OOO

Khamis, Mei 05, 2011

Mongolian Chicken Recipe

Doc suruh diet..puaslah akak tukar kepada pemakanan yang sehat tapi nak buat camner..turun sikit ajer..sabar ajerlah.  Kena inject lagi tumit kaki.  Akak tak gi ke Hospital Ampang Putri tapi cuba pula di sebuah klinik di Sentul.  Murah sikit dari kat tempat hospital tu.

Doktor pun peramah sungguh, pastu dia ada bagi doa-doa.  Tenguk gaya doktor ni alim..ada janggut.  Kalau buat rawatan kat kaki ni memang mahal ek.  Beratus-ratus duit keluar...nasib baiklah boleh claim.  

Masakan ni mungkin orang mongolian suka masak kot. Tu sebab nama dia macam tu.  Sekali sekali tukar selera barulah hb kata ...tak lah ashik masak sama ajer. Akak ambil dari blog Cik Manggis , beliau ambik dari dapur Sonia Nasi Lemak Lover.

Bahan-bahannya
3 ketul paha ayam-potong kecik agak-agak bite sizes-(akak guna bahagian isi)
3 tangkai daun kari.
2 biji cili padi-hiris serong
1 labu bawang besar-cincang
4 ulas bawang putih-cincang.

Bahan untuk perap
1/2 teaspoon garam
1 teaspoon  minyak bijan
1 biji putih telur(resepi asal 1/2 biji telur)
2 table spoon tepung jagung
akak tambah  : sedikit kicap cair dan sos tiram)

Perasa:
1/2 tea spoon serbuk lada hitam
150 ml evaporated creamer(tak bubuh)
1 table spoon  chili paste
Garam dan gula secukup rasa (letak sedikit garam ajer)

Cara-caranya
  1. Perap ayam dengan bahan-bahan perap selama 30 minit.
  2. Goreng ayam hingga kekuningan dab ketepikan.
  3. Tumis  cili paste kemudian masukkan bawang besar,bawang putih, hirisan cili api dan daun kari hingga naik baunya.
  4. Masukkan ayam dan gaul hingga rata dan masukkan garam .Kemudian masukkan sedikit air.
  5. Kacau hingga sebati. Siap

12 ulasan:

  1. sedappnya tengok ayam tu kak......

    BalasPadam
  2. dah dpt terbyg dh rasa dia kak...sebab seblum ni pernah try gak

    BalasPadam
  3. nampak sdap je..leh rase ckit...he3

    BalasPadam
  4. aduh.. dah kul 1... lapar terus nie

    BalasPadam
  5. nampak sedap & berseri jer ayam tu

    kak ina sakit apa?

    BalasPadam
  6. twngok tajuk tuh, risau nak tinggal komen kat sini. takut terlebeyyyy sudah. huhuhuhuhu

    BalasPadam
  7. hahaha kalau si cuteri nampak ni habis sepinggan dia ratah....

    BalasPadam
  8. hehehe akak bukan bz sangat tapi takde mood nak update blog skang ada big M dah bersarang kat badan ni ha...huhuhu..
    boleh cuba ni ayam nih mesti bebudak suka....

    BalasPadam
  9. wahhhhh sodap nye menu ni kak ... zura mmg suke ayammmmmmmmmmmm

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...