OOO

Isnin, Jun 18, 2012

Stail Akak Masak Szziling Yee Mee Di Rumah

Kat umah akak..anak-anak paling suka bila akak buat szziling yee mee terutama Imran.  Oleh sebab akak tak kuasa nak beli hot plate cam kat tempat makan..akak ajar anak akak camner nak panaskan yee mee ini.


Kalau tak buat camni..nanti masa makan yee mee ni terasa keras.  Bila dah siap kuah, masukkan anggaran untuk seorang makan..selalunya dalam 2-3 senduk seorang bersama yee mee.  Bila dah menggelegak masukkan telur dan sayur jika suka.  Biarkan sebentar tanpa di kacau dan tuang dalam mangkuk..bolehlah di makan .  Senang kan..

Bahan-bahan ( 2-3 org makan )
  • 2-3 sanggul (gulung) yee mee
  • 5 ulas bawang putih-dihiris nipis
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)-akak guna cendawan tiram ajer
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
  • 3 biji cili kering- potong serong-kalau nak pedas tambahlah lagi
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 in halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • sawi-akak tambah-potong kecil
  • garam- secukup rasa
  • Beberapa titik minyak bijan
  • 1 sudu besar tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis
Cara-cara

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air.
  4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan cendawan serta sayur-sayuran yang lain- tunggu 2-3 minit.
  6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
  7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
  8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas-panas
Pastikan periuk tu bertangki sebab senang nak tuang kuah.

18 ulasan:

  1. kreadit untuk k ina...boleh buat menu makan malam nih...heheheh..tq kak...terliur dah nih..

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. aduhai terliur sy kak,terus rase nk lunch sizzling lunch ni heheh

    BalasPadam
  4. dapnyer cam kat kedai...tp mungkin lagi sedap!!

    BalasPadam
  5. boleh masak mcm kat kedai eh..sedapnyaa...

    BalasPadam
  6. kak..menu ni wishlist el
    el ada hotplate tu..nti el leh gunapakai resepi akk ni
    thx kak...sodap beno sizling tu..sib bek x jilat skrin

    BalasPadam
  7. aduhai akak sedapnyer~~ da berjelejeh air lio nengok nih..

    -nk msk mls- :P

    tgk bhn2 dia punyalah byk..tgok cara2 dia "aik cam senang je" ^^

    pss : kalo tuko yee mee kpd mee kunen boleh kn kak???

    BalasPadam
  8. dah lama tak buat yee mee sizzling sendiri. yummy! hehe

    BalasPadam
  9. huh..kalau camni tak perlu makan kedai dah..jimat dan sedap...

    BalasPadam
  10. nak ambik ye resepi akak..anak2 saya suka makan yee mee..tak penah cuba buat sndiri lagi..kali nak cuba la..tq kak

    BalasPadam
  11. Tergoda sudah...kurang teruna terusss!!...hahaha...

    BalasPadam
  12. Myra penah try buat Sizzling ikut resepi akak ;)
    Jadi tau :D

    BalasPadam
  13. meleleh air liuq cheq,,,tak pernah lagi buat yeemee kat umah..boleh try ni heheheh

    BalasPadam
  14. wah.. boleh masak sendiri...
    kalau sop, kedai jer lah.. hahaha

    BalasPadam
  15. sedapnya,,nanti nak try saya refer resepi nih la.

    BalasPadam
  16. pernah beli yee mee konon nak buat sdr kat rumah but dok keras dlm lemari tuh ja.....hahahahahahahaha

    BalasPadam
  17. sedap... nak try resepi ni jugaklah... thankz kak ina

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...