OOO

Jumaat, Disember 24, 2010

Telur Dadar Cencaluk

Dah pernah dah buat telur dadar cencaluk ni.  Orang Melaka kalau tak makan cencaluk rugi.  Walaupun semua anak dan suami  setakat ni tak sentuh, akak peduli apa.  Akak buat separuh ajer dari resepi di bawah.  Lagi separuh tak letak cencaluk.  Buat telur dadar biasa ajer.
Kali ni akak ambil dari  blog http://suejoshua.blogspot.com.  Terima kasih sue.

BAHAN-BAHANNYA:
  • 6 biji telur
  • 2 s/b rata cencalok
  • 1 biji bawang besar - dihiris kecil *
  • 1 biji cili merah - dihiris nipis *
  • 1 biji cili hijau - dihiris nipis *
  • 1 tangkai daun bawang - dihiris *-tak letak
  • 6 s/b minyak sayuran
CARA-CARANYA:
  • Pecahkan telur dan masukkan kedalam mangkuk, pukul telur hingga rata, kemudian masukkan cencalok, kacau hingga sebati.
  • Masukkan pula bahan yang bertanda * kedalam mangkuk berisi telur dan cencalok tadi, kacau lagi hingga kesemua bahan rata.
  • Panaskan minyak didalam kuali non-stick, kemudian tuangkan telur, tutup sekejap permukaan kuali dengan penutup sehingga bahagian bawah telur masak, kemudian balikkan telur tadi, tutup semula permukaan kuali sehingga telur masak rata, hidangkan.

19 ulasan:

  1. pernah nmpk mat gebu buat gak...kak ina, rasa telur ni mcm mana bila dah letak cencaluk,mas makan cencalok....

    BalasPadam
  2. sya tak makan cencalok..huhu..first time dgr menu ni

    BalasPadam
  3. ermm..biasa dengar laa kak..tapi masih tak berani nak cuba....laaa

    BalasPadam
  4. tak masin ke kak? cencaluk tu kan masin ya amat..

    BalasPadam
  5. k.ina,

    1st time sy tgk telur dadar cencaluk.best x?

    BalasPadam
  6. apa perasaan mkn telur dadar ni kak?masin tak?

    BalasPadam
  7. creative la u ni sis .. but good to try

    BalasPadam
  8. lazaac ni kalau goreng telur, confirm last2 jadi telor hancur... nak buat telur dadar, jadi telur hancur...

    pastu kalau nak terbalikkan telur tu, pernah byk kali telur jatuh gi lantai... huhuk.. ganas sangat memasak ni.. :p

    BalasPadam
  9. cencaluk? tak pernah makna pun hee

    BalasPadam
  10. salam kak ina, MIL saya pernah buat..sedaappp...

    BalasPadam
  11. kak saya org kelantan+ singapore.. jadi, budu cencaluk belacan semua saya bedal. semua sedap. ni mcm sedap jer telur dadar nih

    BalasPadam
  12. selalu letak mayonis ja..mcm sheila rosli buat tu..

    BalasPadam
  13. erm, sedapnya,,kebetulan kat dapur saya ada cencaluk..boleh cuba idea ni..terima kasih kak ina :)

    BalasPadam
  14. uissh x penah try lg letak cencaluk dlm telur. hehe.

    psttt kakk, eyka nak beli 2 balang cookies tu nanti.
    berapa Ringgit semua ehh? ahad nanti pegi kalau xde pape hal lah. tp rasa confirm dtg....ty akak pas kat daydeck or redlinda ehh . TQ

    BalasPadam
  15. me tak mkn cencaluk :) tp suka mkn telur dadar letak bwg, daun bwg, tomato etc

    BalasPadam
  16. resepi yg tak perlu kuar blanja banyak....sayang kak ina...hehehe

    BalasPadam
  17. tak masin ke kak?
    sy x suka cencalok sebab masin..hohoho

    BalasPadam
  18. First time dengar resepi ni. Eheh, kurang sket kalau bab cencaluk ni. (^__^')

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...