OOO

Khamis, April 25, 2013

Resepi Donut Gebu Gebana

Sebelum tu nak minta tolong undi blog akak no akhir sekali  kat SINI..cuma klik ajer kat kotak tuNak raih undi bukan senang kan cam YB jugak. 
Usaha ajer..jika ada rezeki adalah kan.
 
Lama betul tak buat donut..sekali buat..sekejapan habis.  Dulu  akak pernah cuba resepi yang INI dan yang INI..resepi ni sedap tapi agak renyah nak membuatnya.  Kali ini akak buat donut ambil resepi dari blog Ha Sue pula.  Resepi ni tak ambil masa yang lama nak perap.  Cubalah yer.

Bahan-bahan 
500g tepung berprotein tinggi/tepung gandum-akak guna tepung gandum
1 peket yis segera-11gram
50g marjerin/mentega-dalam 2 sudu besar
1 sudu besar (penuh) shortening
2 sudu besar (penuh) gula pasir
2 sudu besar susu pekat/2 sudu besar susu tepung-akak guna 2 susu pekat
1 biji telur
1/2 sudu kecil garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml air suam suam kuku (bergantung pd kualiti tepung- saya guna 200ml)

Cara-cara
Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu,marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.

Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dipukul sedikit dan juga garam.
 Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu (bila dah sebati tu dikacau satu arah je menggunakan sudu).

Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.- tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli.

Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan (sisa sisa tepung kat dlm bekas tu semua bersih).


Doh tidak perlu direhatkan, (kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min) boleh terus sahaja dicanai setebal setengah inci (agak2 je). Boleh tambah sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini.
Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda. Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dengan api perlahan.
Gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng. Setelah minyak agak panas (jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus) perlahankan sedikit api, masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng (sbb adunan mengandungi telur)
Goreng sehingga kekuningan dan toskan di atas tisu dapur. Sedia untuk dihidangkan bersama gula kaster atau topping kegemaran anda.

13 ulasan:

  1. sedapnya donat..pernah buat sekali je..x berapa menjadi..last2 baki adunan saya buat pau goreng letak inti sardin..hehehe

    BalasPadam
  2. Kak Ina... sedapnya nampak. gebu macam kita dengan Kak Ina jugak. hehehe. btw, kita suka donut sambal. nyum nyum!

    BalasPadam
  3. yum yum, nak buat kak tapi hanya kata2 di mulut sahaja yg keluar..kiki
    sedap ni :)

    BalasPadam
  4. sempat berkenpem lagi...heee
    donut yang gebu-gebu macam ni payh sikit nak cari, kalau beli nasib la, kadang-kadang keras...

    BalasPadam
  5. sedapnya..nanti nak beli la acuan cmtu..adda mmg tak reti nk buat bentuk donut..ari tu buat bulat2 terus..hihiih..

    BalasPadam
  6. sedapnya donut. terima kasih kak atas perkongsian resepi ni..

    BalasPadam
  7. uishhhh tergoda betul dengan donut tuuuuu

    BalasPadam
  8. ok dah undi utk kak ina tau .. all the best

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok tqvm sha..
      nak memang memang payah..
      orang lain dah berdesup desup

      Padam
  9. nyum2!!! deno suka donut mcm ni :)

    BalasPadam
  10. mak aih...suka sangat bentuk donut yg kurus-kurus mcm tu..tak suka jenis yang gebu.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...