang buat terliur. Saya takpernah guna rempah macam tu. Rasanya perlu beli juga ni. :)

    BalasPadam
  12. balik batu pahat nak kena carik nie kak, mesti trangkat

    BalasPadam
  13. nasib baik saya baca entri akak ni masa dah lepas berbuka..hehe

    Entri terbaru chekgu

    Perubatan yang membatalkan/tidak membatalkan puasa

    BalasPadam
  14. suka2 resepi pegedil tu..
    nak buat la nanti.
    thanks ye kak ina.

    BalasPadam
  15. apa lagi jom terjah rumah kak ina bulan syawal nanti

    Kesalahan Bulan Ramadan

    BalasPadam
  16. boleh tk zoomkan alamat rempah soto tuh?tqs..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...