OOO

Sabtu, Mac 30, 2019

RESEPI IKAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM SEDAP

Assalammualaikum semua

Bila dah berumur ni mood nak masak susah susah makin berkurangan, kat rumah pun dah kurang mulut nak di layan.๐Ÿ˜Š

Masak camni rasa sedap di tekak akak pulak ni.๐Ÿ˜
Resepi  copy dari My Resepi

๐Ÿ‘‰Bahan-bahan ( 2 orang makan )

  • 2 ekor ikan kembung yg sangat segar
  • 1 cawan air
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 biji cili merah-1/2 dihiris halus
  • 4 biji cili api merah dan hijau (kalau panjang 2 pun cukup)- dihiris
  • 1/2 sudu teh belacan dibakar
  • 1/2 biji tomato potong dadu
  • 1/2 labu bawang besar dihiris halus
  • 1/2 sudu teh asam jawa(kalau takde ganti dgn cuka)
  • jus limau kasturi secukup rasa
  • garam dan gula secukup rasa

๐Ÿ‘‰Cara-cara

  1. Rebus ikan dalam kuali hingga air mendidih(seeloknya kuali non stick)
  2. Tuang air rebusan dalam mangkuk lain dan biar ikan masak dalam kuali(macam bakar la)
  3. Hiris 1/2 cili merah,bawang merah dan asam jawa
  4. Bancuhkan  belacan, air asam jawa dan air rebusan ikan.
  5. Masukkan bahan yg dihiris, tomato yang di potong dadu, garam, gula dan perahkan limau kasturi secukup rasa
  6. Letakkan ikan dalam pinggan dan siramkan kuah tadi. Siap untuk dimakan dengan nasi panas
p/s Kalau nak tumbuk boleh pun boleh, akak tak rajin nak basuh lesung batu๐Ÿ˜“

Selasa, Mac 26, 2019

KISAH SEKOLAH RENDAH JALAN KUANTAN KUALA LUMPUR

Dah tua tua ni ..bila duk sorang sorang terutama bila jumpa balik kawan kawan sekolah rendah Dan menengah mulalah teringat cerita lama.

Salah satu yang akak ingat masa satu kisah kat kelas Sekolah Rendah Jalan Kuantan Kuala Lumpur. ๐Ÿ˜Š

Seronoknya bila dapat tenguk gambar sekolah akak ni kat blog reddoortohunt ni.  Masa tu kalau ada kamera dah kira orang kaya. Arwah  abah kerja peon, manalah ada duit nak beli kamera, gaji pun cukup makan jer.

Masa dalam darjah 4 kalau tak silap. Ada sorang budak lelaki ni suka sangat kacau akak.  Tak taulah sebab apa... mungkin dia minat dengan akak kot..sebab akak ni putih..lawa..ha ha ha perasan.๐Ÿ˜

Dek sebab geram akak dan sorang member kamcing pakat nak kena dia.

Akak duk belakang dia, bila dia bangun kami pun alihkan kerusi supaya bila nak duk nanti tentu jatuh macam nangka busuk.
Nak dijadikan cerita dia bukan jer jatuh tapi dek kerana tak.dapat imbang badan...dia jatuh tersembam kat lantai.๐Ÿ˜Ÿ

Bila dia bangun darah keluar Dari hidung. . Punyalah takut akak dibuatnya. Cikgu pun cepat tekap hidung dengan tisu pastu suruh dia tunduk.

Nasib baik pendarahan terhenti.  Lepas tu akak pun dapat syarahan percuma dan kena pukul kat tangan.๐Ÿ˜ฐ


Tak berani ooo nak gi mengadu kat mak abah..kang kena sebat lagi adalah.

Zaman kanak kanak memang seronok kannn๐Ÿ˜



Khamis, Mac 21, 2019

RESEPI KARI IKAN TENGGIRI SEDAP DAN MUDAH


Assalammualaikum semua

Kalau nak masak kari ikan, kenalah guna ikan yang segar, baru ada umphh.  Oleh sebab pokok bendi akak ni banyak sangat bendi, sekarang ni dah tak payah beli.

 
Bahan-Bahan
  • 5 keping ikan tenggiri
  • telor ikan tenggiri
  • 2 biji tomato, belah 4
  • 10 biji bendi
  • 2 sudu besar rempah kari ikan babas
  • 2 sudu besar rempah kari ikan adabi
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 cawan santan pekat campur dengan sedikit pes asam jawa adabi
  • Air secukupnya
  • Garam 
  • Minyak utk menumis

Bahan Tumis
  • 2 biji bawang merah, hiris halus
  • 2 ulas bawang putih, hiris halus
  • 2 tangkai daun kari, dilurut
  • 1 sudu kecil halba campur (halba, biji sawi dan jintan halus/putih)

Bahan Tumbuk/Kisar
  • 8 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Sedikit beras yang di sangai dan di tumbuk-petua dari SINI


Cara- Caranya
  1. Ikan di cuci dan toskan. 
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis halba, daun kari dan hirisan bawang merah dan bawang putih sehingga bahan-bahan tumis  naik bau,
  3. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili terbit minyak.
  4. Masukkan pula bahan yang telah di tumbuk/kisar, kacau sehingga naik bau.
  5. Perlahankan api, masukkan pula dua rempah tadi bersama sedikit garam, kacau dan masukkan sedikit air sehingga rempah terbit minyak. Masukkan beras yang telah di tumbuk tadi dan kacau sebati,
  6. Masukkan 2 cawan air bersama 1 cawan santan yang telah di campur dengan pes asam jawa dan biarkan mendidih, baru di masukkan ikan dan telur.
  7. Bila ikan dah masak barulah di masukkan bendi dan tomato, jangan lama sangat nanti bendi lembek tak sedap , rasa cukup garam boleh di tutup api.
  8. Bolehlah di hidangkan. 

Selasa, Mac 19, 2019

CARA TUNTUT REBET DARI TM UNIFI

Assalammualaikum
Dah dua Kali rasanya akak dapat tuntut rebet dari TM, sekali masa streamix Kali ni unifi pulak. 

Kalau nak minta rebet kena pastikan lebih dari 48 jam dan buat report kat tm.  Dial jer 100.  

Rumah akak dan jiran jiran tak ada internet dekat 5 hari, dah semestinya terasa gak sebab kan akak ada geng wasup homestay port dickson.  

Nak cuti sekolah 23 Mac dah tentu ada yang mencari homestay, selalunya lah.
Bila dah ada orang datang repair kita akan terima sms mengatakan mereka dah baiki kerosakan, selalunya lepas 12 jam kita dapat balik line internet.  
Akak terus ajer ke https://livechat.tm.com.my/AskTM senang chat kat situ
Kita kena call balik 100 bagitau internet dah ok. 

Oleh sebab masa tu dah ada internet  kebetulan kredit.dah habis baik akak chat kat webweb kat atas.
Rugi tau dail 100 guna hp sebab kena bayo.

Akak minta rebet kat biling  pun guna chat jer..lagi mudah. 

Nak sc tak.bolehlah pulak masa chat.

Alhamdulliah, dapat gak rebet banyak ni. OK lah tu kan


Isnin, Mac 11, 2019

TIPS JAGA BUNGA ROS BARU BELI DARI NURSERY

Assalammualaikum semua

Bila anak anak dah besar dan mula bekerja, maka tinggallah ibu kesunyian.  Bila boring kena cari hobi baru.

Kali ni cuba belajar jaga pokok bunga ros.  Orang kata bunga ros ni agak manja dan payah di jaga.
Akak google cara caranya dan cuba praktikkan.  Alhamdulliah ros akak masih mengeluarkan bunga.

Bunga ros kecil ni akak beli kat Pasar Tani BBST. Masa beli pokok ni dalam pasu kecil, akak dah alihkan dalam pasu besar.

Pokok ros kedua, bila beli di nursery harga RM10, bunga cuma ada sekuntum, 
pastu batang cekeding ajer.  
Bagaimana menjaga bunga yang baru dibeli di tapak semaian?

Selalunya akak akan pindahkan kedalam pasu yang besar sikit.


Masukkan tanah (boleh beli di tapak semaian), sedikit baja, biarkan lubang kosong di tengah dan masukkan bunga yang baru dibeli tadi dengan tanahnya sekali.


Jika anda beli bunga dalam pek poli, gunting ajer  plastik tu kemudian masukkan pokok ros tadi dengan tanah sekali.


Yang ni akak order kat nursery, ros bunga besar, 
baru pindahkan ke dalam pasu.

Setelah pokok duduk cantik dalam pasu, timbuskan tanah keliling pokok tersebut termasuk tambahkan sedikit agar menutupi tanah asal yang memang lekat dengan pokok tadi.

Kemudian siram seperti biasa. Jangan terlalu banyak air.

Pastikan pokok ini di letakkan pada tempat yang redup dahulu buat beberapa hari atau satu pun paling lama satu minggu. 

Ia bertujuan agar pokok dapat menerima rumah baru (pasu) dan tempat baru.

Pastu baru kenakan cahaya matahari sekurang kurangnya 4-6 jam setiap hari.

๐Ÿ˜Moga info ini membantu anda semua.

Jumaat, Mac 08, 2019

KARIPAP PUSING STEP BY STEP/SPIRAL CURRY PUFF

Karipap Pusing step by step 

Oleh : Surianti Ramli

Assalammualaikum semua

Sekali sekali tekak teringin nak makan karipap pusing, dah pernah buat dan tau proses nak membuatnya agak renyah dan mengambil masa.

Bila anak-anak balik akak suruh mereka tolong, tapi mereka kata mereka lebih suka yang biasa ajer.  Oleh sebab akak nak simpan resepi dan cara membuatnya akak pun ambillah video, leceh gak bila ambik video sendiri.  

Bahan-bahan
Doh A
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak masak 
1/2 cawan air sejuk dari peti ais
Secubit garam
-panaskan minyak, buat lubang pada bahagian tengah besen yang mengandungi tepung. Tuang minyak panas dan gaul dengan senduk kayu hingga rata. Kemudian ramas hingga menjadi seperti serbuk roti. Masukkan garam dan tuang air sejuk sedikit demi sedikit sambil menguli hingga tidak melekat di tangan. Tak perlu habiskan air jika doh telah cantik.


Doh B
1 1/4 cawan tepung gandum
2 sb shortening
1 sb mentega
-satukan semua bahan dan uli sebati hingga boleh dikepal. Jika doh belum cantik lagi (berderai), tambahkan sedikit mentega.



Cara membuatnya

1. Doh A dan Doh B yang telah siap diuli.
2. Bulatkan kepada 8 bahagian bagi setiap jenis.
3. Gelekkan doh A dan masukkan B.
4. Tutup dengan kemas.
5. Gelekkan doh.

Langkah seterusnya boleh lihat Video, gambar selepas goreng tak ambik pulak.


Jangan gelek terlalu nipis, nanti jadi pecah selepas kita masukkan inti.

Masukkan inti dan kelim.
Inti terpulang pada citarasa sendiri.

Inti boleh tenguk kat 

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...