OOO

Selasa, November 02, 2010

Sedih dan Geram

Entah mengapa akak masih lagi teringat dengan  anak buah suami akak yang meninggal dunia semalam.  Masih terbayang-bayang lagi wajah beliau sehingga saat ini , air mata mengalir tanpa di sedari.

Masih terbayang lagi kenangan bersama arwah terutama semasa beliau masih kecil.  Masih teringat lagi semasa perkawinan akak di rumah arwah mil beliau, arwah yang ketika itu berumur dalam lingkungan 3-4 tahun bermain-main bersama sepupu yang lain di atas pelamin.

Selepas akak melahirkan Russhdi, Firdaus dan Yana, bila pulang ke kampung mereka selalu bermain bersama.  Dan kebetulan muka Russhdi memang ada iras dengan arwah semasa kecil.

Bila dah tamat persekolahan  menengah, masing-masing telah melanjutkan pelajaran di tempat yang berlainan dan masing-masing jarang bertemu.  Tetapi bila sekali-sekali berjumpa mereka selalu lepak bersama.

Al fatihah buat arwah.  Semuga arwah tenang di sana dan di tempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.

Tetapi akak sakit hati dan geram kerana di saat kami semua bersedih masih ada lagi insan yang masih mengambil kesempatan. 

Di saat jenazah tiba di rumah semuanya bertumpu di depan rumah, rupanya ada yang masuk ke dalam bilik dan mengambil beg tangan yang memang kami pakai letak sahaja di situ tanpa memikirkan apa-apa.  Takkanlah orang nak mencuri disaat kami semua kesedihan.

Begitu banyak beg tangan yang ada di situ, kebetulan si pencuri telah mengambil duit dan hp adik perempuan arwah yang baru sampai dari mengiringi jenazah abang beliau dari hospital.

Bila adik arwah hendak ke masjid untuk bersama-sama menyembahyangkan arwah, barulah beliau perasan yang barang beliau telah hilang.  Pandai sungguh si pencuri itu, dia cuma mengambil RM yang besar dan meninggalkan RM yang kecil.

Kesiankan, disaat adik masih berduka kerana kehilangan abang yang tersayang beliau terpaksa menghadapi dugaan semacam itu.

Tapi beliau tak beritau sesiapa ,bila arwah dah selamat di kebumikan dan selepas majlis tahlil barulah beliau beritau kami.  Kelam kelibut masing-masing pergi ke bilik tersebut dan alhamdulliah manusia yang tak berhati perut itu tak sempat menyelongkar beg tangan yang lain.

Alhamdulliah beg tangan akak selamat, risau gak sebab ada kamera, hp dan ada RM yang baru akak keluarkan dari bank sebelum sampai ke rumah arwah.

Entahlah..manusia...manusia..jika adik beliau redha dengan kehilangan arwah abang mungkin dia juga redha kehilangan barang beliau dan semuga beliau akan mendapat rezeki yang lagi banyak dari yang hilang.

38 ulasan:

  1. astaghfirullah...sanggupnya org tu mencuri masa org tgh bersedih2 ye kak ina.

    BalasPadam
  2. Salam Kak Ina,

    Apa khabar? memang tak patut orang tu buat begitu..ambil kesempatan semasa org lains edang bersedih... kmi pernah terkena dulu tetapi semasa kenduri kahwen... entah siapa masuk bilik pengantin curi duit pengantin, ada jiran saya pulak, orang masuk dlm bilik pengantin semasa orang ramai sedang sibuk2 tgk pengantin lelaki datang (masa tu kan bosong dgn kompang) ..curi duit hantaran !!!! Lesap duit hantaran RM5K...huhu... sebab tu kena berhati2 semasa kenduri kendara nih..kalau boleh bilik utama yg ada duit bagai tu, kunci ..jgn bagi org yg di ragui masuk...

    tapikan kak..kekadang kita pun tak tahu..harapkan pagar, pagar makan padi... ada juga di kalangan sedara mara yg ambil kesempatan...

    BalasPadam
  3. Kak Ina, JANGAN LUPA MASUK CONTEST AZZAH TU YA...AKAK kan dah tahu jawapannya...

    BalasPadam
  4. salam takziah kak..dunia ni macam2 perangai manusia..esp yg amik kesempatan..dah tak peduli halal haram..

    BalasPadam
  5. salam kak ina
    org mcm tu pun ada kat dunia ni ya...tak kira halal haram,tak kira perasaan org...main rembat ja...

    BalasPadam
  6. salam Ina. Takziah untuk keluarga yang kehilangan dan alfatihah untuk arwah.
    orang selalu mengambil kesempatan. kita patut berhati2..

    BalasPadam
  7. Salam Takziah Kak Ina....tu sebab kita kena sentiasa beringat bila dah ramai2 tu....sebab ada manusia yang suka menangguk di air yang keruh!!!

    BalasPadam
  8. salam kak ina... takziah buat kak ina sekeluarga..
    zaman skang kak, mmg org suker amik kesempatan x kira dlm ape jua keadaan... huhuhu.. semoga org yg buat tu akan dapat balasan setimpal..

    BalasPadam
  9. Takziah buat akak dan keluarga. Al-fatihah utk arwah. Didoakan agar roh arwah bersama insan2 yang beriman.

    Astagfirullahazim.. Ada juga orang jahat gitu tupa kan.. Sgt xberhati perut. Semoga Allah membalas perbuatannya...

    Love,
    PojiePooh Abdullah

    BalasPadam
  10. ramai tul nak jadi pencuri sekarang ni..tak fikir org pun dalam kesusahan

    BalasPadam
  11. Sabarlah, yg hidup pasti akan menemui Allah, kita je belum tahu bila. Mudah2an Allah memberkati hidupnya dan tergolong org yang beriman...

    yg pemenang contest akak tu, belum cantact sy lg. sy dah letak kmen kat en3 dia...

    BalasPadam
  12. salam takziah..org mcm tu mmg tak berhati perut..dia dh tak kenal dosa pahala...grrrrr....geramnya saya

    BalasPadam
  13. uih..
    kesiannya.
    kejam betul orang sekarang ni kan.
    mana ada peluang dirembatnya.

    BalasPadam
  14. ada juga manusia jenis hati batu...orang tengah susah..ditambah lagi kesusahan dan kesedihan..

    BalasPadam
  15. Salam takziah kak..

    banyak2 sabar ye.

    BalasPadam
  16. salam takziah yerk kak ina...dalam pada org bersedih...masih ada lagi insan x berhati perut kann...tapi memang banyak kak berlaku kes mcm nie....

    jgnkan duit dlm henbeg...duit org sedekah utk arwah pun diorg kebas...x bleh tengok duit kot org mcm tu...semoga tuhan berikan petunjuk kepada pencurik2 tuu...

    pstt:- azue dah email kat akak..sorry yerkk lambat...tenkiuu kakk...

    BalasPadam
  17. orang panjang tangan ni memang mcm tu kak..pantang nampak barang orang..jangan kata kat majlis2 kematian macam tu..dalam surau pun ada kak...

    BalasPadam
  18. kak, alfatihah utk arwah dan takziah atas kehilangannya

    sy hrp tak ada lagilah manusia yg amik kesempatan di atas kesedihan org lain, sedarlah, kita hidup di dunia ni sementara saja

    BalasPadam
  19. Kat kampung kami memang sudah beringat-ingat pasal hal tu. Tak kira majlis apa sekalipun. Handbag dan barang berharga simpan elok-elok kuci kemas-kemas. Kami juga berjaga-jaga dengan tetamu yang nampak nampak pelik jer. Kira-kira mencurigakan. Sebab memang dah ada kes macam tu. Diorang apa kisah kita sedih ker apa. Janji diorang dapat.

    BalasPadam
  20. alfatihah .

    sempat lagi die kebas kak , saba la ek , doakan pencuir tu diberikan hidayah

    BalasPadam
  21. ya Allah.
    siapa pencuri tu ?
    kejam betul.

    BalasPadam
  22. mesti adalah dalang kat setiap majlis tauuu... selalunya kat kenduri kawen, sapa yang leka, dan2 tu laa jadi mangsa, mcm tau2 jer orang tengah leka...

    apapun, biar Allah jer yang balas sebab semua insan akan menemui ajal masing2

    BalasPadam
  23. mesti adalah dalang kat setiap majlis tauuu... selalunya kat kenduri kawen, sapa yang leka, dan2 tu laa jadi mangsa, mcm tau2 jer orang tengah leka...

    apapun, biar Allah jer yang balas sebab semua insan akan menemui ajal masing2

    BalasPadam
  24. Ya Allah..sempat lagi si pencopet nie buat projek.

    ngok betul la dia tue..memang sedih dan geram membaca entry ini..

    takziah kepada keluarga arwah..

    BalasPadam
  25. maham harammm pencuri tu.

    kak ina, template dah cun tp header kene bagi sama nada dengan template.

    BalasPadam
  26. memang sampai tul hati org buat hal tu ek...klau dia yg kena cam ank sedara akak tu cam ne laa...moga2 adik arwah bersabar, INsya Allah apa yg berlaku ada hikmahnya.

    Al-Fatihah utk arwah.Moga2 rohnya ditempatkan bersama2 yg beriman n soleh. Amin

    BalasPadam
  27. takziah kak...n Al fatihah untuk arwah....

    BalasPadam
  28. sabar je la kak...ade la balasan untuk org macam tu...takziah saya ucapkan

    BalasPadam
  29. Salam takziah buat k.Ina sekeluarga

    Alfatihah biat arwah..moga rohnya dicucuri rahmat.
    geram jugak baca citer k.ina...dlm kesempitan ada pula yg ambil kesempatan. dtg melihat kematian bukannya nak insaf ...car jln buat dosa mencuri..

    BalasPadam
  30. salam.. takziah untuk anak buah akak tu..
    eii.. geram juga bila baca kisah ni.. di saat kesedihan si pencuri tak berhati perut(sbb tu namanya pencuri)..
    semoga dia dapat balasan setimpal..
    ALL IN ONE

    BalasPadam
  31. salam ina..takziah..dan alfatihah buat arwah..

    BalasPadam
  32. salam kak

    saya pon msh dok teringt abg sepupu saya meninggal,walaupon dah nak msk 4thn...

    arwah meninggak 1 4bln lps ibu arwah,mak sedare saya pergi :'(

    xlame pencuri tu tgk la,kurg ajr btl

    BalasPadam
  33. sbb tu Islam bagi hukuman potong tgn kpd pencuri2 kejam mcm tu

    BalasPadam
  34. salam kak ina..

    semoga kak ina sekeluarga n adik arwah sekeluarga tabah dan redha atas pemergian arwah..

    semoga pencuri tuh dpt balasan yg setimpal dpd Allah..

    BalasPadam
  35. Salam kak, alfatihah buat arwah, moga rohnya dicucuri rahmat.

    Ya Allah tergamaknya si pencuri tu, mudahan pencuri tu dapat balasan.


    www.yanmieonline.com

    BalasPadam
  36. Sungguh tak berhati perut org yg buat perkara mencuri tuh.. moga allah akan membalas perbuatannya itu

    BalasPadam
  37. uish... sampai begitu sekali orang nak menangguk di air keruh.... ;-(

    BalasPadam
  38. Salam takziah Kak Ina,
    Mudah-mudahan Allah tambah kesabaran dan ketabahan buat adik arwah yg sedang menghadapi ujian Allah.yakinlah,setiap yg baik akan dibalas baik.Mudah-mudahan rezekinya semakin luas.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...