OOO

Khamis, September 13, 2012

Seronoknya Minum Susu Bersama Keluarga

48 hours Sticky Post. Scroll down for the latest entries.


Sepanjang kempen Nikmati Susu Dalam 21 Hari anjuran Dutch Lady, kami sekeluarga menjadikan susu sebagai minuman setiap hari kerana kami tau dengan kebaikannya terutama bagi saya dan suami yang memasuki usia 50 an. Susu merupakan satu dari minuman yang mempunyai khasiat yang lengkap yang baik untuk kami sekeluarga.

Minum susu baik di amalkan di waktu pagi  dan di waktu malam sebelum tidur.  Jika perut lapar, minum susu dapat mengenyangkan perut untuk masa yang lama.

 Minum susu setiap pagi sebelum ke sekolah adalah rutin Imran, tak kira susu penuh krim, perisa strawberi ataupun coklat Imran tak memilih langsung. 
Saya seronok bila tenguk Imran minum susu setiap hari kerana di peringkat tumbesarannya, minum susu setiap hari adalah baik untuk perkembangan otaknya juga kerana kandungan kalsium, fosfor, magnasium dan protein yang ada terdapat dalam susu.
 
Bila kanak-kanak suka minum susu setiap hari ianya amat baik untuk tenaga  dan kesehatan dan akan menghalangi anak daripada mengambil minuman ringan.  Selain itu ia dapat mengurangi risiko gigi membusuk dan gusi lemah.


Kadang-kadang Imran mengambil semangkuk bijirin yang di penuhi dengan susu sejuk untuk di makan bila-bila masa sahaja.  Minum susu setiap pagi cukup untuk membuatkan Imran segar, sehat dan kuat semasa di sekolah.
 
Anak perempuan saya pun menggemari susu, pantang di masukkan ke dalam peti sejuk mereka berebut-rebut meminumnya  tak kira waktu terutama jika ada susu perisa strawberi dan  coklat didalamnya.
 
Yana yang memang suka minum susu setiap hari dari kanak-kanak lagi dan terus meminumnya sehingga dewasa kerana percaya jika mengamalkan minum susu setiap 2 kali sehari akan membantu menjaga kekuatan dan kepadatan tulang dan memberi pelbagai manafaat bagi tubuh badan


Dengan mempelbagai idea untuk menikmati susu, akak selalu  buat susu kocok coklat/milkshake yang di taburi dengan coklat urai , gembiranya bila lihat   semua anak-anak tak sabar nak menikmati minuman yang menyamankan tekak ini terutama semasa cuaca panas.
Kalau saya  buat pastry cream puff pula, teruja bila sajer  di hidangkan, sebiji demi sebiji di masukkan ke dalam mulut..tak sedar dah habis dalam sekelip mata. 
 
Tentulah saya suka bila cream puff yang di perbuat dari susu amat di gemari oleh keluarga saya, hilang rasa penat membuatnya bila semua menggemari juadah dari air tangan ibu.  Pastry cream puff ni sedap di nikmati tak kira bila-bila masa dan di mana jua.
 
Selain itu juga saya suka buat kari ayam menggunakan susu sebagai pengganti santan.  Sedap gak rasanya dan di makan bersama capati.  Berkhasiat bukan.
Suami pula suka bila saya campurkan susu  untuk di nikmati 
bersama secawan kopi di pagi dan di waktu petang.


Banyak idea sebenarnya untuk menikmati susu untuk anak-anak dan keluarga anda. Idea-idea yang lain boleh di dapati di FB Kempen Nikmati Susu Dalam 21 Hari yang memang menarik untuk di cuba dan anda juga boleh mencetaknya.
 

Bila dah cuba, anda boleh hantar idea anda di  galeri idea.  Mana tau anda boleh menang wang tunai RM200.00 nanti.



Anda boleh juga Share kempen ini  bersama-sama teman FB supaya teman-teman anda boleh juga share idea mereka pula dan mereka boleh tau adabermacam-macam idea untuk menikmati susu seisi keluarga.

Dengan butang "Idea Rawak", anda boleh merawakkan 21 hari idea-idea yang berbeza daripada Galeri dan boleh "Cetak" senarai idea tersebut.


Dengan menekan butang tersebut juga, anda boleh mendapatkan idea-idea segar untuk program ini dan menggunakannya untuk keseronokan dan memberi keluarga/anak-anak cara-cara yang baru untuk menikmati susu..senang bukan.


Anak-anak lelaki saya pun  memang suka minum susu dan mereka lebih menggemari susu perisa coklat dan strawberi.  Pantang jumpa...gulp..glup..alahai dah habis sekotak besar susu..
Saya juga suka minum susu terutama susu segar kerana kadang-kadang jika tak sempat menikmati sarapan pagi, saya amalkan minum segelas susu sebelum keluar ke mana-mana.

Bila dah minum segelas susu perut barulah ada tenaga untuk menjalankan tanggungjawab sebagai suri rumah dan blogger.
 
Pada Aidil Fitri kali ini, selain dari menghidangkan hidangan serta minuman yang menyelerakan dan biskut raya, saya juga menghidangkan susu sambil bercerita mengenai kebaikan minum susu kepada tetamu yang hadir di rumah. 
 
Anak saudara suka bila saya hidangkan susu bila mereka datang beraya bersama keluarga..glup...glup...glup minum susu penuh krim Dutch Lady....tersenyum gembira kanak-kanak ini..barulah nampak efek riang ria di petang aidil fitri.


Dari anak-anak saya kecil lagi, saya akan pastikan untuk membeli berkotak-kotak susu untuk di untuk di minum di rumah..tu sebab anak-anak saya menggemari susu sehingga dewasa.

Minumlah  susu setiap hari
Susu Dutch Lady di nikmati bersama
Jadi segar bertenaga lagi
Jadikanlah  amalan untuk kebaikan bersama

13 ulasan:

  1. wah hidangan yg sehat utk sfamily ni..

    rasanyer pun sedap, ltk dlm kopi lagi lah umppph!!

    xperlu bimbang kalo ank2 susa nk mkn hidangkn susu diorg bleyh dpt zat tmbhn n mengeyangkan dgn cara sehat..

    BalasPadam
  2. yummy... pagi ni pun dah mulakan dengan segelas susu coklat sebab dah rasa cam kurang kalsium. hihihi...

    BalasPadam
  3. wah bagusnya akak sebab jadikan susu sebagai hidangan utk sekeluarga... family saya pun gemar susu dutch lady nie terutama si kecik kat umah...kalau beli pek dutch lady yg utk kanak2 sekejap saja dia dapat habiskan berkotak2.

    BalasPadam
  4. Kebanyakan ahli keluarga Kak Ina memang suka minum susu Duth Lady yer..

    Baguslah tu untuk kesihatan dan kecergasan..

    Alhamdulillah.. Ahli keluarga saya pun suka minum susu Duth Lady ni.. Terutamanya dua orang anak lelaki saya..

    Kalau pergi jer Supermarket memang Confirm mereka minta saya belikan susu kotak atau Botol Dutch Lady..

    Rasanya memang sedap..



    Penghargaan Kepada Penaja Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular

    BalasPadam
  5. Saya pun suka minum susu dutch lady ni tapi hanya suka perisa coklat je .. Hee

    BalasPadam
  6. Tak terfikir untuk hidangkan susu pada tetamu di hari raya. Idea yang sangat bernas. Rasanya masih tak terlambat lagi untuk hidangkan susu Dutch Lady pada tetamu di sisa2 hari raya ini.

    * dah muak dengan hidangan air ber gas di hari raya ini.

    BalasPadam
  7. insyaAllah nak try juga lah contest dutch & lady tu!!! hehe

    BalasPadam
  8. macam2 boleh buat ngan susu ni kan kak ina.. tapi sy pon suka minum mcm tu jer.. atau makan ngan bijirin.. wat ais krim pon bole ;)

    BalasPadam
  9. sedap susu dutch lady. cuma herga patut dpt subsidi lagi

    BalasPadam
  10. Nampak sedap-sedap semua makanan tu terutama sekali pastry cream puff dan milkshake tu.Dahla tengah kelaparan ni.Hehe..Banyak jugak kegunaan susu ducth lady ni kan.

    BalasPadam
  11. susu putih ganti santan dlm kari cicah capati tu gerenti sodap. good luck kak ina.

    BalasPadam
  12. kak ina, walau pun rasa malu nak ngaku tapi saya memang minum susu dari kecik, sampai sekarang dah umor 40 pun memang setiap pagi akan minum segelas susu. Last year saya check index tulang, syukur Alhamdulillah memang tinggi kalsium dalam tulang temulang saya ni.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...