Usaha ajer..jika ada rezeki adalah kan.
Lama betul tak buat donut..sekali buat..sekejapan habis. Dulu akak pernah cuba resepi yang INI dan yang INI..resepi ni sedap tapi agak renyah nak membuatnya. Kali ini akak buat donut ambil resepi dari blog Ha Sue pula. Resepi ni tak ambil masa yang lama nak perap. Cubalah yer.
Bahan-bahan
500g tepung berprotein tinggi/tepung gandum-akak guna tepung gandum
1 peket yis segera-11gram
50g marjerin/mentega-dalam 2 sudu besar
1 sudu besar (penuh) shortening
2 sudu besar (penuh) gula pasir
2 sudu besar susu pekat/2 sudu besar susu tepung-akak guna 2 susu pekat
1 biji telur
1/2 sudu kecil garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml air suam suam kuku (bergantung pd kualiti tepung- saya guna 200ml)
Cara-cara
Di
dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis segera,
gula pasir, susu,marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan
selama 8-10 minit.
Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dipukul sedikit dan juga garam.
Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dipukul sedikit dan juga garam.
Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu (bila dah sebati tu dikacau satu arah je menggunakan sudu).
Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.- tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli.
Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan (sisa sisa tepung kat dlm bekas tu semua bersih).
Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.- tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli.
Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan (sisa sisa tepung kat dlm bekas tu semua bersih).
Doh
tidak perlu direhatkan, (kalau nak rehatkan pun boleh gak selama
5-10min) boleh terus sahaja dicanai setebal setengah inci (agak2 je).
Boleh tambah sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini.
Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda. Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dengan api perlahan.
Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda. Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dengan api perlahan.
Gunakan
minyak yang banyak untuk menggoreng. Setelah minyak agak panas (jgn
terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus) perlahankan
sedikit api, masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni
akan mngembang lagi ketika digoreng (sbb adunan mengandungi telur)
Goreng
sehingga kekuningan dan toskan di atas tisu dapur. Sedia untuk
dihidangkan bersama gula kaster atau topping kegemaran anda.
sedapnya donat..pernah buat sekali je..x berapa menjadi..last2 baki adunan saya buat pau goreng letak inti sardin..hehehe
BalasPadamKak Ina... sedapnya nampak. gebu macam kita dengan Kak Ina jugak. hehehe. btw, kita suka donut sambal. nyum nyum!
BalasPadamyum yum, nak buat kak tapi hanya kata2 di mulut sahaja yg keluar..kiki
BalasPadamsedap ni :)
sempat berkenpem lagi...heee
BalasPadamdonut yang gebu-gebu macam ni payh sikit nak cari, kalau beli nasib la, kadang-kadang keras...
sedapnya..nanti nak beli la acuan cmtu..adda mmg tak reti nk buat bentuk donut..ari tu buat bulat2 terus..hihiih..
BalasPadamsedapnya donut. terima kasih kak atas perkongsian resepi ni..
BalasPadamuishhhh tergoda betul dengan donut tuuuuu
BalasPadamok dah undi utk kak ina tau .. all the best
BalasPadamok tqvm sha..
Padamnak memang memang payah..
orang lain dah berdesup desup
nyum2!!! deno suka donut mcm ni :)
BalasPadamDonut yang sangat gebu!
BalasPadamnak donut. leh?
BalasPadammak aih...suka sangat bentuk donut yg kurus-kurus mcm tu..tak suka jenis yang gebu.
BalasPadam